Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Perkahwinan Antara Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, December 4, 2009


Rumahtangga dibina dari 2 jenis jantina yg berlainan. 2 jenis
fahaman, 2 cara asuhan yg berbeza, 2 jenis pengharapan yg berbeza, 2 taraf pendidikan yg berbeza, 2 keinginan yg tidak sama, segala2 nya 2… sedangkan kita ingin gabungkan ia agar menjadi S.A.T.U…..sudah barang tentu tidak akan berjaya jika kita tidak melakukan SUAI PADAN / PERUBAHAN / PENGORBANAN / SALING TOLAK ANSUR dan banyak lagi perkara yg sebenarnya kurang kita hayati. Menjadikan 2 benda yg berbeza kepada satu perkara yg serupa adalah hampir mustahil, namun jika mencari keserasian dlm kelainan itu mungkin saja boleh menjadi kenyataan.

Justeru pesan nenek dan kata ibu – TERIMA PASANGAN KAMU LILLAHI TA'ALA, KERANA IA ADALAH SEKUFU YG SESUAI UTK KAMU, YG TELAH DITENTUKAN ALLAH SWT….

SEKUFUKAH KITA?

Sekufu / sekutu – bermaksud bergabung / bersatu / bekerjasama. Jika diguna pakai istilah ini dlm sesebuah ikatan perkahwinan membawa maksud PERKONGSIAN / PENYATUAN / SALING MELENGKAPI. Ianya meliputi kesemua aspek kehidupan samaada yg baik mahu pun yg buruk. Sama ada memenuhi impian (yg diangankan) atau mimpi yg digeruni (tak suka dan tak mahu).

Macam kata nenek dan ibu bahawa perkahwinan itu ibarat menampal lubang2 didinding supaya dinding nampak licin dan rata…. melengkapi apa2 yg tidak cukup disana sini dlm diri dan peribagi seseorg itu. Memang kadang kala pada mata kasar kita, pasangan bukan `citarasa'
kita , tapi itulah yg sebaik2 pasangan yg Allah swt beri utk mendampingi kita. Betul juga, sebab jika kita fikir2 kan semulalah ya… tanya kawan2 yg belum berkahwin hatta yg sudah berkahwin lelaki mahupun perempuan….

Senarai yg mereka tuntut semuanya nak yg `molek2' sahaja… yg bagus2 sahaja, tak satu pun yg dgn senang hati, mahu menerima yg buruk. Cthnya : "aku nak suami yg alimlah, ….. eh, kalau boleh biarlah hensome sedap mata aku memandang,…. Huiii… musti yg kukuh ekonomi, bolehlah aku tumpang senang… aku musti pompuan pandai masak, baru kena dgn selera, …. Lah aku tak suka pompuan banyak mulut, bising buat sakit kepala…body biar ngam baru mengancam….." Dll.

Habis siapa agaknya yg nak terima yg tak berapa tahu agama, siapa nak yg gemuk pendek, siapa nak yg kerja cukup makan dan siapa pula nak tahan telinga isteri kuat membebel ya ? Sebab itu sering terjadi, lain yg kita angankan lain pula yg kita dapat. Juga kadang kala ciri2 idaman tu dah ada tapi…… masih tetap ber TAPI…. Juga lagi.

Kerana Allah swt sebenarnya tahu tahap mana kekuatan serta kelemahan
dua hambanya yg disatukan itu, dan dari situ mereka sendirilah pula
pandai2 mengimbangi masjid yg baru terbina itu dgn berpandukan Islam
sebagai landasan, Iman sebagai kenderaan dan jujur serta amanah
dijunjung serta kasih dan sayang dikelek. Maka , walau bagaimana
ranjau sekali pun jalan yg dilalui itu, betapa kuat pun badai
taufan yg bertiup, Insya Allah, hidayah dan bantuan Allah sentiasa
mengiringi bahtera itu.

Itu sebab kita dapat lihat ada pasangan yg kontras benar dimata,
tapi kelihatannya sesuai bersama antaranya jika kita seorg pendiam,
mungkin pasangan kita seorg yg peramah (banyak cakap). Kita seorg yg
pemarah, pasangan seorg yg penyabar – sebahagiannya adalah sifat2 yg
tidak pernah ada dlm kamus kehidupan kita telah pun terisi. Kita
suka tenguk wayang, pasangan juga suka menonton, kita suka melancung
pasangan juga gemar beriadah – sebahagia dari apa yg menjadi
keselesaan / keseronokan kita semakin lengkap dgn adanya pasangan.

Kita benci org yg guna barang, lepas tu tak simpan semula pada
tempatnya tapi pasangan kita pula buat perkara yg kita benci itu,
kita menyampah kalau org makan menyepah, bertaburan atas meja,
pasangan kita pula itulah cara dia, kita paling bebulu kalau org
suka bergurau tapi cakap kotor pasangan kita, itu pula kegemarannya –
perkara2 yg kita hindarkan sekarang menjadi sebahagian dari
kebiasaan yg harus kita hadapi.

Ertinya segala2 yg sudah sedia ada (sebagai sikap kita) yg tiada
(tak pernah kita buat sebelum ini),yg kita suka (perkara2 yg
menyenangkan), yg tidak suka (yg kita benci dan tak pernah kita
buat),yg kita mahu (impian kita pd pasangan) , yg kita tidak mahu
(tak sangka dia begitu) dll lagi sudah bercampur gaul, muncul ,
wujud dlm kamus kehidupan kita (bila saja kita berkahwin). Atas
dasar yg demikian demi mencapai matlamat `pasangan bahagia' maka
harus ada / wujud / disemai / dipelajari / diamalkan, sikap2 yg
boleh mengseimbangkan serta menjurus kepada maksud
sebenar `PASANGAN BAHAGIA' tersebut.

Kita seringkali terkhilaf tentang takrif perkahwinan….(pada kita)
ianya lambang bersatu dua hati…. Bersatu Dua keluarga (kononnya),
kita lihat perkahwinan itu mudah, gembira, seronok…. Penuh gelak
tawa dan gurau senda (masa majlis berlansunglah…), kita (hampir
semua) tak terperasan bahawa bilamana di akad kan sahaja maka
bermulalah satu pengembaraan misteri yg tidak menjanjikan `happy
ending' seperti yg dirancangkan.

Hakikatnya perkahwinan itu mudah, namun utk `mengisi perkahwinan'
itu yg paling2 sukar. Ok, mari kita lihat kenyataan ini : setiap
dari kita (lelaki / wanita) suami isteri mempunyai matlamat
tersendiri. Ada perancangan serta cara tersendiri, bila kita
disatukan, perkara utama yg harus kita beri tumpuan ialah sama2
duduk berbincang dan bertukar2 impian / matlamat / pengharapan /
perkara2 yg kita suka / tidak suka , juga berterus terang dgn
pasangan terutama tentang sikap2 buruk kita sendiri ( dah tentu kita
tahu kita ni panas baran ke, suka kencing malam ke, takut lipas ke
hantu ke dll) kpd pasangan, agar suami / isteri kita boleh bersedia
dan kenal SIAPA KITA SEBENARNYA.

Ini bukan kes buka pekung didada, tapi ini kes supaya bila semakin
lama kita berumahtangga, kita peka yg mana sensetif isu tentang
pasangan kita, dimana egonya yg tidak boleh diusik, yg mana satu
kelemahannya yg boleh kita atasi dan mana kelebihannya yg boleh kita
harapkan. Barulah nanti kita atau pasangan tidak terkeluar dari
mulut (walau bukan dari hati)… "kalau aku tahu macam gini ko ni
dulu, tak ingin aku kawin dgn ko tau"…. "saya pun menyesal kawin dgn
awaklah…."

Selepas itu, sebagai suami isteri kita harus juga rasional dan
berpijak pada kenyataan bahawa TIDAK SEMUA KEINGINAN / IMPIAN BOLEH
DIZAHIRKAN ATAS HALANGAN2 TERTENTU. Maknanya, ada masanya kita harus
jujur pada diri sendiri, bahwa kita harus merubah keinginan /
impian / harapan yg kita telah aturkan selama ini bersesuaian
keadaan dan kenyataan dlm perkahwinan (rumahtangga) kita.

Perkahwinan bukan setakat satu penyatuan yg sentiasa menyeronokkan
seperti cerita2 dongeng…. Ia adalah satu TANGGUGan dan JAWABan yg
harus dipikul oleh suami dan isteri mengikut fitrah masing2 dlm
menegakkan 'masjid' (mahligai?) yg dibena. Harus melihat konteks
perkahwinan itu utk apa, apa pengisian dlm PERKAHWINAN.

TUJUAN PERKAHWINAN

Ya…. Kenapa nak kawin ha? Lah yelah, mustilah nak kawin, nak ada
teman hidup…kalau tak sunyilah, emm…. Nak mengelakkan maksiat,
menghahalkan yg haram… nak menyambung keturunan, eh.. banyak
lagilah. Ha!!! Tulah sebahagian dari jawapan survey yg saya jalankan
sekejap tadi sewaktu lunch dgn bbrp teman. Sedih juga sebab
pengetian mereka tentang perkahwinan tu yg biasa2 saja. Tak seorg
pun yg cuba fikir dulu lama2 sikit baru cari jawapan… sebenarnya
jawapan 18SX pun ada malaslah saya nak letakkan disini tak sesuai.

Tujuan perkahwingan yg sebenar2nya ialah utk mendapat keredhaan
Agama. Org2 yg berkahwin pahalanya berlipat kali ganda . Genggaman
tangan antara suami dan isteri menggugurkan dosa2 mereka dicelah2ah
jarinya, solat seorg yg telah berkahwin adalah sepuluh kali ganda
pahalanya, seorg wanita (isteri) yg menitik peluhnya kerana memasak
utk keluarganya, Allah akan bina parit menjadi benteng dari bahang
api neraka buatnya.

Begitulah serba ringkas cth, bahawa perkahwinan itu sebenarnya
adalah medan `bonus' yg mudah utk kita mengutip pahala juga akan
dgn mudah menjadi `laluan' kita berbuat dosa jika kita tidak
memahami tanggungjawab serta pengertian PERKAHWINAN itu. Berkahwin
membawa keberkatan rezeki, menjauhkan maksiat serta memelihara /
membenteng diri. Membentuk sifat2 murni dan tingkahlaku beragama :
cthnya sebelum berkahwin mungkin kita lepas bebas, boleh berkawan
dgn siapa yg kita suka, sesudah berumahtangga kita akan berhati2 dlm
pergaulan, kita beringat2…aku ni suami / isteri org… sudah dgn
sendirinya terbentuklah batas2 tertentu.

Kalau sewaktu bujang kita tak kisah… tak kisahlah balik lambat, tak
kisahlah tak masak, bila berkahwin kita menghargai serta `kisah'
jika lambat balik pasangan tentu risau, jika tak masak tentu suami
balik lapar dll. Berkahwin melengkapi kekurangan diri, perkara2 yg
dulunya kita tak suka – kini terpaksa belajar menerimanya, dulu tak
gemar masak kari dah kena buat hari2, dah itu menu wajib suami,
(suami mamak) kenalah berkorban sebab sayang,….dulu kita tak minat
pizza tapi dapat isteri selera western telanlah juga….begitulah
seterusnya.

Juga melengkapkan pusingan hidup dari kecil – remaja – dewasa –
berkahwin – beranak pinak – tua.
Dan melatih kita membentuk dan menyemai sikap2 keinsanan serta
belajar mengamalkannya spt bertolak ansur, bertimbang rasa,
bermuafakat dll. Bila sudah berdua kita haruslah memikirkan juga
bagi pihak pasangan bila ingin membuat satu2 keputusan dll. Apatah
lagi jika melibatkan hal2 yg besar dan melibatkan banyak pihak.
Tidak bolehlah lagi kita fikir utk diri sendiri sahaja. Nama pun
perkongsian hidup. Kalau kita masih mengamalkan `kau …kau… aku…aku…'
Insya Allah, tak lamalah bertahan.

Dlm perkahwinan, banyak perubahan yg harus kita buat. Jika
bermasalah pula, usah buat keputusan terburu2, tapi buat keputusan
berkiblatkan tolak ansur, timbangrasa, pengorbanan dll TANPA
SYARAT!!!. Bukanlah pula kita sahaja sebagai isteri, terpaksa
mengalah dan sebagai suami pula, hanya kita yg betul. Tapi kita
meletakkan satu matlamat dlm membuat keputusan. Matlamat
(keputusan) yg baik terhasil dari muafakat serta musyawarah antara
suami isteri.

Masaalah akan timbul bilamana kita hanya memikirkan kepentingan
sendiri dan kepuasan hati sendiri. Cinta bukan bermaksud :hanya
seorg saja yg harus memberi kpd kita dan kita sekadar menerima. Tapi
tafsiran cinta ialah kita bersama2 memberi dan menerima. Tu sebab
sering terjadi masalah bila kita rasa pasangan kita tak mahu ikut
kehendak hati kita, kita sudah rasa semacam, sedangkan sewaktu dia
sentiasa mengikut dan memenuhi kemahuan kita kita tidak pula berkata
apa2. Jadi ada masa dia (suami / isteri) bersetuju, ada masanya nya
kita pula harus bersetuju.

KENAPA BERMASALAH?

Fitrah yg bernama kehidupan, bila saja bersuami isteri sudah pasti
akan timbul masalah. Mungkin perkara kecil sangat, maka mampu
diatasai, atau terlalu besar hingga merosakan keharmonian hubungan.
Sebab itulah kita harus bersedia utk menerima sebarang kemungkinan.
Maka itu banyakkan belajar serta membuat perubahan2 dlm semua
keadaan. Sebab suami itu – LELAKI dan isteri itu – WANITA. Maka cara
serta penerimaan kita dlm sesuatu masalah itu berbeza2.

TERABAI PENGISIAN AGAMA DLM RUMAHTANGGA – Macamana hebat sekali pun
seseorg itu dari segi pencapaian duniawi-nya akan tetapi jika dia
mengabaikan penekanan kehidupan beragama, Insya Allah DIA AKAN
MENEMUI KEGAGALAN AKHIRNYA. Sebagai manusia kita harus
punya `pegangan' dan BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH adalah
sebaik2 dan semulia2 `pegangan'. Justeru jika kita
memutuskan `tali' ini maka dgn mudahlah kita akan tergelincir
kejurang kemungkaran akibat tidak ada `tali' yg akan mengikat kita
dari terjerumus kekancah kemusnahan. Maka perkukuhkanlah ia
dan `tebalkan' lagi `tali' tersebut dgn menjadikan Islam itu Ad'
deen.

TIDAK FAHAM TANGGUNGJAWAB – apa peranan yg sepatutnya sebagai suami
dan sebagai isteri.
Secara asasnya pun, mudah kita fahami bahawa suami sebagai ketua
keluarga dan beliaulah yg seharusnya keluar utk mencari nafkah,
serta menjaga memberi bimbingan, serta tunjukajar kpd isteri dan
anak2. Manakala isteri pula bertugas menjaga amanah suami, mengurus
rumahtangga serta sebagai pembantu kpd kepimpinan suami.

Namun jika sebaliknya berlaku, suami nak tak nak sahaja bekerja
mencari rezeki, isteri pula yg terpaksa bekerja bertungkus lumus,
dlm masa yg sama isteri juga terpaksa terkejar2 menguruskan
rumahtangga, sudah pastilah akan wujud masalah. Sebab itu kadangkala
jika isteri sudah tidak tertahan lagi dgn `ujian buatan' (sikap
suami) ini, isteri itu `tersebut' (mengungkit) juga akhirnya dan
tidak juga boleh disalahkan isteri sahaja.

Tapi jika memang sudah rezeki suami, sudah puas dia berusaha
bersungguh2, namun pendapatannya tetap `ciput' dan isteri pula,
kalau tak ada signature dia tak laku cheque (boss lah tu), dia
boleh bantu suami demi keharmonian rumahtangga yg dibena dan tidak
bolehlah isteri tersebut menyebut2 pula pengorbanannya, kerana suami
sudah berusaha dan sumbangan suami setakat kemampuannya, ini yg
dinamakan pegorbanan seorg isteri. Bukan suami sengaja pula
mengambil kesempatan kecualilah sebaliknya.

SILAP KOMUNIKASI – 70% masalah yg wujud dlm rumahtangga adalah
akibat salah komunikasi. 30%lagi ialah sikap. Mana tidaknya, sering
dlm keadaan kita bermasalah, kita berkomunikasi bukan setakat dgn
mulut (verbal – ucapan2 `power renger' yg sungguh2 ganas 18SSG) ,
tapi juga dgn perbuatan ( menghempas / mencampak / dll), juga
dgn `body- language' (muka mencuka / mata menjeling / dll). Walhal
cara itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, paling teruk
menambah masalah menjadi semakin parah.

TIDAK FAHAM MAKSUD – emmm…. Ini lah yg selalu terjadi, perempuan
makhluk fantasi, lelaki makhluk logik. Tips utk org lelaki ya,
perempuan kalau marah dan berangin dan kalau dia kata awak boleh
blah!!, bukan maksudnya dia suruh suami dia chau…, dia nak suami dia
pujuk dia, lelaki bila dia dengar dia terus angkat kaki…(dah
tentulah! dia halau… aku blahlah).

Ha, nampak tak perbezaannya Tu silap org perempuan dan tu
salahnya lelaki. Satu ayat / perkataan yg sama menjadi berlainan
maksudnya diterjemah oleh lelaki dan perempuan. Jadi tu sebab
kadangkala kebanyakan kita bila berlaku sesuatu – berSELISIH FAHAM
jadinya. Hatta atas perkara2 kecil.

TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR – sama erti dgn istilah penting diri
sendiri lah ni, atau keras hati. Kembalilah kepada maksud -
PERKAHWINAN SATU PERKONGSIAN. Justeru jika kita mahu pasangan
fikirkan perasaan kita…. Kita juga harus fikirkan apa pula rasa
hatinya.

TIDAK PEKA / SENSETIF – sering terjadi, kadangkala sudah berpuluh
tahun bersama sebagai suami isteri kita masih tidak dapat mengesan
atau sering mengulangi perkara2 yg menjadi kebencian pasangan.

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASAALAH

UBAH CARA – guna pendekatan yg betul utk pasangan kita , cara LELAKI
(utk suami) dan cara WANITA (utk isteri). Bukankah telah Allah
jadikan kita berlainan fitrah dari mula lagi, namun asal kita adalah
dari yg satu. Wanita dijadikan dari tulang rusuk yg bengkok, justeru
dlm sifat lemah seorg wanita masih ada `kerasnya' lalu carilah cara
yg sesuai melembutkannya. Begitu juga lelaki dlm kegagahannya itu
masih ada kelemahan, lalu carilah cara yg paling berkesan
menundukkan egonya.

JELASKAN MAKSUD – usah lagi menggunakan cara nagetif utk mencapai
kepuasan diri sendiri. Duduk dan berbincanglah baik2 apa yg tersurat
dan tersirat dihati masing2, bagaimana agaknya cara atau apakah lagi
yg perlu suami dan isteri lakukan utk menyelamatkan `perkongsian'
ini dari `dibubuarkan'. Berbincanglah dgn `Agama,kasih sayang dan
cinta' sebagai hakimnya, Insya Allah akan ada jalan penyelesaian yg
baik akan tercapai.

Tapi jika kita menggunakan khidmat ` kepuasan hati sendiri, ego dan
veto' sebagai pengadilnya, Insya Allah juga akan mendapat jln
penyelesaian, yg merugikan banyak pihak. Justeru pilihan ada
ditangan sendiri.

BERTOLAK ANSUR SERTA BEREMPATI – kalaulah boleh sekali sekala kita
jadi suami dan suami jadi isteri alangkah baiknya kerana kita akan
dapat merasai sendiri perasaan dan tekanan yg dialami oleh pasangan
kita. Tapi kita tidak mampu melakukan demikian, maka itu selamilah
dgn kudrat yg ada pada kita akan perasaan / impian / keingian dan
harapan pasangan kita, dgn itu Insya Allah kita dapat sedikit
sebanyak berlembut utk cuba memahami dan bekerjasama utk
menjadi `PASANGAN BAHAGIA'.

TINGKATKAN KEPEKAAN – usah buat pasangan kita sukar mendekati kita,
sentiasalah sediakan ruang dan peluang utk dia berada dekat dihati
kita. Kenali bukan sahaja dirinya yg zahir tapi juga keinginannya /
impian / perasaan / keadaan dll. Kadangkala dia tidak bermaksud utk
melakukan sesuatu yg melukakan hati kita tapi lebih kepada ingin
membuat kita fahami mereka, tapi kita pula mungkin tidak tahu serta
tidak `perasan' bahawa tindakbalas itu terhasil sebahagianya dari
sikap kita sendiri.

BERUBAH – inilah…..inilah satu2nya sikap keramat yg harus ada pada
semua manusia, mahu berubah (kearah kebaikanlah). Tanpa sikap ini,
sampai akhir umur pun kita tidak akan dapat kepuasan dan
menyelesaikan masalah yg kita hadapi. Justeru…. BERUBAHLAH mengikut
keperluan. Jika suami yg harus berubah bukan bererti mematahkan Ego
atau menghilangkan hormat tapi demi kita sendiri juga… kita yg akan
bahagia. Utk isteri pula, mengikut kata dan kemahuan suami ( selagi
mengikut Agama) bukan bererti harus merasa tersiksa jiwa, tapi
mencari dan mendapatkan keredhaan Allah swt. yg demikian itu,
bersama2lah sebagai seorg suami dan isteri berusaha mencari anak
kunci kebahagian itu. Pintunya (kebahagiaan) sudah didepan mata….
Tinggal anak kuncinya sahaja yg masih kita tercari2, maka carilah
dgn cara tidak merosakkan atau menjahamankan suktur mahligai yg
dibena.

MATLAMAT HIDUP (BERUMAHTANGGA) – BUKAN UTK TIDAK BERMASALAH TAPI
MENUKAR MASALAH KEPADA PELUANG.

Yg ini sesuai utk semua keadaan dlm kehidupan dan juga boleh diguna
pakai dlm berumahtangga. Tiada siapa boleh mendakwa dia tiada
masalah. Satu pembohongan besar jika ada yg mengatakan dia TIDAK
PERNAH PUNYA MASAALAH!!!!. Hatta bayi yg baru di lahirkan itu pun
bermasaalah. Mana tidaknya dia tak tahu bercakap, maka utk
menyatakan keinginan / perasaannya (lapar sejuk panas takut – adalah
dgn menangis) manakala kita sebagai ibuayah pula tak faham2 tangisan
bayi…. Nampak tak dah ada 2 masalah disini .

Justeru sebenarnya dunia ini penuh masalah. Tak akan berhenti hingga
habis umur dunia. Maka itu kita seharusnya berusaha mencari jalan
menukar masaalah yg kita hadapi samada menjadi peluang yg boleh di
manfaatkan atau mengatasinya / meyelesaikannya sekira mampu. Dan
dari situ baru kita rasa bersyukur dan rasa lega bahawa kita tidak
duduk dibawah telunjuk masalah tapi meletakkan masalah itu sebagai
satu objek yg boleh diubah2 bentuknya.

Itulah sedikit sebanyak apa yg boleh saya kupas dari pesan nenek dan
ingatan ibu berikan. Memanglah nenek dan ibu tak mengomel panjang
begini, saya yg memanjangkannya mengikut apa yg saya fahami justeru
seperti biasa – tidak semestinya betul, mana yg boleh diterima itu
pakailah mana yg tidak, tak mengapa. Sudah barang tentu teman2
semua juga ada cara dah formula tersendiri dlm menangani masalah yg
timbul, maka, jika ianya baik mengapa tidak dikongsikan bersama.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter