Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Masalah Keputihan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 4, 2009 1 comments

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks.

Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh.

Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

* Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

3. Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

4. Jenis-jenis jangkitan kuman

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

* Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonas sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk.

* Kulat
Kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

* Virus
Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.

Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

6. Bagaimana kuman berjangkit?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Apakah perlu dibuat jika keluar keputihan?

Perlu saya tekankan di sini bahawa wanita-wanita yang mengalami keputihan perlu menemui Doktor untuk menyiasat apa puncanya. Malang pun tidak berbau, kadang-kadang keputihan adalah disebabkan oleh ketumbuhan kanser pada pangkal rahim.

Doktor akan memeriksa peranakkanya untuk mengesan sesuatu jenis penyakit ketumbuhan. Tidak semua masalah tentang keputihan disebabkan penyakit merbahaya. Tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Ujian-ujian khas

Beberapa ujian-ujian perlu dilakukan oleh doktor dan ini termasuk:

Kaji-kuman

Sedikit contoh lendir diambil dari kemaluan untuk dua jenis ujian.

a. Pemeriksaan terus
Pemeriksaan terus dengan mikroskop samada kuman bakteria, kulat seperti monilia, trichomona atau lain-lain.

b. Ujian culture dan sensitivity
Kuman bakteria boleh disemai dalam media kultur. Oleh itu doktor dapat menentukan jenis bakteria dan jenis ubat yang sesuai untuk merawat pesakit.

Ujian pap smear

Beberapa ujian akan dilakukan seperti ujian pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim. Ujina ini adalah khusus dilakukan ke atas wanita-wanita yang pernah hamil dan melahirkan bayi terutama mereka yang di dalam lingkungan umur tiga puluh tahun ke atas.

Ujian pap smear merupakan satu ujian di mana sedikit contoh lendir dari pangkal reahim diambil dan dikaji oleh pakar sel dengan alat mikroskop. Sel-sel biasa boleh dibezakan dari sel-sel luarbiasa khususnya sel-sel kanser.

Ujian pap smear adalah penting demi untuk mengesan kanser pangkal rahim (cervix) di peringkat awal kerana hasil rawatan dalam peringkat ini adalah sangat memuaskan.

Kanser pangkal rahim berkait rapat dengan faktor umur, sosio-ekonomi, kekerapan hamil, kekerapan melahirkan, persetubuhan.

Rawatan

Rawatan bagi penyakit jangkitan kuman adalah mudah setelah diketahui apa jenis kumannya. Bagi kuman monilia misalnya rawatan khusus ialah ubat anti-biotik nystatin yang biasanya dimasukkan ke dalam kemaluan. Ia berbentuk peluru dan dipanggil sebagai pessary. Ia perlu dimasukkan ke dalam faraj untuk setiap hari selama 7-10 hari.

Ubat ini juga boleh dimakan sebagai tablet.

Untuk kuman Trichomona rawatan khusus ialah dengan pemberian ubat anti-biotik flagyl yang boleh diberi secara tablet mahupun pessary.

Sekarang ini terdapat banyak jenis ubat pessary yang dimasukkan ke dalam faraj dan mengandungi beberapa ramuan yang boleh membunuh segala jenis kuman. Ubat jenis ini berkesan hanya untuk jenis jangkitan kumann di faraj dan pangkal rahim sahaja.

Bagi penyakit gonorhea rawatan khusus baginya ialah ubat penicillin yang biasa diberi secara suntikan atau sebagai pil makan . Setengah daripada kuman-kuman bakteria khudusnya gonorrhea telah menjadi kebal atau resistant pada penicilin. Oleh itu lain-lain jenis ubat perlu digunakan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Zon Erotik Lelaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.

Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.

1.Kerandut buah zakar

Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan hujung jari atau secara oral.

Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakan jari.

2. Puting dada.

Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.

Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.

3. Kawasan Perineum.

Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus). Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.

4. Kawasan ari-ari (suprapubik).

Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat sensitif kepada sentuhan dan urutan.

5. Kawasan punggung.

Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh diusap lembut.

6. Kawasan Anus

Kawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus boleh distimulasi dengan cara pergerakan sirkular dengan hujung jari atau oral di pembukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi punggung.

Jika seseorang itu lebih adventerous, jari boleh dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam anus.

Sebelum itu, pastikan jari dilubrikasi sepenuhnya dengan gel pelincir seperti KY Jelly. Pergerakan jari keluar masuk dan sirkular secara perlahan lahan mampu memberi kenikmatan pada seseorang lelaki.

7. Urutan Prostat.

Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran cecair jernih dari zakar.

Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan ini dilakukan , jari perlulah dilubrikasikan dengan sempurna. Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks dan selesa dengan proses urutan ini.

Saya harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan stimulasi zone erotik ini akan merangasang seorang lelaki melakukan persetubuhan yang hebat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Tips Dalam Persahabatan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senaman Ketika Hamil

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

SEMUA orang tahu senaman penting bagi mengekalkan kesihatan, tetapi masih ramai belum tergerak hati memanfaatkan ilmu bersenam yang pernah dipelajari demi kesejahteraan diri; apatah lagi memulakannya ketika hamil.

Mungkin ramai tidak sedar, senaman menjadi lebih penting sepanjang kehamilan. Ia bukan saja membantu mengekalkan tahap kesihatan dan membuat anda selesa, malah secara tidak langsung memperbaiki posisi badan serta mengurangkan masalah ketidakselesaan biasa ketika hamil seperti sakit belakang dan keletihan.

Malah, ada kajian membuktikan senaman yang dilakukan secara teratur boleh mengelak masalah kencing manis ketika hamil, mengurangkan tekanan dan meningkatkan stamina serta tenaga yang diperlukan untuk bersalin.

Soalnya, adakah selamat untuk bersenam ketika hamil, terutama di kalangan wanita yang tidak pernah atau jarang bersenam sebelum berbadan dua. Jawapannya, selamat dan bermanfaat asalkan ia dilakukan dengan betul pada kadar termampu.

Namun sebelum memulakan sebarang senaman, bakal ibu harus mendapatkan nasihat doktor dan disusuli dengan bimbingan jurulatih senaman bertauliah, kata jurulatih peribadi, Affra Naquinn Abdul Rahman.

Untuk manfaat terbaik, senaman perlu dilakukan sebelum dan ketika hamil serta selepas bersalin. Jika sememangnya aktif sebelum hamil, anda sepatutnya tiada masalah meneruskan aktiviti cergas ini, tetapi pada kadar sederhana.

Jika dulu anda boleh berjoging sejam setiap hari, kini cara senaman itu mungkin perlu ditukar kepada berjalan atau aktiviti lain yang kurang impak.

Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika menyarankan wanita hamil melakukan senaman secara sederhana selama 30 minit sehari, kecuali jika anda ada masalah kesihatan atau komplikasi sakit puan (termasuk kehamilan). Untuk bersenam setiap hari mungkin sukar, jadi dua hingga tiga sesi seminggu sudah memadai.

Usah lagi beri alasan tiada masa kerana semua orang dikurniakan masa 24 jam sehari, yang membezakannya adalah kebijaksanaan kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Peluang melakukan senaman sentiasa ada di depan mata, cuma mahu atau tidak saja menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada.

Menurut Naquinn, senaman ketika hamil ada banyak manfaat iaitu:



“Semua manfaat berkenaan akhirnya meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan, senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.

“Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik,” katanya.



Bersenam juga dikatakan antara cara yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah kurang selera makan yang dihadapi sesetengah wanita hamil.

Ini kerana badan menggunakan banyak tenaga ketika bersenam yang secara tidak langsung memperbaiki selera makan seseorang bagi menggantikan balik tenaga yang digunakan.

Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang.

Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).

Jenis senaman pula mesti bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan saja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.

“Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan.

“Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam,” katanya.


Senaman yang perlu dielak ialah:

* Berlari atau berjoging.
* Senaman regangan keterlaluan.
* Senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut.
* Angkat berat.
* Gerakan pusingan pinggang.



Untuk mengetahui kaedah senaman betul, ada baiknya anda menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil.

Selepas mendapat tunjuk ajar, ia boleh dipraktikkan di rumah dengan diselangselikan senaman aerobik yang biasa dilakukan seperti berjalan cepat, berbasikal, menari atau berenang.

Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.

Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil.

Jika anda menyertai program senaman, jurulatih akan merangka jenis senaman yang sesuai dengan keperluan setiap individu supaya senaman lebih berkesan dan mengelak kecederaan atau boleh membahayakan kandungan.

Bersenam selepas bersalin juga penting untuk meningkatkan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengembalikan bentuk badan asal.

Senaman boleh dilakukan enam minggu selepas bersalin (bagi yang bersalin normal). Jika bersalin secara pembedahan, pastikan luka bedah benar-benar sembuh (biasanya antara empat hingga enam bulan) dan paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dulu.

Walaupun bersenam ketika hamil banyak manfaatnya, bukan semua orang boleh melakukannya.

Jika tidak berpeluang ke pusat senaman atau gimnasium, anda masih boleh bersenam di rumah. Senaman paling selamat dan bermanfaat ialah berenang, berjalan cepat, mengayuh basikal statik (dalam rumah) atau menari.

“Setiap orang tahu had diri sendiri. Lakukan senaman sekadar yang anda mampu. Bila anda aktif, secara tidak langsung anak juga jadi sihat.

“Sentiasa ingat pakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air,” katanya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter