Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Cara Memilih Sahabat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, March 25, 2010 0 comments


Tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu, baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya". (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Pesanan Al-Qamah kepada anaknya, "Anakku, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini; iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu; jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu; dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu".

Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu; jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna; sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu, lalu dia menutupnya.

Pilihlah sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi; jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu; dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.

Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja; jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemanimu mengusahakannya; sementara jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 8

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 24, 2010 0 comments


KLIK GAMBAR JIKA TAK NAMPAK!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 7

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KLIK GAMBAR JIKA TAK NAMPAK!!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta Rasulullah Saw Terhadap Umatnya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad Saw sebagai sosok penyampai risalah Allah yang benar dan di ridhai. Dan nanti di padang mahsyar, tiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau dan menginginkan berada di barisan beliau. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendoakan beliau dengan cara memperbanyak shalawat kepada Rasulullah


Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang istri beliau, Sayyidatina Aisyah mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau. Rasulullah adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh istrinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah sosok yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah sosok yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang Badui hingga membekas merahdilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.

Dalam satu riwayat dikisahkan bahwa ketika beliau mengimami shalat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Seusai sholat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?.” “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?.” Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung pribadi Rasulullah sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang Badui tentang akhlak beliau hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah.

Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.

Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad Saw) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia” (HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumul qiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan sholawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.

Mari kita sampaikan salam dan shalawat kepada Rasulullah, yang dengannya kita akan peroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumul mahsyar. insya Allah…Amiin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pantang Hawa | Khas Buat Kaum Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Adam… Usah bermegah sebab Hawa-Hawa kat luar sana dah MENYAMPAH!!! Kaum lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:


Wanita bingit apabila lelaki…

SUKA MENYAMPUK Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

MEMERINTAH Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’, ‘angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’

BERGURAU KASAR Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”

PEMARAH Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


CAKAP BESAR Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

SUKA MENGAWAL Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara teliti tetapi dengan cepat saja diberitahu wanita apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Seperti memberi huraian yang tidak dipinta.

EGO SEBESAR GODZILLA Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

TIDAK SUKA MELUAHKAN EMOSI Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

BUAT WANITA RASA BERSALAH Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

LOKEK BERI PUJIAN Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

PENGOTOR Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

LUPA HARI-HARI ISTIMEWA Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

TIDAK TUNJUK RASA KASIH Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenali Potensi & Akil Baligh Anak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Secara umumnya, usia baligh itu antara umur 9 tahun hingga 14 tahun. Sebelum itu, anak dibekalkan dengan pelbagai didikan oleh ibu bapanya. Ibu bapa berilmu akan merebut peluang keemasan untuk mengisi segala jenis ilmu kehidupan di dunia dan di akhirat sejak anak masih janin lagi. Agar anak itu lebih bersedia menanggung fardhu ain dan fardhu kifayah apabila usianya mencapai baligh.


Terdapat 10 perkara penting yang menyentuh potensi dan akil baligh anak-anak:

1. PERTALIAN POTENSI DENGAN AKIL BALIGH - Potensi adalah kemampuan atau bakat. Setiap anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT mempunyai potensi untuk menjadi 'manusia sebenar' yang sihat, sempurna dari segi fizikal, berilmu, berkemahiran serta berkebajikan. Segala potensi anak itu menjurus ke arah ibadah terhadap penciptaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku". (Surah Az-Dzariyaat, ayat 56)

2. POTENSI CEMERLANG - Semakin bertambah tanggungjawab itu, semakin bertambah kemampuan untuk memikulnya. Al-Quran menyebut potensi bagi manusia sebenarnya dalam keadaan yang sebaik-baiknya sebagaimana disebut dalam Al-Quran, "Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)". (Surah At-Tin, ayat 4)

2.1 Potensi atau kemampuan anak itu berkembang dalam usia tertentu. Antara potensi anak ialah:

2.1.1 Kemampuan mendengar - faham bahasa-bahasa, dalil, adab dan akhlak.

2.1.2 Kemampuan melihat - kenal simbol, bahasa dan benda-benda.

2.1.3 Kemampuan menyentuh - kenal benda-benda yang disentuh tanpa melihat.

2.1.4 Kemampuan bergerak - berjalan, berlari dsb.

2.1.5 Kemampuan bertutur - mudah bersilaturrahim, belajar dan berkebajikan.

2.1.6 Kemampuan mengacu - menulis, melukis dan membuat kerja tangan halus.

2.1.7 Kemampuan beremosi - menjadi orang yang baik dan berakhlak.

2.1.8 Kemampuan berfikir - menggunakan akalnya untuk beribadah dan berkebajikan.

2.1.9 Kemampuan berfirasat - mengesan perkara yang tersirat.


3. KEMAMPUAN OTAK SARAF - Segala kemampuan seperti melihat, mendengar, menyentuh, bergerak, bertutur, mengacu, beremosi, berfikir dan berfirasat ditentukan oleh sistem otak-saraf. Jika otak-saraf anak baik, baiklah kemampuannya. Jika otak sarafnya cedera atau pembangunannya terencat, lalu tergugatlah kemampuannya itu.


4. PEMBANGUNAN ANAK PENTING PADA TAHAP AWAL - Pendidikan dan pembangunan anak peringkat awal merupakan waktu penting untuk dimanfaatkan oleh ibu bapa.

4.1 Bermula dengan detik kehamilan hingga 3-4 bulan - Kesihatan ibu, ibadahnya, doa ibu bapa, makanan dan 'in-utero stimulation' (stimulasi dalam rahim) perlu dijaga. Ia membantu sel-sel neuron menjadi lengkap dan sempurna.

4.2 Dari 3-4 bulan kehamilan hingga anak dilahirkan - Sel-sel neuron, sel-sel glial dan selaput myelin menjadi matang, rangkaian dendrit bercambah dan membina asas-asas untuk ilmu, kemahiran, emosi, amalan dan fikiran. Pada waktu lahir, prasarana ini akan mencapai 25 peratus kesempurnaannya. Kesihatan ibu, ibadahnya, doa ibu bapa, makanan dan 'in-utero stimulation' (stimulasi dalam rahim) perlu terus dijaga.

4.3 Waktu anak dilahirkan - Anak perlu dijaga kerana dia mudah cedera pada tahap ini. Sekiranya ibu yang melahirkan anak mengalami masalah, usaha kita tidak banyak kecuali berdoa, bersedia dan bertawakkal agar dimudahkan proses melahirkan anak.

4.4 Dari kelahiran hingga bayi berusia 6 bulan - Pada tahap ini, pembinaan bahasa, pembangunan fizikal dan asas emosi anak. Sistem otak-saraf anak akan mencapai tahap 50 peratus kesempurnaannya apabila anak berusia 6 bulan.

4.5 Dari usia 6 bulan hingga 3 tahun - Penjagaan anak pada tahap ini amat penting kerana ia melibatkan proses pembangunan sehingga 85 peratus ketika usianya 3 tahun. Asas-asas prasarana untuk mengenali bahasa, perbendaharaan kata dan nama-nama benda, asas kesihatan, emosi, daya gerak-geri, asas kemampuan sosialnya, hafalan surah, doa dan zikir.

4.6 Dari usia 3 tahun hingga 6 tahun - Tahap ini melibatkan proses lanjutan, pengembangan dan kematangan kepada pembangunan yang berlaku sepanjang 3 tahun pertama. Pada usia 6 tahun, pembangunan mencapai tahap 95 peratus kesempurnaannya. Oleh itu, kita digalakkan mengajak anak bersolat bermula dari usia 7 tahun.

Anak cemerlang iaitu apabila anak yang berusia 6 tahun fasih bertutur dalam 2 atau 3 bahasa, mampu membaca dalam dua bahasa, membaca Al-Quran, mampu menghafal 20-30 surah, doa dan zikir, cergas fizikalnya, selalu sihat, ceria, mudah bersosial serta cerdik.


5. KONSEP RUBBUBIYAT - Ia bermaksud menyanjungi Allah SWT sebagai Pencipta kepada semua makhluk dan kejadian. Ciri-ciri kehidupan manusia hendaklah berlandaskan kepada ketuhanan. Contohnya; menjadi hamba Allah yang berilmu, beriman, beramal, bertakwa serta bersyukur di atas segala nikmat yang diberikanNya.


6. POTENSI SISTEM OTAK-SARAF MANUSIA - Sistem otak-saraf merupakan anugerah yang amat besar daripada Allah SWT kepada manusia. Ia merupakan organ pertama yang terbina pada janin. Pada hari ke-16 kehamilan, sel-sel otak pertama terbina sebelum organ-organ lain. Apabila janin berusia 3 hingga 4 bulan, jumlah sel bertambah dengan kadar yang amat tinggi; 250,000 pada setiap minit atau 4000 setiap saat atau lebih dari itu.

Melalui neuron, glial dan rangkaian dendrit, anak berusia 3 tahun mempunyai kemampuan untuk menyimpan cebisan-cebisan ilmu sebanyak 10,000 kali ganda lebih daripada kandungan Encyclopedia Britannica yang mempunyai 15 jilid setebal 4 cm bagi setiap satu jilid.


7. OTAK-SARAF ASAS KECEMERLANGAN MANUSIA - Sistem otak-saraf anak amat mudah ditingkatkan (atau dicederakan). Ia hanya memerlukan rangsangan. Rangsangan ini berlaku apabila anak bergerak, mendengar, melihat, menyentuh, bertutur, menulis, melukis, mendapat makanan yang baik, mengalami emosi yang positif, mendengar bacaan surah dan doa. Anak-anak yang mendapat rangsangan dari awal akan mudah ditingkatkan pembangunannya.


8. CIRI-CIRI KECEMERLANGAN PADA AKIL BALIGH - Kita harus melihat tugasan anak sebagai Khalifah; sebagai satu konsep yang serius. Surah Al-Baqarah, ayat 30-34 mengisahkan manusia yang dilantik sebagai Khalifah serta kisah iblis yang sebelum itu menjadi makhluk tercinta di sisi Allah SWT, telah kufur dan dilaknati Allah SWT. Selain itu, isu yang berbangkit dari ayat-ayat itu termasuk isu syurga-neraka, maaruf-mungkar, pahala-dosa dan iman-derhaka.


9. POTENSI MANUSIA ADALAH ANUGERAH ALLAH SWT - Manusia berpotensi menjadi Khalifah di bumi Allah SWT. Ia mencerminkan keadilan Allah apabila manusia diberikan pelbagai kemampuan. Tugas ibu bapa menjadi ibadah jika dapat memberi peluang kepada anak untuk memperoleh kemampuan seperti membina ilmu, kemahiran, akhlak, adab dan amalnya. Antara tugas ibu bapa adalah akhlak, keimanan, kesihatan, amalan harian, ilmu, kemahiran doa serta keazaman dalam mendidik anak-anak.


10. POTENSI ADALAH ASAS KEBAJIKAN - Potensi manusia sebagai Khalifah setaraf dengan asas kebajikan atau membuat kebajikan. Anak yang cemerlang adalah anak yang dibina kehidupannya dari sudut penghayatan, pelajaran, kesihatan, adab, akhlak serta kemahirannya yang tinggi lagi kukuh. Apabila anak mampu menjadi hamba Allah SWT yang agung di muka bumi ini, kita tidak perlu lagi pening kepala tentang kepincangan, kejahatan atau kejahilan dalam masyarakat. Tiada lagi kerisauan untuk memikirkan usaha-usaha pemulihan, penderaan atau pencegahan dalam masyarakat.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.


2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, March 23, 2010 0 comments


Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.


Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

* 1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.

Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

* 2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

* 3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

* 4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu.

Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.

* 5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)
“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan)
“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan)

“Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan)
“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.”(celaan)
“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.

* 6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya.

Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.

* 7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

* 8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai?

Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.

Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

* 9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik.

a) “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/)

b) “Awak degil.” (x)
“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)

c) “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (x)

* 10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.

a) “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)

b) “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)

c) “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)

d) “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)

e) “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments



Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.



Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.

Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Konflik Suami Isteri Dan Penyelesaiannya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dalam perkahwinan, pertengkaran suami isteri perkara biasa. Malah, ada menganggap ia sebagai rencah kehidupan bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Namun, setiap pasangan inginkan rumah tangga aman tanpa sebarang masalah. Apakah penyebab timbulnya masalah dalam rumah tangga?


Berikut adalah lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya.

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul.
Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:
Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak
Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Penyelesaian:

Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda.
Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga
Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:
Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.

4. Seks
Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:
Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya.



5. Keyakinan
Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:
Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua
Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian
Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

7. Ragam berbeza
Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

Penyelesaian:
Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

8. Komunikasi terbatas
Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.
Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:
Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.
Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mutiara Doa Untuk Rumahtangga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Doa ketika hendak berjimak dengan isteri

"Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)."

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri

"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200)


Doa menolak gangguan syaitan

"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya."

Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu."


Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah s.w.t

"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 6

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, March 22, 2010 0 comments
Print

Subhanallah, Agungnya Ciptaan-Mu!

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ketika Allah menciptakan insan bergelar Wanita, Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "


Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat... ... .Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.
Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan. Mampu menjaga banyak anak bersamanya. Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "

Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"


" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.


Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.
Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "

Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .

" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"


Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .
" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "

Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "


Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "


" Air mata adalah satu cara untuk diamenyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.


Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".


Allah menjawab, " Ya mesti...
Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri. Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air matadi saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan.

Dia mampu bekorban untuk orang-orang yang dicintainya. Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan. Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya. Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat. Cintanya tanpa bersyarat ! Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya. Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang. Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa. Dia begitu bahagia mendengar kelahiran. Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian. Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya. Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.

Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".


Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".
Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "

" Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." , jawab Allah.
Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 5

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Cara Menadah Tangan/Berdoa Yang Betul

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.

Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” . Mencari keberkatan doa… Doa senjata orang mukmin….

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:


1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan


3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.


4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 10, 2010 2 comments
Print

20 Cara Terbaik Beristirehat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sejak akhir-akhir ini adakah anda mengalami kesukaran untuk merehatkan badan di samping menenangkan fikiran?

Jika anda terlalu dibebani dengan pekerjaan, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, adalah amat penting untuk anda berehat bagi memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda yang semakin berkurangan itu. Jika dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.


Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh berfungsi jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.

Oleh itu, luangkan masa untuk berehat. Mulakan dengan memilih salah satu daripada 20 cara yang berikut:

- Membaca buku-buku yang berbentuk fiksyen serta buku-buku berunsur hiburan boleh menolong menenangkan fikiran.

- Mendengar lagu-lagu kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa.

- Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan boleh membantu.

- Adakan sesi karaoke bersama teman-teman anda dan menyanyilah ramai-ramai. Tetapi lakukan sesi ini pada waktu yang bersesuaian dan tidak mengganggu jiran tetangga anda!

- Bersenam merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan contohnya berjoging atau berlari.

- Menari juga adalah kaedah bersenam. Anda tidak perlu menjadi Ricky Martin untuk melakukannya.

- Anda tidak perlu membeli-belah. Cukup sekadar menjamu mata menyaksikan barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati.

- Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.

- Bersembahyang dan mendekati tuhan boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.

- Menyertai chat di Internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon.

- Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman-teman baik berkumpul untuk minum teh tarik misalnya, dan berkongsi kisah-kisah silam yang melucukan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berzikir Senjata Mengatasi Iblis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ibnu Jauzah menggambarkan pertarungan di antara manusia dan syaitan dengan kata-kata indah: “Ketahuilah, sesungguhnya hati itu laksana satu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar. Pada pagar itu ada pintu dan celah.

Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng itu. Di sekitarnya ada ‘rabadh’ iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu, syaitan juga menempatkan ruang itu tanpa rintangan.”


Begitulah pertarungan antara akal dan nafsu, syaitan dan keimanan, yang tidak pernah berhenti sejak terciptanya manusia.

Kelicikan iblis merayu manusia sungguh hebat. Malah, makhluk Allah yang derhaka itu diberi kelebihan mampu mengubah cara, taktik, strategi dan bentuknya sesuai dengan keadaan manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang bertanya pada Hassan Al Basri: “Adakah iblis itu tidur?” Beliau menjawab: “Jika dia (iblis) tidur, dapatlah kita beristirehat.”

Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri daripada syaitan yang menyesatkan ini? Senjata paling ampuh ialah berzikir.

Ibu Abbas berkata, syaitan itu seperti virus penyakit di hati manusia. Apabila manusia lalai dan lupa, syaitan beraksi dan apabila manusia ingat pada Allah, ia menyorok.

Sebuah hadis ada menerangkan mengenai Nabi Yahya menyuruh Bani Israil melaksanakan zikir:

“Aku perintahkan kamu semua supaya berzikir pada Allah. Kerana sesungguhnya orang yang banyak berzikir adalah seperti seseorang yang dicari jejaknya oleh musuh yang begitu cepat. Sehingga dia sampai ke benteng yang kukuh, dia berlindung diri daripada musuhnya di dalam benteng itu.”

Demikian juga seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah.

Begitulah kekuatan zikir dalam mengatasi segala tipu daya iblis dan syaitan yang direjam.

Ingatan manusia pada Allah adalah pendinding paling kukuh, manakala kelalaian pula bagaikan pintu yang menjemput kedatangan syaitan untuk merosakkan insan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Doa Sewaktu Bersujud Dan Keistimewaannya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud;

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat." Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hati Yang Sengsara, Sedih Dan Kecewa.

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.


Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter