Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Warna Dan Corak Tali Leher

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 7, 2009 0 comments

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika diipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.
Warna yang kelihatan agak kotor,menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar,bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hidupkan Cinta Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan.

“Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil.

Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”

“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi.

Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.

7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza.

Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah.

Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.

Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.

Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tabiat Gigit Kuku

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

MENGGIGIT kuku secara berulang kali adalah salah satu tabiat atau kebiasaan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Tabiat ini berlaku di kalangan 30 peratus kanak-kanak berusia antara tujuh ke 10 tahun dan kira-kira 45 peratus remaja.


Ia bukanlah suatu fasa yang harus dilalui oleh kanak-kanak. Ia berlaku tanpa disedari kerana menggigit kuku adalah salah satu tabiat psikologi untuk mengurangkan tekanan yang mereka lalui.

Mereka juga boleh menggigit kuku apabila berasa teruja atau bosan. Tabiat ini kadangkala dipelajari daripada ahli keluarga lain yang mengalami masalah sama.

Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami tabiat menggigit kuku daripada kanak-kanak perempuan selepas berusia 10 tahun. Sebahagian orang dewasa akan berhenti menggigit kuku setelah mereka mencapai usia 30 tahun ke atas. Tabiat menggigit kuku akan menyebabkan pertumbuhan kuku yang normal terjejas dan menghasilkan kuku yang cacat.

Kesan negatif lain hasil tabiat menggigit kuku ialah kulit di hujung jari yang berdekatan dengan kuku akan menjadi lebih sensitif terhadap stimulasi kesakitan dan ia boleh dijangkiti kuman.

Apabila kanak-kanak menggaru dengan kuku yang dijangkiti kuman daripada air liur, peluang untuk mendapat jangkitan kulit yang digaru adalah tinggi. Ada kalanya bakteria yang berada di bawah kuku yang sudah rosak sekiranya masuk ke dalam mulut boleh menyebabkan jangkitan usus. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada gusi.

Ada beberapa cara untuk mengelak kanak-kanak daripada melakukan tabiat ini. Cara pertama adalah melakukan perubahan kepada sikap itu sendiri iaitu menggantikan tabiat itu dengan aktiviti yang lebih berfaedah serta menarik seperti melukis, menulis dan mewarna.

Cara kedua ialah mengadakan penghalang fizikal seperti memastikan kuku sentiasa dipotong pendek, gunakan sarung tangan untuk menghalang daripada menggigit kuku atau letakkan pengilat kuku berperasa pahit di kuku. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu dalam perawatan ini.

Menghisap ibu jari juga adalah suatu kebiasaan yang dilakukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk menenangkan diri mereka daripada masalah atau tekanan. Perangai menghisap ibu jari adalah sikap yang tidak merbahaya.

Biasanya ia berlaku pada kanak-kanak berusia dua tahun dan berhenti dengan sendirinya apabila usia mereka menjangkau empat tahun. Hanya segelintir saja yang berterusan mempunyai tabiat ini sehingga remaja.

Kebanyakan mereka menghisap ibu jari untuk keseronokan atau apabila mereka mengalami tekanan atau mempunyai perasaan gundah. Sekiranya mereka masih menghisap jari pada usia dewasa, tekanan daripada kawan-kawan akan menyebabkan tabiat ini berhenti dengan sendirinya.

Ibu bapa tidak perlu risau atau mengambil tindakan dengan memarahi anak yang mempunyai tabiat ini sebaliknya, mereka harus mengambil pendekatan positif.

Tabiat menghisap ibu jari biasanya tidak akan menyebabkan kerosakan kepada pembentukan gigi normal. Menghisap ibu jari di kalangan kanak-kanak kecil boleh digantikan dengan menghisap puting tiruan. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, ibu bapa boleh memberi penerangan dengan cara yang baik mengenai tabiat menghisap ibu jari yang tidak baik dan bersama-sama anak mereka mencari jalan bagi menangani masalah terbabit.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Elak Tekanan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

TEKANAN atau stres bagi sebilangan individu memberi daya untuk membina jika tekanan itu positif baginya, tetapi biasanya tekanan memberi kesan negatif kepada kebanyakan individu. Individu itu akan lemah, tidak bersemangat, kurang tumpuan, keletihan dan hilang keceriaan.

Dalam keadaan sedemikian, bagaimana anda hendak beri masa dan tumpuan kepada pasangan dalam keadaan serba kekurangan ini?

Jadi, cara bijak untuk menangani tekanan ialah menguruskan masa anda dengan bijak, jangan buat banyak temujanji dan urusan pejabat.

Lakukan perkara mustahak dan agihkan urusan di mana pegawai bawahan boleh lakukan. Sediakan masa untuk melakukan senaman.

Ini mustahak untuk stamina dan kekuatan fizikal, yang mana tanpanya anda akan mudah letih dan tidak berdaya apabila berdampingan dengan pasangan.

Seks juga perlukan kekuatan fizikal dan stamina. Sumber tenaga datang daripada makanan yang sihat dan seimbang.

Jangan lewatkan makan dan jika perlu, makan makanan tambahan seperti vitamin dan zat galian.

Pastikan anda beri masa mencukupi untuk berintiman dan jika anda dan pasangan merancang untuk menimang cahaya mata, pastikan anda kurangkan urusan pejabat waktu isteri dalam peringkat subur.

Dia akan beritahu kepada anda jika anda mahukan jadual itu dan mungkin anda dan dia boleh mengambil cuti untuk berintiman tanpa gangguan.

Anda tidak perlu lakukan perkara bukan-bukan dan yang sukar serta tidak memberi manfaat seperti urut, makan telur ayam kampung dan pelbagai yang pernah diamalkan orang lama.

Itu cara lama mengikut gaya hidup dulu.

Kini zaman sudah berubah dan ikut cara yang lebih berkesan. Anda dan pasangan perlu masa untuk bermesra, jadi tingkatkan usaha untuk berdampingan bersama.

Jangan terperangkap dalam situasi sindrom ‘dual pay no sex’ (terlalu sibuk buat duit sampai tiada masa hendak buat anak!) atau sibuk berkunjung rumah kawan dan saudara mara sehingga tiada masa untuk bersama atau sibuk dengan ‘clubbing’ (ke pusat hiburan) dan berseronok di luar hingga tiada masa untuk berdua-duan.

Apabila anda dan pasangan sudah lakukan semua ini tetapi pasangan masih belum hamil, elok anda dan isteri berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter