Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Elak Minum Berdiri, Gopoh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, November 12, 2009


RASULULLAH saw bersabda maksudnya: �Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.� (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan ! menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: �Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.�

Print

1 Responses to Elak Minum Berdiri, Gopoh

  1. LadyBird Says:
  2. Islam melarang umatnya meniup air/ makanan ketika panas banyak hikmah tersiratnya. Salah satunya adalah untuk mengelakkan udara kumuhan badan yang dihembuskan oleh mulut (karbon dioksida) masuk ke dalam makanan tersebut dan akan kembali masuk ke dalam badan kita.

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter