Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Tertib Bergurau Senda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 2, 2007

Di dalam Kitab Ubad karangan Al-Fadhil Ahmad bin Sulaiman.Kamal
Basha telah mencatatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya
untuk bersenda gurau ketika mahu bersenggama mahupun
selepasnya. Berikut dicatatkan beberapa pengajaran tentang senda
gurau.

Apabila seorang lelaki hampir kepada isterinya hendaklah dia
menyukakan isterinya dengan bersenda gurau kerana pahalanya
besar dan banyak faedahnya. Menurut Jabir r.a. Rasulullah s.a.w. itu
bersenda bergurau terlebih dahulu sebelum jima’. Menurut ahli tabib
jika jima’ tanpa bersenda gurau maka anak yang bakal dilahirkan itu
perangainya jahat dan buta hatinya. Seperti sabda Nabi s.a.w. yang
bererti bahwa tanda gelap hati lelaki ialah bahawa dia jima’ tanpa
bersenda gurau dan inilah kelakuan seperti orang tuli.

Digugurkan (dosa mukmin dan isterinya dengan sebab dia bersenda
gurau sebelum jima dan akan dikurniakan rezeki yang halal.
Rasulullah s..a.w. sendiri menghisap lidah isterinya ketika berjima’
dan inilah kelakuan sempuma insan yang dapat menyukakan
perempuan dan sunnah. Jimaklah dengan perlahan-lahan hingga
terhasil maksudnya serta maksud isterinya. Rasulullah juga
berpesan agar kita jangan berhenti jima’ hingga inzal isteri.

Menurut Imam Ghazali di dalam lhya Ulumiddin, jika seorang suami
itu telah inzal dahulu maka janganlah dia berhenti hingga isterinya
pula inzal kerana jika tidak dilakukan sedemikian maka kemungkinan
isteri akan keras hati dan tiada mengasihi. Semasa suami itu
berhenti kerana telah inzal sedangkan isterinya belum’ inzal, si isteri
sedang asyik kemudian merasa malu untuk menyatakan
kehendaknya agar diteruskan dayungan, sebagaimana sabda
Rasulullah yang ertinya dilebihkan oleh Allah Ta’ala atas perempuan
itu daripada lelaki sembilan puluh sembilan bahagian daripada
kesedapan tetapi dianugerahkan oleh Allah Taala bagi perempuan itu
perasaan malu.

Apabila seseorang itu jima’ maka janganlah dipandang kepada faraj
isterinya kerana dia akan merasa malu, jangan berkata-kata terlalu
banyak ketika jima’ dan tetapkanlah kedudukan diri serta isteri.

Rasulullah s.a.w. menutup kepalanya ketika jima’ dan menahan
suaranya dan menutup tubuhnya dan tubuh isterinya.

Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita tidak melebihkan diri
sendiri ketika jima’ tanpa memperdulikan isteri kerana itu ibarat sifat
kaldai, dan hendaklah ada sesuatu antara suami dan isteri itu, dan
apabila baginda ditanya oleb sisahabat apakah yang dimaksudkan itu
maka baginda menjawab babawa itulab ciuman dan senda gurau.
Menurut Jaafar bin Qais, jika kita mahu dikasihi oleh isteri maka
hendaklah bersenda gurau, dengannya sebelum jima’.

Demikian secara terperinci tertib bersenda gurau di dalam Islam
yang digali dari perbuatan Rasulullah s.a.w. sendiri untuk panduan.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter