Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Seandainya Ini Yang Terakhir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 28, 2009

Seringkali, kita terbaca di dada-dada akhbar, bila terjadi kemalangan, atau kematian, yang diistilahkan oleh pihak polis sebagai kematian mengejut, pasti akan ada berita samping, dan kebiasaannya, ahli keluarga yang malang itu pasti tidak akan menyangka yang mereka akan kehilangan orang yang mereka sayangi selama ini. Mungkin ada kata-kata yang mereka anggap sebagai gurauan, atau tiada berkesempatan untuk memakai baju yang baru, menikmati makanan yang baru dibeli dan sebagainya. Setelah kehilangan, barulah kita menyedari semuanya, tetapi sudah terlambat.. Tetapi, mengapa.. sudah seringkali kita membacanya di dada akhbar, hampir setiap hari.. tidak juga kita mengambil pengajaran darinya ?




Amat hairan sekali, kita amat mudah meluahkan perasaan marah kita, hanya kerana perkara yang remeh temeh.. sedangkan terlalu amat berat untuk kita memohon maaf, atau memberi kemaafan dan yang paling utama, melafazkan kata sayang pada insan-insan yang kita sayangi.. Seringkali kita menyatakan, " Ah ! Besok masih ada ! ", Benar, besok masih ada untuk kita, dan untuk orang yang kita sayangi.. Tetapi, apakah kita akan ada untuk hari besok, dan apakah insan-insan yang kita sayangi, jua akan ada untuk hari besok.. Janganlah kita menganggap, perpisahan pada hari ini, hanyalah sementara sahaja, dan pasti akan bersua kembali, bersama munculnya sirna suria esok.. Kerana kita tidak dapat menduga dan meneka segalanya.. Mengapa tidak kita hargai, setiap detik dan setiap masa, sewaktu kita masih bersama.. mengapa harus kita penuhi dengan pelbagai perasaan dengki, cemburu, marah, dendam dan segalanya.. Sememangnya, sebagai insan, kita tidak akan dapat lari dari perasaan tersebut. Namun, cubalah kita fikirkan, mana lebih menyenangkan, dengan kita memberi kemaafan, dan melawan perasaan marah yang ada dihati kita, kerana ianya bersifat sementara cuma.. kita mungkin hanya akan terasa ' sakit ' cuma sekejap sahaja.. Tetapi jika insan yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, tanpa sempat untuk kita menyatakan betapa kita menyayanginya, pasti perasaan bersalah, dan penyesalan itu akan membebani kita untuk selama-lamanya..
Kerana itu, mengapa tidak kita isikan setiap saat yang berharga ini, dengan segala kasih sayang dan kemesraan.. kerana kita tidak akan tahu, apakah saat-saat ini, merupakan saat-saat yang terakhir untuk kita bersama dengan insan yang kita sayangi.. Sesungguhnya, demi masa, manusia itu di dalam kerugian.. kerana kita tidak pernah mengerti, tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah menghargai setiap detik masa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.. Pandanglah ke langit, jernihkanlah kekeruhan yang ada di hati kita.. dan semoga kita tidak akan terlambat untuk melafazkan kata sayang pada insan yang kita sayangi selama ini.. Dan untuk itu, kerana daku jua tidak mengetahui.. seandainya inilah yang terakhir bagiku.. aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ku ini, seandainya ada kekhilafan dariku selama ini.. Dan sebelum terlambat, ingin ku mengucapkan betapa daku amat menyayangi kalian semua.. Hingga berjumpa lagi, salam manisku...

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter