
Makanan untuk otak dan memoriMempunyai daya ingat dan daya fikir yang tinggi sememangnya merupakan satu kelebihan kepada seseorang. Namun tahukah anda bagaimana untuk untuk meningkatkan daya ingatan anda? Apakah jenis-jenis makanan yang boleh meransang pertumbuhan sel-sel otak dan memperbaiki fungsinya seterusnya mempertingkatkan daya ingat dan konsentrasi seseorang?Berikut adalah 10 jenis makanan yang bersesuaian untuk meningkatkan daya ingat seseorang.
1. Salmon
Ikan berlemak seperti salmon merupakan sumber terbaik asam lemak Omega-3 – DHA and EPA – yang keduanya penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa orang yang memperolehi asupan asam lemak lebih banyak memiliki fikiran lebih tajam dan mencatat hasil memuaskan dalam uji kecerdasan minda. Menurut para pakar pemakanan walaupun tuna mengandung asam omega-3, namun ikan ini tidaklah sekaya salmon.
2. Telur
Telur dikenal sebagai sumber penting protein yang relatifnya murah dan harganya cukup terjangkau. Bahagian kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat.
3. Mentega kacang
Kacang tanah (peanut) dan mentega kacang (peanut butter) merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran-membran sel saraf. Bersama Thiamin, vitamin E membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga.
4. Gandum murni (whole grain)
Otak memerlukan penyediaan glukosa dari tubuh secara konstan. Gandum murni memiliki kemampuan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam gandum murni dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Gandum juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf.
5. Oat / Oatmeal
Oat merupakan salah satu jenis sereal paling popular di kalangan anak-anak dan kaya dengan nutrisi penting bagi otak. Oat dapat menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak mengawal aktivitinya di pagi hari. Kaya dengan kandungan serat, oat akan menjaga otak anak keperluannya di sepanjang pagi. Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc – yang membuat tubuh dan fungsi otak berfungsi pada kapasiti penuh.
6. Beri
Strawberi, ceri, blueberi dan blackberi. Secara umum, semakin kuat warnanya, semakin banyak nutritisi yang di kandungnya. Beri mengandung antioksidan kadar tinggi, khususnya vitamin C, yang berfaedah mencegah kanser. Beberapa research menunjukkan mereka yang mendapatkan ekstrak blueberi dan strawberi mengalami perbaikian dalam fungsi daya ingatnya. Biji dari buah beri ini juga ternyata kaya dengan asam lemak Omega-3.
7. Kekacang
Makanan jenis kekacang adalah makanan istimewa kerana makanan ini mempunyai tenaga yang berasal dari protein serta karbohidrat kompleks. Selain itu, kacang kaya akan kandungan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga makanan yang baik untuk otak kerana mereka dapat mempertahankan energi dan kemampuan berfikir anak-anak pada puncaknya di petang hari jika dikonsumsi saat makan siang. Menurut hasil penelitian, kacang merah dan kacang pinto mengandung lebih banyak asal lemak omega 3 daripada jenis kacang lainnya – khususnya ALA – jenis asal omega-3 yang penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak.
8. Sayuran berwarna
Tomato, kentang merah, labu, karot, bayam adalah sayuran yang kaya nutrisi dan sumber antioksidan yang akan membuat sel-sel otak kuat dan sihat.
9. Susu dan Yogurt
Makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B quality. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Susu dan yogurt juga bisa membuat perut kenyang kerana kandungan protein dan karbohidratnya sekaligus menjadi sumber energi bagi otak. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa anak-anak dan remaja memerlukan lebih banyak vitamin D bahkan 10 kali dari dos yang disyorkan. Vitamin D adalah vitamin yang juga penting bagi sistem saraf otot dan pusingan hidup sel-sel manusia secara keseluruhan.
10. Daging lembu tanpa lemak
Zat besi adalah jenis mineral keperluan yang akan membantu anak-anak tetap bertenaga dan berkonsentrasi di sekolah. Daging lembu tanpa lemak adalah salah atu sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi. Dengan hanya mengambil 28g sehari, maka tubuh anda akan terbantu dalam penyerapan zat besi daripada sumber lain. Daging sapi juga mengandungi mineral zinc yang dapat membantu memelihara daya ingat.
Khusus bagi yang vegetarian, anda dapat memanfaatkan kacang hitam dan burger soya sebagai pilihan. Kacang-kacangan adalah adalah sumber penting zat besi nonheme – taip zat besi yang memerlukan vitamin C untuk di serap oleh tubuh. Menkonsum tomato, jus jeruk, strawberi dan kacang-kacangan juga dapat dipilih sebagai upaya mencukupi kebutuhan zat besi. Selain makanan, agar cerdas ya jelas kita harus banyak bersukan dan beriadah agar stamina kita tetap terjaga serta rehat yang cukup.
Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Nilai Kedudukan Kewangan Anda
Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan.
Untuk menentukan kedudukan kewangan anda:
Pertama, pastikan nilai bersih wang anda
Nilai bersih simpanan boleh disamakan dengan lembaran imbangan sesebuah syarikat. Ia menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.
Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.
Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada.
Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.
Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih.
Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:
Buat penyata aliran tunai
Anda perlu mengesan ke mana wang dibelanjakan; buat analisis aliran tunai mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan. Pertama sekali, susun semua penyata gaji, resit, bil, penyata cukai dan data kewangan yang lain dalam satu rekod untuk menunjukkan berapa banyak pendapatan yang telah diperoleh dan berapa banyak pula telah dibelanjakan setiap bulan untuk sepanjang tahun. Senaraikan dan teliti setiap perbelanjaan untuk memastikan yang mana boleh dikurangkan supaya akhirnya nanti anda mempunyai aliran tunai yang positif - iaitu lebih banyak wang masuk berbanding wang keluar.
Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:
Pendapatan anda: Berapa gaji anda? Adakah anda mempunyai sumber pendapatan lain - kerja sambilan, dividen, rumah yang disewakan, bonus. Jika membuat analisis untuk seisi keluarga, pendapatan suami atau isteri patut dimasukkan sama.
Aliran wang keluar: Ini termasuk perbelanjaan rumah dan sara hidup seperti makanan, pakaian dan barangan keperluan harian; penjagaan kereta dan petrol; bayaran balik pinjaman kereta, kad kredit atau sewa rumah; premium insurans; perbelanjaan untuk pendidikan dan perubatan; perbelanjaan bercuti dan hiburan; bayaran cukai pendapatan, zakat dan lain-lain. Senarai ini panjang sekali.
Di sinilah anda perlu memutuskan yang mana perbelanjaan perlu dan yang mana pula sekadar membazir sahaja - potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap membazir supaya lebih banyak wang dapat ditabung.
Susun belanjawan untuk memastikan perbelanjaan terkawal. Belanjawan itu akan menjadi penentu apa yang anda mampu belanjakan. Misalnya, anda tidak mampu makan malam di restoran yang mahal setiap minggu jika belanjawan anda menunjukkan yang anda hanya mampu makan di kedai kopi. Bagaimanapun, sesekali mungkin anda ingin berbelanja lebih sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan; jadi jangan lupa masukkan perbelanjaan seperti itu dalam belanjawan. Tetapi jangan pula berlebihan.
Jika anda berasa lemas dengan data yang panjang lebar ketika mengatur pelan kewangan, dapatkan bantuan teknologi komputer yang canggih. Dalam dunia hari ini, pakej perisian komputer adalah umpama tulang belakang yang direka cipta untuk membantu anda menyusun dan mengawal belanjawan. Kebanyakan program perisian komputer ini boleh membantu anda menyusun belanjawan dan memeriksa perbelanjaan, malah mengira jumlah yang perlu ditabung untuk pelaburan serta mengawasi pelaburan anda.
Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah:
Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa - dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin.
Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan - dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.
Bentuk Program Pelaburan Anda
Sekarang anda sudah pun menetapkan matlamat dan sudah mengemaskinikan belanjawan anda untuk mendapat angka sebenar lebihan belanja yang boleh dilaburkan, tetapi ada satu lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan langkah melabur. Kebanyakan perancang kewangan menasihatkan kita supaya, sebelum membuat sebarang pelaburan, sisihkan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk tiga hingga enam bulan bagi menghadapi waktu terdesak (umpamanya jika kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak dijangka.
Mereka yang sudah berkeluarga adakala dinasihatkan supaya menabung untuk perbelanjaan hingga setahun.
Setelah penampan waktu terdesak ini disediakan, anda boleh menimbangkan berapa banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan anda. Mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian tingkatkan jumlah pelaburan setelah tabungan meningkat. Atau anda boleh juga memulakan pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada wang simpanan dan kemudian, setelah berasa lebih yakin, tambahkan tabungan untuk pelaburan.
Peruntukan aset: pelbagaikan pelaburan Soalan seterusnya yang perlu anda tanya diri sendiri, dalam aset mana wang anda hendak dilaburkan? Patutkah anda membeli saham atau bon? Bagaimana kalau melabur dalam sekuriti kerajaan? Unit amanah? Hartanah? Atau bertindak lebih berani dan melibatkan diri dalam niaga hadapan?
Anda perlu buat kajian dahulu. Pertama, cari jenis produk pelaburan yang boleh anda peroleh, bagaimana setiap pelaburan itu dilaksanakan dan apa risiko terbabit. (Sebagai permulaan, anda boleh klik Produk Pelaburan di laman ini). Ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu pelaburan, bermakna anda sedang menyelidik sesebuah syarikat atau pertubuhan kerana merekalah yang menerbitkan saham, sekuriti, unit amanah, bon dan lain-lain.
Ada banyak maklumat boleh diperoleh, sama ada di media, dalam talian, dan daripada syarikat itu sendiri, yang membolehkan anda mengenali syarikat tersebut secara lebih dekat. Amat penting anda mengetahui secara jelas mengenai syarikat tersebut seperti jenis produk, prestasi, pasaran, saingan dan jenis industrinya bagi membolehkan anda membuat ramalan tentang prospek masa depannya. Mengapa? Sebab pelaburan anda bergantung kepada masa hadapan.
Anda tidak sepatutnya melabur dalam satu aset tertentu sahaja; supaya pelaburan anda berjaya, anda patut memilih gabungan beberapa kelas aset atau rangkaian pilihan beberapa aset tertentu dalam satu kelas aset (umpamanya melabur dalam pelbagai sektor sekiranya ekuiti adalah satu-satunya pilihan anda). Dalam perkataan lain, pelbagaikan pelaburan. Menentukan berapa banyak wang yang hendak dilaburkan dalam setiap kelas aset untuk membentuk portfolio pelaburan dipanggil pembahagian aset.
Bagi anda, gabungan aset keseluruhan yang tepat bergantung kepada matlamat, jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut, jumlah wang yang anda ada untuk dilaburkan dan umur.
Jika anda ada pelan jangka panjang dengan matlamat untuk menyekolahkan anak anda daripada sekolah rendah ke peringkat universiti, anda boleh memulakan pendekatan agresif dengan memperuntukkan peratus lebih tinggi dalam pelaburan ekuiti. Tetapi, jika jangka masa yang ditetapkan adalah lebih singkat, anda mungkin perlu bersikap sederhana dan membuat peruntukan sama rata antara ekuiti dan bon yang lebih selamat. Jika dana pelaburan anda agak kecil, ini bermakna anda perlu memilih unit amanah. Umur anda juga harus diambil kira. Secara amnya, jika anda lebih berusia, anda patut lebih konservatif dalam membuat pelaburan dan tumpuan anda juga harus beralih kepada produk pelaburan yang menghasilkan pendapatan seperti bon.
Menggariskan semua pertimbangan ini dan menentukan pendekatan pelaburan yang mana perlu diambil ialah penentu paling utama dalam menghadapi risiko - sebab itu, ketahanan anda sebagai pelabur terhadap risiko adalah amat penting. Malah, pelaburan anda dalam aset tertentu dalam lingkungan setiap kelas sebahagian besarnya didorong oleh keupayaan anda menghadapi risiko. Untuk itu, sila rujuk bahagian Risiko, Ganjaran dan Anda Sebagai pelabur untuk memahami konsep pelaburan yang amat penting ini, sebelum anda membuat keputusan akhir dalam memilih pelaburan.
Laksanakan Program Anda
Jika anda telah bersedia untuk melaksanakan pilihan pelaburan yang telah dibuat, bila masa paling baik untuk memulakannya?
Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan. Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih boleh mencapai matlamat kewangan - cuma ia memerlukan lebih tabungan. Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha langsung!
Ketika mula melabur, jangan melabur secara melulu. Bak kata orang, naik keretapi yang betul pada waktu yang tepat, sangat penting jika hendak sampai ke tempat dituju pada waktunya. Nasihat kami: Beli apa yang anda tahu. Jika anda tidak memahami sesuatu jenis pelaburan, jangan menceburkan diri sehingga anda faham semua konsepnya. Berfikir dan bertindak rasional untuk membeli pada harga rendah (dan menjual pada harga tinggi). Jangan biarkan perasaan tamak mengatasi pertimbangan wajar, misalnya beli saham pada harga sangat tinggi (atau enggan menjualnya kerana mahu lebih banyak keuntungan).
Elakkan daripada bertindak mengikut khabar angin. Memang biasa terdengar cakap-cakap di pasaran mengenai harga sesuatu saham akan naik. Selepas itu, semua orang akan berlumba-lumba membeli saham tersebut. Pembelian yang meningkat secara tiba-tiba itu menyebabkan harga saham tersebut melonjak, dan ini memberi peluang kepada pihak yang memulakan khabar angin itu untuk menjual saham mereka pada harga tinggi. Kesudahannya, siapa yang terpaksa pegang saham yang tinggi harganya itu? Sebab itu, sentiasa ingat peribahasa Melayu lama ini:
"Dengar cakap enggang, makan buah belolok,dengar cakap orang, terjun masuk lubuk!"
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.
Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.
Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.
Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.
Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.
Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.
Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.
Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.
Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.
Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.
Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)
Atau umpama kisah cinta dalam filem Cinta arahan Kabir Bahtia yang memaparkan kisah Harris (Rashidi) yang yakin beliau telah berjumpa dengan cinta sejati, akhirnya remuk berkecai hati dikecewakan si isteri, Airin (Rita) yang mempunyai affair di luar. Mungkin sudah sampai masa untuk kita review tentang pencarian cinta sejati dan lebih memberi fokus kepada cinta yang lebih relevan di masa kini iaitu membentuk cinta yang sihat.
Istilah pasangan sempurna itu tidak wujud, tidak kiralah anda popular seperti The Beckham atau anda pasangan Serasi Bersama; kesempurnaan dalam perhubungan atau percintaan itu hanya seperti loga maya di tengah padang pasir. Akan lebih berjaya sesuatu perhubungan jika pasangan memberi tumpuan untuk memupuk cinta yang sihat. Bunyinya mungkin kurang romantik berbanding perkataan sejati tetapi jika dipraktikkan, bukan sahaja cinta anda akan sihat untuk mengekalkan perhubungan, namun cinta akan berkembang mekar umpama bunga yang sering dibaja dan dijaga rapi.
Formula perhubungan secara teorinya mudah sahaja! What we put in is what we get back. Jangan memberi batu inginkan permata. Untuk mewujudkan cinta yang sihat, anda harus bermula dengan memasukkan semua elemen sihat dalam perhubungan. Cakap-cakap tuturkata perlu sihat, tingkahlaku sopan santun kena sihat, perasaan dalaman dan raut wajah tampilkan yang sihat-sihat, pendek kata berikan kesihatan yang baik kepada cinta. Andai badan memerlukan kabohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin, mulakan sesebuah perhubungan dengan 7 vitamin cinta yang mudah tetapi mujarab hasilnya!
· Pertama, hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahan. Jika ada yang tidak berkenan di hati, sampaikan dengan cara yang baik agar hati pasangan tidak diperlekeh. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan suffer dan musnah akhirnya.
· Yang kedua, percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga, dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta anda bukan cerita penyiasatan atau CSI yang perlu disiasat teliti ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, dan betul atau tidak apa yang diceritakan. Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah..
· Vitamin ketiga ialah keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati.
· Di dalam bercinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan, dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.
· Vitamin cinta kelima yang jangan diabaikan ialah keadilan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa kamu hanya untuk dia seorang.
· Dan cinta yang sihat bukan untuk menjadikan dua insan individu yang serupa. Kamu punya identiti tersendiri; bina dan bentuk personalitimu agar kamu menjadi diri kamu sendiri dan bukan orang lain seperti yang dia mahu. Aku cintakanmu kerana kamu adalah kamu dan kerana kamu bukan diriku!
· Akhir sekali, vitamin cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap; kadang-kadang tidak bercakap bila perlu juga ialah komunikasi yang baik. Maknanya, anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda untuk menghasilkan cinta yang sihat. Sebagai contoh, jangan dibelikan cintamu bunga jika dia tidak menggemarinya hanya kerana semua jejaka memberi bunga kepada cinta mereka.
Cinta atau perhubungan yang dibekalkan dengan vitamin cinta akan menghasilkan cinta yang sihat, segar dan bertenaga. Tidak perlu penat mencari dan menunggu cinta sejati yang tidak kunjung pasti, sebaliknya amalkan cinta dan perhubungan yang sihat untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.
ramai yang tewas apabila berbincang tentang poligami. hanya kesakitan yang dirasai. kehancuran hati. kemusnahan kepercayaan. kecurangan kesetiaan. ramai yang menangis baik dalam diam mahupun secara terang. seolah dunia dah berakhir. kekadang anak-anak menjadi mangsa keadaan.
ramai juga yang menganggap bahawa blog ini sesuai sekali buat isteri kedua. mengapa berpendapat begitu ? adakah apabila berbicara agar jangan kecewa, apabila suami kahwin lagi, jangan menyimpan dendam kepada madu kerana semua itu aturan Tuhan, maka, isteri pertama merasa diri mereka diketepikan?
sebenarnya, tiada siapa yang harus sakit hati dan tiada siapa yang harus merasa puas hati..
buat isteri pertama, sekiranya anda telah dimadukan suami, anda lebih – lebih lagi tidak boleh merasa sakit hati. semua yang dibicarakan di sini adalah untuk agar anda merasa tidak sakit hati, semua yang diperkatakan di sini adalah untuk anda nilai agar anda sedar tiada gunanya merasa sakit hati.
sebaliknya, semua yang tertulis di sini adalah untuk anda mampu merawat hati.
percayalah, kebahagiaan hati kita bukan terletak pada manusia, sebaliknya pada diri kita sendiri. jika kita percaya sepenuhnya kenyataan ini, maka bukan setakat tambah satu lagi isteri suami kita, tambah tiga lagipun kita tetap bahagia.
walau kita satunya isteri, kita tetap boleh tidak bahagia andai kita kecundang pada pelbagai ujian kehidupan yang lain. itulah pokok cerita, kemampuan kita menanggung ujian Tuhan.
Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
semua isteri pertama, Allah sudah jadikan melalui suami mu ada ujian, sekiranya kecundang, maka rugilah, sudahlah di dunia berkongsi suami, akhirat pula tiada apa-apa pahala menunggu malah kemungkinan neraka pula yang menanti kerana tiada keikhlasan menghadapi ujian RABBUL IZZATI.
untuk isteri kedua, tiada sebab langsung untuk merasa puas hati kerana andai masuknya anda ke dalam rumah tangga suami mu maka mengakibatkan kecundangnya isteri pertama dalam menghadapi keikhlasan ujian, maka kamu merasa seronok dan mengambil kesempatan itu untuk terus menguasai suami, membiarkan situasi berterusan tanpa cuba berikhtiar membetulkannya baik melalui suami mahupun cara lainnya, maka sebenarnya itulah antara penyebab penuhnya penghuni neraka dengan kaum wanita.
ehh, untuk semua isteri, bukalah mata, celikkanlah minda. kita ini adalah hamba. dunia ini pula hanya sementara. kita bukan hidup selamanya. perintah TUHAN agar dunia ini hanya kita jadikan tempat untuk mencari perbekalan buat negeri yang abadi.
kenapa masih belum bangun dari tidur? mengapa biar diri terbelenggu dalam mainan syaitan? sengsarakah kita apabila suami berkahwin lagi sedang kalau kita ikhlas, redho ALLAH milik kita?
banggakah kita apabila suami mengahwini kita sedang hati insan lain menderita kerana kita ? yakinkah kita sepenuhnya bahawa akhirat nanti milik kita?
bukan susah menjadi isteri pertama, bukan pula mudah menjadi isteri kedua. pokok pangkalnya, pengakhiran kita nanti. walau apa status kita, yang penting pengakhiran kita.
dimana kita selepas alam ini, ke mana kita dalam alam yang abadi nanti, alam yang tiada penghujungnya lagi, alam yang tiada kematian. dimana tempat kita.
persoalannya, bukan siapa yang untung di dunia ini, bukan hal siapa yang rugi di kehidupan ini. tetapi keuntungan kekal di alam yang abadi nanti, keuntungan itu yang kita mahu. untunglah di dunia ini tetapi untuk apa kalau rugi di akhirat nanti, rugilah di dunia fana ini tetapi tak mengapa sekiranya untung abadi di akhirat nanti, cuma malang sekali kalau rugi keduanya dan bukankah bertuah kalau untung keduanya?
walau apa yang kita terima di dunia ini, kita isteri kesayangan suamikah? kita isteri yang tidak dipedulikankah? kita isteri yang digantung tidak bertalikah ? kita isteri yang terpaksa menyara diri sendirikah? tetapi bagaimana penerimaan kita,.. itulah yang membezakan kita di akhirat sana.
justeru, tiada sebab untuk merasa sakit hati. sesungguhnya nasib dan kebahagiaan kita, kita yang tentukan sendiri.
“sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang merubahnya” (13:11)
Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.
Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.
Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.
Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!
Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!
Sebuah peristiwa menyedihkan yang dialami oleh banyak isteri, tetapi tidak terungkap seperti peristiwa perkosaan yang dilakukan oleh lelaki bukan suami. Perkosaan yang dilakukan oleh suami pada umumnya ditutup karana hanya dianggap sebagai urusan keluarga.
Mungkin banyak orang tidak dapat menerima kalau seorang suami dianggap memperkosa isterinya. Dalam anggapan mereka isteri tidak selayaknya menolak suaminya yang menginginkan hubungan seksual. Dengan kata lain mereka menganggap seorang isteri harus selalu siap pakai memenuhi keinginan seksual sang suami. Seperti sebuah mesin saja. Mereka lupa atau pura-pura lupa bahwa isteri yang juga manusia dapat merasa tidak bergairah atau payah atau tidak ingin diganggu pada suatu saat. Bahkan ada pula yang menggunakan alasan agama, bahwa isteri harus tunduk kepada suami. Maka mereka beranggapan setiap kali suaminya menginginkan hubungan seksual, sang isteri tidak boleh menolak. Agaknya ini merupakan anggapan yang salah dalam menafsirkan suatu ajaran agama.
Benarkah ada perkosaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri?
Bertolak dari pengertian perkosaan, yaitu setiap hubungan seksual yang berlangsung tanpa persetujuan bersama, maka hubungan seksual yang hanya dikehendaki oleh suami sementara sang isteri tidak menghendaki, sebenarnya termasuk perkosaan. Apalagi kalau disertai ancaman, misalnya akan dicerai, akan mencari wanita lain, bahkan sampai dipukul atau diperlakukan dengan kekerasan sampai menimbulkan penderitaan bagi sang isteri.
Banyak isteri mengeluh mengalami rasa sakit di vaginanya akibat hubungan seksual yang dipaksakan oleh suaminya, atau dengan kata lain diperkosa oleh suaminya. Pada dasarnya pengalaman mereka sama, yaitu mereka sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual karena sebab tertentu. Tetapi sang suami tetap memaksa sambil marah. Maka hubungan seksual berlangsung seperti dengan sebuah benda. Sang suami segera puas, tetapi sang isteri kesakitan sampai berhari-hari.
Sebagian mereka sedang tidur nyenyak ketika dibangunkan oleh suaminya yang meminta melakukan hubungan seksual. Pada saat itu sang suami sudah siap ingin melakukannya, sementara sang isteri masih dalam keadaan setengah sadar dan tidur yang lelap. Maka berlangsunglah hubungan seksual yang sangat menyiksa sang isteri. Mudah dimengerti kalau sebagian sampai mengalami infeksi pada kelaminnya.
Sebagian lain memang tidak sedang tidur, tetapi sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual setelah payah bekerja seharian. Tetapi dengan terpaksa mereka melayani keinginan seksual suaminya kalau tidak ingin menjadi tumpahan kemarahan, bahkan tamparan. Sebagian isteri yang lain memang telah kehilangan gairah seksualnya sehingga merasa lebih senang bila tidak disentuh oleh suaminya. Tetapi sang suami tidak pernah mau mengerti, sehingga tetap saja menuntut melakukan hubungan seksual. Kalau menolak, maka kemarahan yang didapat, bahkan kekerasan.
Memang agak aneh mendengar ada perkosaan dilakukan oleh suami terhadap isteri. Tetapi setelah mengetahui contoh di klinik tersebut, masihkah merasa aneh? Jelas itu suatu tindakan perkosaan yang dilakukan oleh suami. Tetapi tentu saja sang isteri yang menjadi korban, tidak mungkin melaporkan dan menuntut secara hukum. Bagaimana pun juga sang pemerkosa adalah suami sendiri. Kecuali kalau benar-benar sudah tidak tahan menghadapi derita yang dialami.
Mengapa sampai terjadi perkosaan oleh suami?
Jawaban yang pasti, karena sang isteri tidak mau atau tidak bersedia memenuhi keinginan suami untuk melakukan hubungan seksual. Karena isteri menolak atau tidak bersedia, maka suami melakukan berbagai bentuk kekerasan agar dapat melakukan hubungan seksual.
Tetapi pemaksaan oleh suami terhadap isteri tidak dapat dilepaskan dari faktor lingkungan sosial, budaya, dan ekonomi. Lingkungan tersebut tampak berpengaruh besar terhadap kekerasan terhadap wanita, khususnya kekerasan seksual oleh suami. Lingkungan sosial ekonomi di mana status sosial ekonomi wanita lebih rendah daripada pria menyebabkan wanita berada di bawah “kekuasaan” pria, termasuk dalam kehidupan seksual.
Lingkungan budaya dengan perbedaan gender yang kuat telah menempatkan status budaya wanita lebih rendah daripada pria. ini menyebabkan pria selalu menganggap wanita harus tunduk kepada pria. Bahkan isteri tidak ditempatkan menjadi mitra yang sejajar dengan suami, melainkan sebagai “pembantu” atau paling tinggi sebagai “pendamping”.
Maka ketika mengetahui isteri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual, suami begitu saja memaksanya, bahkan dengan kekerasan. Suami tidak pernah ingin tahu atau bertanya mengapa sang isteri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual.
Mengapa sang isteri tidak bersedia melakukan hubungan seksual?
Pertanyaan inilah yang seharusnya dipikirkan atau ditanyakan oleh suami menghadapi isteri yang menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Ada beberapa alasan yang disampaikan oleh isteri, mengapa mereka menolak melakukan hubungan seksual, yang menyebabkan sang suami kemudian memperkosanya.
Sebagian isteri sering menolak melakukan hubungan seksual karena selama menikah tidak pernah merasakan kenikmatan hubungan seksual. Hanya suami saja yang menikmati. Akibatnya dorongan seksualnya lenyap sama sekali. Padahal penyebabnya sangat mungkin karena ketidaktahuan suami tentang seksualitas, atau mungkin karena gangguan fungsi seksual pada suami.
Sebagian yang lain menolak melakukan hubungan seksual karena memang sedang tidak bergairah karena payah atau sedang tidur. Kalau saja sang suami mau mengerti keadaan tersebut, maka mereka tidak akan langsung melakukan hubungan seksual sementara sang isteri tidak siap. Kalau saja mereka mengerti, maka mereka akan menunggu sampai sang isteri juga siap sehingga tidak terjadi peristiwa perkosaan dengan akibat yang merugikan isteri. Atau kalau mereka mengerti bahwa sang isteri bukan hanya merupakan obyek seksual suami, maka mereka seharusnya dapat memaklumi kalau sang isteri sedang tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Para suami Seharusnya menyadari bahwa isteri bukanlah sebuah benda yang selalu siap pakai untuk melakukan hubungan seksual, sama halnya dengan pria yang tidak selalu siap pakai.
Menyedihkan bila mendengar salah satu alasan suami yang menikah lagi, yaitu karena sang isteri tidak mampu sepenuhnya melayani kebutuhan seksual suami. Jadi karena sang isteri hanya mampu memenuhi sebagian saja, maka sang suami menikah lagi. Sungguh menyedihkan, karena sang suami tidak mau berupaya mencari apa sebabnya sang isteri tidak mampu melayani kebutuhan sek sualnya. Padahal kalau dicari penyebabnya, sangat mungkin karena sang isteri tidak dapat menikmati hubungan seksual yang dilakukan akibat ketidakmengertian suami atau akibat gangguan fungsi seksual suami.
Apa akibatnya bagi isteri?
Ada beberapa akibat buruk yang mungkin terjadi dalam kehidupan seksual wanita yang mengalami perkosaan oleh suami. Pertama, dorongan seksualnya lenyap. Kedua, dorongan seksual tetap ada tetapi reaksi seksual terhambat sehingga merasa sakit setiap kali melakukan hubungan seksual. Ketiga, hambatan mencapai orgasme. Keempat, mengalami vaginismus, yaitu kekejangan abnormal pada otot sekitar vagina sepertiga bagian luar sehingga hubungan seksual tidak mungkin dilakukan.
Sejauh mana isteri mengalami akibat perkosaan oleh suami sangat tergantung pada sikap atau kekerasan yang dilakukan oleh suami dan jangka waktu perkosaan berlangsung. Semakin buruk sikap atau kekerasan yang dialami dan semakin lama perkosaan dialami, semakin buruk akibat yang dialami oleh isteri. Vaginismus merupakan akibat akhir pada fungsi seksual isteri yang mengalami perkosaan oleh suami.
Bagaimana isteri harus bersikap bila mengalami perkosaan oleh suami?
Isteri yang mengalami perkosaan oleh suami seharusnya tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kekerasan itu berlangsung. Mereka harus menentukan sikap dan berbuat sesuatu agar tragedi itu tidak berlanjut.
Beberapa langkah berikut ini boleh dilakukan oleh isteri yang mengalami perkosaan oleh suami.
Pertama, menjelaskan dan menyadarkan suami bahwa tindakannya tidak benar dan tergolong perkosaan.
Kedua, menjelaskan kepada suami bahwa penolakannya untuk melakukan hubungan seksual bukan karena tidak senang kepada suami, melainkan karena ada alasan tertentu. Alasan tersebut harus dijelaskan juga kepada suami.
Ketiga, menyadarkan suami bahwa tindakannya justru dapat menimbulkan akibat lebih buruk bagi kehidupan seksual isteri. Keempat, bicarakan dengan suami bagaimana mengatasi masalah seksual yang mereka alami sebagai satu pasangan. Ajaklah suami untuk berkaunseling dengan ahli kaunseling agar hubungan seksual dapat berlangsung harmonis.

Anda pasti sudah sering mendengar bahawa karot bagus untuk kesihatan mata. Pernyataan ini benar adanya. Pilihan makanan sangat berpengaruh terhadap kesihatan mata. Kajian telah membuktikan bahawa nutrisi berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia seperti Age-Related Macular Degeneration (ARMD), katarak, Glaucoma and Diabetic Retinopathy.
Satu kajian yang dilakukan National Eye Institute (NEI) menunjukkan kalau vitamin dan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegahan penyakit mata. Nutrisi dan vitamin tertentu tersebut boleh mencegah penyakit utama mata yang berkaitan dengan usia hingga 39%.
Salah satu kandungan dalam makanan yang berperanan dalam menjaga kesihatan mata adalah lutein. Lutein merupakan antioksidan karotenoid yang banyak ditemukan pada buah-buahan dan sayuran. Lutein ini juga merupakan pigmen yang memberikan warna kuning dan oren pada sayuran.
Antioksidan ini dipercaya sangat penting untuk menjaga kesihatan mata karena bisa melindungi dari katarak dan degenerasi macular. Hal ini biasanya terjadi di bahagian macula retina. Macula merupakan bahagian retina yang bertanggung jawab dalam hal penglihatan sentral (central vision). Central vision ini hilang pada mereka yang mengalami degenerasi macula. Beberapa kajian juga telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan lutein dengan pengurangan risiko mengalami degerasi macular dan katarak.
Untuk menghindari gangguan mata, Anda boleh bermula dengan mengatur pilihan makanan Anda. Berikut beberapa makanan yang baik untuk mata kesihatan mata:
Adpokat
Adpokat (Avocado dlm bahasa Inggeris) merupakan salah satu dari makanan yang padat nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Adpokat mengandungi lebih banyak lutein dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.
Karot (Lobak Merah)
Karot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana karot adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya Anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.
Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.
Telur
Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.
Bayam
Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandung nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.
Kobis
Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.
Tomato
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.
Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.
Bawang putih
Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.
Salmon
Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.
Istighfar Amalan Kekal Nikmat, Hindar Musibah, Hapus dosa
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?
Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?
Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?
Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.
Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.
Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.
Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.
Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.
Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud:
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.
Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.
Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)
Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.
Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.
Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.
Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”
Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.
Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)
Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.
Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.
10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.
2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.
4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.
6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.
8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.
9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.
10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini.
Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya.
Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri.
Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun, anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi, sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut.
Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya, dia akan cuba sedaya-upaya mengalih topik perbincangan.
2. Panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya, selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.
3. Separuh hati
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah dan sekiranya keluar di tempat awam, dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Selain itu, anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.
4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.
Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.
5. Berahsia dan beralasan
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.
Dia juga selalu mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda. Sebagai contoh, isterinya mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, maka jangan haraplah dia akan masuk ke situ walaupun anda mengajaknya berulang kali.
6. Selalu sibuk pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki.
7. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan, mereka akan resah dan bingung.
Namun ada lelaki tenang saja. Bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya anda hanya dijadikan sebagai teman menghabiskan masa terluang apabila diperlukan.
8. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri, maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang, maka percayalah pada rasa hati anda itu.
Kenali Diri Sebelum Bergelar Suami Isteri
Tidak dinafikan aspek komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal.
Oleh sebab itu, seseorang itu perlu selalu menganalisa sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan. Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni.
1. Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri Contohnya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.
2. Ingin pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha untuk mengatasinya. Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.
3. Suka mencari kelemahan pasangan Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri. Seeloknya sentiasa mengingati saat-saat manis ketika bersama. Barulah kehidupan anda dan pasangan lebih ceria.
4. Terlalu cemburu Ada orang yang berpendapat sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda. Tapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa agaknya yang mampu bertahan? Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya rumahtangga tidak pernah aman dan anak-anak selalu menjadi mangsa.
5. Ingin menguasai pasangan Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kena selalu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan masing-masing.















