Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Pantang Hawa | Khas Buat Kaum Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 24, 2010


Adam… Usah bermegah sebab Hawa-Hawa kat luar sana dah MENYAMPAH!!! Kaum lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:


Wanita bingit apabila lelaki…

SUKA MENYAMPUK Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

MEMERINTAH Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’, ‘angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’

BERGURAU KASAR Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”

PEMARAH Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


CAKAP BESAR Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

SUKA MENGAWAL Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara teliti tetapi dengan cepat saja diberitahu wanita apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Seperti memberi huraian yang tidak dipinta.

EGO SEBESAR GODZILLA Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

TIDAK SUKA MELUAHKAN EMOSI Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

BUAT WANITA RASA BERSALAH Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

LOKEK BERI PUJIAN Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

PENGOTOR Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

LUPA HARI-HARI ISTIMEWA Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

TIDAK TUNJUK RASA KASIH Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter