MANA DATANG MARAH NI
Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boloeh dibaca bagi mengatasiperasaan marah? Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu? Jawab: Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud) Itulah punca marah�.
PUNCA CEMBURU
Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa cemburu (ghirah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya.
Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku di depan mata. Murtad berlaku di sana-sini? Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna kamu tidak kasih pada agama ini. Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama ini.
Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya dengan melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang pendek atau golok. Itu cemburu namanya.. . Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dan kemampuan masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih kepada agama kamu. Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang yang kena pukau. Iman kamu perlu dikoreksi kembali. Kamu tidak ada sifat cemburu pada agama kamu. Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar. Puncanya ialah cinta dan kasih. Cinta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan. Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah. Tiada cinta, tiadalah cemburu.
Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya. Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong kesederhanaan.Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya masing-masing. Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya. Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana. Jika tidak bersikap begini si isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan berantakan. Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan." (HR Ibnu Sunni) Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk (lihat HR HR Abu Daud)
Wallhu a'lam Rujukan Al-Azkar - Al-Nawawi

0 comments