Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

8 Tip Hindari Gigi Berlubang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, April 24, 2010 2 comments




Terima Kasih
LeeSha @ torent.jiwang.cc



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ujian Allah: Sejauh Mana Keredhaan Kita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, April 18, 2010 0 comments


Subuh sudah berlalu,siang akan gelap dan semakin kelam. Begitu jua lumrah kehidupan ini dari si kecil yang merangkak akan bertukar kepada si besar yang berjalan tanpa di papah. Megah dan gah berjalan tanpa merenung siapa kita di atas muka bumi ini,tanpa melihat Pencipta yang mencipta manusia dan kehidupan ini.


Maghrib Jumaat lepas di radio Selangor, ceramah Ustaz Uda Kassim (dalam tafsir alQuran) menyentuh tahap keimanan sesorang hamba. Sejauhmana kita serius untuk menghampirkan diri kepada Allah, bergantung sejauh mana kita mengenali diri kita. Seperti bait2 lagu Raihan "Iman tidak diwarisi" Hukum Allah hanya ada lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Belum tentu kalau bapa mereka Imam anak akan mengikut jejak langkah.

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt. Dalam kehidupan seharian nih, mungkin yang aku baca melalai akhbar, melalui pengalaman teman2, ujian Allah nih bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak2 cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang di tinggal kan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga nih yang paling common sekali. Kadang kecik2 dah diuji, dimana mak bapak meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam2 lagi di luar sana.

Menurut Dr Rubiah dlm rancangan 'Anjakan Paradigma - Tajuk: Sendiri tapi Berdikari" Mengenai ibu tunggal. Kelakar gak Dr nih, dia merungkai mengenai ibu tunggul, ibu tunggal dan ibu tinggal.. Ini merupakan ujian bagi perempuan. Apa jua musibah, ujian adalah gerak dari Allah. Bila mana Allah menimpa dengan ujian, dia ingin menguji samada kita redha atau sebaliknya dan ketentuannya jualah semua itu berlaku. Perempuan harus kuat dan berfikiran positif yang mana Allah menyayangi umatnya supaya tidak terus lagha dan Dia sentiasa dekat dengan kita. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,” (Surah Qaf: 16)

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang2 yang dikasihi Allah.. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redho dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH sw.t.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?”…Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.”…

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Kesenangan juga merupakan ujian Allah. Harta benda dan anak2 serta perempuan merupakan ujian bagi lelaki. Lelaki biasa lah bila dah kaya, banyak imiginasi. Itu lumrah! Di zaman anak2 remaja begitu ghairah menampakkan pusat, pakai baju tak cukup kain, jarang, manakala mak dan anak sama naik dengan berlumba untuk mengaratkan rambut... itu belum lagi yang jadi bohsia, minah rempit... siapa bertanggungjawab tuh.. ayahnya? abangnya? suaminya? Bukan mudah menjadi mukmin yang sejati kalau kita sendiri tak berubah ke arah yang lebih baik. Ni semua untuk peringatan bersama. ISO kejayaan pada kacamata manusia sudah begitu sukar, apatah lagi syarat untuk meraih kejayaan mengikut ISO Allah.

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Actually siapalah aku nak bercerita mengenai iman tapi aku mampu berkongsi. Nabi kata "Sampaikan walaupun 1 ayat"
Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Baca Karakter Melalui Meja Kerja

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pelbagai Petua

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Surah Al-Waaqi'ah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Surah Al-Waaqi'ah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran, tidak asing lagi pada umat Islam terutama kerana fadhilat dan faedahnya iaitu mudah mendapat rezeki serta kekayaan di samping lain-lain fadhilat lagi bagi yang mengamalkan membacanya.


Surah Al-Waaqi'ah yang bererti Hari Kiamat menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragui akan berlakunya Hari Kiamat. Apabila tiba waktunya nanti, sesiapa pun tidak dapat mendustakannya lagi. Semua manusia akan menerima pembalasan terhadap apa yang dilakukannya semasa hidup di dunia.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW tentang fadhilat dan faedahnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Waaqi'ah ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bermaksud :

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Waaqi'ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya".

Hadis yang serupa maksudnya diriwayatkan juga oleh At-Tarmidzi :

Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata, Abu Bakar Al-Siddiq RA berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waaqi'ah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Saymsul-Kuwwirat". [HR At-Tarmidzi]

Selain daripada itu, fadhilat amalan membaca Surah Al-Waaqi'ah :

1. Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki.
2. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit, insya-Allah akan ringanlah sakitnya.
3. Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratul mautnya.
4. Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan siksa kuburnya.

Amalkanlah membaca Surah Al-Waaqi'ah ini sebagaimana maksud di atas, semoga kita akan turut menikmati fadhilat dan faedahnya.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Wanita Dan Lelaki Saling Melengkapi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, April 17, 2010 0 comments


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.


Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenapa Makin Tua Makin Gatal

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Petua Memulakan Kehidupan Berumah Tangga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengisi Waktu Lapang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, April 15, 2010 0 comments


Isilah masa lapang anak-anak dengan perkara yang bermanfaat. Ramai anak-anak terutamanya anak-anak orang Melayu mempunyai banyak masa lapang tetapi lalai dan lagha dengan masa yang sangat berharga hingga melakukan perkara-perkara yang negatif.


Akhirnya, mereka akan terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti lepak, ponteng, menghisap dadah, pergaulan bebas, lumba haram, mencuri dan sebagainya.

Kebanyakan anak-anak kaum lain seperti kaum Cina, India dan Punjabi terutama di peringkat sekolah rendah, kebiasaannya dikawal oleh ibu bapa mereka untuk menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti persatuan, sukan, kelas kemahiran atau kelas tuisyen. Malah anak-anak mereka dikawal dari segi kebebasan dengan dihantar pergi dan balik dengan kenderaan sendiri.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu, didiklah anak-anak agar bijak menghargai masa.


Aktiviti Mengisi Masa Lapang Anak-Anak

Mengasah Bakat / Kreativiti / Hobi

* Melukis
* Fotografi
* Robotik
* Mengarang
* Belajar khat
* Bernasyid
* Menanam bunga
* Berkebun sayur
* Menghias rumah
* Melancong

Memiliki Kemahiran

* Komputer
* Melayari internet yang berfaedah
* Kelas tuisyen
* Kumpulan belajar
* Bermain kompang
* Bermain key-board
* Memotong & mengumpul keratan akhbar
* Memiliki lesen memandu

Bersosial yang Sihat

* Melawat nenek di kampung
* Beramah mesra dengan jiran
* Menziarahi keluarga
* Mengikuti rombongan sambil belajar
* Menziarahi pesakit di hospital
* Menziarahi kelahiran, sakit dan kematian
* Melibatkan diri dengan aktiviti kelab, persatuan, NGO atau kerja-kerja sukarela

Bersukan

* Bola sepak
* Badminton
* Sepak takraw
* Berenang
* Ping-pong
* Bola jaring
* Jogging
* Strolling
* Judo
* Silat

Mendalami Pendidikan Agama

* Belajar & Menghafal Iqra / Al-Quran
* Belajar tajwid / tahsinul Quran
* Belajar tarannum
* Belajar fardhu 'Ain
* Mendengar ceramah agama
* Berjemaah di masjid / surau
* Mengikut kumpulan usrah
* Menziarahi makam orang-orang soleh

Aktiviti Luar / Lasak

* Berkhemah
* Jungle Trekking
* Aktiviti Pacuan 4 Roda
* Memancing
* Berbasikal
* Memanjat bukit / gunung
* Unggun api
* Bermain wau

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenali Masalah Melalui Warna Lelehan Vagina

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jadilah Wanita Besi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Layanan Seks Mantap..Hati Suami Terikat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perancangan Kewangan Bagi Pelajar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, April 14, 2010 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Surah Al-Mulk

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Surah Al-Mulk (bererti Kuasa Pemerintahan) merupakan surah yang ke-67 di dalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah SWT iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya.


Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tarmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al-Mulk."

Daripada Ibnu Abbas RA, seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu, beliau terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam. Beliau lalu menemui baginda dan berkata:

"Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui; saya mendengar seseorang sedang membaca Surah Al-Mulk sehingga khatam."

Maka Nabi SAW bersabda:

"Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia dari siksa kubur."

(HR At-Tarmizi)

Daripada Jabir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim, As-Sajdah dan Al-Mulk.

(HR At-Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Al-Mulk."

(HR At-Tarmizi)

An-Nasai juga meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."

"Terdapat sebuah surah di dalam kitab Allah (Al-Quran), tiada surah yang demikian melainkan mengandungi 30 ayat, yang kelak memberi syafaat kepada orang yang membacanya, mengeluarkannya daripada neraka pada Hari Kiamat lalu memasukkannya ke dalam syurga iaitu Surah Al-Mulk."

Anas RA pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam, maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.

Umat Islam adalah digalakkan supaya selalu mengamalkan membaca Surah Al-Mulk sebaik-baiknya setiap malam.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Surah An-Nabaa'

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Surah An-Nabaa' (bererti berita besar) adalah surah yang ke-78 di dalam Al-Quran, mengandungi 40 ayat.

Di antara kandungannya menegaskan tentang kebenaran "berita besar" iaitu kebangkitan manusia dihidupkan semula untuk menerima pembalasan pada Hari Kiamat. Surah ini membentangkan hujah-hujah betapa zalimnya keingkaran golongan kafir musyrik yang meragui akan berlakunya Hari Kiamat.


Telah nyata Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya yang begitu rumit. Maka sudah tentulah tidak susah bagi-Nya untuk menghidupkan mereka semula kelak bagi menerima pembalasan.

Ketika itu kelak, orang-orang kafir itu akan menyesal dan berkata, "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (sahaja supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima pembalasan)."

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat dan faedah mengamalkan membaca Surah An-Nabaa' ini ialah hadis yang diceritakan oleh Abu Darda' yang bermaksud:

"Pelajarilah Surah An-Nabaa', pelajarilah Surah Al-Buruuj, pelajarilah Surah Qaaf dan pelajarilah Surah At-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadhilat-fadhilat dan besarnya pahala membaca surah-surah tersebut, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajari surah-surah tersebut; dan juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membacanya. Sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik."

Memandangkan fadhilat dan faedahnya yang begitu besar, umat Islam disarankan agar mengamalkan membacanya, sebaik-baiknya pada tiap-tiap hari.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Minyak Lavender Atasi Kesukaran Tidur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mi Kari Penang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Melafazkan Kata Perpisahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, April 13, 2010 2 comments

Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Permintaan Terakhir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments





Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Nasi Goreng Classique

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Terima kasih
LeeSha @ torrent.jiwang.cc

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter