Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jodoh- Salah Pilih

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 26, 2010 2 comments


ketika bujang , hati amat sunyi dan sentiasa berdebar-debar menanti, adakah jodohku? jikalau ada, siapa gerangannya? apabila hati diketuk cinta, perasaan sunyi mula terisi rindu, sentiasa ingin bertemu. sesaat serasa bertahun. pabila mendengar sahaja suara, seperti hati disiram air yang menyejukkan. sampai masa, keduanya diijabkabulkan. bermulalah pula, kehidupan yang dalam redha Ilahi.

namun, apabila telah sah halal hubungan , rupanya masalah semakin bertamu. ingatkan apabila hati telah terisi, jiwa telah penuh,maka hati akan tenang dan damai , rupanya tidak.


hidup seperti dalam neraka dunia, suami tidak memahami, tidak bertanggung jawab, suka berpoya-poya dan tidak mengindahkan hal rumah tangga; isteri pula queen control, kuat merajuk, degil dan kuat melawan.

perkahwinan yang dulunya sentiasa dinanti, rupanya hanya indah khabar dari rupa. hati sentiasa menjeruk rasa, perasaan tidak puas hati bertandang , kesedihan sentiasa menemani diri. hati tidak bahagia, sentiasa rasa mahu berpisah dan bercerai. apa yang mahu dilakukan?

meneruskan niat bercerai? bagaimana pula dengan masa depan? anak-anak? pelbagai keraguan pula muncul . nekad mahu bercerai? boleh, tetapi jangan menyesal di kemudian hari. jangan pula menoleh ke belakang. teruskan kehidupan walau bagaimana pahit sekalipun.

namun, cuba teliti kedudukan sekarang sebelum mengambil keputusan muktamad.

1. selidiki hati,

kenapa timbul tidak puas hati? tuliskan satu persatu. cuba tulis seikhlas mungkin . senaraikan kesemuanya. selesai?

2. cari puncanya,

setiap sesuatu perkara mesti ada penyebabnya. jangan nilai siapa yang bersalah, cuma tulis sahaja seikhlas mungkin.

3. muhasabah diri sendiri,

apakah sumbangan kita dalam konflik rumah tangga. apa yang kita telah lakukan atau tidak lakukan sehingga timbul perasaan tidak puas hati ; benarkah kita tidak bersalah dalam merasa tidak puas hati, maksudnya, apakah kita tidak puas hati kerana hal yang sepatutnya kita tidak puas hati, atau kita tidak puas hati kerana nafsu tamak atau sebab -sebab negatif lain?

4. mengenang kembali saat -saat manis,

apakah benar setiap saat perkahwinan kita itu, pasangan kita tidak berguna? tidak bertanggung jawab dan sebagainya? cuba renungkan sedalam-dalamnya.

sebenarnya, jodoh dan pertemuan adalah ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa, siapa kita untuk menyesali taqdir. andai hati tidak bahagia dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA, berusahalah agar pilihan kita seterusnya tidak salah.

1. mohon untuk bahagia,

kalau berkuasa, pergilah memohon kepadaNya di hadapan kaabah. jikalau tidak, mohonlah dalam solat dan seusai solat. mohonlah di malam yang hening, mohonlah di sepertiga malam, mohonlah ketika waktu sahur, mohonlah ketika mahu berbuka, mohonlah tatkala hujan lebat. muga doa dimakbulkan.

2. banyakkan zikir,

ingatlah hati hanya akan tenang dengan zikrullah.

3. bersifat qanaah,

banyakkan syukur, otomatik hati akan tenang dan tidak lagi berpuas hati. andai suami tidak bertanggung jawab, syukur atas pahala yang kita dapat kerana menguruskan rumah tangga sendirian, namun, masih mampu tersenyum pada suami dan ikhlas menerimanya. andai isteri kuat melawan, syukur atas pahala sabar yang kita kuatkan untuk mengekalkan hubungan. ingatlah, kita tidak bertanggung jawab atas apa yang orang lakukan, kita hanya dihisab atas amalan dan perbuatan kita, baik secara sedar atau tidak , baik dalam hati atau yang kita luahkan. jadi, banyakkan syukur.

3. hablu minallah dan hablu minannas,

hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, peliharalah. mungkin kita diuji kerana dosa kita dalam kedua hal itu.

apapun pilihan kita, berfikirlah dalam-dalam, istikharahlah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senyum Sokmo- Merawat Masalah Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


kadang kala untuk hidup bahagia kita perlu membuat banyak pengorbanan, perasaan, diri, tenaga, wang ringgit dan masa. kita hanya manusia biasa. punya banyak kelemahan. mewarisi pelbagai jenis penyakit. dididik dengan akhlak tertentu. yang kemudiannya akan membentuk siapa kita. makanan yang kita makan, pembawakan diri kita, cara kita menangani permasalahan hidup semuanya menyatakan siapa diri kita.

hati yang bermasalah perlu dirawat kerana semua kehidupan bermula dengan hati. sabda nabi yang membawa maksud; hatilah yang dipanggil raja, kalau baik hati itu maka baiklah orang itu dan vice versa.


lalu bagaimana mahu merawat masalah hati?

1.Dirikan solat dan banyakkan berdo’a

- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.

Semasa berdo’a turut katakan -

“Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

paling minima 100 X sebelum tidur

-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati

dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran

- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.

Sekurang- kurangnya bacalah”Qulhu-allah” sebanyak 3 kali

5. Berma’af-ma’afan sesamakawan setiap hari

-Semasa meminta maaf perlusebutkan dosa dan kesalahan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,

merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri

7. Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata, katakan dalam hati:

“Ya, Allah cucilah mindaku, cucilah hatiku, esok aku mahu jadi yg terbaik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”.

Menurut kajian psikologi,

apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

- CUBALAH!!.

8. Berpuasa

-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara

kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati

kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan -

jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. berpesan- pesan sesama sendiri , jadi baik.

17. Menjaga pacaindera

(mata, telinga, mulut…dsb),

Jangan dengar orang mengumpat.

pokok pangkalnya, hati yang baik datang dari jiwa yang qanaah.

hidup berilmu, ceria selalu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Marah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah SAW pernah menggambarkan bahawa akan tiba suatu zaman dimana umat manusia akan dibinasakan oleh penyakit-penyakit yang pernah menimpa dan memusnahkan ummat terdahulu; antaranya ialah mewah dan cepat marah.

Sememangnya hari ini kita melihat kebanyakan manusia yang kita kenal atau tidak, memang cepat marah, hinngakan beberapa tahun kebelakangan ini timbulnya isu samseng jalanraya terutamanya dibandar-bandar, buli, pukul kawan, pukul 'guru' dan lain-lain lagi...semua ini menggambarkan memang manusia hari ini cepat marah. Asal silap sikit saja dah mula merah telinga, tersilap cakap sikit macam-macam sumpah seranah yang sampai ke telinga kita.


Persoalan yang boleh sama-sama kita fikirkan...kenapa manusia hari ini cepat marah?

Mungkin ada banyak sebabnya, cuma saya tertarik dengan satu lagi penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW iaitu MEWAH. Mewah dan Cepat Marah ini sememangnya berkaitan.

Ibnu Khaldun pernah menyebutkan bahawa pemuda yang lahir dalam keadaan senang dan mewah akan lebih cenderung untuk memikirkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan masyarakatnya, sebaliknya pemuda yang lahir dalam suasana sukar dan kepayahan akan lebih terdorong untuk memikirkan kepentingan masyarakat dari kepentingan dirinya sendiri. Pendapat tokoh ilmu sosiologi yang sampai hari ini menjadi rujukan universiti-universiti barat ini memang ada benarnya. Pemuda yang lahir dalam kemewahan sudah terbiasa memperolehi apa yang mereka hajati....sehingga mereka takutkan kehilangan apa yang mereka miliki sedangkan pemuda-pemuda yang hidup dalam dunia serba kekurangan...antara ada dan tiada bezanya tidaklah terlalu jauh, jadi ada perkara yang lebih besar bagi mereka selain dari kekayaan dan harta benda.

Keperluan manusia secara umumnya terdiri dari dua keperluan utama iaitu keperluan kebendaan (seperti wang, harta benda dan lain-lain) dan kejiwaan atau kerohanian (seperti ketuhanan, kasih sayang, hormat menghormati, persaudaraan dan lain-lain). Bagi orang melihat besar dan pentingnya kebendaan, maka baginya keperluan kejiwaan adalah remeh dan ringan. Sebaliknya orang yang memandang kecil keperluan kebendaan akan melihat besar dan pentingnya keperluan kejiwaan.

Kita selalu dengar 'apabila seseorang itu menjadi kaya dia akan lupakan saudara mara dan sahabat handainya' tetapi jarang kita dengan ' seseorang itu apabila miskin ia lupakan saudara maranya'. Ini satu kenyataan untuk menyokong pandangan yang cuba saya ketengahkan ini.

Apa pula pandangan anda?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kabus Keraguan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments


Seringkali keraguan menyebabkan kita tersungkur sedangkan pada mulanya kita begitu yakin dengan jalan yang kita pilih. Langkah kita tiba-tiba menjadi lemah, semangat menurun lantaran kabus keraguan mula menutupi awan pemikiran kita sehingga matlamat kita yang tadinya jelas, sekarang mula kabur dan kita mula kehilangan fokus.

Bukankah keraguan itulah yang sering menjadikan kita menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita untuk mencari suatu yang tidak pasti.


Sahabat-sahabat generasi pertama yang mendapat didikan terus dari Rasulullah SAW begitu yakin dengan apa yang mereka cari. Tidak ada masa untuk berehat dan bermain-main. Masa terlalu berharga bagi mereka. Terlalu berharga untuk mereka sia-siakan begitu saja. Setiap ruang dan peluang digunakan untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Keyakinan mereka begitu mendalam, inilah rahsia hingga terbangunnya suatu generasi yang begitu unik Keimanan dan Perjuangannya. Pernah suatu hari Rasulullah SAW menziarahi Harithah yang sedang sakit. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Bagaimana kamu pagi ini ya Harithah?" Lalu jawab Harithah: "Alhamdulillah dia beriman dengan keimanan yang sempurna". Lalu kata baginda Rasulullah SAW:"Hati-hati denga apa yang kamu ucapkan ya Harithah, tiap suatu itu ada alamatnya/tandanya...apa tandanya keimanan kamu?" Jawab Harithah: "Aku bangun pagi dan aku nampak syurga di kananku dan neraka di kiriku dan aku di atas titian( As Tsirat)" Lalu balas Rasulullah SAW "Benarlah iman kamu". Inilah keimanan para sahabat, begitu jelas dan yakin, tidak sedikitpun kabus keraguan yang menutupi awan pemikirannya. Mereka begitu yakin dengan apa yang Allah janjikan. Dalam suatu peperangan, ketika tentera Islam berdepan dengan tentera musuh yang begitu ramai, ada sahabat yang terkeluar kata-katanya "ramai sungguh tentera musuh" lalu dibalas oleh Khalid Al Walid " Alangkah sedikitnya mereka apabila dikalahkan oleh Allah SWT".

Keyakinan mereka begitu mendalam. Mereka meyakini setiap janji-janji Allah SWT yang berupa janji kemenangan dan pertolonganNya termasuk azab dan ancamannya. Keyakinan ini telah menghidupkan jiwa mereka. Dengan jiwa yang hidup ini mereka terus memburu janji-janji Allah tanpa berpaling ke belakang. Seorang sahabat Rasul, ketika itu perang Badar sedang berkecamuk. Rasulullah SAW bersabda "barangsiapa berperang lalu mati syahid, maka baginya syurga." Sahabat itu kemudian bertanya kepada Rasulullah SAW "Jadi di antara aku dan syurga ialah kematian?" Jawab baginda SAW "benarlah kata mu" Lalu kata pemuda tersebut yang ketika itu sedang memegang 3 biji kurma "Kalau aka tetap nak habiskan 3 biji kurma ini, bila aku akan dapat masuk ke syurga Allah" Lalu dilemparkan kurmanya itu dan ia terus meluru ke arah musuh dan akhirnya ditaqdirkan Allah ia mati syahid...dan itulah yang paling dihajatinya.

Bagaimana dengan kita? setakatmana janji-janji Allah SWT mempengaruhi sikap hidup kita?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Janganlah Kita Bersifat Sombong Dan Angkuh Sesama Manusia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 25, 2010 0 comments


Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sakinah Imaniyyah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bayangkan kehidupan tanpa keluh kesah. Apabila ujian melanda, ianya diterima dengan penuh rela dan sabar maka ia menjadi medan ubudiyyah dan medan membuktikan kecintaan dan kepasrahan kepada segala keputusan Allah SWT. Apabila nikmat melimpah ruah maka segalanya mengingatkan diri kepada Kemurahan dan Sifat kasih sayang Allah SWT...maka hati tidak putus-putus mengucapkan syukur di samping memanfaatkan segala kebaikan untuk Islam tanpa berlebih-lebih. Inilah keajaiban hidup beriman. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW "Ajaib sungguh segala urusan orang yang beriman (Mukmin). Setiap urusannya baginya baik. Jika diberikan kebaikan maka ia bersyukur, maka ianya menjadi baik baginya. Apabila ditimpakan musibah padanya maka ia bersabar, maka itupun menjadi baik baginya..."


Inilah Sakinah Imaniyyah iaitu ketenangan yang lahir dari keimanan; keyakinan pada janji-janji Allah dan segala hikmah yang terkandung dalam setiap urusan Allah SWT. Hati menjadi tenang kerananya, tidak ada keluh kesah apatah lagi kekecewaan dalam kehidupannya. Hari-hari yang dilaluinya adalah ruang dan peluang untuk membuktikan keimanan. Fajar baru menjanjikan kebaikan dan kebahagiaan. Inilah yang dihajati oleh setiap insan sekiranya mereka mengetahuinya...terutamanya dalam kehidupan hari ini yang mengenepikan kemanusiaan apatah lagi kasih sayang dan rasa persaudaraan.



Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Maka bersabarlah wahai saudara ku kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Keliru

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Manusia sering saja keliru dalam memilih jalan hidup yang boleh membahagiakan mereka. Manusia sering keliru antara kebenaran dan kepalsuan, antara keseronokan dan kebahagiaan, antara hak dan tanggungjawab, antara kemewahan dan kecukupan serta berbagai kekeliruan yang mengantar manusia kepada kekecewaan dan keputus asaan. Sedangkan kesemuanya itu terlalu berbeza; seperti kegelapan dan cahaya, seperti bergerak dan diam; perbezaan yang tidak pernah ada pertembungan. Jadi darimanakah datangnya segala kekeliruan ini?


Mungkin mereka terlalu sibuk untuk duduk dan merenung seketika jalan mana yang perlu mereka pilih. Atau mungkin mereka sengaja menyibukkan diri untuk itu. Apa yang sebenarnya mereka sibukkan ? Bukankah semua kita mencari cahaya kebahagiaan namun kenapa kegelapan yang datang menyelubungi kita ? Bukankah kita mencari kebenaran tapi kenapa kepalsuan pula yang menguasai diri kita dan menentukan gerak laku kita ?

Mungkinkah kita kehilangan panduan untuk mendapatkan itu semua ? Panduan yang benar-benar dapat memimpin kita kepada apa yang sebenarnya kita cari. Sememangnya manusia itu makhluk yang unik dan kompleks. Sukar untuk kita memahami walaupun diri kita sendiri.

Mungkinkah ada yang lebih memahami manusia daripada manusia itu sendiri; yang lebih mengetahui selok belok hati manusia, kecenderungan jiwanya, kelemahan dan kekuatan dirinya bahkan apa sebenar mahunya manusia itu? Mungkin persoalan ini nampaknya seperti tidak masuk aqal terutamanya di zaman sains dan teknologi.... zaman robotik ini.

Kalau kita ambil contoh robot. Bukankah ada yang merekanya dan bukankah perekanya adalah orang paling tahu tentang robot rekaannya? Kenapa perkara yang sama tidak berlaku pada manusia? Bukankah manusia itu ada penciptanya ? Dan tentunya penciptanya lebih mengetahui tentang manusia ciptaannya.

Pernah berlaku satu perbualan antara 2 orang yang berbeza pendapat tentang adanya pencipta manusia dan alam semesta ini. Ketika itu mereka berada di sebuah galeri lukisan. Lalu pemuda yang mempercayai adanya Pencipta itu mengeluarkan satu pertanyaan. "Percayakah kamu jika aku katakan bahawa semua lukisan yang sedang kita lihat ini terjadi dengan sendirinya, malam tadi semua kertas-kertas lukisan ini masih kosong dan bersih tanpa sebarang lukisan padanya, tiba-tiba cat-cat ini tertumpah sendiri, lalu memenuhi plate-plate lukisan dan berus-berus cat ini pun bergerak sendiri mewarnai kertas kosong itu dengan cat-cat yang tertumpah sendiri itu hingga terhasillah lukisan cantik seperti yang sedang kita lihat ini ? lalu jawab pemuda yang bersamanya " Tidak mungkin perkara itu terjadi". Lalu kata pemuda tadi " Jadi apa yang menyebabkan kamu mempercayai perkara yang sama berlaku pada diri manusia dan alam ini?" Pemuda itu lalu terdiam seribu bahasa.

Jadi bukankah kita tidak terjadi dengan tiba-tiba saja? Bukankah ada Pencipta yang lebih memahami manusia itu dari manusia itu sendiri; yang lebih mengenali kamahuan dan kehendak manusia itu serta apa yang baik dan buruk baginya? Bukankah Allah yang menciptakan manusia itu menyediakan manual sebagai panduan hidup kepada manusia yang Dia jadikan itu? Jadi kenapa kita tidak mengambil segala panduan yang disediakan khusus untuk kita supaya kita benar-benar bahagia. Kalau kita beli sebuah kereta...katakan kereta Toyota tetapi kita menggunakan manual untuk kereta Volvo lalu apa yang akan terjadi pada kereta kita ? Jika Allah yang menjadikan manusia ini telah menyediakan satu panduan khusus untuk kita, kenapa kita masih mencari panduan lain?

Bukankah daripada panduan atau manual yang disediakan untuk manusia itu menyebutkan bahawa antara sumber yang boleh membahagiakan manusia itu adalah 'kecukupan' jadi kenapa kita mengejar kemewahan dunia hingga akhirnya kita mati kehausan...seperti pepatah arab " Dunia itu seperti air masin semakin diminum semakin terasa dahaga". Bukankah kita melihat ada orang yang bergaji kecil tetapi rumahtangganya aman bahagia, ada pula orang yang kaya raya tetapi keluarganya porak peranda; rumah besar dirasakan seperti neraka, makan yang lazat-lazat dirasakan seperti pasir, tidak ada lagi rasa hormat anak pada ayah dan tiada pula rasa kasih ayah kepada anak.

Kenapa kita tidak kembali mengambil Al Quran...panduan yang Allah SWT sediakan khusus untuk kita hambanya. Bukankah kita merasa hairan manusia hari ini hidup dalam kegelapan sedangkan padanya ada satu suis yangmana apabila dia bergerak sedikit saja untuk memetik suis itu maka kegelapan itu akan hilang tiba-tiba dan cahaya terang akan menerangi hidupnya dan suis itu ialah Al Quran.




Jadi apa yang sebenarnya yang kita cari?????
Kekayaan, Kemewahan dan Keseronokan
ATAU
Kecukupan, Ketenangan dan Kebahagaiaan

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta- Motivasi Paling Hebat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, August 24, 2010 0 comments


kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.


Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.

Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.

Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.

Begitulah seharusnya cinta………..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

emosi- kebebasan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments



hidup kita tanggung jawab kita. kita yang memilih bagaimana mahu menjalani hidup kita. tiada siapa yang dapat memaksa kita. andai kita memilih untuk hidup menderita, maka penderitaanlah yang kita dapat. tiada siapa dapat mengubahnya untuk kita. kekadang kita berpura-pura yang kita bahagia di hadapan orang, kita berlakon bahawa rumah tangga kita sempurna. anak-anak kita terkawal dan kita sekeluarga tiada masalah.


tapi rupanya di sebalik semua itu, kita makan hati. jiwa kita merana kerana ada rasa yang terbuku di dada . tidak terluah. kita tiada tempat yang selamat untuk mengadu. pada siapa? keluarga? nanti masalah lain pula bertandang atau paling tidak bimbang mereka memandang sinis pada suami atau diri kita sendiri . lebih-lebih lagi andai dulu sebelum berkahwin, pilihan kita bukanlah pilihan keluarga. lagi teruklah kita dibidas.

pada kawan-kawan? takut-takut ada gunting dalam lipatan. bimbang pula kalau-kalau dijajanya cerita kita. lalu, penyudahnya, kita pendam dan simpan hatta daripada pengetahuan ibu kita sendiri. akhirnya , bukan setakat kita makan hati tapi badan juga berpenyakit.

bukankah penyakit mudah bersarang pada orang yang emosinya tidak sihat, jiwanya sengsara dan deep down in their heart ada perasaan yang terbuku?

jangan sekali-kali membiarkan diri kita termasuk dalam golongan ini. ingatlah, bahagia dunia untuk bahagia akhirat.

bagaimana mahu mendapat kebebasan emosi ini?

amalkan semua ilmu yang telah kita dapati. tanpa pengamalan, hanya membaca atau mencari sahaja ilmu itu, kita dapat juga ketenangan tetapi hanya sebentar sahaja. kemudiannya, emosi kita akan balik semula ke asal.

amalan adalah amat penting, kerana tanpanya ilmu akan lari. lalu hati kita kembali runsing, rasa sakit hati, marah , cemburu dan lainnya berkunjung semula. kita back to zero. amalan ilmu sebaliknya, membuatkan hidup kita makin bertambah jauh dari duka yang kita pilih itu dan akhirnya terus meninggalkannya. sentiasalah melihat orang yang di bawah kita, jangan sekali-kali membandingkan diri kita dengan orang yang berada di atas .

alangkah manisnya kehidupan andai kita mengamalkan ilmu yang telah beribu-ribu kita kumpul dalam dada kita, amalkanlah. hiduplah penuh ceria. pilihlah untuk bahagia dengan mengamalkan ilmu-ilmu itu.

hidup berilmu. dan beramal. ceria selalu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Minum Air

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya: "Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahlikitab) ialah makan sahur."


Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuhkebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisamakanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang. Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lainsistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat. 

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senyumlah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 20, 2010 0 comments


Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri kemuliaanpun memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menangis bersama kita atau menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.


Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula. Bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat tetapi ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik tetapi ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Saya tidak nafikan kita berhak menangis dan sayapun selalu menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bila Kehidupan Berbicara

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Disaat kita terasing dalam dunia kita sendiri, disaat tidak ada siapa yang menemani kita melainkan kesunyian, keresahan dan kekecewaan. Disaat kita memandang kedepan segala-galanya kabur dan penuh tanda tanya, disaat kita menoleh kebelakang yang terlihat hanyalah dosa dan ketelanjuran.

Disaat jiwa kita benar-benar lemah dan merasakan kebahagiaan bukan lagi milik kita, bahkan kita merasai kehidupan itu sendiri hampir-hampir tidak ada lagi. Ketika inilah, ketika lilin harapan kita hampir padam dan dunia terasa kelam, kehidupan sebenarnya sedang berbicara kepada kita.


Kehidupan sedang berbicara kepada kita tentang kehambaan; tentang kekerdilan kita dan keMaha Berkuasaan Sang Pencipta agar kita sedar diri dan merasakan perlunya untuk kita tunduk dan patuh kepadaNya. Untuk kita bermunajat dan meletakkan pengharapan padaNya

Kehidupan sedang berbicara tentang keinsanan dan kelalaian; betapa mudah untuk kita terlanjur dengan dosa dan betapa perlu untuk kita insaf dan bertaubat.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita tentang sabar dan pasrah, agar jiwa kita semakin terbina dan semakin kuat hingga kita akan lebih sanggup melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak.

Kehidupan sedang berbicara kepada kita bahawa gagal dan berjaya, kecewa dan bahagia, jatuh dan bangun itu adalah warna-warna dirinya agar kita sedar dimana kita sedang berdiri dan kemana akan kita aturkan langkah kaki kita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kehidupan – Menerima Apa Yang Tidak Dikehendaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 19, 2010 0 comments


Sedar atau tidak, apa yang kita lalui hari ini adalah apa yang kita mahu. apa yang berlaku pada kita baik bahagia mahupun bencana adalah apa yang kita fokuskan satu ketika dulu. segala qada dan qadar memang telah ditetapkan Allah, namun pilihan tetap di tangan kita. fahami bahawa setiap pilihan yang kita ambil, allah telah tetapkan qada dan qadarnya. malangnya, andai hukum akal diri kita tidak menerima qada dan qadar kita, maka kita telah menarik satu hukum baru iaitu hukum keseimbangan.


hukum keseimbangan adalah fitrah Alam yang ditentukan Allah untuk menyeimbangkan kembali kehidupan dunia hasil daripada perbuatan hambaNya. kerana itu dikatakan bahawa, segala musibah yang melanda kita adalah hasil dari dua tangan kita sendiri- ayat Al-quran.

maka, untuk mendapat hukum keseimbangan yang terbaik, kita sentiasa perlu berbuat baik. berbuat baik sama ada dalam hati, perkataan dan juga perlakuan. berbuat baik ini tiada syaratnya pada orang lain. maksudnya,adakah kita perlu berbuat baik pada seseorang hanya apabila dia berbuat baik kepada kita? ingat balasan perbuatan adalah nafsi-nafsi. sendiri buat, sendirilah yang tanggung.

ingat bahawa andai orang tidak berbuat baik kepada kita , sama ada melalui perkataan atau tingkah laku, maka dia telah melanggar hukum keseimbangannya sendiri, lalu nanti akan berlaku penyeimbangan yang dibuat oleh Yang Maha Kuasa untuk menyeimbangkan kembali kehidupan dia, itupun sekiranya Allah memberi hidayah kepadanya, untuk dia sedar, jika tidak, dia akan terusan berlaku zalim terhadap orang lain.

diri kita yang dizalimi pula, sama ada kita disakiti melalui kata-kata atau perlakuan, maka alangkah indahnya kalau kita bersabar dan menerima qada dan qadar yang kita disakiti itu dengan ikhlas. tidak berkeluh kesah, kerana balasannya bukan sahaja hukum keseimbangan itu akan menarik yang baik-baik dalam hidup kita dan menjadikan hidup kita bahagia dan tenang tetapi turut disediakan syurga yang luasnya melebihi alam semesta dan keindahannya tidak terucap dek kata2 dan tidak terbayang dek fikiran.

hanya dengan kita redha, tenang dan ikhlas menerima setiap qada dan qadar kita, fahami pula apa maksud ikhlas; yang pertamanya, kita redha. menerima segalanya tanpa berkeluh kesah dan tiada niat membalas balik. malah kalau dari segi perlakuan orang terhadap kita, walau apa yang dilakukannya, kita tetap sabar dan tidak berdendam, maka pahala yang besar untuk kita.

hidup ini mudah. konsepnya senang. segala yang baik, walau sebesar zarah sekalipun tetap akan dibalas baik. begitu juga sebaliknya. vice versa. lalu apa yang kita mahu keluh kesahkan?

kepada mereka yang suaminya tidak melayan baik, sudahlah dihina, dimaki hamun, malah kaki tangan juga diperkenalkan kepada tubuh kita, maka kalau bersabar, ikhlas dan redha, pasti balasan Allah yang terbaik untuk kita. namun jika suami memukul sehingga menyebabkan kecederaan serius dan pembentukan sahsiah anak2 jadi keliru , melahirkan anak2 yang penakut dan kemungkinan besar akan jadi kaki pukul juga, maka pastinya qada dan qadar Allah yang jauh lebih baik menanti kita sebagai ibu tunggal.

yang pasti, setiap individu menarik hukum keseimbangannya sendiri dan tiada yang akan dipertanggungjawabkan atas perlakuannya kecuali dirinya sendiri. maka carilah kedamaian dan kebahagiaan hati sendiri.

ingatlah tiada insan yang dapat meletakkan kebahagiaan di hati kita kecuali Dia yang Memiliki hati-hati hambaNya. lalu, peliharalah hati agar sinar putihnya mampu membenarkan kebahagiaan beratapak dan berkembang.

hidup berilmu, ceria selalu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 18

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

TAK NAMPAK...KLIK AJE GAMBAR TU

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 17

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

TAK LEH BACA...KLIK GAMBAR TU

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Merawat Hati Yang Luka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 18, 2010 0 comments


Yang paling besar dalam jiwa wanita adalah hati. Perkara yang paling utama dalam hidup mereka pula ialah suami dan anak-anak. Malah hati mereka sentiasa dekat dengan suami. Pahitnya kehidupan andai hati mereka dikecewakan.Jiwa mudah tertekan. Perasaan menjadi luka lara. Rasa tidak menentu lalu kerja harian tidak dapat diberi tumpuan.

Namun, tatkala, suami memberi belaian, kasih sayang, gurau senda, pujian dan cinta , jiwa bagai berada di awangan.Apa jua sangup dikorbankan. Bersemangat sekali melaksanakan tanggung jawab seorang ibu dan isteri. Hati berbunga riang. Jiwa menyanyi-nyanyi merdu. Semua mehnah dan tribulasi serasa kecil dan ampuh. Begitu mudah direntasi. ajaibnya peranan cinta.


Maka, bercinta dan berkasih sayanglah sehebat mungkin. Hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada-Nya dan ibadah ini amatlah luas konsepnya. Hatta, bergurau senda bersama isteri juga dianggap ibadah. jiwa yang penuh kasih sayang akan mencetuskan keabdian kepada rabb setulus mungkin.

Dunia hanya sementara, usia amat pendek. Lalu mengapa mahu diisi dengan derita, marah yang menyinga, kezaliman yang keji. Aura akan menjdi busuk dan kelam. Jiwa merana. Hidup bukan sahaja tidak bahagia dunia malah akhirat jua.

Bukankah bakal penghuni syurga itu orang yang bahagia hidupnya dan tidak merasa terseksa walau apa ujian dirinya . Tidak akan mungkin orang yang menderita masuk syurga, mengapa? Kerana dia menderita hasil daripada ketidakikhlasan hati menerima ujian Allah. Tidak tahu bersyukur. Lalu dia akan terus diselubungi derita kerana hati tidak redha dengan ujian. Tidak redha dengan ujian bermaksud tidak redha dengan pemberi ujian.Lalu bagaimana mahu masuk ke syurgaNYA?

Rawatlah hati yang luka. Pelajarilah teknik-tekniknya. Ilmu Allah amatlah luas. Ambillah ilmu daripada siapapun. Cedoklah ilmu walau daripada orang kafir sekalipun, yang penting gunakan untuk menjadikan kita hamba Allah yang jauh lebih baik daripada semalam.

Yang penting, kita kekal positif dan ceria. tahu menghargai dan bersyukur.

Ucaplah Alhamdulillah. Hidup berilmu. Ceria selalu

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 16

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"...TAK NAMPAK...KLIK GAMBAR TU..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bersahur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, August 17, 2010 0 comments


"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." -Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Akibat Melepaskan hajat Di Tempat Yang Salah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, August 16, 2010 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Solat Terawih

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,


Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)



Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

Marhaban Ya Ramadan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berbuka Puasa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan.
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Salasilah Admin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 13, 2010 0 comments

...ni la salasilah admin...dan sekarang admin tgh
kumpulkan maklumat ttg
keturunan Syed Ba 'Alawi di Terengganu...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Takwa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, August 9, 2010 0 comments


Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)


~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kembalikan Suamiku Yang Dulu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Suami Stres..Awas Berjangkit

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lengkuas Singkir Angin Dan Pemanas Badan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 5, 2010 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lemak Bantu Fungsi Tubuh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sedekah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)


Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ ayat 39).

“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

والله أعلم

Moga ada manfaat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Al-Quran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter