Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Merancang Perubahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 2, 2010


“Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi, ‘Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan suatu yang mustahil”

Ada yang sedih dan kecewa dengan keadaan diri dan kehidupannya...setelah beberapa lama selepas itu dia masih di tahap yang sama; tanpa sebarang perubahan atau peningkatan. Ramai juga yang bercita-cita tinggi dan mempunyai pengharapan yang besar, namun setalah masa demi masa berlalu tidak ada apa yang dicapainya.


Setiap insan inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidupnya tetapi tidak semua daripada mereka yang memahami erti kejayaan dan kebahagiaan. Ada yang memahami erti sebenar kejayaan dan kebahagiaan tetapi tidak tahu pula jalan untuk mencapainya. Ada pula tahu semua itu tetapi tidak memiliki jiwa yang besar untuk berjuang untuk memperolehi kejayaan dan kebahagiaan tersebut. Jadi apa bezanya ketiga-tiga golongan ini dengan golongan yang ke 4, iaitu orang yang tidak memiliki harapan dan cita-cita. Tentunya semua mereka tidak berpuashati dengan keadaan hidup mereka namun tidak ada usaha untuk membaiki keadaan dirinya dan kehidupannya.

Bagaimana dengan kita? Jika kita inginkan kejayaan....maka tentu ada harganya yang perlu kita bayar. Sebagaimana kata-kata Ibn Qayyim: “kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula”
Tiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya, Kejayaan tak akan diraih dengan kesenangan dan kenikmatan kerana kesenangan dan kenikmatan itu hanya akan datang selepas kejayaan bukan sebelumnya. Jika kita benar-benar inginkan kejayaan dan kebahagiaan maka kita perlu sanggup menempuh halangan dan rintangannya.

Inilah persoalan besar yang sedang kita hadapi disepanjang kehidupan....tidak tahu membuat pilihan mana yang baik mana yang tidak. Kalaupun kita telah membuat pilihan tidak sanggup pula kita membayar maharnya/harganya. Kita inginkan kejayaan dengan 'harga yang murah', kita inginkan mencapai kebahagiaan dengan jalan pintas.

Pernah seorang kawan saya berkata: "Mi! kalau dikedai atau difarmasi ada ubat yang apabila dimakan aku terus jadi baik dan soleh...tentu aku akan beli walau setinggimanapun harganya." lalu saya menjawab: "Ya...kalau ada ubat yang sebegitu...semua oarang akan membelinya termasuk ketua-ketua perompak atau penyamun kerana secara fitrahnya, semua orang ingin jadi baik tetapi dia tidak cukup kuat untuk membuat pilihan yang betul dan menundukkan hawa nafsunya."

Inilah warna warni kehidupan....selalu bila nak membeli seseorang akan minta yang paling baik tetapi harganya paling murah, sedangkan sesuatu yang baik tentu tinggi pula harganya. Mungkin semua orang tahu dan faham hakikat ini cuma sekadar mencuba nasib...tetapi wajarkah disepanjang kehidupan kita hanya mencuba nasib sedangkan masa terus berjalan, umur meningkat dan laluan kehidupan kita semakin hampir kegarisan penamatnya.

Oleh itu kita perlu merancang perubahan diri untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Kita perlu tahu titik mulanya, arah tujunya, berapa jauh perjalanannya, berapa ongkosnya yang perlu dibelanjakan dan sampai bila kita perlu merancang dan melakukan perubahan.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter