Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Warta Hari Ini Edisi Ke 8

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, March 24, 2010 0 comments


KLIK GAMBAR JIKA TAK NAMPAK!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Warta Hari Ini Edisi Ke 7

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KLIK GAMBAR JIKA TAK NAMPAK!!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta Rasulullah Saw Terhadap Umatnya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad Saw sebagai sosok penyampai risalah Allah yang benar dan di ridhai. Dan nanti di padang mahsyar, tiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau dan menginginkan berada di barisan beliau. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendoakan beliau dengan cara memperbanyak shalawat kepada Rasulullah


Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang istri beliau, Sayyidatina Aisyah mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau. Rasulullah adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh istrinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah sosok yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah sosok yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang Badui hingga membekas merahdilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.

Dalam satu riwayat dikisahkan bahwa ketika beliau mengimami shalat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Seusai sholat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?.” “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?.” Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung pribadi Rasulullah sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang Badui tentang akhlak beliau hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah.

Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.

Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad Saw) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia” (HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumul qiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan sholawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.

Mari kita sampaikan salam dan shalawat kepada Rasulullah, yang dengannya kita akan peroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumul mahsyar. insya Allah…Amiin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pantang Hawa | Khas Buat Kaum Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Adam… Usah bermegah sebab Hawa-Hawa kat luar sana dah MENYAMPAH!!! Kaum lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:


Wanita bingit apabila lelaki…

SUKA MENYAMPUK Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

MEMERINTAH Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’, ‘angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’

BERGURAU KASAR Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”

PEMARAH Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


CAKAP BESAR Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

SUKA MENGAWAL Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara teliti tetapi dengan cepat saja diberitahu wanita apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Seperti memberi huraian yang tidak dipinta.

EGO SEBESAR GODZILLA Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

TIDAK SUKA MELUAHKAN EMOSI Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

BUAT WANITA RASA BERSALAH Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

LOKEK BERI PUJIAN Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

PENGOTOR Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

LUPA HARI-HARI ISTIMEWA Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

TIDAK TUNJUK RASA KASIH Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenali Potensi & Akil Baligh Anak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Secara umumnya, usia baligh itu antara umur 9 tahun hingga 14 tahun. Sebelum itu, anak dibekalkan dengan pelbagai didikan oleh ibu bapanya. Ibu bapa berilmu akan merebut peluang keemasan untuk mengisi segala jenis ilmu kehidupan di dunia dan di akhirat sejak anak masih janin lagi. Agar anak itu lebih bersedia menanggung fardhu ain dan fardhu kifayah apabila usianya mencapai baligh.


Terdapat 10 perkara penting yang menyentuh potensi dan akil baligh anak-anak:

1. PERTALIAN POTENSI DENGAN AKIL BALIGH - Potensi adalah kemampuan atau bakat. Setiap anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT mempunyai potensi untuk menjadi 'manusia sebenar' yang sihat, sempurna dari segi fizikal, berilmu, berkemahiran serta berkebajikan. Segala potensi anak itu menjurus ke arah ibadah terhadap penciptaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku". (Surah Az-Dzariyaat, ayat 56)

2. POTENSI CEMERLANG - Semakin bertambah tanggungjawab itu, semakin bertambah kemampuan untuk memikulnya. Al-Quran menyebut potensi bagi manusia sebenarnya dalam keadaan yang sebaik-baiknya sebagaimana disebut dalam Al-Quran, "Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)". (Surah At-Tin, ayat 4)

2.1 Potensi atau kemampuan anak itu berkembang dalam usia tertentu. Antara potensi anak ialah:

2.1.1 Kemampuan mendengar - faham bahasa-bahasa, dalil, adab dan akhlak.

2.1.2 Kemampuan melihat - kenal simbol, bahasa dan benda-benda.

2.1.3 Kemampuan menyentuh - kenal benda-benda yang disentuh tanpa melihat.

2.1.4 Kemampuan bergerak - berjalan, berlari dsb.

2.1.5 Kemampuan bertutur - mudah bersilaturrahim, belajar dan berkebajikan.

2.1.6 Kemampuan mengacu - menulis, melukis dan membuat kerja tangan halus.

2.1.7 Kemampuan beremosi - menjadi orang yang baik dan berakhlak.

2.1.8 Kemampuan berfikir - menggunakan akalnya untuk beribadah dan berkebajikan.

2.1.9 Kemampuan berfirasat - mengesan perkara yang tersirat.


3. KEMAMPUAN OTAK SARAF - Segala kemampuan seperti melihat, mendengar, menyentuh, bergerak, bertutur, mengacu, beremosi, berfikir dan berfirasat ditentukan oleh sistem otak-saraf. Jika otak-saraf anak baik, baiklah kemampuannya. Jika otak sarafnya cedera atau pembangunannya terencat, lalu tergugatlah kemampuannya itu.


4. PEMBANGUNAN ANAK PENTING PADA TAHAP AWAL - Pendidikan dan pembangunan anak peringkat awal merupakan waktu penting untuk dimanfaatkan oleh ibu bapa.

4.1 Bermula dengan detik kehamilan hingga 3-4 bulan - Kesihatan ibu, ibadahnya, doa ibu bapa, makanan dan 'in-utero stimulation' (stimulasi dalam rahim) perlu dijaga. Ia membantu sel-sel neuron menjadi lengkap dan sempurna.

4.2 Dari 3-4 bulan kehamilan hingga anak dilahirkan - Sel-sel neuron, sel-sel glial dan selaput myelin menjadi matang, rangkaian dendrit bercambah dan membina asas-asas untuk ilmu, kemahiran, emosi, amalan dan fikiran. Pada waktu lahir, prasarana ini akan mencapai 25 peratus kesempurnaannya. Kesihatan ibu, ibadahnya, doa ibu bapa, makanan dan 'in-utero stimulation' (stimulasi dalam rahim) perlu terus dijaga.

4.3 Waktu anak dilahirkan - Anak perlu dijaga kerana dia mudah cedera pada tahap ini. Sekiranya ibu yang melahirkan anak mengalami masalah, usaha kita tidak banyak kecuali berdoa, bersedia dan bertawakkal agar dimudahkan proses melahirkan anak.

4.4 Dari kelahiran hingga bayi berusia 6 bulan - Pada tahap ini, pembinaan bahasa, pembangunan fizikal dan asas emosi anak. Sistem otak-saraf anak akan mencapai tahap 50 peratus kesempurnaannya apabila anak berusia 6 bulan.

4.5 Dari usia 6 bulan hingga 3 tahun - Penjagaan anak pada tahap ini amat penting kerana ia melibatkan proses pembangunan sehingga 85 peratus ketika usianya 3 tahun. Asas-asas prasarana untuk mengenali bahasa, perbendaharaan kata dan nama-nama benda, asas kesihatan, emosi, daya gerak-geri, asas kemampuan sosialnya, hafalan surah, doa dan zikir.

4.6 Dari usia 3 tahun hingga 6 tahun - Tahap ini melibatkan proses lanjutan, pengembangan dan kematangan kepada pembangunan yang berlaku sepanjang 3 tahun pertama. Pada usia 6 tahun, pembangunan mencapai tahap 95 peratus kesempurnaannya. Oleh itu, kita digalakkan mengajak anak bersolat bermula dari usia 7 tahun.

Anak cemerlang iaitu apabila anak yang berusia 6 tahun fasih bertutur dalam 2 atau 3 bahasa, mampu membaca dalam dua bahasa, membaca Al-Quran, mampu menghafal 20-30 surah, doa dan zikir, cergas fizikalnya, selalu sihat, ceria, mudah bersosial serta cerdik.


5. KONSEP RUBBUBIYAT - Ia bermaksud menyanjungi Allah SWT sebagai Pencipta kepada semua makhluk dan kejadian. Ciri-ciri kehidupan manusia hendaklah berlandaskan kepada ketuhanan. Contohnya; menjadi hamba Allah yang berilmu, beriman, beramal, bertakwa serta bersyukur di atas segala nikmat yang diberikanNya.


6. POTENSI SISTEM OTAK-SARAF MANUSIA - Sistem otak-saraf merupakan anugerah yang amat besar daripada Allah SWT kepada manusia. Ia merupakan organ pertama yang terbina pada janin. Pada hari ke-16 kehamilan, sel-sel otak pertama terbina sebelum organ-organ lain. Apabila janin berusia 3 hingga 4 bulan, jumlah sel bertambah dengan kadar yang amat tinggi; 250,000 pada setiap minit atau 4000 setiap saat atau lebih dari itu.

Melalui neuron, glial dan rangkaian dendrit, anak berusia 3 tahun mempunyai kemampuan untuk menyimpan cebisan-cebisan ilmu sebanyak 10,000 kali ganda lebih daripada kandungan Encyclopedia Britannica yang mempunyai 15 jilid setebal 4 cm bagi setiap satu jilid.


7. OTAK-SARAF ASAS KECEMERLANGAN MANUSIA - Sistem otak-saraf anak amat mudah ditingkatkan (atau dicederakan). Ia hanya memerlukan rangsangan. Rangsangan ini berlaku apabila anak bergerak, mendengar, melihat, menyentuh, bertutur, menulis, melukis, mendapat makanan yang baik, mengalami emosi yang positif, mendengar bacaan surah dan doa. Anak-anak yang mendapat rangsangan dari awal akan mudah ditingkatkan pembangunannya.


8. CIRI-CIRI KECEMERLANGAN PADA AKIL BALIGH - Kita harus melihat tugasan anak sebagai Khalifah; sebagai satu konsep yang serius. Surah Al-Baqarah, ayat 30-34 mengisahkan manusia yang dilantik sebagai Khalifah serta kisah iblis yang sebelum itu menjadi makhluk tercinta di sisi Allah SWT, telah kufur dan dilaknati Allah SWT. Selain itu, isu yang berbangkit dari ayat-ayat itu termasuk isu syurga-neraka, maaruf-mungkar, pahala-dosa dan iman-derhaka.


9. POTENSI MANUSIA ADALAH ANUGERAH ALLAH SWT - Manusia berpotensi menjadi Khalifah di bumi Allah SWT. Ia mencerminkan keadilan Allah apabila manusia diberikan pelbagai kemampuan. Tugas ibu bapa menjadi ibadah jika dapat memberi peluang kepada anak untuk memperoleh kemampuan seperti membina ilmu, kemahiran, akhlak, adab dan amalnya. Antara tugas ibu bapa adalah akhlak, keimanan, kesihatan, amalan harian, ilmu, kemahiran doa serta keazaman dalam mendidik anak-anak.


10. POTENSI ADALAH ASAS KEBAJIKAN - Potensi manusia sebagai Khalifah setaraf dengan asas kebajikan atau membuat kebajikan. Anak yang cemerlang adalah anak yang dibina kehidupannya dari sudut penghayatan, pelajaran, kesihatan, adab, akhlak serta kemahirannya yang tinggi lagi kukuh. Apabila anak mampu menjadi hamba Allah SWT yang agung di muka bumi ini, kita tidak perlu lagi pening kepala tentang kepincangan, kejahatan atau kejahilan dalam masyarakat. Tiada lagi kerisauan untuk memikirkan usaha-usaha pemulihan, penderaan atau pencegahan dalam masyarakat.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panduan Berhadapan Dengan Suami Yang Panas Baran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.


2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter