Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, January 25, 2010 0 comments


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

7 Cara Menawan Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.


Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.


Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.
Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta Sihat Relevan Di Zaman Ini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Dari baby lagi kita telah disogokkan dengan cerita-cerita yang mempunyai ending “happily ever after” seperti Cinderella, Snow White dan all those princess stories. Andai bercerita tentang cinta dan perhubungan, rata-rata semua gadis dan wanita akan mempunyai objektif yang sama, iaitu mencari Mr Right atau si cinta sejati yang romantis dan membahagiakan. Realitinya, ranjau di sepanjang perhubungan menyukarkan, menyulitkan. Walau Romeo & Juliet yang dinobatkan dunia sebagai pasangan cinta sejati paling popular sekalipun tidak ditakdirkan bersama akhirnya, meragut nyawa sendiri atas nama cinta.


Atau umpama kisah cinta dalam filem Cinta arahan Kabir Bahtia yang memaparkan kisah Harris (Rashidi) yang yakin beliau telah berjumpa dengan cinta sejati, akhirnya remuk berkecai hati dikecewakan si isteri, Airin (Rita) yang mempunyai affair di luar. Mungkin sudah sampai masa untuk kita review tentang pencarian cinta sejati dan lebih memberi fokus kepada cinta yang lebih relevan di masa kini iaitu membentuk cinta yang sihat.

Istilah pasangan sempurna itu tidak wujud, tidak kiralah anda popular seperti The Beckham atau anda pasangan Serasi Bersama; kesempurnaan dalam perhubungan atau percintaan itu hanya seperti loga maya di tengah padang pasir. Akan lebih berjaya sesuatu perhubungan jika pasangan memberi tumpuan untuk memupuk cinta yang sihat. Bunyinya mungkin kurang romantik berbanding perkataan sejati tetapi jika dipraktikkan, bukan sahaja cinta anda akan sihat untuk mengekalkan perhubungan, namun cinta akan berkembang mekar umpama bunga yang sering dibaja dan dijaga rapi.

Formula perhubungan secara teorinya mudah sahaja! What we put in is what we get back. Jangan memberi batu inginkan permata. Untuk mewujudkan cinta yang sihat, anda harus bermula dengan memasukkan semua elemen sihat dalam perhubungan. Cakap-cakap tuturkata perlu sihat, tingkahlaku sopan santun kena sihat, perasaan dalaman dan raut wajah tampilkan yang sihat-sihat, pendek kata berikan kesihatan yang baik kepada cinta. Andai badan memerlukan kabohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin, mulakan sesebuah perhubungan dengan 7 vitamin cinta yang mudah tetapi mujarab hasilnya!

· Pertama, hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahan. Jika ada yang tidak berkenan di hati, sampaikan dengan cara yang baik agar hati pasangan tidak diperlekeh. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan suffer dan musnah akhirnya.

· Yang kedua, percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga, dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta anda bukan cerita penyiasatan atau CSI yang perlu disiasat teliti ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, dan betul atau tidak apa yang diceritakan. Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah..

· Vitamin ketiga ialah keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati.

· Di dalam bercinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan, dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.

· Vitamin cinta kelima yang jangan diabaikan ialah keadilan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa kamu hanya untuk dia seorang.

· Dan cinta yang sihat bukan untuk menjadikan dua insan individu yang serupa. Kamu punya identiti tersendiri; bina dan bentuk personalitimu agar kamu menjadi diri kamu sendiri dan bukan orang lain seperti yang dia mahu. Aku cintakanmu kerana kamu adalah kamu dan kerana kamu bukan diriku!

· Akhir sekali, vitamin cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap; kadang-kadang tidak bercakap bila perlu juga ialah komunikasi yang baik. Maknanya, anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda untuk menghasilkan cinta yang sihat. Sebagai contoh, jangan dibelikan cintamu bunga jika dia tidak menggemarinya hanya kerana semua jejaka memberi bunga kepada cinta mereka.

Cinta atau perhubungan yang dibekalkan dengan vitamin cinta akan menghasilkan cinta yang sihat, segar dan bertenaga. Tidak perlu penat mencari dan menunggu cinta sejati yang tidak kunjung pasti, sebaliknya amalkan cinta dan perhubungan yang sihat untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sakit Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


apa yang kita rasa apabila bercakap tentang kesetiaan? kita mahu pasangan yang setia pada cinta kita. kita mahu perkahwinan yang membahagiakan bersama suami dan anak-anak tercinta. perkahwinan yang bahagia itu pula pada kita bermaksud perkahwinan solo, monogami, bukannya perkahwinan banyak atau poligami.


ramai yang tewas apabila berbincang tentang poligami. hanya kesakitan yang dirasai. kehancuran hati. kemusnahan kepercayaan. kecurangan kesetiaan. ramai yang menangis baik dalam diam mahupun secara terang. seolah dunia dah berakhir. kekadang anak-anak menjadi mangsa keadaan.

ramai juga yang menganggap bahawa blog ini sesuai sekali buat isteri kedua. mengapa berpendapat begitu ? adakah apabila berbicara agar jangan kecewa, apabila suami kahwin lagi, jangan menyimpan dendam kepada madu kerana semua itu aturan Tuhan, maka, isteri pertama merasa diri mereka diketepikan?

sebenarnya, tiada siapa yang harus sakit hati dan tiada siapa yang harus merasa puas hati..

buat isteri pertama, sekiranya anda telah dimadukan suami, anda lebih – lebih lagi tidak boleh merasa sakit hati. semua yang dibicarakan di sini adalah untuk agar anda merasa tidak sakit hati, semua yang diperkatakan di sini adalah untuk anda nilai agar anda sedar tiada gunanya merasa sakit hati.

sebaliknya, semua yang tertulis di sini adalah untuk anda mampu merawat hati.

percayalah, kebahagiaan hati kita bukan terletak pada manusia, sebaliknya pada diri kita sendiri. jika kita percaya sepenuhnya kenyataan ini, maka bukan setakat tambah satu lagi isteri suami kita, tambah tiga lagipun kita tetap bahagia.

walau kita satunya isteri, kita tetap boleh tidak bahagia andai kita kecundang pada pelbagai ujian kehidupan yang lain. itulah pokok cerita, kemampuan kita menanggung ujian Tuhan.

Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

semua isteri pertama, Allah sudah jadikan melalui suami mu ada ujian, sekiranya kecundang, maka rugilah, sudahlah di dunia berkongsi suami, akhirat pula tiada apa-apa pahala menunggu malah kemungkinan neraka pula yang menanti kerana tiada keikhlasan menghadapi ujian RABBUL IZZATI.

untuk isteri kedua, tiada sebab langsung untuk merasa puas hati kerana andai masuknya anda ke dalam rumah tangga suami mu maka mengakibatkan kecundangnya isteri pertama dalam menghadapi keikhlasan ujian, maka kamu merasa seronok dan mengambil kesempatan itu untuk terus menguasai suami, membiarkan situasi berterusan tanpa cuba berikhtiar membetulkannya baik melalui suami mahupun cara lainnya, maka sebenarnya itulah antara penyebab penuhnya penghuni neraka dengan kaum wanita.

ehh, untuk semua isteri, bukalah mata, celikkanlah minda. kita ini adalah hamba. dunia ini pula hanya sementara. kita bukan hidup selamanya. perintah TUHAN agar dunia ini hanya kita jadikan tempat untuk mencari perbekalan buat negeri yang abadi.

kenapa masih belum bangun dari tidur? mengapa biar diri terbelenggu dalam mainan syaitan? sengsarakah kita apabila suami berkahwin lagi sedang kalau kita ikhlas, redho ALLAH milik kita?

banggakah kita apabila suami mengahwini kita sedang hati insan lain menderita kerana kita ? yakinkah kita sepenuhnya bahawa akhirat nanti milik kita?

bukan susah menjadi isteri pertama, bukan pula mudah menjadi isteri kedua. pokok pangkalnya, pengakhiran kita nanti. walau apa status kita, yang penting pengakhiran kita.

dimana kita selepas alam ini, ke mana kita dalam alam yang abadi nanti, alam yang tiada penghujungnya lagi, alam yang tiada kematian. dimana tempat kita.

persoalannya, bukan siapa yang untung di dunia ini, bukan hal siapa yang rugi di kehidupan ini. tetapi keuntungan kekal di alam yang abadi nanti, keuntungan itu yang kita mahu. untunglah di dunia ini tetapi untuk apa kalau rugi di akhirat nanti, rugilah di dunia fana ini tetapi tak mengapa sekiranya untung abadi di akhirat nanti, cuma malang sekali kalau rugi keduanya dan bukankah bertuah kalau untung keduanya?

walau apa yang kita terima di dunia ini, kita isteri kesayangan suamikah? kita isteri yang tidak dipedulikankah? kita isteri yang digantung tidak bertalikah ? kita isteri yang terpaksa menyara diri sendirikah? tetapi bagaimana penerimaan kita,.. itulah yang membezakan kita di akhirat sana.

justeru, tiada sebab untuk merasa sakit hati. sesungguhnya nasib dan kebahagiaan kita, kita yang tentukan sendiri.

“sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang merubahnya” (13:11)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Menangani Cemburu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku di dalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.


Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!

Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Isteri Diperkosa Oleh Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 24, 2010 0 comments


Ada suatu perkosaan yang mungkin jumlahnya jauh lebih banyak daripada perkosaan yang diberitakan oleh banyak media massa di negara kita. Itulah perkosaan yang dilakukan oleh para suami terhadap isterinya.


Sebuah peristiwa menyedihkan yang dialami oleh banyak isteri, tetapi tidak terungkap seperti peristiwa perkosaan yang dilakukan oleh lelaki bukan suami. Perkosaan yang dilakukan oleh suami pada umumnya ditutup karana hanya dianggap sebagai urusan keluarga.

Mungkin banyak orang tidak dapat menerima kalau seorang suami dianggap memperkosa isterinya. Dalam anggapan mereka isteri tidak selayaknya menolak suaminya yang menginginkan hubungan seksual. Dengan kata lain mereka menganggap seorang isteri harus selalu siap pakai memenuhi keinginan seksual sang suami. Seperti sebuah mesin saja. Mereka lupa atau pura-pura lupa bahwa isteri yang juga manusia dapat merasa tidak bergairah atau payah atau tidak ingin diganggu pada suatu saat. Bahkan ada pula yang menggunakan alasan agama, bahwa isteri harus tunduk kepada suami. Maka mereka beranggapan setiap kali suaminya menginginkan hubungan seksual, sang isteri tidak boleh menolak. Agaknya ini merupakan anggapan yang salah dalam menafsirkan suatu ajaran agama.

Benarkah ada perkosaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri?

Bertolak dari pengertian perkosaan, yaitu setiap hubungan seksual yang berlangsung tanpa persetujuan bersama, maka hubungan seksual yang hanya dikehendaki oleh suami sementara sang isteri tidak menghendaki, sebenarnya termasuk perkosaan. Apalagi kalau disertai ancaman, misalnya akan dicerai, akan mencari wanita lain, bahkan sampai dipukul atau diperlakukan dengan kekerasan sampai menimbulkan penderitaan bagi sang isteri.

Banyak isteri mengeluh mengalami rasa sakit di vaginanya akibat hubungan seksual yang dipaksakan oleh suaminya, atau dengan kata lain diperkosa oleh suaminya. Pada dasarnya pengalaman mereka sama, yaitu mereka sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual karena sebab tertentu. Tetapi sang suami tetap memaksa sambil marah. Maka hubungan seksual berlangsung seperti dengan sebuah benda. Sang suami segera puas, tetapi sang isteri kesakitan sampai berhari-hari.

Sebagian mereka sedang tidur nyenyak ketika dibangunkan oleh suaminya yang meminta melakukan hubungan seksual. Pada saat itu sang suami sudah siap ingin melakukannya, sementara sang isteri masih dalam keadaan setengah sadar dan tidur yang lelap. Maka berlangsunglah hubungan seksual yang sangat menyiksa sang isteri. Mudah dimengerti kalau sebagian sampai mengalami infeksi pada kelaminnya.

Sebagian lain memang tidak sedang tidur, tetapi sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual setelah payah bekerja seharian. Tetapi dengan terpaksa mereka melayani keinginan seksual suaminya kalau tidak ingin menjadi tumpahan kemarahan, bahkan tamparan. Sebagian isteri yang lain memang telah kehilangan gairah seksualnya sehingga merasa lebih senang bila tidak disentuh oleh suaminya. Tetapi sang suami tidak pernah mau mengerti, sehingga tetap saja menuntut melakukan hubungan seksual. Kalau menolak, maka kemarahan yang didapat, bahkan kekerasan.

Memang agak aneh mendengar ada perkosaan dilakukan oleh suami terhadap isteri. Tetapi setelah mengetahui contoh di klinik tersebut, masihkah merasa aneh? Jelas itu suatu tindakan perkosaan yang dilakukan oleh suami. Tetapi tentu saja sang isteri yang menjadi korban, tidak mungkin melaporkan dan menuntut secara hukum. Bagaimana pun juga sang pemerkosa adalah suami sendiri. Kecuali kalau benar-benar sudah tidak tahan menghadapi derita yang dialami.

Mengapa sampai terjadi perkosaan oleh suami?

Jawaban yang pasti, karena sang isteri tidak mau atau tidak bersedia memenuhi keinginan suami untuk melakukan hubungan seksual. Karena isteri menolak atau tidak bersedia, maka suami melakukan berbagai bentuk kekerasan agar dapat melakukan hubungan seksual.

Tetapi pemaksaan oleh suami terhadap isteri tidak dapat dilepaskan dari faktor lingkungan sosial, budaya, dan ekonomi. Lingkungan tersebut tampak berpengaruh besar terhadap kekerasan terhadap wanita, khususnya kekerasan seksual oleh suami. Lingkungan sosial ekonomi di mana status sosial ekonomi wanita lebih rendah daripada pria menyebabkan wanita berada di bawah “kekuasaan” pria, termasuk dalam kehidupan seksual.

Lingkungan budaya dengan perbedaan gender yang kuat telah menempatkan status budaya wanita lebih rendah daripada pria. ini menyebabkan pria selalu menganggap wanita harus tunduk kepada pria. Bahkan isteri tidak ditempatkan menjadi mitra yang sejajar dengan suami, melainkan sebagai “pembantu” atau paling tinggi sebagai “pendamping”.

Maka ketika mengetahui isteri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual, suami begitu saja memaksanya, bahkan dengan kekerasan. Suami tidak pernah ingin tahu atau bertanya mengapa sang isteri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual.

Mengapa sang isteri tidak bersedia melakukan hubungan seksual?

Pertanyaan inilah yang seharusnya dipikirkan atau ditanyakan oleh suami menghadapi isteri yang menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Ada beberapa alasan yang disampaikan oleh isteri, mengapa mereka menolak melakukan hubungan seksual, yang menyebabkan sang suami kemudian memperkosanya.

Sebagian isteri sering menolak melakukan hubungan seksual karena selama menikah tidak pernah merasakan kenikmatan hubungan seksual. Hanya suami saja yang menikmati. Akibatnya dorongan seksualnya lenyap sama sekali. Padahal penyebabnya sangat mungkin karena ketidaktahuan suami tentang seksualitas, atau mungkin karena gangguan fungsi seksual pada suami.

Sebagian yang lain menolak melakukan hubungan seksual karena memang sedang tidak bergairah karena payah atau sedang tidur. Kalau saja sang suami mau mengerti keadaan tersebut, maka mereka tidak akan langsung melakukan hubungan seksual sementara sang isteri tidak siap. Kalau saja mereka mengerti, maka mereka akan menunggu sampai sang isteri juga siap sehingga tidak terjadi peristiwa perkosaan dengan akibat yang merugikan isteri. Atau kalau mereka mengerti bahwa sang isteri bukan hanya merupakan obyek seksual suami, maka mereka seharusnya dapat memaklumi kalau sang isteri sedang tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Para suami Seharusnya menyadari bahwa isteri bukanlah sebuah benda yang selalu siap pakai untuk melakukan hubungan seksual, sama halnya dengan pria yang tidak selalu siap pakai.

Menyedihkan bila mendengar salah satu alasan suami yang menikah lagi, yaitu karena sang isteri tidak mampu sepenuhnya melayani kebutuhan seksual suami. Jadi karena sang isteri hanya mampu memenuhi sebagian saja, maka sang suami menikah lagi. Sungguh menyedihkan, karena sang suami tidak mau berupaya mencari apa sebabnya sang isteri tidak mampu melayani kebutuhan sek sualnya. Padahal kalau dicari penyebabnya, sangat mungkin karena sang isteri tidak dapat menikmati hubungan seksual yang dilakukan akibat ketidakmengertian suami atau akibat gangguan fungsi seksual suami.

Apa akibatnya bagi isteri?

Ada beberapa akibat buruk yang mungkin terjadi dalam kehidupan seksual wanita yang mengalami perkosaan oleh suami. Pertama, dorongan seksualnya lenyap. Kedua, dorongan seksual tetap ada tetapi reaksi seksual terhambat sehingga merasa sakit setiap kali melakukan hubungan seksual. Ketiga, hambatan mencapai orgasme. Keempat, mengalami vaginismus, yaitu kekejangan abnormal pada otot sekitar vagina sepertiga bagian luar sehingga hubungan seksual tidak mungkin dilakukan.

Sejauh mana isteri mengalami akibat perkosaan oleh suami sangat tergantung pada sikap atau kekerasan yang dilakukan oleh suami dan jangka waktu perkosaan berlangsung. Semakin buruk sikap atau kekerasan yang dialami dan semakin lama perkosaan dialami, semakin buruk akibat yang dialami oleh isteri. Vaginismus merupakan akibat akhir pada fungsi seksual isteri yang mengalami perkosaan oleh suami.

Bagaimana isteri harus bersikap bila mengalami perkosaan oleh suami?

Isteri yang mengalami perkosaan oleh suami seharusnya tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kekerasan itu berlangsung. Mereka harus menentukan sikap dan berbuat sesuatu agar tragedi itu tidak berlanjut.

Beberapa langkah berikut ini boleh dilakukan oleh isteri yang mengalami perkosaan oleh suami.

Pertama, menjelaskan dan menyadarkan suami bahwa tindakannya tidak benar dan tergolong perkosaan.

Kedua, menjelaskan kepada suami bahwa penolakannya untuk melakukan hubungan seksual bukan karena tidak senang kepada suami, melainkan karena ada alasan tertentu. Alasan tersebut harus dijelaskan juga kepada suami.

Ketiga, menyadarkan suami bahwa tindakannya justru dapat menimbulkan akibat lebih buruk bagi kehidupan seksual isteri. Keempat, bicarakan dengan suami bagaimana mengatasi masalah seksual yang mereka alami sebagai satu pasangan. Ajaklah suami untuk berkaunseling dengan ahli kaunseling agar hubungan seksual dapat berlangsung harmonis.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makanan Untuk Kesihatan Mata

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Anda pasti sudah sering mendengar bahawa karot bagus untuk kesihatan mata. Pernyataan ini benar adanya. Pilihan makanan sangat berpengaruh terhadap kesihatan mata. Kajian telah membuktikan bahawa nutrisi berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia seperti Age-Related Macular Degeneration (ARMD), katarak, Glaucoma and Diabetic Retinopathy.


Satu kajian yang dilakukan National Eye Institute (NEI) menunjukkan kalau vitamin dan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegahan penyakit mata. Nutrisi dan vitamin tertentu tersebut boleh mencegah penyakit utama mata yang berkaitan dengan usia hingga 39%.

Salah satu kandungan dalam makanan yang berperanan dalam menjaga kesihatan mata adalah lutein. Lutein merupakan antioksidan karotenoid yang banyak ditemukan pada buah-buahan dan sayuran. Lutein ini juga merupakan pigmen yang memberikan warna kuning dan oren pada sayuran.

Antioksidan ini dipercaya sangat penting untuk menjaga kesihatan mata karena bisa melindungi dari katarak dan degenerasi macular. Hal ini biasanya terjadi di bahagian macula retina. Macula merupakan bahagian retina yang bertanggung jawab dalam hal penglihatan sentral (central vision). Central vision ini hilang pada mereka yang mengalami degenerasi macula. Beberapa kajian juga telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan lutein dengan pengurangan risiko mengalami degerasi macular dan katarak.

Untuk menghindari gangguan mata, Anda boleh bermula dengan mengatur pilihan makanan Anda. Berikut beberapa makanan yang baik untuk mata kesihatan mata:

Adpokat

Adpokat (Avocado dlm bahasa Inggeris) merupakan salah satu dari makanan yang padat nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Adpokat mengandungi lebih banyak lutein dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.

Karot (Lobak Merah)
Karot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana karot adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya Anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.

Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.

Telur
Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.

Bayam
Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandung nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

Kobis
Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.

Tomato
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.

Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.

Bawang putih
Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.

Salmon
Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Istighfar Amalan Kekal Nikmat, Hindar Musibah, Hapus dosa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.


Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.

Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud:

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.

Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.

Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.

Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.

Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”

Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.

Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Elak Cinta Suami Orang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 23, 2010 12 comments


Dewasa ini, sering kali kita mendengar cerita si gadis muda yang terperangkap dalam situasi bercinta dengan suami orang.

Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini.


Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya.

Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri.

Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.

Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun, anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi, sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut.

Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya, dia akan cuba sedaya-upaya mengalih topik perbincangan.

2. Panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya, selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.

Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Separuh hati
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah dan sekiranya keluar di tempat awam, dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.

Selain itu, anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.

Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia dan beralasan
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

Dia juga selalu mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda. Sebagai contoh, isterinya mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, maka jangan haraplah dia akan masuk ke situ walaupun anda mengajaknya berulang kali.

6. Selalu sibuk pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki.

7. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan, mereka akan resah dan bingung.

Namun ada lelaki tenang saja. Bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya anda hanya dijadikan sebagai teman menghabiskan masa terluang apabila diperlukan.

8. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri, maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang, maka percayalah pada rasa hati anda itu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Admin Di Sana Sini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments






ni la keje admin secara part time..ajar budak sekolah dan org dewasa / orang kampung mengaji..semoga semuanya mendapat berkat


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelukaan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Hati kita mahu supaya masa diputar kembali, mahu segala-galanya kembali seperti di awal perkahwinan. suami yang mesra dan memanjakan, suasana baru yang penuh syahdu, rajuk dan sendu. pujuk dan rayu. Kita mahu kalau boleh segala yang berlaku kini di ‘undo’, atau di ‘delete’. andai mungkin, kita mahu jalani semula kehidupan berbulan madu itu sebaik mungkin. Namun, realiti kehidupan tidak sebegitu indah. tidak akan mungkin segala yang kita tempohi akan mampu diubah lagi. andai kita kini seorang isteri yang bermadu atau dimadukan suami, itulah realitinya. sekiranya kita seorang isteri yang memilih untuk bersendirian daripada dimadukan, maka itulah realitinya juga. jika kita menepuk dada dan bertanyakan nafsu lalu terjerumus ke dalam kancah cinta terlarang, maka realitinya kita isteri yang curang, apatah lagi sampai terjerut leher sehingga berzina,.. maka realiti – realiti ini akan terus segar dalam lipatan sejarah kita. Menangis keluar air mata darah sekalipun , realiti tetap realiti, tak kan mampu diundur lagi, segala perbuatan telah termaktub, tak akan mungkin ditarik kembali. Itulah hakikat kehidupan. kerana itu orang arab , masa itu diibaratkan seperti pedang, jika kita tidak memotong, ia akan memotong kita. Namun, kelukaan – kelukaan dan bad memories kehidupan kita itu boleh kita tukar kepada sesuatu yang positif. di sinilah terletaknya perbezaan antara individu dengan individu lainnya,.. kemampuan menukar kelukaan kepada pengharapan hidup baru. Ada antara kita yang terusan tenggelam dalam kelukaan tersebut sehingga tidak mampu lagi melihat warna warni kehidupan, merosakkan diri, fizikal dan mental dalam arus lautan yang sentiasa bergelora. Bersyukurlah mereka yang hebat dan mampu menukar realiti kelukaan kepada hikmah kehidupan yang penuh kemanisan tidak bertepi. mampu hidup dalam hakikat bermadu tetapi penuh ceria dan bahagia. boleh mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dengan tangan dan hati terbuka. mampu meletakkan dosa silam sebagai sempadan dan menjadikan taubat nasuha sebagai teman. orang-orang begini telah dirahmati kehidupannya dalam cahaya dan sinar baru, moga berterusan dalam jalan yang lurus.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenali Diri Sebelum Bergelar Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sebelum berkahwin semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama, ada sahaja yang tidak kena. Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri, setiap pasangan perlu mengenali diri mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama.

Tidak dinafikan aspek komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal.

Oleh sebab itu, seseorang itu perlu selalu menganalisa sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan.
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni.

1. Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri Contohnya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.

2. Ingin pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha untuk mengatasinya. Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.

3. Suka mencari kelemahan pasangan Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri. Seeloknya sentiasa mengingati saat-saat manis ketika bersama. Barulah kehidupan anda dan pasangan lebih ceria.

4. Terlalu cemburu
Ada orang yang berpendapat sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda. Tapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa agaknya yang mampu bertahan? Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya rumahtangga tidak pernah aman dan anak-anak selalu menjadi mangsa.

5. Ingin menguasai pasangan
Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kena selalu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan masing-masing.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Beza Ghairah Lelaki & Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 22, 2010 0 comments

AWAS!! HANYA UNTUK YANG DAH KAHWIN AJE!!!


Tanpa ghairah, seks takkan menjadi. Malah ghairah jugalah yang akan memastikan hubungan seks itu mampu memberi kepuasan. begitulah pentingnya perasaan ini. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa ghairah sekss bagi lelaki dan wanita sebenarnya sangat berbeza.



Lelaki Mudah Terangsang

Bial membicarakan tentang ghairah seksual, lelaki menganggap bahawa hubungan seksual lebih menjurus kepada keperluan fizikal semata-mata. Hal inilah yang menyebabkan kaum lelaki lebih mudah terangsang. Berbeza dengan wanita, mereka menganggap bahawa hubungan seksual adalah momen mencurahkan rasa cinta dan sayang kepada pasangan. Umumnya ia kerana perasaan wanita itu lebih halus daripada lelaki.



Umur Bertambah, Ghairah Wanita Menurun

Berbeza dengan lelaki yang ghairahnya kekal malah makin meningkat seiring pertambahan usia, wanita pula sebaliknya. Ghairah wanita takkan selamanya membara terutama bila memasuki usia 30-an. Peningkatan usia menyebabkan ghairah kaum wanita akan semakin menurun. Fasa ini dikenali sebagai menopous. Terutama lagi pada wanita yang sibuk bekerjaya menyebabkan mereka mudah letih hingga malas untuk melakukan hubungan seksual.



Ghairah Lelaki Cepat Berakhir

Ghairah seks seorang lelaki sangat mudah dikenali, ia ditunjukan melalui ereksi. Pola ghairah mereka sangat cepat, dimulai dengan respons seksual, kemunculan hasrat untuk seks, kemudian ghairah dan nafsu yang diakhiri dengan orgasma.


Sementara ghairah seks kaum hawa pula ditandai dengan penghasilan cairan dan pembesaran klitoris. Pola ghairah seksual wanita pula cenderung dimulakan dengan ikatan empsional, saling sayang dan sikap prihatin pasangan. Setelah mereka merasakan hal itu, barulah muncul ghairah dan tarikan untuk seks.



Lelaki Lebih Cepat Orgasma

Dalam hal orgasma pula, berbanding dengan wanita, lelaki memerlukan masa lebih sedikit untuk mencapainya. Rata-rata mereka hanya memerlukan waktu empat minit dari hubungan seks dimulakan hingga ejakulasi. Wanita pula biasanya memerlukan 10 hingga 11 minit untuk memperoleh orgasma.



Wanita Lebih Menikmati Permainan Seks

Ketika sudah memasuki fasa intim, wnaita selalunya cenderung menikmati permainan seks berbanding lelaki hingga menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk terangsang. Perkara ini banyak disebabkan faktor lelaki yang memegang peranan sebagai 'pengarah' dalam sesuatu perhubungan intim sementara wanita lebih santai menikmati rangsangan tanpa banyak melakukan aktiviti.



Fakta lainnya, 75 peratus lelaki mengatakan mereka selalu mencapai orgasma ketika melakukan hubungan seks sedangkan wanita hanya 26 peratus saja yang mencapainya ketika melakukan seks.


Bagi mereka yang menghadapi masalah penurunan ghairah sewajarnya mencari jalan penyeselaian sebelum ia menjejaskan aspek kehidupan seksual. Mereka harus mencari punca ia berlaku dan cara mengatasinya. Ghairah seks mungkin berkurang akibat faktor stres, keletihan dan juga masalah kesihatan. Sewajarnya berterus terang dengan pasangan anda tentang masalah yang anda hadapi ini agar masing-masing memahami keadaan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Selamat Tingkat Tenaga Seks

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

AWAS!! HANYA UNTUK YANG DAH KAHWIN AJE!!!


Ramai antara kita yang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan kekuatan seksual. Tanpa mengira wang dan risiko yang bakal mereka terima, ada yang sanggup menggunakan ubatan tradisional dan juga moden yang belum dipastikan keberkesanan bagi memastikan mereka kuat dari segi tenaga batin.


Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mencapai kekuatan seksual tanpa perlu berbelanja besar dan berhadapan dengan risiko. meh kita kongsi bersama...


ANGGAP DALAM BULAN MADU
Ingatkah anda kali pertama anda melakukan hubungan seks dengan pasangan? Semuanya mengakui merasakan sesuatu yang indah dan istimewa. Hidupkan kembali kenangan berciuman, berpelukan, bernesraan dan cumbuan-cumbuan saat itu terhadap pasangan anda. Si dia pasti akan merasakan ghairahnya menggelora kembali.



BUANG DENDAM LAMA
Buanglah segala perasaan dendam pada pasangan sekiranya ada meskipun ia menyakitkan. Maafkan dan lupakan semuanya. Setelah anda membuang perasaan tersebut inilah saat anda bersama pasangan meneguk kenikmatan dari kebahagian bersama.



BERGEMBIRALAH
Seks juga seperti aktiviti rekreasi yang menyenangkan. Ciptalah kembali kegembiraan dan kebahagian yang pernah anda alami terus-menerus setiap kali berhubungan seks dengan pasangan.




BERSENAMLAH
Senaman dan bergerak badan membantu melancarkan peredaran darah, membuat tekanan darah menjadi normal dan teratur, serta memperkuat stamina. Aturkan jadual untuk anda melakukan senaman walaupun sekejap.



AMBIL MAKANAN SIHAT DAN VITAMIN BILA PERLU
Makanan berlemak tinggi akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh dan hasrat seksual anda. banyakkan pengambilan buah dan sayuran segar, ikan segar dan makanan tanpa lemak. lengkapi makanan dengan multivitamin dan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apakah anda perlu vitamin tambahan atau tidak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Wajah Yang Tersayang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Cuba pandang wajah suami, apa yang dirasa?

Kekadang dengan memandang wajah pasangan mampu menilai tahap perkahwinan kita. petanda dan petunjuk datang dari banyak cara, salah satunya itulah; cuba memuhasabah perasaan kita apabila memandang wajah pasangan terutama tatkala beliau tidur.

Andai yang hadir dalam hati adalah kasih dan sayang serta cinta yang mendalam, maka tahniah, tahap perkahwinan kita masih diselubungi semaraknya mawadah dan rahmah anugerah Ilahi.


Namun, sekiranya tiada getaran cinta tatkala menatap wajah pasangan, muhasabah perlu dilakukan lebih jauh. kesan dalam hati apa kehendak kita dalam kehidupan, kerana perkahwinan adalah kehidupan sebenar kepada yang berkahwin.

Mengapa perlu ada cinta? ehh.. cinta adalah nadi kehidupan. malah sabda Rasul Junjungan:

Mereka yang tidak berkasih sayang sesama mereka di bumi, makhluk di langit turut tidak mengasihi mereka.

dan..

Doa ibu itu lebih makbul kerana mereka makhluk yang penuh dengan kasih dan sayang.

Pastikan pandangan kita pada pasangan diiringi dengan rasa cinta yang tulus dan ikhlas. perasaan cinta yang lahir dengan ehsan Ilahi dan kerana NYA semata.

Hanya perasaan cinta yang ikhlas mampu mengatasi rasa benci, menyampah, sakit hati atau langsung tiada perasaan. ingatlah, bercinta itu keperluan, janganlah dibiarkan hati kosong tanpa cinta kerana banyak yang negatif akan bertandang.

Yakinlah, hidup ini terlalu singkat untuk tidak merasa hadirnya cinta.

Hapuskanlah kelukaan, buanglah kesakitan, lempar jauh kesengsaraan, sebaliknya cambahkanlah bibit cinta baru dalam hati kita untuk seorang insan bernama suami kerana sesungguhnya dialah yang dijodohkan oleh Yang Maha Adil Mengaturkan untuk menjadi jodoh kita buat sepanjang hayat.

Insyaallah, jika cinta yang diberi, maka cintalah yang kita terima.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.


Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

* Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

* Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

* Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

* Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

* Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

* Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

* Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.

* Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

Wallahualam..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lelaki Menangis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, January 21, 2010 2 comments


Menangis selalu dikaitkan dengan wanita. Wanita lebih mudah melepaskan emosi duka mereka dengan tangisan. Menangis juga adalah senjata bagi wanita. Tetapi bagaimana dengan lelaki?


Lelaki sukar untuk menangis kerana ego! Yakah? Dari pengalaman admin, lelaki akan menangis apabila,

1. Ditimpa Masalah – lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!

2. Sakit - lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.

3. Cinta - dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.

4. Anak - pelik? Oh! Tidak, tidak perli sebenarnya. Sebagai lelaki yang punyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjalankan amanah Allah, lelaki menangis apabila melihat anak-anak yang jatuh sakit. Ini kenyataan kerana kasih sayang seorang bapa tidak akan putus. Lelaki jenis ini berfikiran anak adalah segala-galanya dan mungkin juga fikir , “bukan senang nak buat anak dan menjaganya (hu3)”.

5. Bila Jatuh Sakit

Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.

6. Kehilangan Pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia.Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat,luka ini lama untuk disembuhkan.

7. Tertekan

Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.

8. Bertengkar dengan Pasangan

Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga.Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.

Cukuplah setakat perkongsian ini. Antara pengalaman yang amat berharga bagi seorang lelaki apabila ia pernah terjadi ke atas dirinya. Percayalah walau sekeras mana lelaki ketika bujangnya, apabila kamu sudah berumahtangga atau punyai tanggungjawab, kamu akan rasai kelainannya.

Bagaimana pengalaman kamu? Harap dapatlah kongsi pengalaman berharga kamu!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.


Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk ialah:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.

5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.

7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.

8) Matikan telfon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.

Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter