Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Kebahagiaan Yang Berkekalan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 2, 2010


Kemana perginya kegembiraan ketika kita berdepan dengan musibah yang menggoncang jiwa? Kemana perginya ketenangan ketika berdepan dengan kegetiran hidup? Inilah di antara persoalan-persoalan yang perlu kita jawab sebelum terus melangkah dan menongkah hidup yang penuh teka-teki ini. Adakah semua kegembiraan dan keseronokan itu bersifat sementara? Begitu juga ketenangan, kenapa ada saat-saat tertentu jiwa kita tidak dapat tenteram walau berbagai cara yang kita cuba usahakan? Jika semuanya bersifat sementara bagaimana kita dapat terus melangkah untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.


Sudah tentu ada kegembiraan yang bersifat kekal lama, begitu juga ketenangan dan kebahagiaan. Jika ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan itu bersumberkan sesuatu yang kekal tentu sifatnya juga kekal. Ini adalah formula mudah yang kita boleh gunakan.

Sahabat-sahabat yang mendapat sentuhan tarbiyyah dari Rasulullah SAW begitu tegar jiwa mereka. Keganasan musuh dan ramainya tentera musuh sedikitpun tidak menakutkan mereka bahkan menambah keyakinan dan ketenangan. Lihatlah peristiwa yang dirakamkan di dalam surah al Ahzab; "Apabila orang-orang Mukmin itu melihat tentera al ahzab (tentera musuh yang bersekutu hingga jumlahnya begitu banyak), mereka berkata "inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul (untuk mendapat keredhaan dan syurgaNya) dan benarlah Allah dan RasulNya, Dan tidaklah bertambah melainkan keimanan dan penyerahan"

Bukankah suatu yang ajaib, jiwa semakin tenang dan keyakinan semakin mendalam dan teguh ketika berdepan dengan ujian yang luarbiasa. Inilah suatu keajaiban yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang melaluinya secara amali. Pengalaman yang berbentuk perasaan begini tidak mungkin dapat digambarkan dengan tepat melalui tulisan-tulisan dan ceramah-ceramah, hanya mereka yang melaluinya secara amali sahaja yang memahami keajaiban jiwa ini.

Inilah sakinah Imaniyyah. Ketenangan yang merupakan natijah dari keimanan yang benar. Keyakinan yang mendalam kepada apa yang Allah janjikan, keyakinan pada bantuan dan pertolongan serta keyakinan dan keimanan pada Deen atau cara hidup yang diredhai Allah SWT.

Ketenangan begini tidak akan diperolehi dengan banyaknya zikir dan fikir tetapi hanya dirasai apabila seluruh kehidupan di wakafkan untuk Allah SWT: hidup mengikut nilaianNya, mengambil hanya sistemNya dengan mengambil kira semua suruhan dan tegahanNya, bahkan mengutamakan apa yang disukaiNya walaupun tidak diwajibkan keatas hambaNya. Ketika itu akan tersingkap satu horizon baru tentang keimanan, ketaqwaan, ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter