Dewasa ini, sering kali kita mendengar cerita si gadis muda yang terperangkap dalam situasi bercinta dengan suami orang.
Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini.
Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya.
Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri.
Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun, anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi, sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut.
Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya, dia akan cuba sedaya-upaya mengalih topik perbincangan.
2. Panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya, selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.
3. Separuh hati
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah dan sekiranya keluar di tempat awam, dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Selain itu, anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.
4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.
Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.
5. Berahsia dan beralasan
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.
Dia juga selalu mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda. Sebagai contoh, isterinya mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, maka jangan haraplah dia akan masuk ke situ walaupun anda mengajaknya berulang kali.
6. Selalu sibuk pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki.
7. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan, mereka akan resah dan bingung.
Namun ada lelaki tenang saja. Bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya anda hanya dijadikan sebagai teman menghabiskan masa terluang apabila diperlukan.
8. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri, maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang, maka percayalah pada rasa hati anda itu.

Menarik topik ini. Perkara 4 tu macam tak releven dengan budaya melayu. Jarang budaya melayu lelaki memakai cincin perkahwinan. mungkin ada juga kebenarannya. Erm ... tak tau la. Buat lelaki semua satu pandangan 10 sen la. Sebagai lelaki, memang ada perasaan utk beris3 lebih dari 1. naluri dah tu .... cuma fikirkan lah faktor 1. usia (katalah sang wanita muda sgt) lelaki agak berumur le ye ... kesian la kan kalau la lelaki pergi dahulu menjanda pulak kawan tu ... wpon mungkin usia .. bukan menjadi faktor kematian. 2. bagi seorang lelaki matang .. sudah menghadapi .. buat pertama kali ... tak mungkin akan ingin mengulangi nya buat kali ke dua.
Ustaz,
Emmm... emmm... kalau kita memang dah tahu dia tu suami orang camne?
(cikgu ana)
salam to faizal : mmg betul apa yg diperkatakan faizal tu..cuma kalu boleh elakkan aje..sebab kalu mampu nak kawal keadaan..silakan kawin lebih dr 1 pun..masalahnya..takut tak mampu nak hadapi dugaan dlm perkahwinan..hadapi isteri meragam..hadapi masyarakat yg memandang serong terhadap wanita yg merampas suami org dan sebagainya..tp kalu dah takdir..nak buat mcm mana...elak dah elak..terjadi jgk..yg mcm ni..baru ada hikmahnya..cuma masyarakat kita ni..pd keadaan biasanya tak mampu nak hadapi semua tu...kalu mampu..silakan....
salam to cikgu ana : kalu dah tau dia tu suami org..kalu boleh elak..elak aje..jgn teruskan hubungan tu..disebabkan takut cikgu ana tak terima kenyataan..sekarang boleh la kata..boleh terima kenyataan..yg cikgu ana tu bermadu..nnt suatu hari..pasti terdetik di hati..nak miliki semua dan segalanya..keadaan yg mcm ni yg kita khuatiri..danklu si suami mampu hadapi semua ni..boleh menghadapi dgn kerenah isteri2nya..silakan..yg takutnya..si suami tak mampu nak hadapi semuanya..mula2 leh la kata..boleh hadapi..jgn bimbang..tu-tut sapa masa..yg dikejar berterbangan..yg dikendong berciciran..mmg benar nikah dgn suami org ni..ada pro dan contranya..lagi pun..wanita kan jauh lebih ramai drpd lelaki..renung2kan lee..kalu tak leh dgn yg bujang..jodoh dgn suami org..kan lebih elok tu..drpd buat maksiat tanpa ikatan yg sah????? renung2kan...setiap benda pasti ada uji drpdNYA..sabar dlm hadapi semua dugaan..org yg sabar..pasti akan berjaya.....
Ustaz - terima kasih atas nasihat... :)
(cikgu ana)
aik..cikgu ana ni..mcm kenal aje..hehehehehe..mcm pernah aku jupa..tp dimana ek.....hehhehhe
x salah anak dara cinta suami orang...sebab tu syariat mengharuskan kawin sampai 4, supaya x buat maksiat.
yang salah hanya pandangan tersebut...mengikut budaya budha dan lainnya yang hanya menghadkan lelaki wajib kawin satu saja..post tersebut mukhalafah as sunnah!
yap..betul tu..mmg bagus kalu kawin 4..kan sunnah..masalahnya..zaman sekarang ni..berapa ramai yg mampu melakukan sebegitu dgn sebaik2nya..kalu mampu..semua elok..kan bagus..tak ada laa pergaduhan..masalahnya..berapa ramai wanita yg sanggup dimadukan..bukan senang nak bg panduan dan pedoman serta hikmah kpd wanita yg akan dimadukan..kalu semua wanita faham ttg kedudukan tinggi serta mendapat payung emas..senang lah..kalu mereka katakan semua ni adalah takdir dr Yang Maha Esa..tp begitulah..lebih baik jgn kawin suami org drpd menambahkan dosa..kalu tak mampu berkongsi suami..ada niat nak kawal suami mcm tak hidup bermadu..renung2kan..macam hukum kawin jugak..bukan semua kawin tu wajib..ada jugak kawin tu hukumnya haram..hukum yg haram kawin ni pun dr as sunnah jugak...kalu semua positif..tiada negatif..silakan..dialu2kan..bg komen skit anonymous...terima kasih.
salam...mmg ler x salah anak dara cintakan suami org...tp,takkan tak kesian kut kat kaum sejenis anak dara tuu..bukan senang seorg isteri nak menerima hakikat bhw suaminya ada perempuan lain..pikir ler sendiri...
salam..sy sbg salah seorang daripada pihak anak dara..xmau deng kawen ngn suami org...nauzubillahi min zalik....amin...xkawen pom xpe...(gadis tak cun)
salam to anonymous : betul tu..kan admin dah cakap..bukan senang seseorang wanita nak terima hakikat..bahawa yg dirinya leh bermadu..sukar nak terima..kalu semua wanita leh terima..aman lah dunia..admin pun tumpang sekaki..hahhahahahahhaaaa..gurau aje..harap2 isteri admin tak marah ek..abg gurau aje..hahhahahaa
salam to gadis tak cun : sebab tu admin..cakap..kalu leh elak..elak la dulu..tp kalu dah takdir..terima aje le..ada hikmah tu..tak kan nak mendara sapa ke tua kot..hehhehhe..nabi tak ngaku umat daaa..renung2kan