Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Panduan Berdamai Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, December 14, 2009 0 comments


Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.



Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan s**a merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang s**a dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita p**a cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat s**a mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)

"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan

selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang s**a mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup

tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak

bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya

tak berasa diri saya diabaikan." (/)

10. Kenal pasti perubahan Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan s**a tunjuk gaya." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)

"Jangan bomohkan saya." (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Keyakinan Diri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


ADA orang selalu berasa kurang yakin dengan diri sendiri baik daripada segi penampilan, perbualan (terutama jika bercakap dengan orang baru dikenali dan mempunyai kedudukan yang dianggap lebih baik) atau kebolehannya membuat keputusan.

Lebih buruk jika ada yang menganggap dia tidak mempunyai imej diri yang baik. Pemikiran negatif seperti inilah yang akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah berasa tertekan, gelisah, sukar menumpukan fikiran dan cuba mengelak bercakap dengan orang yang tidak dikenali ketika ada di satu-satu majlis.



Memang diakui banyak faktor di luar kawalan kita yang boleh mempengaruhi keyakinan diri tetapi ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan seperti:

# Berpakaian menarik — Pakaian banyak mempengaruhi emosi seseorang dan boleh mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg tudung supaya kelihatan menarik. Ketidakpadanan antara pakaian dengan tudung atau aksesori boleh membuatkan pakaian mahal tampak murah.

# Berjalan cepat sedikit — Individu yang mempunyai keyakinan diri tinggi kebanyakannya berjalan cepat kerana mereka mengejar masa. Walaupun tidak mengejar masa, cubalah berjalan lebih cepat daripada biasa. Anda akan berasa keyakinan menjadi lebih baik.

Kaedah ini secara tidak langsung boleh menjadi ‘senaman’ kerana anda memaksa badan menggunakan lebih tenaga dan dapat menjimatkan masa. Anda akan mempunyai lebih masa untuk melaksanakan tugas harian.

# Belajar postur badan yang baik — Jangan membongkok. Postur badan yang kurang baik akan memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita kurang keyakinan diri dan tidak merasakan dirinya penting.

Mengamalkan postur badan yang baik sama ada ketika duduk atau berdiri secara automatik membuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri.

# Cari kelebihan diri sendiri — Ramai orang tidak sedar mereka mempunyai lebih banyak pemikiran negatif. Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, berdasarkan kajian, apabila ditanya mengenai bentuk emosi, kebanyakan orang akan menyenaraikan lebih banyak emosi negatif berbanding emosi positif.

Pemikiran negatif seperti inilah yang menyebabkan kita selalu melihat orang lain lebih baik sedangkan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuba senaraikan kelebihan anda dan buat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

# Bersyukur — Luangkan masa setiap hari untuk bersyukur ke atas apa yang anda miliki. Sebenarnya anda mempunyai terlalu banyak perkara perlu bersyukur kepada Tuhan, antaranya perkahwinan, keluarga, dianugerahkan anak (walaupun anak angkat), pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan kemahiran.

Jika tidak memiliki walau satu pun daripada disenarai di atas, anda masih perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita berdoa dan meminta banyak perkara daripada Allah untuk menikmati hidup tetapi Allah memberi kehidupan supaya anda boleh menikmati semua yang diminta tadi.

# Jangan kedekut dengan pujian — Apabila kita berpandangan negatif pada diri sendiri, kita secara tidak langsung (tanpa disedari) mempamerkan perasaan itu pada orang lain. Belajarlah memuji orang dengan ikhlas.

Ia bukan saja akan membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan. Elak terbabit dalam gosip (mengumpat), terutama jika ia membabitkan rakan sekerja.

Mengumpat akan mengundang lebih banyak perasaan dan pemikiran negatif kepada anda.

# Duduk di depan — Di seluruh dunia, tidak kira sama ada di sekolah, universiti atau perhimpunan umum, kebanyakan orang lebih suka memilih untuk duduk di belakang. Untuk meningkatkan keyakinan, belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ‘ketakutan’ yang tidak rasional itu.

Duduk di barisan depan membolehkan anda melihat, mendengar dan mendapat maklumat dengan lebih jelas. Malah, mempunyai lebih peluang untuk bertanya. Dengan duduk di depan, anda lebih mudah dikesan individu penting yang memberi taklimat.

# Ambil peluang bercakap — Di dalam perbincangan kumpulan, cuba bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.

# Bersenam — Tahap kesihatan dan kecergasan memberi banyak kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri.

Kita akan berasa kurang yakin apabila tidak selesa dengan badan sendiri akibat masalah berat badan dirasakan tidak cantik atau menarik. Bersenam bukan saja penting untuk meningkatkan kesihatan, tetapi ia juga akan memperbaiki bentuk badan kita.

# Murah dengan senyuman — Senyuman memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kejadian Nabi Adam A.S

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.



Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman quot;Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud quot;Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makanan Yang Wajib Di Makan Setiap Hari

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Makan adalah perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup, namun persoalannya, dakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?

1. Yogurt
Manfaat Ekstra: Menguatkan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh.
Kenapa perlu minum yogurt? yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit.



Pun begitu, tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik, jadi sebelum membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif' agar menfaatnya dapat di nikmati oleh tubuh.

2. Tomato
Manfaat Ekstra : Melawak kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan tubuh.
Kenapa harus makan tomato? warnanya yang merah mengandungi banyak likopen yang kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-[aru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

3. Lobak Merah
Manfaat Ekstra: Meningkatkan daya tahan, menajamkan penghlihatan, sebahagian besar buah dan sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit dan rheumatiod arthritis.

4. Blueberry
Manfaat Ekstra: Meransang kerja otak serta meningkatkan kesihatan jantung.
Kenapa harus makan bluekerry? buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dapat mencegah beberapa jenis penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Penyelidan menunjukkan bahawa bluberry kaya dengan serat, vitamin A dan C.

5. Soya hitam
Manfaat Ekstra: Pertumbuhan otot, merangsangkan kerja otak, kesihatan jantung, semua soya bagus untuk kesihatan jantung. sementara itu, soya hitam pula mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan.
Kenapa? kacang siya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksida yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

6. Gandum
Manfaat ekstra: pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dengan khasiat, gandung juga mengandungi serat tinggi yang larut air. di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. selain itu, gandung juga kaya dengan karbohidrat.

7. Bayam
Manfaat ekstra: Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang dan meningkatkan ketajaman penghlihatan, bayam kaya dengan asid lemak omega 3 dan folat yang membantu menurunkan risiko doserang beberapa jenis penyakit. walaupun is sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan tenaga lelaki.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

14 Kuasa Hebat Teh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, December 12, 2009 0 comments


Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.



2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

9 Peringkat Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak
tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau
tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik
(pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.



Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara
zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.


Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan
tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan
nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa
dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya
tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan
sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya
masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini
dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan
yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam
sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan
didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap
mulhamah
(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih
tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada
Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan
diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga
Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang
tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap
lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang
difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah
didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh
tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja
faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai
dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar
dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah
dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah
golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang
tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja
ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia
yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini
dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika
panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya
langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya
hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang
itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di
tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.
Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan
dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
tertegak kembali daulah Islam.

Yang baik dari ALLAH yg buruk dari diri ana sendiri...
Wassalam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Takwim Sekolah 2010

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu
Penggal
Cuti Dan Hari
Persekolahan
Mula
Akhir
Bil.
Minggu
Bil.
Hari
1
Hari
Persekolahan
03.01.2010
11.03.2010
10
50
Cuti Pertengahan
Penggal
12.03.2010
20.03.2010
-
9
Hari
Persekolahan
21.03.2010
03.06.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
04.06.2010
19.06.2010
-
16
2
Hari
Persekolahan
20.06.2010
02.09.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
03.09.2010
11.09.2010
-
9
Hari
Persekolahan
12.09.2010
18.11.2010
10
50
Cuti Akhir Tahun
19.11.2010
01.01.2011
-
44
JUMLAH
42
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal
Cuti Dan Hari
Persekolahan
Mula
Akhir
Bil.
Minggu
Bil.
Hari
1
Hari
Persekolahan
04.01.2010
12.03.2010
10
50
Cuti Pertengahan
Penggal
13.03.2010
21.03.2010
-
9
Hari
Persekolahan
22.03.2010
04.06.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
05.06.2010
20.06.2010
-
16
2
Hari
Persekolahan
21.06.2010
03.09.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
04.09.2010
12.09.2010
-
9
Hari
Persekolahan
13.09.2010
19.11.2010
10
50
Cuti Akhir Tahun
20.11.2010
02.01.2011
-
44
JUMLAH
42
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panduan Menangani Isteri Merajuk

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Antara sebab-sebabnya adalah:

1. Kurang Memahami Sifat Antara Satu Sama Lain.

Antara personaliti wanita, kaum hawa atau isteri kadangkala tidak suka menyuarakan ketidak puasan hati mereka, tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan si suami memahami ketidakpuasan hati mereka.



Isteri akan merasa kecewa jika suami tidak faham apa yang mereka inginkan, sedangkan suami atau kaum lelaki perlukan penjelasan atau mengharapkan sifat terus terang dari isteri bagi mereka perbaiki kesilapan atau kekurangan mereka.
2. Keadaan pre natal depression

Sikap isteri diburukkan daripada kesan tekanan akibat kehamilan. Ini membuatkan emosi isteri terganggu dan merasa cepat marah.

Apa yang boleh dilakukan ialah:

1. Empati

Saudara cuba letakkan diri saudara dalam keadaan isteri yang mungkin sekarang ini dalam keadaan tertekan emosinya disebabkan kehamilan dan pada masa yang sama memendam perasaan akan kesilapan yang mungkin saudara ada lakukan sehingga membuatkan beliau benar-benar tersinggung.

Dengan ini, kemarahan saudara akan menjadi reda dan timbul rasa kasihan dan prihatin pada isteri.

2. Muhasabah

Cuba saudara lakukan muhasabah atau refleksi diri. Apakah kesilapan yang mungkin saudara lakukan jika ada. Contohnya, kurang masa bersama isteri, banyak masa dihabiskan di tempat kerja atau keluarga sebelah saudara. Atau mungkin juga terlupa hari-hari istimewa seperti Hari Lahir atau ulang tahun perkahwinan.

3. Berterus Terang

Anda terpaksa mengalah dan minta beliau berterus terang dan tanyakan apakah isu yang menjadi keprihatinan isteri. Jelaskan kepada beliau, jika beliau tidak berterus terang tiada apa yang boleh saudara lakukan untuk memperbaiki segala kesilapan yang mungkin ada.

Jelaskan juga kesilapan beliau dalam menghalakan kemarahan kepada anak yang tidak bersalahjuga tidak dapat menghuraikan isu yang dihadapi.

4. Bermusyawarah

Anda dan isteri perlu duduk berbincang dan bermusyawarat. Perkara ini perlu ditekankan pada isteri. Elakkan daripada mencari kesalahan masing-masing kerana ia tidak dapat menyelesaikan hubungan dingin saudara seuami isteri.

Dapatkan persetujuan bersama dalam perkara-perkara berikut sebelum bincangkan langkah-langkah yang boleh perbaiki hubungan anda suami isteri. Antara perkara yang perlu dipersetujui bersama seperti :

* Komunikasi penting dalam rumahtangga. * Perselisihan boleh merosakkan hubungan dan anak yang menjadi mangsa keadaan. * Pendam perasaan tidak dapat huraikan kekeruhan. * Perlu duduk berbincang untuk jernihkan keadaan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, December 10, 2009 4 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee


TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Seks Yang Halal Dan Haram

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?‘

Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, “Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang.”

Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang dari perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperolehi oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidak hanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)

BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan

Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman, “Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar, “Bersetubuhlah dari hadapan ataupun dari belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur.” (Riwayat Ahmad)

Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda, “Allah tidak mahu melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki ataupun wanita di duburnya.” (Riwayat Tarmuzi)

Seks Yang Halal Dan Kesihatan

Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti penyakit.

Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada kesihatan emosi dan sosial.

Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti pening migraine dan radang sendi.


Bahaya Seks Ketika Haid

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.

Seks Bebas Dan Penyakit Jangkitan Seksual

Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)



Penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan maut.

Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat.

Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berpakaian Jarang Haram Bau Syurga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.

Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.

Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.

Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

- Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).

- Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

- Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

- Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

-Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

- Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

- Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.

Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

- Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

- Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

- Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

- Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

- Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

- Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

- Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Uji Minda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 7 comments

" Di sebuah padang ada sejumlah manusia dan kambing. Jumlah bilangan kepala manusia dan kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki manusia dan kambing ialah 50. Berapa ekor kambingkah yang terdapat di padang tersebut?
Syarat :Kambing dan manusia adalah normal. Bukan cacat :) "


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Uji Minda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, December 9, 2009 8 comments


Kalu rasa pandai sgt dlm matematik..jawab la soalan ni..Soalannya macam ni:

Zali seorang budak yang miskin.. dia xde duit..tapi dia nak beli uniform sekolah.. tapi uniform tu harga RM50 sepasang. So dia pinjam dengan kawan dia Ali RM25 dan dengan Budin RM25.


Jadi la RM50.. Jadi dia pegi la nak beli baju tu kat supermarket.. masa dia pegi tu, dia tengok harga uniform tu tengah SALE dengan harga RM45.. dia bayar then dapat baki balik RM5. So dia bagi balik kat kawannya Ali RM1 dan Budin RM1 juga. Jadi, baki ada dgn dia tinggal RM3.. dia hutang kawan dia Ali RM24 dan Budin RM24 (sebab dah bagi balik RM1 tadi).. jadi hutang dia dgn member dia RM48.. dan kat dia ada RM3 sekarang. Bila tambah RM48+RM3=RM51; aik, kenapa boleh ada RM51, sedangkan dia pinjam RM50?? Dah untung RM1 ke? Macamana benda ni boleh berlaku? Tolong jawab….

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jangan Berhidung Belang (Rumahtangga)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Jannganlah seorang lelaki Islam itu 'mata keranjang'. Sebab Allah dan Rasulnya melarang seorang mukmin melihat (mata keranjang) kepada seorang wanita yang bukan mahramnya, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. di bawah ini: "Suruhlah orang mukmin itu



Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah berkata Jabir bin Abdullah: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (wanita) dengan tidak sengaja, maka sabdanya: Palingkan pandanganmu." (H.R. Muslim).

Lagi satu sabdanya: "Ya Ali! Janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan tetapi yang kedua." (H.R. Abu Dawud).

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Seseorang (lelaki) Islam, jika melihat kecantikan seorang wanita di pertama kali (yakni tidak sengaja) kemudian ia tundukkan pandangannya, maka pasti Allah adakan baginya satu ibadat yang ia akan rasakan manisnya di dalam hati." (H.R. Ahmad).

Sudah jelaslah bahawa keterangan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah ini menunjukkan larangan bagi seorang mukmin memandang kecantikan wanita orang lain, kecuali kalau tidak sengaja, tetapi jangan diulangi lagi melihatnya yang kedua kalinya sebab yang kedua kali itu bukan lagi tidak sengaja.

Sebab memandang kecantikan wanita orang lain itu akan mendatangkan nafsu berahi. Maka dari itu Allah s.w.t. dan Rasul-Nya memerintahkan supaya menunjukkan sebahagian pandangan dari wajah wanita. Dengan begitu maka selamatlah dari bahaya seks, fitnah dan pertengkaran dengan orang yang mempunyai isteri.

Sebab ada kalanya suami dari wanita itu, seorang yang cemburu dan ada kalanya seorang bapa dari seorang anak gadis yang tidak suka dan cemburu jika anakgadisnya dipandang oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Maka dari itu untuk menjaga syahwat dan fitnah, hindarkanlah memandang wanita. Sebab kalau sampai terjadinya pertengkaran dengan orangakibat memandang wanita, maka kejadian itu akan memalukan dan membawa diri menjadi hina-dina dan tentu khabar buruk itu akan sampai ke telinga isteri. Lalu sang isteri pun akan menjadi marah kerana malu sebab dicemuhkan orang dengan kata-kata seumpamanya: "Suami si anu itu berhidung belang, pantang melihat wanita berdahi licin."

Justeru timbul pertengkaran dan akhirnya menjadi keributan besar dalam rumahtangga dan mula retak tatatertib suami isteri.
menundukkan sebahagian drpd pandangan mereka." (Surah An-Nur: 30).

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Nak Halau Cicak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kenapa ada cicak di rumah?Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.

TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari... .!!!

TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

TIP (4) Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6) Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhir kata

Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter