Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Amalkan Makan Bersama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 1, 2009 0 comments

Sedarkah anda, meja makan adalah tempat yang sempurna untuk membincangkan apa yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga?

PELBAGAI kajian telah membuktikan amalan mengadakan makan malam bersama setiap hari boleh memberi impak yang besar kepada tahap kebahagiaan dan kesejahteraan ibu bapa serta anak-anak.

Namun, kesibukan jadual tugasan kebanyakan keluarga hari ini mungkin menyukarkan amalan seperti ini diteruskan lagi. Tambahan pula, kekerapan makan bersama keluarga berkurangan apabila anak membesar.

Makan malam bersama terbukti dapat memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan ikatan keluarga.

Ia merupakan salah satu 'aktiviti' yang dipraktikkan oleh sesebuah keluarga bahagia dan berikut adalah sebabnya:

Disebabkan kebanyakan keluarga tidak merancang untuk menghabiskan makan malam bersama, meja makan biasanya terbiar dan hanya berperanan sebagai sebahagian daripada perabot rumah.

Hakikatnya, kekurangan masa untuk bersama sewaktu makan boleh mengundang masalah besar di dalam keluarga.

Berdasarkan kajian baru yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Dietetik Amerika, meluangkan masa untuk makan bersama merupakan satu usaha yang berbaloi.

Makan bersama keluarga akan mendedahkan anak-anak khasnya yang sudah bergelar remaja tentang kepentingan pemakanan seimbang.

Para penyelidik dari Universiti Minnesota mendapati pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan bernutrien adalah lebih tinggi dalam kalangan anak berusia 11 tahun hingga 18 tahun yang mempraktikkan amalan makan bersama di dalam sebuah keluarga.

Anak remaja yang meluangkan masa makan bersama keluarga selama tujuh hari seminggu juga didapati kurang mengambil makanan ringan.

"Anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan apabila mereka makan di rumah. Mereka akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman bersoda.

"Sebaliknya, mereka akan lebihkan pengambilan makanan berserat dan mikronutrien," kata Janet Anderson, seorang profesor madya di Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Utah yang juga pakar diet bertauliah.

Pada dasarnya, makan malam memberikan lebih daripada sekadar manfaat daripada aspek nutrisi.

"Ia juga satu kaedah yang baik untuk menghubungkan anak-anak serta mengenali kehidupan yang sebenar-benarnya," kata Susan Moores, seorang pakar diet bertauliah.

Tambahan pula, beliau yang merupakan jurucakap Persatuan Dietetik Amerika berkata, makan malam patut diutamakan memandangkan anak sudah semakin besar dan bertambah aktif.

Kajian menunjukkan, hanya satu pertiga daripada anak-anak meluangkan masa makan bersama keluarga dengan dua hidangan seminggu.

Justeru, Moores berkata: "Aktiviti selepas sekolah biasanya membuatkan anak-anak menjauhkan diri dari meja makan. Jadi, hidangan keluarga boleh mengeratkan kembali hubungan yang memerlukan perubahan."

Selain itu, amalan makan bersama keluarga juga boleh meningkatkan tahap komunikasi.

Pusat Penyalahgunaan Bahan dan Ketagihan Kebangsaan, Universiti Colombia mendapati, hubungan ibu bapa yang meluangkan masa makan bersama anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu adalah lebih baik.

Sebabnya ringkas. Apabila anda berkongsi hidangan, ini juga bermakna anda berkongsi perbualan. Meja makan adalah tempat yang sempurna untuk membincangkan apa yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga.

Namun, ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak membangkitkan topik yang boleh mengakibatkan konflik.

Anak-anak yang meluangkan masa makan bersama keluarga juga didapati mempunyai prestasi akademik yang lebih baik.

Dalam kajian yang sama, para penyelidik mendapati anak remaja yang mempraktikkan amalan makan malam bersama keluarga lebih cenderung memperoleh gred 'A' dan 'B' berbanding mereka yang tidak.

Bagi kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan, kajian mendedahkan bahawa kemahiran berbahasa anak-anak daripada golongan usia ini adalah lebih baik kerana mereka mendengar perbualan orang dewasa sewaktu menikmati makanan.

Selain itu, makan malam bersama keluarga juga akan memberi kebaikan kepada perkembangan anak. Ini kerana 'aktiviti' sihat ini mampu memastikan anak membuat pilihan yang baik.

Dalam satu laporan oleh The Importance of Family Dinners III, anak remaja yang meluangkan masa sehari dua atau kurang daripada itu setiap minggu untuk menikmati makanan bersama keluarga adalah dua kali lebih cenderung mengambil dadah dan alkohol.

Berdasarkan kepada sebab-sebab ini, maka, makan malam secara tidak langsung menjadi kunci kepada kesejahteraan sesebuah keluarga.

Meskipun ini tidak seratus peratus menjamin prestasi cemerlang seseorang anak di sekolah, sekurang-kurangnya pelbagai kajian telah mengesahkan bahawa makan malam adalah antara resipi kebahagiaan sesebuah keluarga.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah SWT

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hoki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments




letih maa...dah la kemucuk tinggi menggunung..tgk rahmah tu..dah la kasut pakai buang baru beli kat maidin..2 rm20...hahahha...kesian..tgk sabariah tu..muka keletihan krn kejar bola aje..dptnya 1/100..hahhahha



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Merah Muka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


muda lagi boleh laaa...kalu dah tulang2 tu keras mcm admin ni..mau tak kremmmm..hahhahaaa.....apa2 pun..tahniah dan syabas kpd pelatih2 baru ni...



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Timur 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments






Suasana ketika Seminar dijalankan..hari last ni..mmg byk pengisian..first time kali pertama ni..siap ada yg lentok lagi time mendengar perbentangan..hehhehee



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter