Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Seandainya Ini Yang Terakhir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 28, 2009 0 comments

Seringkali, kita terbaca di dada-dada akhbar, bila terjadi kemalangan, atau kematian, yang diistilahkan oleh pihak polis sebagai kematian mengejut, pasti akan ada berita samping, dan kebiasaannya, ahli keluarga yang malang itu pasti tidak akan menyangka yang mereka akan kehilangan orang yang mereka sayangi selama ini. Mungkin ada kata-kata yang mereka anggap sebagai gurauan, atau tiada berkesempatan untuk memakai baju yang baru, menikmati makanan yang baru dibeli dan sebagainya. Setelah kehilangan, barulah kita menyedari semuanya, tetapi sudah terlambat.. Tetapi, mengapa.. sudah seringkali kita membacanya di dada akhbar, hampir setiap hari.. tidak juga kita mengambil pengajaran darinya ?




Amat hairan sekali, kita amat mudah meluahkan perasaan marah kita, hanya kerana perkara yang remeh temeh.. sedangkan terlalu amat berat untuk kita memohon maaf, atau memberi kemaafan dan yang paling utama, melafazkan kata sayang pada insan-insan yang kita sayangi.. Seringkali kita menyatakan, " Ah ! Besok masih ada ! ", Benar, besok masih ada untuk kita, dan untuk orang yang kita sayangi.. Tetapi, apakah kita akan ada untuk hari besok, dan apakah insan-insan yang kita sayangi, jua akan ada untuk hari besok.. Janganlah kita menganggap, perpisahan pada hari ini, hanyalah sementara sahaja, dan pasti akan bersua kembali, bersama munculnya sirna suria esok.. Kerana kita tidak dapat menduga dan meneka segalanya.. Mengapa tidak kita hargai, setiap detik dan setiap masa, sewaktu kita masih bersama.. mengapa harus kita penuhi dengan pelbagai perasaan dengki, cemburu, marah, dendam dan segalanya.. Sememangnya, sebagai insan, kita tidak akan dapat lari dari perasaan tersebut. Namun, cubalah kita fikirkan, mana lebih menyenangkan, dengan kita memberi kemaafan, dan melawan perasaan marah yang ada dihati kita, kerana ianya bersifat sementara cuma.. kita mungkin hanya akan terasa ' sakit ' cuma sekejap sahaja.. Tetapi jika insan yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, tanpa sempat untuk kita menyatakan betapa kita menyayanginya, pasti perasaan bersalah, dan penyesalan itu akan membebani kita untuk selama-lamanya..
Kerana itu, mengapa tidak kita isikan setiap saat yang berharga ini, dengan segala kasih sayang dan kemesraan.. kerana kita tidak akan tahu, apakah saat-saat ini, merupakan saat-saat yang terakhir untuk kita bersama dengan insan yang kita sayangi.. Sesungguhnya, demi masa, manusia itu di dalam kerugian.. kerana kita tidak pernah mengerti, tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah menghargai setiap detik masa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.. Pandanglah ke langit, jernihkanlah kekeruhan yang ada di hati kita.. dan semoga kita tidak akan terlambat untuk melafazkan kata sayang pada insan yang kita sayangi selama ini.. Dan untuk itu, kerana daku jua tidak mengetahui.. seandainya inilah yang terakhir bagiku.. aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ku ini, seandainya ada kekhilafan dariku selama ini.. Dan sebelum terlambat, ingin ku mengucapkan betapa daku amat menyayangi kalian semua.. Hingga berjumpa lagi, salam manisku...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelebihan Memberi SALAM

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...
ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jamuan Hari Raya Maktab Punya Daaaa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments







Haaa...mai-mai..makanan free..jgn tak makan..mai-mai..laksa penang mai ni












makan makan jugak..senyum mesti sokmo..hahahha



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hasad Dengki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 27, 2009 0 comments

Hasad dengki. Apa tu? Ha ha..buat2 tak pernah dengar pulak ek. Kata bebudak zaman sekarang orang zaman skang ni ramai yang ada PHd. ‘perasaan hasad dengki’. Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia.

Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 lagu tu. Orang zaman skang semua guna kaedah mami jarum. Pernah tengok mami jarum? Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? So, teknik orang lelaki mcm mana? Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand untuk menumbangkan orang yang didengki.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alangkah comelnya dunia ni kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:

• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.

• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.

• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.

• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.

• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.

• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.

• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.

Semoga ada manfaatnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hasad Dengki Hancurkan Perpaduan Ummah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

PERASAAN hasad dengki sukar dihapuskan dalam jiwa kerana ia lahir di hati kecil tanpa pengetahuan orang lain. Ia bermula daripada perasan cemburu hingga merebak dan berkembang menjadi perasaan tidak tenang.

Akibatnya, seseorang yang dihinggapi penyakit dengki berusaha sedaya upaya untuk memenuhi hasrat hati yang sedang menekan perasaan jiwanya.

Sesungguhnya masalah hasad dengki menjadi punca fitnah besar yang merosakkan perhubungan hidup bermasyarakat sejak manusia mula bertapak di bumi. Perasaan dengki bermula dari anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, hasil hasutan iblis.

Perasaan hasad dengki di kalangan umat manusia membawa kepada gejala buruk yang akan menghancurkan perpaduan dan kerana itu Islam benci mereka yang mempunyai hasad dengki dalam jiwa.

Sesungguhnya setiap kelebihan atau keistimewaan yang diperoleh seseorang adalah kurniaan Allah yang Maha Pemurah. Firman Allah yang bermaksud: "Apakah mereka mendendami manusia disebabkan suatu kelebihan yang Allah berikan kepada mereka?" – (Surah an-Nisa', ayat 54)

Apabila perasaan hasad dengki bercambah dan menyerap ke seluruh jiwa seseorang, dengan sendirinya keadaan hidup mereka menjadi tidak tenang.

Perasaan hati sering tergugat kerana melihat kebahagiaan orang lain. Maka hatinya mula timbul rasa resah dan benci lantas ia pun cuba membuat pelbagai fitnah untuk memburukkan orang dicemburui itu.

Hasad dengki membawa kehancuran perhubungan kasih mesra dalam masyarakat. Penyakit dengki susah diubati dan apabila seseorang itu diresapi dan ia dengan sendiri akan merosakkan sifat tolong menolong dalam masyarakat.

Hasad dengki paling kuat melanda kedudukan agama ialah daripada bukan Islam seperti berlaku pada zaman jahiliah.

Kedudukan Islam diancam pelbagai tipu daya dan fitnah untuk melemahkan keteguhan jiwa umat Islam. Namun mereka yang beriman, tetap teguh memperjuangkan Islam dengan menggadaikan harta dan nyawa demi agama.

Setiap perkara bertujuan baik akan musnah dan hancur jika timbul rasa dengki dan iri hati. Umat Islam yang mengamalkan sifat dengki boleh menyebabkan sinar keagamaan beransur pudar dan setiap gerak langkah mereka terkeluar daripada garis Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jauhkanlah diri kamu daripada dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan sebagaimana api memakan kayu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya dengki mendengki dan benci membenci sesama sendiri tidak sedikit pun memberi faedah atau keuntungan bahkan merugikan. Lagipun sifat hasad dengki bertentangan dengan dasar Islam dan boleh dianggap sebagai musuh paling ketat.

Untuk keteguhan hati dalam keimanan, kita mesti berpegang teguh kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu dengki mendengki. Jangan kamu putus memutus hubungan, janganlah kamu jauh menjauhi hati, janganlah kamu benci membenci; hendaklah kamu semua wahai hamba Allah hidup bersaudara dan haram bagi seorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari." (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Menepati Janji, Berkata Benar Bukti Kesempurnaan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

MENGHORMATI, menepati dan melaksana janji dipandang sebagai kewajipan harus diutamakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada jiwa, memberi kedamaian dan kesejahteraan. Ia juga jalan keluar untuk memecah segala kebuntuan. Namun, ada kalangan kita masih tidak menepati apa dikata.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman mengapa kamu mengucapkan sesuatu yang tidak kamu kotakan. Besar benar dosanya di sisi Allah jika kamu mengucapkan apa yang tidak kamu kotakan itu." (Surah al-Munafiqun, ayat 1-2)

Allah memerintahkan supaya setiap janji dibuat itu dipenuhi dan ditepati seperti firman-Nya bermaksud: "Hai orang beriman, tepatilah janjimu." (Surah al-Maidah, ayat 1)

Menepati janji dan berkata benar bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang. Pepatah Arab ada berkata: "Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang itu memiliki keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya."

Meremehkan janji atau sengaja untuk tidak menepati apa diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah mengenai janji pernah dibuat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan." (Surah al-Isra', ayat 34)

Menepati janji sebahagian daripada iman dan balasannya adalah syurga. Firman Allah bermaksud: "Orang mukmin ialah yang menjaga amanat serta menepati janji, menjaga solat, maka mereka itu yang akan mewarisi syurga Firdaus dan kekal mereka di situ selama-lamanya." (Surah al-Mu'minum, ayat 11)

Namun, masih ada yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji. Ada yang tidak segan silu menabur dan menjaja pelbagai janji. Malah, ada sanggup bertopeng kejujuran dan menggadai amanat dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan.

Seorang mukmin tidak mungkin akan menyalahi janjinya dan mustahil pula mengkhianati amanah kerana perbuatan itu menyebabkan kurang dihargai, malah sukar untuk dipercayai.

Suatu ketika Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu? Beliau menjawab: "Dengan benar dalam berkata-kata, dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa bukan kepentinganku."

Ulama tabiin pernah berkata: "Ketahuilah benar itu perhiasan wali dan dusta itu tanda orang yang celaka."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengatasi Rendah Diri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Kiamat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Dendam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, September 26, 2009 0 comments
Print

Keseronakan Bekerja

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Mengenai Sakaratul Maut

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Allah SWT berfirman: Sakaratul maut pasti datang. Itulah yang kamu selalu lari darinya. (Qaaf/50: 19)

Setiap manusia pasti melewati pintu Sakaratul maut sebelum ia memasuki alam Barzakh. Sakaratul adalah jalan terjal pertama yang harus dilalui oleh setiap manusia. Pada jalan terjal ini, kebanyakan manusia akan menghadapi banyak siksaan dan penderitaan. Antara lain:

Pertama: Rasa sakit yang maha dahsyat, yang tak ada tandingannya di dunia, saat lisan terkunci, tak mampu mengungkapkan apa yang dialaminya dan dideritanya, saat semua daya dan kekuatan keluar dari jasadnya.

Kedua: Penderitaan kerana tangisan keluarga, perpisahan dengan mereka, dan rasa duka yang sangat dalam kerana akan berpisah selamanya dengan anak-anaknya.

Ketiga: kesedihan yang sangat dalam kerana akan berpisah dengan harta, rumah, dan segala yang dimilikinya. Padahal dalam memperolehnya ia harus menghabiskan umurnya. Bahkan ia harus melakukan banyak kezaliman dan perampasan hak orang lain, selain itu hak-hak syariat dalam hartanya belum sempat ia keluarkan. Dalam keadaan yang seperti itu ia harus mengakhiri hidupnya, sementara jalan untuk melakukan perbaikan sudah tertutup. Kondisi seperti inilah yang diungkapkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA:

"Ia mengenang hartanya dan saat mengumpulkannya, bersembunyi dalam mendapatkan dan mengambilnya dari tempat yang terang. Ketidakjelasan status hartanya mengharuskan kelelahan dalam mengumpulkannya. Ia mengamati perpisahan dengan hartanya yang akan ditinggalkan pada keturunannya yang akan menikmatinya, hartanya menjadi kesenangan bagi orang lain dan beban atas dirinya."(Biharul Anwar 6: 163)

Keempat: Penderitaan kerana ia menyaksikan dengan jelas hal-hal yang menakutkan di alam lain, bukan di alam dunia. Saat itulah, saat sakaratul maut tiba padangan matanya sangat tajam sehingga ia mampu melihat segala sesuatu yang belum pernah ia disaksikan sebelumnya. Allah swt berfirman:

"Kami singkapkan darimu tirai yang menutupi matamu, sehingga penglihatanmu pada hari itu sangat tajam." (Qaaf/50: 22).

Saat itulah ia melihat Rasulullah SAW dan Ahlul baitnya (sa), menyaksikan malaikat datang ke sisinya, malaikat pembawa rahmat dan malaikat pembawa azab. Mereka datang untuk menyaksikan hukum yang akan ditetapkan padanya dan ketentuan yang harus ia terima.

Kelima: Iblis dan sahabat-sahabatnya berkumpul di dekatnya untuk menjerumuskannya ke dalam keraguan. Mereka berusaha keras untuk mencabut keimanannya agar ia keluar dari dunia tanpa keimanan.

Keenam: ketakutan yang luar biasa akan kehadiran malaikat maut; dalam wujud apa dan bagaimana malaikat itu datang padanya, dan bagaimana cara ia mencabut ruhnya.

Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata: "Saat sakaratul maut tiba berhimpunlah padanya segala hal yang menyakitkan, sehingga tak dapat disifati dengan apa yang akan terjadi padanya." (Biharul Anwar 73: 109)

Saidina Ali bin Abi Talib RA mengadukan rasa sakit matanya kepada Rasulullah SAW. Ketika ia berteriak, Rasulullah SAW menengoknya. Kemudian Rasulullah SAW bertanya: mengapa mengaduh, kerana rasa sakit? Saidina Ali RA berkata: "Ya Rasulallah, tidak pernah aku merasakan sakit yang lebih darinya. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali, ketika malaikat maut datang untuk mencabut ruh orang kafir, ia datang dengan membawa alat pemanggang dari neraka, kemudian mencabut ruhnya, ia menjerit kesakitan seperti siksaan neraka jahannam. Kemudian Saidina Ali RA duduk dan berkata: Ya Rasulallah, merenungi sabdamu melupakan aku pada rasa sakitku. Lalu Saidina Ali RA berkata: Apakah hal itu akan menimpa juga kepada sebagian ummatmu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, hakim yang tidak adil, orang yang makan harta anak yatim dengan zalim, dan saksi yang berdusta." (Biharul Anwar 6: 170)

Amalan Untuk Memperoleh Kemudahan Sakaratul Maut

Pertama: Silaturrahim Imam Ja'far As-Sadiq RA berkata: "Barangsiapa yang ingin dimudahkan sakaratul mautnya, maka hendaknya ia bersilaturrahim kepada keluarganya, dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Jika ia melakukan hal itu, Allah akan memudahkan sakaratul mautnya, dan dalam hidupnya ia tidak ditimpa kefakiran selamanya." (Amali Ash-Shduq: 318)

Kedua: Berbakti kepada orang tua

Dalam suatu riwayat dikatakan: Pada suatu hari Rasulullah SAW mendatangi seorang pemuda saat menjelang kematiannya. Beliau mengajarkan kepadanya kalimat Lailaha illallah. Tetapi pemuda itu lisannya terkunci.

Rasulullah SAW bertanya kepada seorang ibu yang ada di dekat kepalanya: Apakah pemuda ini punya ibu?
Ia menjawab: Ya, saya ibunya.
Rasulullah SAW bertanya: Apakah kamu murka kepadanya?
Ibunya menjawab: Ya, saya tidak berbicara dengannya selama 6 haji (6 tahun).
Rasulullah SAW bersabda: Ridhai dia!
Ibunya menjawab: Saya ridha kepadanya kerana ridhamu kepadanya.

Kemudian Rasulullah SAW mengajarkan kembali kepadanya kalimat: Lailaha illallah. Pemuda itu sekarang dapat mengucapkan kalimat Lailaha illallah. Rasulullah bertanya kepadanya: Apa yang kamu lihat tadi? Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang berwajah hitam, pandangannya jahat, pakaiannya kotor, baunya busuk; ia mendekat kepadaku, dan marah pada.

Rasulullah SAW menyuruhnya mengucapkan: Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan Mengampuni dosa yang banyak, terimalah amalku yang sedikit, dan ampuni dosaku yang banyak, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Lalu ia mengucapkannya. Rasulullah SAW bertanya lagi: Lihatlah sekarang apa yang kamu lihat? Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang wajahnya putih dan indah, harum baunya, bagus pakaiannya; ia mendekat padaku, dan aku melihat orang yang berwajah hitam itu menjauh dariku. Rasulullah SAW bersabda: Perhatikan lagi, ia pun memperhatikan. Kemudian beliau bertanya: Apa yang kamu lihat sekarang. Pemuda menjawab: Aku tidak melihat lagi orang yang berwajah hitam itu, yang aku melihat hanya orang yang wajahnya putih, dan cahaya meliputi keadaan ini. (Al-Mustadrak 2:129)

Wahai saudara-saudaraku, renungi baik-baik kejadian ini, dan perhatikan betapa banyak akibat buruk durhaka kepada orang tua. Bukankah pemuda itu adalah salah seorang dari sahabat Nabi SAW, beliau menjenguknya, duduk di dekat kepalanya, dan beliau sendiri yang mengajarkan kalimat tauhid kepadanya. Tapi ia tidak mampu mengucapkannya kecuali setelah ibunya memaafkan dan meridhainya.

Ketiga: Memberi pakaian kepada orang mukmin Imam Ja'far As-Sadiq RA berkata: "Barangsiapa yang memberi pakaian kepada saudaranya di musim dingin atau di musim panas, maka Allah berhak memberinya pakaian dari surga, memudahkan sakaratul mautnya, dan meluaskan kuburnya." (Biharul Anwar 74: 380.)

Keempat: Memberi makanan kepada orang mukmin Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan pada saudaranya sepotong kue manis, Allah akan menghilangkan darinya pahitnya kematian." (Biharul Anwar 66: 288)

Di antara amalan praktis dalam bentuk bacaan yang bermanfaat untuk kemudahan dan kebahagiaan saat sakaratul maut adalah membaca surat Yasin, Ash-Shaffat 8), dan doa Farj (doa kebahagian) di dekat orang yang sedang sakaratul maut. (Al-Kafi 3: 124)

Kelima: Puasa di bulan Rajab Imam Ja'far Ash-Shadiq (sa) berkata: "Barangsiapa yang berpuasa satu hari di akhir bulan Rajab, ia akan mendapat keamanan dari penderitaan sakaratul maut, dan keamanan dari segala yang menakutkan dan dari siksa kubur." (Fadhail al-asyhur al- tsalatsah: 18)

Ketahuilah bahawa berpuasa 24 hari di bulan Rajab memiliki pahala yang sangat besar:

"Barangsiapa yang berpuasa dua puluh empat hari di bulan Rajab, maka saat sakaratul maut malaikat maut akan datang kepadanya dengan wajah seorang pemuda yang memakai selendang sutera berwarna hijau, menaiki kuda dari surga; tangannya membawa sutera hijau dan misik yang baunya sangat harum, tangan membawa gelas yang besar berisi minuman dari surga, kemudian ia meminumkan kepadanya saat ruhnya akan keluar darinya, sehingga ia mudah dalam sakaratul mautnya. Kemudian ruhnya di letakkan pada kain sutera itu sehingga keluarlah bau harum dan tercium oleh penghuni tujuh langit; ketika sampai di kuburnya ia dalam keadaan puas tidak dahaga sampai ia kembali ke telaga Nabi SAW." (Amali Ash-Shaduq: 432)

Keenam: Melakukan shalat sunnah di bulan Rajab Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang melakukan shalat sunnah empat rakaat pada malam ketujuh bulan Rajab, setelah Fatihah membaca surat Al-Ikhlash (3 kali), Al-Falaq dan An-Nas, kemudian setelah salam membaca shalawat (10 kali), dan Subhanallah walhamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar (10 kali), maka Allah akan menaunginya dengan naungan arasy-Nya, memberinya pahala seperti pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, para malaikat memohonkan ampunan baginya sampai ia selesai melakukan shalat itu, Allah memudahkan baginya pencabutan ruhnya, menyelamatkannya dari siksa kubur, ia tidak akan meninggalkan dunia kecuali ia melihat tempatnya di surga, dan Allah memberi keamanan baginya dari pada hari kiamat." (Iqbalul a'mal: 651- 652)

Ketujuh: Membaca surat Al-Zalzalah Imam Ja'far Ash-Shadiq (sa) berkata: "Janganlah kamu bosan membaca surat Al-Zalzalah, kerana orang yang membacanya dalam shalat-shalat sunnah nafilahnya Allah tidak akan menimpakan goncangan kepadanya selamanya, dan ia tidak akan meninggal dalam keadaan ketakutan, tidak disambar petir, dan tidak akan ditimpa penyakit-penyakit dunia hingga ia meninggali. Dan ketika menjelang kematiannya malaikat yang mulia akan datang kepadanya dari sisi Tuhannya dan duduk di dekat kepalanya, seraya Tuhannya berfirman: Wahai malaikat maut, lembutkan sikapmu terhadap kekasih Allah, kerana ia banyak berzikir kepada- Ku." (Biharul Anwar 82: 64)

Doa Untuk Memperoleh Kemudahan Sakaratul Maut

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca doa berikut (10 kali) setiap hari, Allah swt akan mengampuni baginya empat puluh ribu dosa besar, menjaganya dari keburukan kematian, siksa kubur, hari kiamat dan hari hisab, dan segala hal yang menakutkan; yakni Allah memudahkan seratus hal yang menakutkan saat kematian, Allah menjaganya dari kejahatan iblis dan pasukannya, menunaikan hutangnya, menghilangkan dukanya, dan membahagiakan deritanya. Yaitu:

Aku persiapkan untuk Setiap yang menakutkan Laiha illallah, Setiap duka dan derita masya Allah, Setiap nikmat Alhamdulillah, Setiap kebahagiaan Asy-Syukru lillah, Setiap yang menakjubkan Subhanallah, Setiap dosa Astaghfirullah, Setiap musibah Innalillahi wa inna ilayhi raji'un, Setiap kesulitan Hasbiyallah, Setiap ketetapan dan takdir Tawakkaltu 'alallah, Setiap musuh A'shamtu billah, Setiap ketaatan dan kemaksiatan La hawala wala quwwata illa billahil aliyyil 'azhim. (Biharul Anwar 87: 5)

Juga perlu diketahui bahawa doa berikut ini memiliki keutamaan yang besar jika dibaca 70 kali. Di antara keutamaannya adalah memberikan kebahagiaan saat sakaratul maut:

Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar, wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat, wahai Yang Maha Cepat perhitungan- Nya dari semua yang menghitung, wahai Yang Maha Menghakimi dari semua yang menghakimi. 14)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Menegur Secara Berhikmah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Sebagaimana maksud ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa kita dituntut untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan (suruhan Allah) serta menjauhi kemungkaran (larangan Allah).

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan Allah itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.

Di samping itu, teguran juga dibuat berkenaan kesilapan yang tidak disengajakan. Umpamanya guru menegur murid yang melakukan kesilapan pengiraan dalam kerja rumah Matematiknya. Hal ini dilakukan demi mencapai kesempurnaan dalam pelaksanaan sesuatu kerja itu.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu.

Niat teguran untuk penambahbaikan

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

Tegas dalam santun

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, "Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z".

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

Pengajaran buat insan lain

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.

Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

Teguran yang bersifat umum

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, "sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya."

Kesimpulan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.

Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya, namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Muslimah Telanjang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Syaitan memang diciptakan untuk menggoda dan menyesatkan umat Muhammad. Bermulanya dari saat syaitan dibuang dari syurga hingga kini tugas syaitan tidak akan selesai hingga datangnya kiamat. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi yang sering digunapakai. Dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah.

Allah ada menyebut bahawa Muslimah adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga dan Muslimah jugalah golongan yang mudah untuk memasuki neraka. Oleh kerana itulah syaitan gemar untuk menggoda kaum Muslimah. Ini kerana Muslimah itu sendiri mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Bermula dengan perkara yang sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar dosa dan noda dilakukan oleh Muslimah atas godaan syaitan.

Bermula dengan menanggalkan hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Bagaimana mulanya syaitan menyusun strategi hingga Muslimah sanggup meninggalkan hijab ini?

Pertamanya dengan membuka bahagian tangan. Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah, tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Tu.. tidak apa-apa kan ?"

Keduanya, membuka sedikit dada dan leher. Bagaimana caranya? Maka dipakailah fesyen terbaru yang terbuka sedikit bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen bentuk "V" hingga ke pelbagai fesyen yang mendedahkan dada.. Kononnya untuk mendapatkan sekidit hawa atau ruang untuk bernafas agar tidak merasa terlalu panas. Kata syaitan, "Cubalah! Orang pasti tidak peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka."

Satu lagi istilah yang menarik, iaitu berpakaian tetapi telanjang. Kononya untuk mengikuti perkembangan dan peredaran semasa. Alasannya agar sentiasa nampak "cool". Caranya, syaitan akan memberi idea agar membeli kain yang agak tipis, lalu dibuat baju yang agak ketat dan mengikut ukuran badan agar lebih sedap dan cantik mata memandang. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan "transparent". "Mungkin tak ada masalah, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan "transparent", maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ´ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Setelah itu pula, digodanya muslimah untuk membuka sedikit bahagian pakaian yang sedia ketat itu untuk menampakkan lagi labih "cool" dan "vogue". Caranya mudah, dibisikkan dihati muslimah. " Pakaian seperti ini membuat susah untuk berjalan atau duduk, nampak sempit, sebaiknya dibelah dari hujung kaki hingga lutut atau mendekati peha tentu mudah dan menarik bukan". Lalu dipraktikkan idea baru tersebut, dan memang benar dengan dibelah sedemikian rupa membuatkan si pemakai lebih selesa dan leluasa terutamanya ketika akan duduk tau naik kenderaan. Kononnya tersingkap sedikit tidak apa, yang penting kita enjoy!

Begitulah tahap awal bagaimana syaitan ingin menelanjangkan Muslimah. Tetapi syaitan masih tidak berpuas hati, maka disusun stategi baru. Teori yang digunakan adalah "matlamat menghalalkan cara". Jika tadi hanya digodanya untuk dibelah kain itu, kini langkah lebih "advance" iaitu dibuka terus seperempat hingga separuh betis. Maka bersorak rianglah sang syaitan apabila si Muslimah mengikutnya. Dikukuhkan lagi dengan kata-kata pakaian seperti itu lebih mudah didapati dipasaran berbanding pakaian yang menutup aurat. Maka terbiasalah si muslimah ini dengan memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana sahaja dia pergi.

Mualalah terfikir oleh si Muslimah ini, bukankah dengan berpakaian begitu boleh mendatangkan fitnah di kalangan kaum Adam? Berkatalah sang syaitan, "Ah"… itu kan zaman dahulu, zaman kini lelaki lebih suka melihat wanita lebih ´terbuka´ pakaiannya." Maka akan terbeliaklah mata-mata lelaki ini sambil berkata "ooh" atau "wow". "Malah bukankah kini fesyen pakaian dari pasar malam mahupun pusat membeli belah terkemuka memperagakan fesyen untuk wanita maju seiring dengan peredaran zaman." Lantas pakaian tersebut sudah menjadi kebiasaan hingga tiada siapa yang ingin mempersoalkannya lagi.

Langkah terakhir sebelum syaitan berpesta meraikan kejayaan cemerlang lagi terbilang itu ialah dengan menjadikan pakaian muslimah serba mini. Maksudnya, semunaya menjadi lebih pendek, ketat dan ringkas tetapi nampak "cool", "vogue", "trendy", moden dan bergaya. Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka, akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dipakainya,
baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Maka berhasillah matlamat tadi untuk "menelanjangi kaum wanita."

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad bersama-sama memantapkan keimanan bagi menjauhkan daripada godaan ini. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

25 Sebab Suami Tension

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan ..memancing ikan pun dia
tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la
cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto
jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak
jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing
tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat
bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV
plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa
beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam
list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila
menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro
dan gula getah ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party
tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana
kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo
marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam
selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet
pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh
dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa
mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.
"..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,
kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena
pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam
besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap
bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan
nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi
nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong
ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak
massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik
opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau
tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat
kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan
kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut
bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik
abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i
tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan
tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk
breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau
dodol....."

selamat berbahagia.. ;-)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Petua Menambat Hati Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Bahagian 1

01. Sentiasa berdoa agar disayangi.
02. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
03. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
04. Berlatih untuk mendengar dengan baik.
05. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
06. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.

07. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
08. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
09. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2

01. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".
02. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
03. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
04. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
05. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
06. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
07. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
08. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
09. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
16. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri dari anak-anak.
20. Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bahagian 3

01. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
02. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
03. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
04. Belai isteri sebelum pergi kerja.
05. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
06. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
07. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
08. Lakukan riadhah bersama isteri.
09. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.
10. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tanda-Tanda Mati Yang Buruk

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 24, 2009 2 comments

Semua orang pasti akan mati.Ada dua keadaan; pertama orang mati dengan kesudahan yang baik,yang akan mendapat ganjaran syurga . Ada orang akan mati dengan kesudahan buruk yang akan mendapat balasan neraka.

Dalam kitab Al Kaba'ir susunan Imam Syamsudin Az Zahabi beliau telah menyenaraikan beberapa perbuatan manusia yang dianggap dosa besar yang boleh menyebabkan mereka mati dengan kesudahan yang buruk.Artikel kali ini akan menurunkan beberapa perbuatan yang disenaraikan oleh imam berkenaan untuk menungan dan ingatan pembaca.

Menyelidiki dan menyibar rahsia orang lain.

Menyelidiki dan menyibarkan rahsia orang lain kepada umum dalam istilah syariat disebut "tajassus". Erti tajassus ialah membahas atau membincang (aib dan kecelaan orang Islam) perbuatan tersebut adalah dicela dalam Islam dikutuk oleh Allah. Nabi SAW mengancam perbuatan tajassus. Daripada Mu'auwiyyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika engkau selalu menyelidiki kesalahan (aib) kaum muslimin bererti engkau telah merosakan mereka atau hampir merosakan mereka" (Riwayat Abu Daud) Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, "Barangsiapa mendengar cerita (keburukan) sesuatu kaum maka diakhirat Allah akan menuangkan timah yang telah dicairkan kedalam telinganya." (Al-Bukhari)


Mengadu domba

Mengadu domba atau dalam istilah syariat disebut "namman" ialah perbuatan memfitnah (melagakan) diantara satu sama orang dengan satu orang yang lain atau satu golongan dengan golongan yang lain bertujuan diantara mereka saling bermusuhan dan membenci. Orang yang membawa berita kepada satu orang atau kepada satu golongan kemudian ia pergi pula kepada orang atau golongan yang lain untuk supaya mereka saling bermusuhan ialah berdosa besar. Kadang-kadang cerita yang dibawa itu cerita benar,tetapi diantara seorang dengan seorang atau diantara satu golongan dengan golongan yang lain tidak patut ketahui atau kadang-kadang cerita itu sengaja dicipta untuk supaya kedua pihak bergaduh. Sama ada cerita itu benar atau tidak, sekiranya kita sampaikan (ceritakan)mereka boleh bermusuhan maka ia dianggap 'adu domba'.
Di dalam Al-Quran surah Al-Qalam ayat 10-11 Allah melarang perbuatan mengadu domba dan diancam dengan neraka. Sementara Rasulullah SAW pula dalam sebab-Nya telah bersabda, maksudnya, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba (kesana kemari menyibar fitnah)." (Abu Daud dan At Tirmizi)


Mengutuk sesama Muslim

Terhadap sesama muslim kita diwajibkan menjaga hati dan menjaga hubungan persaudaraan dan dilarang memecahkan ukhwah. Perbuatan mengutuk dan mencaci boleh memecahkan ukhwah. Oleh sebab itu Allah melarang kita mengutuk sesama muslim walaupun ia melakukan kesalahan. Kalau kita dapati ada orang muslim melakukan kesalahan, kita diwajibkan menasihati dengan baik. Bukan mengutuknya lebih-lebih lagi dihadapan umum pula. Nabi SAW bersabda maksudnya, "Mencaci sesama Islam termasuk perbuatan Fasiq dan membunuh menjadi kafir." (Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah pula meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang yang beriman itu suka mencerca (mengutuk) menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk,berbuat keji dan bercakap tidak sopan." (Muslim). Hadis ini jelaskan bahawa orang yang beriman tidak melakukan kerja-kerja tersebut. Akan tetapi sekiranya kita dapati ada orang yang mengakui Islam atau beriman,tetapi ia bukanlah tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Mencaci dan menyakiti hati sesama Islam.

Termasuk orang yang menyakiti hati orang muslim ialah mereka yang mencipta cerita tidak benar (fitnah) dan menyibarkan berita bohong itu keserata tempat,merosakan nama baik seseorang muslim,membongkar rahsia peribadi (yang disembunyikan) menjatuhkan martabat dan kedudukannya didalam masyarakat dan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap nya dan lain-lain sama ada menyentuh peribadinya, keluarganya dan keturunannya atau nasabnya atau agamanya. Segala perbuatan yang boleh menyakiti hati orang muslim sama ada dilakukan melalui percakapan,tulisan, sindiran dan hatta jelingan mata yang menyentuhi hatinya,semuanya termasuk dalam dosa besar dan di akhirat disiksa di dalam neraka. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin,lelaki atau wanita tanpa kesalahan yang mereka perbuat,maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kebohongan dan dosa yang nyata." (Surah Al-Ahzab ayat 58) Firman Allah SWT lagi bermaksud: "Hai orang yang beriman,janganlah salah satu kaum mengejek-ngejek kaum yang lain,kerana mungkin kaum yang diejek itu lebih baik daripada yang mengejek dan janganlah para wanita itu mengejek para wanita yang lain boleh jadi wanita yang kena ejek itu lebih baik daripada yang mengejek. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri. Janganlah kamu menggelar seseorang dengan gelaran yang jelek. Seburuk-burukkan gelaran ialah gelaran yang buruk ( yang boleh mengaibkan seseorang) sesudah ia beriman. Barang siapa yang tidak bertaubat (daripada pekerjaan mengejek dan menggelar seseorang serta menyakiti hati sesama Islam) maka mereka itu adalah orang yang zalim.."(Al Hujerat ayat 11)

Mendedahkan rahsia peribadi seseorang.

Setiap orang mempunyai rahsia peribadi tertentu yang ia tidak mahu diketahui oleh orang lain. Sekiranya rahsia peribadinya diketahui, ia akan merasa amat malu sekali. Atau kalau ada orang lain endedahkan rahsianya kepada orang lain atau kepada umum,menjadikan ia marah dan boleh menimbulkan pergaduhan dan pecah ukhwah. Maka sebab itu rahsia peribadi seseorang amat dilarang oleh Islam mencerita-kan kepada orang lain atau kepada umum,yang mungkin mengakibatkan harga diri seseorang itu jatuh atau menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Sekiranya kita dapati ada seorang yang dipandang baik oleh masyarakat dan taat kepada Allah,namun ada segi yang lain ia mempunyai kelemahan peribadi tertentu.Umpamanya ia membuat sesuatu yang melanggar syariat,tetapi perbuatan itu tidak pula merugi dan berbahaya kepada masyarakat maka perbuatan itu dianggap sebagai rahsia peribadinya yang orang lain yang mengetahui rahsia itu tidak boleh,bahkan dilarang menyebar atau menceritakan kepada orang lain atau kepada umum. Akan tetapi sekiranya perbuatannya itu melanggar syariat itu boleh membahayakan masyarakat, maka tidak salah rahsia itu didedahkan kepada orang-orang tertentu atau kepada umum demi mengelak orang lain terkena bahaya dan tertipu.
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar berita perbuatan keji seseorang itu tersiar dikalangan orang yang beriman,maka bagi mereka (yang menyibarkan berita itu) azab yang pedih diakhirat." (An-Nur ayat 19)


Munafik

Orang munafik adalah orang yang zahirnya atau pada nampaknya adalah orang Islam dan memperjuangkan Islam tetapi dia sebenarnya menyembunyikan rasa benci kepada Islam dan memusuhi Islam.Diantara tujuannya ialah ia ingin mencapai sesuatu matlamat dirinya dari Islam sedangkan hatinya menolak Islam dan hukum hakamnya,menolak peraturan dan kaedah ibadahnya.Dalam al Quran tuhan menceritakan bahawa mereka akan mengaku memperjuangkan Islam jika mereka bertemu orang beriman,tetapi bila bertemu orang yang membenci Islam,mereka pun turut menyatakan kebencian mereka. Orang munafik ini ada di zaman Rasulullah dan ada dalam masyarakat kita.Perhatikanlah! Sabda Rasulullah: Sifat orang mukmin itu apabila ia berbuat dosa ia merasa seperti ada sebuah gunung di atas kepalanya yang akan menghempap dirinya,ia merasa amat takut lalu ia bertaubat. Sementara orang munafik,apabila ia berbuat dosa,dosanya dirasakan amat kecil seperti lalat yang terbang lalu ke hidungnya dan ia memandang remeh dan tidak merbahaya bagi dirinya. Riwayat Bukhari Dalam masyarakat kita hari ini,kita kerap bertemu orang-orang yang berdegar-degar bercakap mengenai Islam.Tetapi apabila peraturan hidup Islam dikenakan dan dikuatkuasakan,mereka berdegar-degar pula menetang.Bila diajak ke masjid,bila diajak ke majlis ilmu,bila diajak menyumbang kepada program ;mereka lantas bangkit menyebarkan penentangan.Apakah mereka boleh disifatkan seperti orang... .. Walluhu'aklam!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bila Usia Makin Meningkat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Petikan dari Surah An-Nur Ayat 37 yang Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya.

Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan "

Tahun demi tahun, saya meneruskan kehidupan di alam baru alam bergelar pelajar menara gading dan sekarang, alam pekerjaan. Astaghfirullah.. Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya saya kuat menempuh halangan dan ada masanya saya tewas.

Titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. Saya kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan aku hidup sedangkan timbangan dosa ku kian lama kian berat?

Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput.

Dia yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah.. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik?

Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi.. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke sana.

Aduhai.. Saya bagaimana pula? usia saya juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa saya di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat.

Amin..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelebihan Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada... ."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

DJ Fairoz Beraya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments



ni la dj fairoz..dj desa fm tu..beraya kat rumah admin daa..siap bawa isteri ke 3 lagi..hahahahahaaa..cayalah..apa2 pun Selamat Hari Raya..jupa lagi kalu panjang umur



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jibril Berdoa Nabi Muhammad Mengaminkan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 23, 2009 0 comments

Kisah ini terjadi pada diri Rasulallah dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya iedul fitri seperti biasanya Rasul dan para sahabat membaca Takbir,Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulallah keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasullah mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa ) saat itu Rasul mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasul mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa ) para sahabat mendekat dan bertanya : Ya Rasul apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amien sampai tiga kali ?

Jawab Rasul : Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.?

Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasul ? tanya sahabat kemudian Rasul menjawab : Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan? :

1. Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasul mengatakan Amien

2. Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasul mengatakan amien

3. Ya Allah ya Tuhan kami janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasul mengatakan amien

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasul mengaminkan sampai tiga kali.

Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut kemungkinan besar dikabulkan Allah yaitu:
1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Ma'sum yang telah diampuni semua dosanya

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah

4. Waktu berdoa adalah malam iedul fitri yaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter