Wanita dan anak mampu melalaikan si suami jika suami tak kuat iman sehinggakan samada disedari atau tidak, terdapat sahaja kes di mana isteri dan anak menjadi musuh suami. Pengesahan ini diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:
"Wahai orang beriman, sesungguhnya antara isteri kamu dan anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. (Surah at-Taghabun, ayat 14).
Menurut Ibn Abbas, ayat di atas turun berikutan kisah di kalangan orang Islam yang menyatakan dirinya memeluk Islam dari kota Makkah. Mereka hendak bertemu Rasulullah SAW untuk mendalami ilmu. Namun, isteri dan anak mereka tidak membenarkannya. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah SAW, mereka melihat orang ramai mendalami ilmu agama.
Sayyid Qutb (1327-1386 H) menjelaskan, isteri dan anak kadang-kadang menjadi sebab yang melalaikan seseorang daripada mengingati Allah dan mencuaikan tanggungjawab keimanan. Seseorang itu mungkin mampu menanggung kesusahan, tetapi tidak sanggup melihat anak dan isterinya menanggung kesusahan. Inilah yang menyebabkan dia menjadi bakhil dan pengecut supaya anak dan isterinya aman dan tenang supaya mereka hidup senang dan cukup mempunyai harta benda. Dengan demikian mereka menjadi musuhnya kerana menjadi penghalang daripada kebaikan dan demi merealisasikan matlamat kewujudan insaniah yang tinggi.
Mereka adalah penghalang untuk suami melakukan kebaikan agama dan mengembangkannya kepada manusia. Malah, lebih teruk lagi, mereka adalah orang yang sentiasa mengajak keluarganya kepada perkara yang bertentangan dengan roh Islamiah. Bagi suami yang tidak mampu menahan diri daripada cubaan ini akan bersama hanyut dalam dunia keasyikan yang melalaikan.
Lalainya suami terhadap isteri kerana mereka adalah objek menarik yang diciptakan oleh Allah yang mampu untuk melalaikan suami terhadap perintah Allah sekiranya tidak diurus sebaik mungkin. Allah menggambarkan tabiat manusia yang amat cinta dan mengagumi benda yang indah dan menarik. Sesuatu yang paling menarik perhatian lelaki ialah wanita. Ia dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang tangkas lagi terlatih dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)" (Surah Ali Imran, ayat 14).
Menerusi ayat di atas, al-Qurtubi menyatakan, wanita adalah fitnah dan ujian paling berbahaya bagi lelaki berbanding ujian lain. Wanita yang menjadi fitnah. Ujian kepada lelaki ialah wanita yang tidak mematuhi batas syarak yang ditetapkan Allah ke atas mereka. Sebaliknya, wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Golongan lelaki juga hendaklah mengetahui bahawa Allah mengurniakan harta dan anak untuk menguji hamba-Nya. Oleh itu, adalah yang terbaik bagi suami, memberikan ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak mereka. Dengan ilmu itu mereka sekeluarga akan memahami suruhan dan tegahan Allah.
Pemahaman ini penting supaya ada rasa tanggungjawab bersama untuk membela agama Allah. Kegagalan memberikan ilmu dan mengamalkannya, boleh menyebabkan mereka sekeluarga terjerumus ke dalam perkara dilarang, sekali gus boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai orang beriman, Allah mengingatkan bahawa mereka perlu menjaga kaum keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Ingatan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
"Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (Surah at-Tahrim, ayat 6).

0 comments