Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 24, 2010


1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.


2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter