Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Rahsia Gaya Tidur Bayi ANDA

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, December 3, 2009 2 comments


Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

* Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
* Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
* Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.

* Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

* Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :

* Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

* Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.

* Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.

* Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.

* Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

* Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.

* Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.

* Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

* Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

* Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.

* Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.

* Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.

* Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

* Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.

* Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.

* Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

* Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Konsep Cinta Sebenar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


"ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC... SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya... jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ... .romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ... .bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating... . Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis... ... .kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ... rasa rindu yang amat sangat... ... ... ... sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah... orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita... .tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta... ... dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya... ..ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke... ... tidak timbul ... kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam... .bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta... .contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya... .almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman... .tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam... jika ingin memulakan ikatan cinta itu... .hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut... .sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru... .mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari... semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini... tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya... .jangan mudah terusik hati... perhati kan agamanya, kebaikannya... ... dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya... .kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ... ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam... . Biarlah di katakan diri kita ego... ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan... benarkah begitu... sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak... bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa ..tentulah sekali dengan meminang wanita ini... .sebab wanita ini bukan calang-calang imannya... tentulah terfikir di hati mereka... ... "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku... akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ... .Berkawan biar beribu bercinta biar satu... tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah... bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik... .di situ sudah menampakkan penilaiannya... ... .dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sejarah Hari Hari Tertentu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi. 2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments






cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter