Abdullah bin Umar r.a berkata: "sewaktu kaum muslimin tiba tidak lama di Madinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Oleh kerana di waktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermesyuarat membicarakan tentang cara untuk tentang cara untuk memberitahu orang bahawa waktu solat telah tiba.
Dalam masa mesyuarat itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani dan ada pula yang mencadangkan supaya meniup seruling yang dilakukan oleh orang0orang Yahudi. Abdullah bin Umar r.a berkata lagi: "Setelah mendengar cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a berkata,"kenapa kita tidak tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat". Setelah Rasulullah s.a.w mendengar pelbagai cadangan maka Rasulullah pun berkata kepada Bilal bin Rabbah r.a : Wahai Bilal! Berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan saolat". Selepas itu Rasulullah pun mengajarkan cara azan kepada Bilal r.a dan cara itu kekal hingga ke hari ini.

0 comments