Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Amalkan Makan Bersama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 1, 2009 0 comments

Sedarkah anda, meja makan adalah tempat yang sempurna untuk membincangkan apa yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga?

PELBAGAI kajian telah membuktikan amalan mengadakan makan malam bersama setiap hari boleh memberi impak yang besar kepada tahap kebahagiaan dan kesejahteraan ibu bapa serta anak-anak.

Namun, kesibukan jadual tugasan kebanyakan keluarga hari ini mungkin menyukarkan amalan seperti ini diteruskan lagi. Tambahan pula, kekerapan makan bersama keluarga berkurangan apabila anak membesar.

Makan malam bersama terbukti dapat memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan ikatan keluarga.

Ia merupakan salah satu 'aktiviti' yang dipraktikkan oleh sesebuah keluarga bahagia dan berikut adalah sebabnya:

Disebabkan kebanyakan keluarga tidak merancang untuk menghabiskan makan malam bersama, meja makan biasanya terbiar dan hanya berperanan sebagai sebahagian daripada perabot rumah.

Hakikatnya, kekurangan masa untuk bersama sewaktu makan boleh mengundang masalah besar di dalam keluarga.

Berdasarkan kajian baru yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Dietetik Amerika, meluangkan masa untuk makan bersama merupakan satu usaha yang berbaloi.

Makan bersama keluarga akan mendedahkan anak-anak khasnya yang sudah bergelar remaja tentang kepentingan pemakanan seimbang.

Para penyelidik dari Universiti Minnesota mendapati pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan bernutrien adalah lebih tinggi dalam kalangan anak berusia 11 tahun hingga 18 tahun yang mempraktikkan amalan makan bersama di dalam sebuah keluarga.

Anak remaja yang meluangkan masa makan bersama keluarga selama tujuh hari seminggu juga didapati kurang mengambil makanan ringan.

"Anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan apabila mereka makan di rumah. Mereka akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman bersoda.

"Sebaliknya, mereka akan lebihkan pengambilan makanan berserat dan mikronutrien," kata Janet Anderson, seorang profesor madya di Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Utah yang juga pakar diet bertauliah.

Pada dasarnya, makan malam memberikan lebih daripada sekadar manfaat daripada aspek nutrisi.

"Ia juga satu kaedah yang baik untuk menghubungkan anak-anak serta mengenali kehidupan yang sebenar-benarnya," kata Susan Moores, seorang pakar diet bertauliah.

Tambahan pula, beliau yang merupakan jurucakap Persatuan Dietetik Amerika berkata, makan malam patut diutamakan memandangkan anak sudah semakin besar dan bertambah aktif.

Kajian menunjukkan, hanya satu pertiga daripada anak-anak meluangkan masa makan bersama keluarga dengan dua hidangan seminggu.

Justeru, Moores berkata: "Aktiviti selepas sekolah biasanya membuatkan anak-anak menjauhkan diri dari meja makan. Jadi, hidangan keluarga boleh mengeratkan kembali hubungan yang memerlukan perubahan."

Selain itu, amalan makan bersama keluarga juga boleh meningkatkan tahap komunikasi.

Pusat Penyalahgunaan Bahan dan Ketagihan Kebangsaan, Universiti Colombia mendapati, hubungan ibu bapa yang meluangkan masa makan bersama anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu adalah lebih baik.

Sebabnya ringkas. Apabila anda berkongsi hidangan, ini juga bermakna anda berkongsi perbualan. Meja makan adalah tempat yang sempurna untuk membincangkan apa yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga.

Namun, ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak membangkitkan topik yang boleh mengakibatkan konflik.

Anak-anak yang meluangkan masa makan bersama keluarga juga didapati mempunyai prestasi akademik yang lebih baik.

Dalam kajian yang sama, para penyelidik mendapati anak remaja yang mempraktikkan amalan makan malam bersama keluarga lebih cenderung memperoleh gred 'A' dan 'B' berbanding mereka yang tidak.

Bagi kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan, kajian mendedahkan bahawa kemahiran berbahasa anak-anak daripada golongan usia ini adalah lebih baik kerana mereka mendengar perbualan orang dewasa sewaktu menikmati makanan.

Selain itu, makan malam bersama keluarga juga akan memberi kebaikan kepada perkembangan anak. Ini kerana 'aktiviti' sihat ini mampu memastikan anak membuat pilihan yang baik.

Dalam satu laporan oleh The Importance of Family Dinners III, anak remaja yang meluangkan masa sehari dua atau kurang daripada itu setiap minggu untuk menikmati makanan bersama keluarga adalah dua kali lebih cenderung mengambil dadah dan alkohol.

Berdasarkan kepada sebab-sebab ini, maka, makan malam secara tidak langsung menjadi kunci kepada kesejahteraan sesebuah keluarga.

Meskipun ini tidak seratus peratus menjamin prestasi cemerlang seseorang anak di sekolah, sekurang-kurangnya pelbagai kajian telah mengesahkan bahawa makan malam adalah antara resipi kebahagiaan sesebuah keluarga.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah SWT

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hoki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments




letih maa...dah la kemucuk tinggi menggunung..tgk rahmah tu..dah la kasut pakai buang baru beli kat maidin..2 rm20...hahahha...kesian..tgk sabariah tu..muka keletihan krn kejar bola aje..dptnya 1/100..hahhahha



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Merah Muka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


muda lagi boleh laaa...kalu dah tulang2 tu keras mcm admin ni..mau tak kremmmm..hahhahaaa.....apa2 pun..tahniah dan syabas kpd pelatih2 baru ni...



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Timur 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments






Suasana ketika Seminar dijalankan..hari last ni..mmg byk pengisian..first time kali pertama ni..siap ada yg lentok lagi time mendengar perbentangan..hehhehee



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Renungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 30, 2009 0 comments

tidak usah kami diberi kata,
dipakai kata akan luntur,

tidak usah kami diberi nasi,
dimakan nasi akan habis,

berilah kami hati yg suci, muka jernih,
baik budi dibawa mati...


Prof Hamka


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Istimewa Hari Ibu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Kami 1 Malaysia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Pesan Roh Kepada Manusia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lontar Peluru

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Jodoh Yang Baik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...

I'm not sad.. but i'm hurt... i'm not feel bad..

but i feel empty... i'm not lonely.. but i'm single...

Only if you could understand me in the hardest way...

Cinta itu anugerah yg tak ternilai so hargai la setiap saat bersamanya..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pra Pertandingan Gimrama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 29, 2009 0 comments
Print

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Timur 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Usah Malu Luah Kasih Sayang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 28, 2009 2 comments

Indahnya terasa dunia ini jika dianugerah lelaki yang bergelar suami dengan sifat penyayang, ikhlas, jujur, penuh berhemah dan sanggup melakukan apa saja untuk kebahagiaan anda.Lelaki sedemikian anugerah tidak ternilai harganya berbanding emas berjuta.

Bayangkan pada hari-hari tertentu yang memang anda tunggu, si dia pulang penuh dengan kejutan. Cenderamata teristimewa dibawa untuk isteri tercinta dengan pelukan manja yang membuatkan anda merasakan kebaha giaan inilah yang dicari.

Malangnya, kebanyakan situasi indah itu hanya berlaku pada awal perkahwinan atau pada saat bulan madu.

Apabila usia perkahwinan meningkat, sepatutnya kasih sayang itu terus disirami dengan baja kasih sayang.

Walau apapun, terdapat 20 petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sepanjang hayat.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selamalamanya dan tidak akan ada duanya.

Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirim kan kad ucapan yang dibuat sendiri.

Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.

Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

Belajarlah berterus terang? Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Sekiranya ada kelapa ngan, ajaklah si dia bercuti.

Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Solat Malam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Firman ALLAH swt dalam Surah Al-Muzzammil ayat 6,

“Sesungguhnya jiwa (orang) yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu kata-katanya.”

Rasulullah saw berkata,

“Tunaikanlah sembahyang dua rakaat dalam kegelapan malam, demi kesunyian di kubur.”

“Hendaklah kalian mengerjakan sembahyang di waktu malam, justeru itu adalah amalan orang-orang yang solat sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu. Ia penebus segala dosa, pencegah dari segala keburukan. Ia dapat menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang.”

(Hadith riwayat Tarbani dan Tarmizi)

Jibril datang menemui Rasulullah saw dan berkata kepada baginda,

“Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, TETAPI INGAT, engkau pasti akan mati. Berbuatlah apa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan ditanya tentangnya. Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada qiamullail, dan kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain.

(Hadith Riwayat Tabrani)

Sembahyang malam dapat membentuk para dai’e menjadi hamba Alah yang Rabbani, kerap berhubung dengan ALLAH, berjiwa cerah, mempunyai hati yang peka, kewaspadaan yang tinggi serta kekritisan daya berfikir.

Sembahyang malam tidak akan dapt dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu khasnya pada peringkat awal. Rasulullah pernah bersabda:

“Apabila seseorang hendak menunaikan sembahyang malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya: Bangunlah, hari telah pagi, sembahyang dan ingatlah Tuhanmu. Syaitan pun datang juga dan memujuknya. Malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau boleh bangun. Kalau ia bingkas bangun dari tempat tidurnya bersembahyang, maa badannya akan menjadi ringan (cergas) dan sihat. Kalau ia patuh kepada syaitan, tidur hingga ke siang, syaitan akan kencing di dalam telinganya.”

(Hadith Riwayat Tabrani)

Sembahyang adalah penggerak utama kebangunan nubuwwah. Rasulullah menjelaskan bahawa keutamaan ‘ibadah sembahyang di waktu malam amat besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Sembahyang malam membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya. Itulah kurniaan ALLAH dan pemberiaannya.

Dilihat dari konteks diri sebagai seorang pelajar, kita amat-amat memerlukan kehebatan dan daya juang yang tinggi dalam diri, pemikiran yg tajam, badan yg cergas dan sihat. Begitu juga sebagai seorang dai’e (siapa yg berkata ‘lailahaillallah’ maka dia adalah dai’e) tugas daie berdepan dengan mehnah dan tribulasi, halangan2 dan ujian tak kira dari mad’u atau dari dalam diri (nafsu) dan syaitan….

Sama-samalah kita menjana kehebatan dalam diri, moga-moga beroleh kebaikan dan kejayaan dunia akhirat. Ameen.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Seandainya Ini Yang Terakhir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Seringkali, kita terbaca di dada-dada akhbar, bila terjadi kemalangan, atau kematian, yang diistilahkan oleh pihak polis sebagai kematian mengejut, pasti akan ada berita samping, dan kebiasaannya, ahli keluarga yang malang itu pasti tidak akan menyangka yang mereka akan kehilangan orang yang mereka sayangi selama ini. Mungkin ada kata-kata yang mereka anggap sebagai gurauan, atau tiada berkesempatan untuk memakai baju yang baru, menikmati makanan yang baru dibeli dan sebagainya. Setelah kehilangan, barulah kita menyedari semuanya, tetapi sudah terlambat.. Tetapi, mengapa.. sudah seringkali kita membacanya di dada akhbar, hampir setiap hari.. tidak juga kita mengambil pengajaran darinya ?




Amat hairan sekali, kita amat mudah meluahkan perasaan marah kita, hanya kerana perkara yang remeh temeh.. sedangkan terlalu amat berat untuk kita memohon maaf, atau memberi kemaafan dan yang paling utama, melafazkan kata sayang pada insan-insan yang kita sayangi.. Seringkali kita menyatakan, " Ah ! Besok masih ada ! ", Benar, besok masih ada untuk kita, dan untuk orang yang kita sayangi.. Tetapi, apakah kita akan ada untuk hari besok, dan apakah insan-insan yang kita sayangi, jua akan ada untuk hari besok.. Janganlah kita menganggap, perpisahan pada hari ini, hanyalah sementara sahaja, dan pasti akan bersua kembali, bersama munculnya sirna suria esok.. Kerana kita tidak dapat menduga dan meneka segalanya.. Mengapa tidak kita hargai, setiap detik dan setiap masa, sewaktu kita masih bersama.. mengapa harus kita penuhi dengan pelbagai perasaan dengki, cemburu, marah, dendam dan segalanya.. Sememangnya, sebagai insan, kita tidak akan dapat lari dari perasaan tersebut. Namun, cubalah kita fikirkan, mana lebih menyenangkan, dengan kita memberi kemaafan, dan melawan perasaan marah yang ada dihati kita, kerana ianya bersifat sementara cuma.. kita mungkin hanya akan terasa ' sakit ' cuma sekejap sahaja.. Tetapi jika insan yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, tanpa sempat untuk kita menyatakan betapa kita menyayanginya, pasti perasaan bersalah, dan penyesalan itu akan membebani kita untuk selama-lamanya..
Kerana itu, mengapa tidak kita isikan setiap saat yang berharga ini, dengan segala kasih sayang dan kemesraan.. kerana kita tidak akan tahu, apakah saat-saat ini, merupakan saat-saat yang terakhir untuk kita bersama dengan insan yang kita sayangi.. Sesungguhnya, demi masa, manusia itu di dalam kerugian.. kerana kita tidak pernah mengerti, tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah menghargai setiap detik masa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.. Pandanglah ke langit, jernihkanlah kekeruhan yang ada di hati kita.. dan semoga kita tidak akan terlambat untuk melafazkan kata sayang pada insan yang kita sayangi selama ini.. Dan untuk itu, kerana daku jua tidak mengetahui.. seandainya inilah yang terakhir bagiku.. aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ku ini, seandainya ada kekhilafan dariku selama ini.. Dan sebelum terlambat, ingin ku mengucapkan betapa daku amat menyayangi kalian semua.. Hingga berjumpa lagi, salam manisku...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelebihan Memberi SALAM

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...
ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jamuan Hari Raya Maktab Punya Daaaa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments







Haaa...mai-mai..makanan free..jgn tak makan..mai-mai..laksa penang mai ni












makan makan jugak..senyum mesti sokmo..hahahha



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hasad Dengki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 27, 2009 0 comments

Hasad dengki. Apa tu? Ha ha..buat2 tak pernah dengar pulak ek. Kata bebudak zaman sekarang orang zaman skang ni ramai yang ada PHd. ‘perasaan hasad dengki’. Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia.

Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 lagu tu. Orang zaman skang semua guna kaedah mami jarum. Pernah tengok mami jarum? Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? So, teknik orang lelaki mcm mana? Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand untuk menumbangkan orang yang didengki.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alangkah comelnya dunia ni kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:

• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.

• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.

• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.

• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.

• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.

• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.

• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.

Semoga ada manfaatnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter