Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Kenali Diri Sebelum Bergelar Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 23, 2010


Sebelum berkahwin semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama, ada sahaja yang tidak kena. Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri, setiap pasangan perlu mengenali diri mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama.

Tidak dinafikan aspek komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal.

Oleh sebab itu, seseorang itu perlu selalu menganalisa sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan.
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni.

1. Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri Contohnya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.

2. Ingin pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha untuk mengatasinya. Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.

3. Suka mencari kelemahan pasangan Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri. Seeloknya sentiasa mengingati saat-saat manis ketika bersama. Barulah kehidupan anda dan pasangan lebih ceria.

4. Terlalu cemburu
Ada orang yang berpendapat sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda. Tapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa agaknya yang mampu bertahan? Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya rumahtangga tidak pernah aman dan anak-anak selalu menjadi mangsa.

5. Ingin menguasai pasangan
Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kena selalu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan masing-masing.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter