Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Manusia Bagai Anai-Anai Bertebaran Di Hari Kiamat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, November 15, 2009


RENUNGAN: Manusia bagai anai-anai bertebaran di hari kiamat
HARI kiamat pasti datang dan kita wajib mempercayainya. Kita umat Islam harus saling ingat mengingati petanda kedatangan hari pembalasan itu, yang masanya hanya diketahui dan ditetapkan Allah.

Dalam satu hadis, Rasulullah saw yang diriwayatkan Anas, bermaksud:

Sesetengah tanda hari kiamat ialah ilmu diangkat, berlaku kebodohan, perbuatan zina tersebar meluas, arak diminum berleluasa dengan rasa bangga, ramai lelaki meninggal dunia, jumlah bayi lelaki yang dilahirkan sedikit berbanding perempuan, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki sehingga pada sesetengah tempat, ada 50 wanita untuk seorang lelaki.

Hadis lain turut menerangkan tanda kecil datangnya kiamat, iaitu apabila seorang hamba perempuan berkahwin dengan majikannya. Satu lagi hadis menyebut tanda hampir kiamat adalah apabila orang miskin yang mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin.
Pada permulaan hari kiamat, akan berlaku perubahan dalam susunan ketertiban alam secara menyeluruh. Ketika itu, terjadi beberapa peristiwa dahsyat.

Antara kejadian itu ialah peredaran alam yang sangat luar biasa, yang menjadikan manusia bingung. Ini termasuk matahari terbit dari Barat, kemunculan binatang ajaib yang boleh bercakap (rujuk surah an-Nahl, ayat 82), munculnya Imam Mahadi, dajal, Yajuj dan Majuj serta turun Nabi Isa.

Ketika itu juga, akan berlaku peristiwa yang tidak pernah terfikir oleh manusia seperti langit terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap dan semua kubur terbongkar.
Pada saat itu juga, matahari akan digulung, bintang berjatuhan, gunung-ganang hancur bertaburan, unta bunting tidak dipedulikan, binatang liar dikumpulkan, catatan amal manusia dibuka dan semua bayi yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kenapa mereka dibunuh.

Pada hari kiamat juga, berlaku kejadian ngeri apabila bumi digoncang, seperti firman Allah dalam surah al-Waaqiah, ayat 4 dan 5, yang bermaksud:

Apabila bumi digoncangkan sedahsyatnya, gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya.

Salah satu kejadian dahsyat ketika kiamat mula-mula berlaku ialah mata manusia terbeliak ketakutan. Pada saat itu juga, bulan hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan.
Manusia juga akan huru-hara ketakutan dan ragu-ragu, hingga berbisik dalam hati ke mana mereka hendak lari, sedangkan ketika itu, tiada lagi tempat berlindung dan cuaca panas begitu terik sekali. Ketika itu, manusia bagaikan anai-anai bertebaran dan gunung-ganang bagaikan bulu bertaburan.

Selepas itu, berlaku satu lagi kejadian lebih dahsyat seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Muzzammil, ayat 14, yang bermaksud:

Bumi dan gunung-ganang bergoncang dan jadilah gunung-gunung itu tompokan pasir berterbangan.

Firman Allah lagi yang bermaksud: Hari manusia pada ketika itu tersangat takut dan pandangannya tunduk. (Surah az-Zumar, ayat 67).

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter