Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Titik Mula Perubahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 22, 2010


Masa berlalu begitu pantas. Hari Isnin yang bakal tiba adalah hari baru, bukan lagi Isnin yang lepas. Segala-galanya berubah mengikut pergantian hari. Tidak ada yang kekal bentuk dan keadaannya kecuali objek-objek yang kaku dan mati. Tiap yang hidup itu pasti melalui proses perubahan bahkan perubahan itulah simbol kehidupan.

Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam. Ibadahnya bertambah baik, akhlaqnya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya. Segala-galanya haruslah lebih baik dari semalam walaupun hanya kebaikan yang bertambah itu hanya sedikit sahaja. Mereka takut tergolong dalam golongan yang 'celaka' sepertimana yang diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW.


Secara fitrahnya, semua jiwa samada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan.

Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil. Kita mungkin menukar fesyen rambut, cara bercakap, cara berjalan dan sebagainya yang tergolong dari perubahan-perubahan kecil yang tidak memberi kesan besar pada perjalanan hidup kita atau mendekatkan kita dengan matlamat yang tinggi dan mulia.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dimana setiap perubahan itu berlaku sebagaimana sabdanya "Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah, jika baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika apabila ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Iaitu hati"

HATI, ya disinilah segala perubahan harus bermula. Hati inilah yang membezakan manusia dan haiwan melata yang lain. Di sinilah letaknya kemuliaan insan. Hati ini perlu dibersihkan dari segala noda dan kekotoran yang menjadikannya keras dan hilang kepekaan. Perlu ditanggalkan segala kecenderungan kepada hawa nafsu dan segala yang bersifat murahan dan sementara. Hati ini perlu diisi dengan kemuliaan Iman. Hati ini juga perlu diisi dengan keyakinan pada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT.

Hati yang bersih dan lembut ini, hati yang bersih dari kecenderungan haiwani serta dipenuhi dengan keimanan dan keyakinan pada janji-janji dan ancaman Allah SWT ini akan melihat kehidupan ini dalam dimensi yang berbeza. Hati begini akan melahirkan kekuatan jiwa dan berbagai kekuatan lain untuk menempuh segala rintangan dan halangan. Segala-galanya dipandang kecil dan ringan, yang besar ialah Allah dan apa yang Allah janjikan.

Kekuatan inilah yang telah melahirkan generasi pertama yang dididik oleh Rasulullah SAW. Generasi yang tidak dijangkiti sifat tamak dan haloba, generasi yang tidak mengenal takut dan putus asa. Generasi yang apabila mendengar panggilan kepada keimanan dan kehidupan akhirat yang kekal abadi maka mereka melihat dunia dengan pandangan kecil dan tidak bernilai. Mereka yang merasa kerdil di depan Allah SWT tetapi dipandang mulia dan hebat oleh manusia lain.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter