Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Warta Hari Ini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 10, 2010 2 comments
Print

20 Cara Terbaik Beristirehat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sejak akhir-akhir ini adakah anda mengalami kesukaran untuk merehatkan badan di samping menenangkan fikiran?

Jika anda terlalu dibebani dengan pekerjaan, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, adalah amat penting untuk anda berehat bagi memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda yang semakin berkurangan itu. Jika dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.


Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh berfungsi jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.

Oleh itu, luangkan masa untuk berehat. Mulakan dengan memilih salah satu daripada 20 cara yang berikut:

- Membaca buku-buku yang berbentuk fiksyen serta buku-buku berunsur hiburan boleh menolong menenangkan fikiran.

- Mendengar lagu-lagu kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa.

- Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan boleh membantu.

- Adakan sesi karaoke bersama teman-teman anda dan menyanyilah ramai-ramai. Tetapi lakukan sesi ini pada waktu yang bersesuaian dan tidak mengganggu jiran tetangga anda!

- Bersenam merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan contohnya berjoging atau berlari.

- Menari juga adalah kaedah bersenam. Anda tidak perlu menjadi Ricky Martin untuk melakukannya.

- Anda tidak perlu membeli-belah. Cukup sekadar menjamu mata menyaksikan barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati.

- Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.

- Bersembahyang dan mendekati tuhan boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.

- Menyertai chat di Internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon.

- Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman-teman baik berkumpul untuk minum teh tarik misalnya, dan berkongsi kisah-kisah silam yang melucukan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berzikir Senjata Mengatasi Iblis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ibnu Jauzah menggambarkan pertarungan di antara manusia dan syaitan dengan kata-kata indah: “Ketahuilah, sesungguhnya hati itu laksana satu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar. Pada pagar itu ada pintu dan celah.

Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng itu. Di sekitarnya ada ‘rabadh’ iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu, syaitan juga menempatkan ruang itu tanpa rintangan.”


Begitulah pertarungan antara akal dan nafsu, syaitan dan keimanan, yang tidak pernah berhenti sejak terciptanya manusia.

Kelicikan iblis merayu manusia sungguh hebat. Malah, makhluk Allah yang derhaka itu diberi kelebihan mampu mengubah cara, taktik, strategi dan bentuknya sesuai dengan keadaan manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang bertanya pada Hassan Al Basri: “Adakah iblis itu tidur?” Beliau menjawab: “Jika dia (iblis) tidur, dapatlah kita beristirehat.”

Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri daripada syaitan yang menyesatkan ini? Senjata paling ampuh ialah berzikir.

Ibu Abbas berkata, syaitan itu seperti virus penyakit di hati manusia. Apabila manusia lalai dan lupa, syaitan beraksi dan apabila manusia ingat pada Allah, ia menyorok.

Sebuah hadis ada menerangkan mengenai Nabi Yahya menyuruh Bani Israil melaksanakan zikir:

“Aku perintahkan kamu semua supaya berzikir pada Allah. Kerana sesungguhnya orang yang banyak berzikir adalah seperti seseorang yang dicari jejaknya oleh musuh yang begitu cepat. Sehingga dia sampai ke benteng yang kukuh, dia berlindung diri daripada musuhnya di dalam benteng itu.”

Demikian juga seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah.

Begitulah kekuatan zikir dalam mengatasi segala tipu daya iblis dan syaitan yang direjam.

Ingatan manusia pada Allah adalah pendinding paling kukuh, manakala kelalaian pula bagaikan pintu yang menjemput kedatangan syaitan untuk merosakkan insan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Doa Sewaktu Bersujud Dan Keistimewaannya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud;

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat." Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hati Yang Sengsara, Sedih Dan Kecewa.

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.


Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter