Hati kita mahu supaya masa diputar kembali, mahu segala-galanya kembali seperti di awal perkahwinan. suami yang mesra dan memanjakan, suasana baru yang penuh syahdu, rajuk dan sendu. pujuk dan rayu. Kita mahu kalau boleh segala yang berlaku kini di ‘undo’, atau di ‘delete’. andai mungkin, kita mahu jalani semula kehidupan berbulan madu itu sebaik mungkin. Namun, realiti kehidupan tidak sebegitu indah. tidak akan mungkin segala yang kita tempohi akan mampu diubah lagi. andai kita kini seorang isteri yang bermadu atau dimadukan suami, itulah realitinya. sekiranya kita seorang isteri yang memilih untuk bersendirian daripada dimadukan, maka itulah realitinya juga. jika kita menepuk dada dan bertanyakan nafsu lalu terjerumus ke dalam kancah cinta terlarang, maka realitinya kita isteri yang curang, apatah lagi sampai terjerut leher sehingga berzina,.. maka realiti – realiti ini akan terus segar dalam lipatan sejarah kita. Menangis keluar air mata darah sekalipun , realiti tetap realiti, tak kan mampu diundur lagi, segala perbuatan telah termaktub, tak akan mungkin ditarik kembali. Itulah hakikat kehidupan. kerana itu orang arab , masa itu diibaratkan seperti pedang, jika kita tidak memotong, ia akan memotong kita. Namun, kelukaan – kelukaan dan bad memories kehidupan kita itu boleh kita tukar kepada sesuatu yang positif. di sinilah terletaknya perbezaan antara individu dengan individu lainnya,.. kemampuan menukar kelukaan kepada pengharapan hidup baru. Ada antara kita yang terusan tenggelam dalam kelukaan tersebut sehingga tidak mampu lagi melihat warna warni kehidupan, merosakkan diri, fizikal dan mental dalam arus lautan yang sentiasa bergelora. Bersyukurlah mereka yang hebat dan mampu menukar realiti kelukaan kepada hikmah kehidupan yang penuh kemanisan tidak bertepi. mampu hidup dalam hakikat bermadu tetapi penuh ceria dan bahagia. boleh mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dengan tangan dan hati terbuka. mampu meletakkan dosa silam sebagai sempadan dan menjadikan taubat nasuha sebagai teman. orang-orang begini telah dirahmati kehidupannya dalam cahaya dan sinar baru, moga berterusan dalam jalan yang lurus.
0 comments