Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Erti Cinta~Pernikahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, November 23, 2009


“Aku terima nikahnya…..dengan mas kahwin….tunai”

Apabila mengatakan tentang CINTA- lelaki dan perempuan- pasti tidak boleh dipisahkan dengan PERNIKAHAN. Semestinya ia berkaitan antara satu dengan yang lain. CINTA tanpa impian pernikahan adalah sesuatu yang tidak relevan dan niat yang salah.

Tetapi haruslah diingat rasa CINTA sebelum perkahwinan bukanlah matlamat yang sebenar. Biarlah CINTA hadir dengan sendirinya InsyaAllah selepas diijabkabulkan.


Rukun Nikah


1.
Suami
2.
Isteri
3.
Saksi
4.
Wali
5.
Akad-Ijabkabul

Apa jua perasaan sebelum diijabkabulkan tidak menjamin keharmonian dan kebahagiaan di dalam rumahtangga. Percaya atau tidak ramai yang menitikberatkan perasaan CINTA hadir sebelum pernikahan berlangsung. “Saya tidak cintakan awak, macam mana kita nak kahwin dan hidup bersama?” Sudah pasti kata-kata ini akan dilafazkan oleh seseorang yang terlalu menitikberatkan rasa CINTA. “Saya tak mahu roh saya menderita dan awak juga pasti akan menderita”. Menderita atau tidak bukan kerana rasa CINTA.


Memang tidak dinafikan setiap makhluk yang bernyawa pasti mempunyai rasa CINTA.Jika diselidik dengan sebenar-benarnya, kita akan mendapati rasa CINTA bukan sahaja dikurniakan oleh ALLAH tetapi Syaitan juga boleh menerapkan rasa CINTA di dalam hati kita. Pernahkah kita mendengar ayat “CINTA pertama tidak boleh dilupakan”. Saya yakin jawapannya pasti “YA”. Ada pernikahan dan rumahtangga yang hancur dan musnah kerana orang ketiga yang biasanya “kekasih lama dan yang pertama”. Pada saya sifat begini haruslah dielakkan sepenuhnya kerana mengapa “Yang pertama” masih dijadikan jalinan diingatan padahal telah pun menjalinkan hubungan dengan “si dia” yang setia.


Kita melihat ramai yang berCINTA sebelum pernikahan tetapi ia semestinya tidak menjamin kebahagiaan. Pernikahan itu biarlah kerana ISLAM tidak semestinya kerana CINTA. InsyaAllah kerana ISLAM terutama pasti rasa CINTA akan timbul. Telahpun saya rungkaikan cara-cara untuk rumahtangga bahagia sebelum ini. jadi amatilah semua dah fahamilah maksud yang tersurat dan tersirat dengan jelas. InsyaAllah pernikahan yang ijab yang dilafazkan pasti membahagiakan ke akhir hayat di dunia dan akhirat.


Perkara yang terutama dilakukan sebelum membuat keputusan melangsungkan dan menjalankan pernikahan adalah ISTIKHARAH yang mana memohon pertolongan dan keputusan kepada ALLAH. Tetapi harus diingat bahawa istikharah yang dilakukan bukanlah setelah menjalinkan hubungan selama 4 tahun. Mulakanlah dengan jelas dan secara tekun sebelum membuat pilihan. Jika tidak pastilah masa dan wang dibazirkan. Begitu juga hati dan perasaan antara dua belah pihak pasti ada yang kecewa.
Setelah tiba masanya pastilah ijab dilafazkan dengan sepenuh hati. Terapkanlah rasa keikhlasan dan kejujuran kerana ALLAH. InsyaAllah berbahagia. Di permulaan kata saya telah mempamerkan kata-kata dan masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan terutamanya pihak lelaki.

Apabila selesai dilafazkan pastilah bermulanya era baru di dalam kehidupan sebagai pasangan suami dan isteri. terikatlah dua jalinan kekeluargaan. Amanah juga mesti dijalankan sepenuhnya dalam pelayaran bahtera. Tanggungjawab bertambah dan kedua-dua mestilah bantu membantu dan bekerjasama sentiasa. Perselisihan faham dan petengkaran mestilah di selesaikan dengan sebaik-baiknya.
Syariah ALLAH mestilah sentiasa dipelihara dan setiasa di jaga. InsyaAllah anak-anak yang soleh solehah dilahirkan pasti membawa sinar kebahagiaan yang berterusan di dalam sinar CINTA selepas pernikahan atau ijabkabul.

Tips-tips rasa CINTA dihadirkan dalam hati dan jiwa kerana ALLAH.
“Ya Allah, jadikanlah aku dari kekasih-kekasihMu. Sesungguhnya Engkau jika mengasihi seorang hamba, maka Engkau akan ampunkan dosanya walaupun ianya besar, dan Engkau akan terima amalannya walaupun kecil.”

Sesungguhnya Nabi Daud as berdoa dengan ucapan “Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kecintaanMu, dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu sesuatu yang lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku, hartaku dan daripada air dingin.”

Telah berkata Rasulullah saw :
“Telah datang TuhanKu kepadaku dalam mimpi seraya berkata Wahai Muhammad ucapkanlah Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu”.

Di antara doa Rasulullah saw adalah :
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kecintaanMu dan kecintaan orang yang memanfaatkan aku kecintaannya di sisiMu. Ya Allah, segala apa yang Engkau berikan padaku dari apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia suatu kekuatan bagiku bagi apa yang Kau cintai.”

Amatilah ayat ini. Menunggu masa dilafazkan. “Kulafazkan kata keramat di kala ini bukti keikhlasanku padamu. Dirimu kuCINTAi kekasihku, pemata permaisuri hatiku. Syurga matlamatku bersamamu”

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter