NABI Muhammad SAW adalah penutup nabi dan rasul. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Bukanlah Nabi Muhammad SAW itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Ahzab, ayat 40)
Sekiranya ada pengakuan daripada individu tertentu bahawa dia adalah rasul dan nabi, maka pengakuan itu adalah palsu yang boleh membawa kepada kesesatan. Setiap orang beriman hendaklah menjauhkan daripada membuat pengakuan itu.
Kedudukan Rasulullah SAW sebagai rasul terakhir dijelaskan dalam hadis bermaksud: "Perumpamaanku dan perumpamaan nabi adalah seperti seorang lelaki yang ingin mendirikan sebuah bangunan, lalu dia ingin menyempurnakan dan memperindahkannya kecuali dengan satu bahagian batanya lagi. Setiap orang yang memasukinya akan memandang dan berkata: Alangkah indahnya kecuali satu tempat bahagian bata ini dipenuhkan. Akulah satu bata itu. Nabi ditutup olehku." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi).
Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang terakhir atau penutup bagi segala nabi dan rasul. Hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis lain bermaksud: "Aku diberi kelebihan ke atas nabi yang lain dalam enam hal: Aku diberi kalimah yang lengkap, aku ditolong dengan memberikan rasa gentar (kepada musuh), dihalalkan bagiku harta rampasan perang, dijadikan bagiku bumi sebagai masjid dan alat bersuci, aku diutus kepada seluruh makhluk dan nabi ditutup olehku." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).
Hadis itu turut menjelaskan lima lagi kelebihan Rasulullah SAW yang menunjukkan ketinggian Baginda di sisi Allah. Di atas kelebihan dan ketinggian ini, Allah dan malaikat berselawat ke atas Baginda. Allah memerintahkan supaya kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Firman-Nya bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan." (Surah al-Ahzab, ayat 56)
Ibn Abbas menjelaskan, selawat Allah adalah rahmat-Nya kepada Rasulullah SAW di sisi malaikat, manakala selawat malaikat pula adalah istighfar. Ada pun selawat orang Islam kepada Rasulullah SAW adalah pujian ke atas Baginda. Basyir b Sa'ad bertanya kepada Rasulullah SAW, bagaimanakah berselawat kepadamu.
Baginda bersabda bermaksud: "Ya Allah, berselawatlah untuk Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah." (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Jarir)
Kepentingan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dapat dilihat apabila sebutan di atas perlu diucapkan di dalam tasyahhud dalam setiap solat. Ini bererti bahawa bagi seseorang Muslim yang mendirikan solat, mereka tidak akan meninggalkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Bukan saja di dalam solat, malah di dalam berdoa pun, umat Islam disaran berselawat ke atas Baginda selepas memuji Allah pada permulaan doa.
Sesiapa yang tidak memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda di dalam doa dianggap orang yang tergesa-gesa dalam doanya. Hal ini diceritakan oleh Fudhalah b Ubaid bahawa Rasulullah SAW mendengar seseorang berdoa selepas solatnya. Dia tidak memuji Allah dan tidak berselawat kepada Baginda.
Maka, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Lelaki ini terlalu tergesa-gesa. Kemudian Baginda memanggilnya dan berkata kepadanya dan juga kepada yang lainnya: Jika salah seorang daripada kalian berdoa, maka mulakanlah dengan memuji Allah. Kemudian berselawatlah ke atas Nabi, kemudian berdoalah selepas itu apa yang engkau mahu." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
Mereka yang paling banyak selawatnya ke atas Rasulullah adalah orang yang paling utama di sisinya di akhirat kelak. Ini dijelaskan oleh Abdullah b Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Manusia yang paling utama bagiku pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sebaliknya, bagi mereka yang tidak berselawat kepadanya pula akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Bagi kerugian di dunia ini dijelaskan oleh Ibn Abbas dengan berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang sesiapa yang lupa berselawat kepadaku, nescaya dia keliru menuju jalan ke syurga." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Kerugian di akhirat pula dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tidak ada satu kaum yang duduk di dalam satu majlis, di mana mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan mereka akan mendapat kerugian pada hari akhirat kelak." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

0 comments