Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Panduan Mandikan Bayi Anda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, August 18, 2009


WAKTU mandian adalah antara detik yang menggembirakan kebanyakan kanak-kanak kecil terutama yang suka bermain air. Sebagai ibu, anda boleh menggunakan masa itu sebaik-baiknya kerana waktu mandi boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, malah waktu mandi turut memberi peluang yang baik buat ibu untuk berinteraksi dengan si manja.

Bagaimanapun, untuk memandikan bayi yang baru lahir perlulah lebih berhati-hati. Walaupun ia bukan perkara sukar, beberapa perkara perlu diambil kira sebagai langkah menjaga keselamatan dan kesihatan bayi berkenaan.


Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata sebelum waktu mandian bayi bermula, seelok-eloknya pilihlah waktu mandian yang bersesuaian sama ada bagi ibu mahupun si manja.

Beliau berkata, ibu perlu membuat persediaan yang secukupnya dan jangan gementar untuk memandikan bayi, sebaliknya rasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam menguruskan bayi.

“Bagi yang baru bergelar ibu, mungkin ada perasaan takut untuk memandikan bayi kerana bukan saja ia kecil, tetapi tubuhnya lembik. Jadi, ibu lazimnya bimbang dia akan terkasar dengan bayi itu. Tetapi percayalah, bayi baru lahir sebenarnya lebih kuat tubuhnya. Apa yang perlu anda buat ialah dekati bayi itu dengan lembut dan penuh kasih sayang. Bayi tentunya akan berasa selamat dan selesa dengan belaian kasih ibunya,” katanya.

Beliau berkata, perkakasan untuk mandian pula hendaklah disediakan terlebih dulu, antaranya menyediakan tab mandian, tuala, sabun atau syampu mandian dan pakaian yang bersih.

Semua perkakasan itu perlu disediakan lebih awal supaya sebaik saja bayi siap dimandikan, ia sudah pun tersedia dan tidak perlu lagi tercari-cari sehingga menimbulkan masalah.

Dr Zulkifli berkata, bayi yang baru lahir akan hilang panas dengan cepat, oleh itu, mandikan bayi di dalam bilik yang tidak sejuk. Kawal suhu dalam bilik dan pastikan lantai kering dan selamat. Sekiranya bayi perlu dimandikan di dalam bilik mandi, sebagai langkah keselamatan, pastikan lantai kering dan sediakan segala keperluan serta tempatkan barangan berkenaan di tempat yang mudah dicapai.


Mengenai kadar atau jumlah paras air untuk memandikan bayi, Dr Zulkifli berkata, jika menggunakan tab mandi, isikan air 5 cm hingga 8 cm atau cukup dalam untuk bayi berada di dalam air dengan bahunya di bawah paras air.

“Isikan tab mandi dengan air sejuk dulu, kemudian barulah diikuti dengan air panas. Periksa suhu air dengan siku atau pergelangan tangan dan pastikan air mandi itu suam. Selepas itu, tuangkan sabun mandi atau mandian dan kacau menggunakan tangan untuk memastikan tiada air yang panas. Apabila air sudah siap, barulah bawa bayi ke tempat mandi dan tanggalkan semua bajunya.

“Tetapi jangan masukkan bayi terus ke dalam air, sebaliknya basuh bahagian mukanya dulu dan seterusnya pada bahagian lain hingga kakinya. Selesai mandi, balut tubuh bayi dengan tuala segera dan jangan biarkan terlalu lama terdedah kerana ia tidak baik untuk kesihatannya. Gunakan kapas dan air masak lain yang sudah disejukkan di dalam mangkuk yang bersih dan lap matanya, muka, bahagian di bawah dagu dan bahagian tali pusat. Semua bahagian itu perlu dibersihkan dengan betul kerana jika tidak, ia boleh membawa jangkitan pada kulit,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, selepas mandi, bayi mesti dikeringkan sepenuhnya dengan memfokuskan pada bahagian bawah leher, tali pusat, bahagian punggung, paha dan ketiak, sementara bagi bayi yang belum tertanggal tali pusatnya, ibu perlu lebih berhati-hati.



Malah, bagi mengelakkan jangkitan dan pulih dengan cepat adalah penting untuk membersihkan bahagian pusat setiap hari (walaupun sebelum tali pusat tertanggal) dengan kapas dan air masak yang sudah disejukkan. Keringkan secara lembut dan menyeluruh menggunakan kapas atau tuala lembut serta sapukan ubat diberikan doktor di bahagian berkenaan.

“Kebanyakan ibu takut untuk membersihkan tali pusat kerana bimbang bayi akan berasa sakit dan ada juga berasa geli kerana keadaannya yang sedikit hitam. Lazimnya, tali pusat bayi akan tertanggal dengan sendiri dalam jangka masa empat hari hingga dua minggu dan meninggalkan luka kecil yang mungkin mengambil masa beberapa hari untuk pulih. Jika tidak tercabut jangan bimbang kerana mengikut rekod ada kes yang sehingga mencapai 72 hari,” katanya.

INFO: Panduan keselamatan ketika memandikan anak:

* Jangan sekali-kali tinggalkan bayi anda bersendirian ketika mandi.
* Jangan letakkan bayi anda ke dalam tab mandian ketika air sedang diisi.
* Pastikan bilik mandi keluarga selamat dan letakkan alas getah dan pasangkan penutup paip.
* Jangan benarkan kanak-kanak menyentuh paip.
* Didiklah anda anda supaya sentiasa duduk ketika mandi.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter