MELINTAS depan orang sedang solat hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatan itu membawa kepada dosa. Antara perkara perlu diberi perhatian:
Jika melintas antara tempat sujud dan tempat berdiri, perbuatan ini adalah haram sama sekali bahkan, termasuk dosa besar. Sama ada orang yang solat itu menggunakan sutrah (penghadang) atau tidak.
Menurut Abu Juhaima, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan seseorang yang sedang solat, berdiri sambil menunggu selama 40 lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang mengerjakan solat itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jarak orang yang melintas itu jauh dari tempat sujud orang sedang solat. Dalam keadaan seperti ini, ada dua keadaan.
Pertama, jika orang yang sedang solat meletakkan sutrah di hadapannya, dia boleh melintas di belakang sutrah itu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila salah seorang antara kamu mengerjakan solat, dia hendaklah membuat sutrah yang tinggi di hadapannya. Jika tidak menemui sesuatu untuk dibuat sutrah, dia hendaklah memacak tongkat. Jika tidak mempunyai tongkat, dia hendaklah membuat garis. Kemudian orang lain boleh melintas di luar garis sutrah itu." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Dalam Kitab Bulughul Maram, Ibn Hajar berkata: "Salah pendapat yang mengklasifikasikan hadis ini sebagai muttarib. Sebenarnya, ia adalah hadis Hasan."
Menurut Talhah, bapanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang antara kamu meletakkan benda seperti pelana unta yang panjang di hadapannya, dia hendaklah mengerjakan solat tanpa mempedulikan orang yang melintas di belakang sutrah itu." (Hadis riwayat Muslim)
Kedua, dia tidak meletakkan sutrah. Dalam keadaan ini, larangan melintas hanya diantara jarak dia berdiri dan tempat sujudnya saja.
Syeikh Ibn’Uthaimin berkata, "Pendapat yang lebih tepat, jaraknya ialah antara tempat berdiri kedua-dua belah kakinya sehingga ke tempat sujudnya. Ini kerana, seseorang yang mengerjakan solat tidak memerlukan jarak yang begitu luas. Dia juga tidak berhak melarang orang lain melintas di luar jarak ini." (Rujuk al-Syarh al-Munti)
Ibn Abbas berkata, "Suatu ketika aku kembali daripada suatu perjalanan sambil menunggang keldai betina. Waktu itu, aku sudah baligh. Ketika tiba, aku melihat Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat di Mina dan mengadap ke arah dinding (sutrah). Kemudian aku melintas hadapan saf makmum di belakangnya lalu melepaskan keldai betina itu untuk mencari makanan. Kemudian keldai itu melintas di hadapan saf jemaah solat, tetapi baginda tidak menyalahkan aku kerana hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments