Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Kecil Boleh Jadi Besar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, October 6, 2000

TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

Jika anda tahu, ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.

Oleh itu perhatikan apa diperkatakan ini supaya ia boleh dijadikan pedoman. Ingat, walaupun ia mungkin nampak kecil dan remeh tetapi jika tidak dibendung ia akan membesar dan merosakkan banyak perkara.

* Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”

* Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.

* Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.

* Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.

* Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.

* Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.

* Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.

* Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.

* Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.

* Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.

* Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.

* Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.

* Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.

* Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.

* Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.

* Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.

* Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.

* Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.

* Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.

* Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.

* Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.

* Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.

* Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.


Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter