Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Hayati Wasiat Nabi Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, November 7, 2009


NABI Adam adalah manusia pertama. Diriwayatkan, baginda ada berwasiat mengenai lima perkara kepada anaknya dan menyuruh anaknya mewasiatkan perkara itu kepada cucu-cicit dan seterusnya. - Janganlah kamu berasa tenang dan seronok dengan dunia ini kerana ketika aku berasa tenang dengan syurga Allah, Allah tidak reda dan mengusir aku kerana keterlanjuranku. - Jangan menurut hawa nafsu wanita.

Sesungguhnya, gara-gara aku menuruti hawa nafsu wanita, aku termakan buah larangan di syurga dan kemudian aku menyesal. - Setiap amalan dikerjakan harus difikirkan akibatnya. Seandainya aku sedar, tentu aku tidak akan menerima kesan akibat itu. - Jika hati tidak tenang, hindari setiap perbuatan, sebab ketika aku memakan buah larangan, hatiku bergoncang tetapi aku tidak hiraukan hingga akhirnya aku menyesal. - Berbincang dan bermusyawarah dalam semua urusan. Jika aku bermusyawarah dengan malaikat, aku tidak terkena akibat itu.

Wasiat itu boleh diguna pakai hingga sekarang, terutama membabitkan pengaruh syaitan yang sentiasa menguji minda manusia supaya berbuat dosa dan mungkar. Ini termasuk apabila tunduk pada nafsu wanita dan enggan bermusyawarah dalam pelbagai urusan penting.

Niat baik Segala perlakuan di dunia harus menjurus dengan niat baik untuk mendapat pahala dan keredaan Allah hingga terbuka pintu syurga untuk kita. Al-Quran banyak menyebut mengenai syurga dengan sifat-sifatnya secara umum, termasuk tempat tinggal yang penuh kenikmatan serta kekal, rumah yang penuh kesejahteraan, penuh bau-bauan harum dan lebarnya selebar langit dan bumi.

Rasulullah s.a.w dalam hadisnya banyak menyentuh hal syurga dengan sifatnya secara umum, bahkan baginda ersumpah: "Demi Allah bahawa syurga itu berupa cahaya berkilau, penuh dengan bau harum, pesat dengan bangunan menjulang tinggi, penuh dengan sungai yang mengalir, penuh dengan buah-buahan yang sedang masak. "Di sana tinggal isteri yang baik, yang cantik jelita, penuh bermacam hiasan. Syurga pula adalah tempat tinggal abadi. Ia rumah yang penuh kedamaian, dikelilingi kebun serta buah-buahan dan penuh dengan kenikmatan yang tiada bandingannya."

Jika seseorang penghuni syurga menampakkan diri serta perhiasannya ke dunia, pastilah menjadi redup sinar matahari, seperti redupnya sinar bintang disebabkan munculnya matahari. Dan tidak mampu akal manusia sekalipun sangat jauh jangkauan fikirannya untuk menggambarkan sesuatu yang ada di syurga, daripada pelbagai kenikmatan, kelazatan segala yang di sediakannya.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter