Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Syed Muhammad (Tok Ku Tuan Besar)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 23, 2010 0 comments

"...ni la makam Syed Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) b Zainal Abidin al-Idrus...juga terletak di tanah perkuburan di belakang masjid Tok Ku Cabang Tiga...agak ramai jgk zuriat drpd Tok Ku Tuan Besar ni...admin sedang menyiapkan salasilah Sejarah Syed di Terengganu...nnt admin akan bukukan...."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Aqil (Tuan Dalam Dungun)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

"...ni salah seorang cucu Tok Ku Paloh...namanya Sy Aqil (Tuan Dalam) b Syed Idrus (Tuan Besar)...menetap di Dungun, Terengganu...umurnya ketika ini nak masuk 90 tahun...ingatan nya sungguh kuat...masa 'Bah Merah' beliau berumur 3 -4 tahun....semoga selamat semuanya..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Syed Mustafa (Tok Ku Tuan Dalam)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"...ni la makam Syed Mustafa (Tok Ku Tuan Dalam) b Syed Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) b Zainal Abidin al-Idrus...makam ni terletak di belakang masjid Tok Ku Cabang Tiga...sebelahnya lak merupakan makam isterinya iaitu Tengku Maimuh bt Sultan Ahmad (Terengganu)...ni salah satu daripada isterinya la...isteri Tok Ku Tuan Dalam ramai...."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Gopoh : Amalan syaitan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.


Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat,
melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Sharifah Habsah (Tuan Teh) - Anak Kepada Syed Husein al-Bukhari

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 22, 2010 0 comments

"...ni la makam Sharifah Habsah (Tuan Teh)...anak kpd Syed Husein al-Bukhari (penemu batuu bersurat Terengganu)...Tuan Teh ni mak kpd ayah admin...so nenek admin la ni...cucu Tuan Teh la ni...nnt admin letak lak gambar Tuah Teh di masa akan datang...makam ni terletak di bawah makan Syed Husein al-Bukhari (makam Sheikh Ibrahim) jugak...tepi2 tu terletak jgk makam anak2 dan cucu Syed Husein...."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Syed Husein al-Bukhari (Penemu Batu Bersurat)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"...ni merupakan makan kepada Syed Husein al-Bukhari b Sy Ghulam al-Rasul Al-Bukhari...makam ni baru ditemui...terletak di makam Sheikh Ibrahim...dalam proses nak memagar makam ni...sejajar dengan jasa beliau yang menemukan batu bersurat Terengganu...tepi makam tu...diagarkan mungkin makam isterinya...yang mana satu...admin tak tau...sebab...Syed Husein al-Bukhari ni mempunyai 5 org isteri...yang berdiri tu ayanhanda admin la...ayah kpd ayah admin (datuk admin) berkahwin dgn anak Syed Husein ni...iaitu Syed Muhammad (Tuan Putera) berkahwin dengan Sharifah Habsah (Tuan Teh - anak Syed Husein)...maka keluar la ayah admin...so admin ni cicit kpd Syed Husein la...sebelah mak..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Syed Muhammad (Tuan Putera)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

"... ni la makam Syed Muhammad (Tuan Putera) b Sy Umar (Tuan Endut) b Sy Abdul Rahman (Tok Ku Paloh) b Sy Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) b Sy Zainal Abidin...makam ni terletak berhampiran dengan makam Tok Ku Tuan Besar (belakang masjid Tok Ku, Cabang Tiga...datuk admin sebelah ayah la ni..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Titik Mula Perubahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Masa berlalu begitu pantas. Hari Isnin yang bakal tiba adalah hari baru, bukan lagi Isnin yang lepas. Segala-galanya berubah mengikut pergantian hari. Tidak ada yang kekal bentuk dan keadaannya kecuali objek-objek yang kaku dan mati. Tiap yang hidup itu pasti melalui proses perubahan bahkan perubahan itulah simbol kehidupan.

Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam. Ibadahnya bertambah baik, akhlaqnya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya. Segala-galanya haruslah lebih baik dari semalam walaupun hanya kebaikan yang bertambah itu hanya sedikit sahaja. Mereka takut tergolong dalam golongan yang 'celaka' sepertimana yang diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW.


Secara fitrahnya, semua jiwa samada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan.

Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil. Kita mungkin menukar fesyen rambut, cara bercakap, cara berjalan dan sebagainya yang tergolong dari perubahan-perubahan kecil yang tidak memberi kesan besar pada perjalanan hidup kita atau mendekatkan kita dengan matlamat yang tinggi dan mulia.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dimana setiap perubahan itu berlaku sebagaimana sabdanya "Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah, jika baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika apabila ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Iaitu hati"

HATI, ya disinilah segala perubahan harus bermula. Hati inilah yang membezakan manusia dan haiwan melata yang lain. Di sinilah letaknya kemuliaan insan. Hati ini perlu dibersihkan dari segala noda dan kekotoran yang menjadikannya keras dan hilang kepekaan. Perlu ditanggalkan segala kecenderungan kepada hawa nafsu dan segala yang bersifat murahan dan sementara. Hati ini perlu diisi dengan kemuliaan Iman. Hati ini juga perlu diisi dengan keyakinan pada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT.

Hati yang bersih dan lembut ini, hati yang bersih dari kecenderungan haiwani serta dipenuhi dengan keimanan dan keyakinan pada janji-janji dan ancaman Allah SWT ini akan melihat kehidupan ini dalam dimensi yang berbeza. Hati begini akan melahirkan kekuatan jiwa dan berbagai kekuatan lain untuk menempuh segala rintangan dan halangan. Segala-galanya dipandang kecil dan ringan, yang besar ialah Allah dan apa yang Allah janjikan.

Kekuatan inilah yang telah melahirkan generasi pertama yang dididik oleh Rasulullah SAW. Generasi yang tidak dijangkiti sifat tamak dan haloba, generasi yang tidak mengenal takut dan putus asa. Generasi yang apabila mendengar panggilan kepada keimanan dan kehidupan akhirat yang kekal abadi maka mereka melihat dunia dengan pandangan kecil dan tidak bernilai. Mereka yang merasa kerdil di depan Allah SWT tetapi dipandang mulia dan hebat oleh manusia lain.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Anak Syed Husein al-Bukhari

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 21, 2010 1 comments

"...ni la anak Sy Husein al-Bukhari bin Ghulam al-Rasul al-Bukhari yang masih hidup...namanya Sh Rahmah (Tuan Wook)(Tok Su)...yang lahir pada 29.3.1927...Tok Su ni merupakan anak Syed Husein al-Bukhari dari isterinya yang ke 5 iaitu Teh Mariam (orang Besut)....Tok Su ni merupakan Tok Saudara kpd admin melalui mak kpd ayah admin (Nenek)...."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Gambar Syed Husein al-Bukhari (Penemu Batu Bersurat Terengganu)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"...ni la Syed Husein al-Bukhari bin Sy Ghulam al-Rasul al-Bukhari bin Ma' Sum bin Muhammad bin Husein bin Ghulam Ahmad bin Tajuddin bin Ghulam Ismail bin Ahmad Jalaluddin bin Mahmud bin Husein bin Salim bin Jamaluddin bin Mahmud bin Yunus bin Ismail bin Husein........panjang lagi daaaa.....ditepinya tu adalah cucunya yang bernama Syed Abdul Rahman (Ku Ngah) b Syed Salim (Tuan Muda) b Syed Husein al-Bukhari, suami kepada Sh Aishah (sepupu admin) bt Syed Muhammad (Tuan Putera)..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lilin Harapan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kita akan sanggup menempuhi apa saja halangan dan ujian selagimana harapan masih lagi menyala di jiwa kita. Walaupun kehidupan yang kita tempuhi tidak sepertimana yang kita rancang, walau kegagalan menghiasi setiap langkah yang kita aturkan namun selagimana masih ada harapan di hati, kita kan masih mampu meneruskan perjalanan hidup ini. Namun ketika angin musibah sekali sekala bertiup kencang hingga hampir-hampir lilin harapan kita terpadam, ketika itu kita merasakan kegelapan; hari-hari yang dilalui adalah mimpi ngeri sedangkan esoknya adalah misteri yang mengumpulkan segala ketakutan dan keputus asaan. Kita menoleh kebelakang namun segala kebahagiaan lalu bagai ilusi berkaca yang boleh kita bayangkan tetapi bukan untuk disentuh. Namun setelah musibah itu reda dan api lilin harapan kita kembali bercahaya seperti sebelumnya kita seolah-olah mati hidup semula dengan keazaman baru, melangkah dengan jiwa yang tenang dan semangat yang membara. Kita tidak sabar-sabar menanti hari esok untuk kita isikan dengan impian dan harapan.



Harapan adalah kehidupan. Tidak ada kehidupan tanpa harapan bahkan mulianya insan kerena mulianya harapan yang dibina. Harapan yang tumbuh dari keimanan yang benar, harapan yang dihiasi taqwa dan tawakal serta disinari cahaya nubuwwah dan petunjuk ilahi. Keimanan yang akan membuahkan keyakinan dan kesabaran. Keyakinan pada janji-janji dan pertolongan Allah SWT yang merawat segala kelukaan jiwa dan keputus asaan. Keimanan yang akan membuahkan kesabaran yang menjadikan kehidupan ini indah dan bercahaya serta dilapisi dedaunan harapan dan keazaman. Kesabaran yang Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya, kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.

Hinanya insan kerana hinanya harapan yang menguasai diri dan tingkahlakunya. Harapan yang dibina diatas nafsu haiwani yang tidak mengenal batas dan hak. Nafsu yang menjadi hijab antara kebenaran dan kebathilan, hak dan tanggungjawab, kewajiban dan tegahan serta makruf dan kemungkaran. Harapan yang dibutakan oleh kejahilan dan kemunafiqan. Harapan yang diwarnai ego, takbur dan kepentingan diri.

Biar gelombang kegagalan menggoncang jiwa, biar hari-hari yang dilalui adalah kesedihan dan kekecewaan serta hari esok yang tidak menjanjikan apa-apa, janganlah dibiarkan lilin harapan kita terpadam. Pelihara ia agar terus menyala dan meyinari hidup kita kerana tanpanya ialah keputus asaan dan kekecewaan, tanpanya hidup ini adalah kuburan dan kematian.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Zakat Fitrah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 3, 2010 0 comments


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah.

Walau bagaimana pun kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal seperti antaranya kata-kata :


1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan katanya , keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [HR Abu Daud]

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sukarnya Untuk Buat Keputusan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Hampir semua orang merasakan dirinya bebas atau sekurang-kurangnya semua orang inginkan kebebasan tetapi apabila tiba masa untuk membuat keputusan kita akan rasa terkongkong dengan bermacam-macam hal. "Nanti orang kata apa pulak", "Nanti orang kata aku ni ketinggalan zamanlah, kolotlah....", "Macamana kalau orang tengok aku dah jadi baik...tentu dia orang akan ketawakan aku sebab dulu aku selalu ejek dia orang" dan bermacam lagi perkara yang kita fikirkan hingga niat kita untuk berubah jadi baik terkubur begitu sahaja.


Di sinilah KEEGOAN mula menunjukkan kuasanya, disinilah kebebasan kita tergugat. Di sinilah kita benar-benar perlu kepada prinsip hidup yang jelas, persandaran kepada Yang Maha Kuasa dan penyerahan pada takdir dan iradahNya.

Inilah mata rantai pertama yang perlu kita leburkan untuk kita terus melangkah menuju redho Allah iaitu rantai keegoan dan keangkuhan yang merupakan berhala pertama yang menjadi sembahan manusia jahil. Kerana keegoan inilah Iblis diusir dari syurga Allah dalam keadaan dosanya tidak terampun hingga dia berikrar untuk menyesatkan seluruh anak Adam supaya dia tidak kesunyian di neraka nanti. Kerana sifat rendah diri dan sedar diri Allah mengampunkan dosa Nabi Adam walaupun dikeluarkan dari syurgaNya namun kasih sayang Allah SWT tetap bersama kita anak cucunya asalkan kita merendahkan diri dan bermunajat kepadaNYa.

Leburkanlah rantai keegoan ini agar kita menikmati nikmat kehidupan sebenarnya.....bukankah kerana keegoan dan keangkuhan ini jiwa kita menjadi keluh kesah...takut dimalukan, takut dipandang hina walau dimuliakan Allah. Bukankah kerendahan menjadikan jiwa kita tinggi...hanya mengharapkan keredhaan Allah hingga jiwa kita menjadi tenang dan pasrah kepada kehendakNya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kebahagiaan Yang Berkekalan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 2, 2010 0 comments


Kemana perginya kegembiraan ketika kita berdepan dengan musibah yang menggoncang jiwa? Kemana perginya ketenangan ketika berdepan dengan kegetiran hidup? Inilah di antara persoalan-persoalan yang perlu kita jawab sebelum terus melangkah dan menongkah hidup yang penuh teka-teki ini. Adakah semua kegembiraan dan keseronokan itu bersifat sementara? Begitu juga ketenangan, kenapa ada saat-saat tertentu jiwa kita tidak dapat tenteram walau berbagai cara yang kita cuba usahakan? Jika semuanya bersifat sementara bagaimana kita dapat terus melangkah untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.


Sudah tentu ada kegembiraan yang bersifat kekal lama, begitu juga ketenangan dan kebahagiaan. Jika ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan itu bersumberkan sesuatu yang kekal tentu sifatnya juga kekal. Ini adalah formula mudah yang kita boleh gunakan.

Sahabat-sahabat yang mendapat sentuhan tarbiyyah dari Rasulullah SAW begitu tegar jiwa mereka. Keganasan musuh dan ramainya tentera musuh sedikitpun tidak menakutkan mereka bahkan menambah keyakinan dan ketenangan. Lihatlah peristiwa yang dirakamkan di dalam surah al Ahzab; "Apabila orang-orang Mukmin itu melihat tentera al ahzab (tentera musuh yang bersekutu hingga jumlahnya begitu banyak), mereka berkata "inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul (untuk mendapat keredhaan dan syurgaNya) dan benarlah Allah dan RasulNya, Dan tidaklah bertambah melainkan keimanan dan penyerahan"

Bukankah suatu yang ajaib, jiwa semakin tenang dan keyakinan semakin mendalam dan teguh ketika berdepan dengan ujian yang luarbiasa. Inilah suatu keajaiban yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang melaluinya secara amali. Pengalaman yang berbentuk perasaan begini tidak mungkin dapat digambarkan dengan tepat melalui tulisan-tulisan dan ceramah-ceramah, hanya mereka yang melaluinya secara amali sahaja yang memahami keajaiban jiwa ini.

Inilah sakinah Imaniyyah. Ketenangan yang merupakan natijah dari keimanan yang benar. Keyakinan yang mendalam kepada apa yang Allah janjikan, keyakinan pada bantuan dan pertolongan serta keyakinan dan keimanan pada Deen atau cara hidup yang diredhai Allah SWT.

Ketenangan begini tidak akan diperolehi dengan banyaknya zikir dan fikir tetapi hanya dirasai apabila seluruh kehidupan di wakafkan untuk Allah SWT: hidup mengikut nilaianNya, mengambil hanya sistemNya dengan mengambil kira semua suruhan dan tegahanNya, bahkan mengutamakan apa yang disukaiNya walaupun tidak diwajibkan keatas hambaNya. Ketika itu akan tersingkap satu horizon baru tentang keimanan, ketaqwaan, ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Merancang Perubahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


“Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi, ‘Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan suatu yang mustahil”

Ada yang sedih dan kecewa dengan keadaan diri dan kehidupannya...setelah beberapa lama selepas itu dia masih di tahap yang sama; tanpa sebarang perubahan atau peningkatan. Ramai juga yang bercita-cita tinggi dan mempunyai pengharapan yang besar, namun setalah masa demi masa berlalu tidak ada apa yang dicapainya.


Setiap insan inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidupnya tetapi tidak semua daripada mereka yang memahami erti kejayaan dan kebahagiaan. Ada yang memahami erti sebenar kejayaan dan kebahagiaan tetapi tidak tahu pula jalan untuk mencapainya. Ada pula tahu semua itu tetapi tidak memiliki jiwa yang besar untuk berjuang untuk memperolehi kejayaan dan kebahagiaan tersebut. Jadi apa bezanya ketiga-tiga golongan ini dengan golongan yang ke 4, iaitu orang yang tidak memiliki harapan dan cita-cita. Tentunya semua mereka tidak berpuashati dengan keadaan hidup mereka namun tidak ada usaha untuk membaiki keadaan dirinya dan kehidupannya.

Bagaimana dengan kita? Jika kita inginkan kejayaan....maka tentu ada harganya yang perlu kita bayar. Sebagaimana kata-kata Ibn Qayyim: “kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula”
Tiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya, Kejayaan tak akan diraih dengan kesenangan dan kenikmatan kerana kesenangan dan kenikmatan itu hanya akan datang selepas kejayaan bukan sebelumnya. Jika kita benar-benar inginkan kejayaan dan kebahagiaan maka kita perlu sanggup menempuh halangan dan rintangannya.

Inilah persoalan besar yang sedang kita hadapi disepanjang kehidupan....tidak tahu membuat pilihan mana yang baik mana yang tidak. Kalaupun kita telah membuat pilihan tidak sanggup pula kita membayar maharnya/harganya. Kita inginkan kejayaan dengan 'harga yang murah', kita inginkan mencapai kebahagiaan dengan jalan pintas.

Pernah seorang kawan saya berkata: "Mi! kalau dikedai atau difarmasi ada ubat yang apabila dimakan aku terus jadi baik dan soleh...tentu aku akan beli walau setinggimanapun harganya." lalu saya menjawab: "Ya...kalau ada ubat yang sebegitu...semua oarang akan membelinya termasuk ketua-ketua perompak atau penyamun kerana secara fitrahnya, semua orang ingin jadi baik tetapi dia tidak cukup kuat untuk membuat pilihan yang betul dan menundukkan hawa nafsunya."

Inilah warna warni kehidupan....selalu bila nak membeli seseorang akan minta yang paling baik tetapi harganya paling murah, sedangkan sesuatu yang baik tentu tinggi pula harganya. Mungkin semua orang tahu dan faham hakikat ini cuma sekadar mencuba nasib...tetapi wajarkah disepanjang kehidupan kita hanya mencuba nasib sedangkan masa terus berjalan, umur meningkat dan laluan kehidupan kita semakin hampir kegarisan penamatnya.

Oleh itu kita perlu merancang perubahan diri untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Kita perlu tahu titik mulanya, arah tujunya, berapa jauh perjalanannya, berapa ongkosnya yang perlu dibelanjakan dan sampai bila kita perlu merancang dan melakukan perubahan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Di Sebalik Ujian Hidup

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 1, 2010 4 comments


Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.


Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.

Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Beriman Dalam ketenangan ATAU Tenang Dengan Keimanan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ketika dalam ketenangan, tidak ada masalah dalam kehidupan maka kita pun beriman dengan Allah SWT. Tidak ada sebarang keraguan dengan qadar Allah SWT, semua yang Allah putuskan untuk kehidupan kita adalah yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "Setiap keputusan ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya" itulah nasihat kita kepada kawan-kawan yang dilanda masalah dalam kehidupan.


Tiba-tiba kita sendiri ditimpa musibah...musibah yang diluar dugaan kita, musibah yang menggoncang jiwa kita. Ketika itu bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kotak fikiran kita, kita cuba berdoa dan munajat namun musibah yang menimpa masih belum reda bahkan makin menghimpit jiwa kita. Lalu kitapun mula keluh kesah...memikirkan alangkah 'malang'nya nasib kita. Tanpa disedari kita mula tidak nampak hikmahnya dari apa yang menimpa kita dan kita mula merasakan seolah-olah Allah tidak lagi sayang kepada kita, dosa-dosa kita menjadi hijab kepada doa-doa kita....akhirnya jiwa kita rasa tertekan, kitapun mula menyendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawan dan bermacam-macam lagi yang akhirnya melemahkan jiwa kita untuk meneruskan hidup dan perjuangan.

Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? di mana Imanun 'amiq (Iman Yang Mendalam) yang kita bina dulu? dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita?

Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang-kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup.

Mungkin ada dari kita yang pernah menempuh saat-saat begini? Kalau bukan 100% mungkin 50% daripadanya kalau bukan sekarang mungkin suatu hari nanti kita akan tempuhinya.

Apa yang tak kena dengan Iman kita? Kenapa tiba-tiba saja keyakinan kita tergugah, rasa tawakkal semakin pudar dan hilangnya kepasrahan dari jiwa kita?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jodoh- Salah Pilih

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 26, 2010 2 comments


ketika bujang , hati amat sunyi dan sentiasa berdebar-debar menanti, adakah jodohku? jikalau ada, siapa gerangannya? apabila hati diketuk cinta, perasaan sunyi mula terisi rindu, sentiasa ingin bertemu. sesaat serasa bertahun. pabila mendengar sahaja suara, seperti hati disiram air yang menyejukkan. sampai masa, keduanya diijabkabulkan. bermulalah pula, kehidupan yang dalam redha Ilahi.

namun, apabila telah sah halal hubungan , rupanya masalah semakin bertamu. ingatkan apabila hati telah terisi, jiwa telah penuh,maka hati akan tenang dan damai , rupanya tidak.


hidup seperti dalam neraka dunia, suami tidak memahami, tidak bertanggung jawab, suka berpoya-poya dan tidak mengindahkan hal rumah tangga; isteri pula queen control, kuat merajuk, degil dan kuat melawan.

perkahwinan yang dulunya sentiasa dinanti, rupanya hanya indah khabar dari rupa. hati sentiasa menjeruk rasa, perasaan tidak puas hati bertandang , kesedihan sentiasa menemani diri. hati tidak bahagia, sentiasa rasa mahu berpisah dan bercerai. apa yang mahu dilakukan?

meneruskan niat bercerai? bagaimana pula dengan masa depan? anak-anak? pelbagai keraguan pula muncul . nekad mahu bercerai? boleh, tetapi jangan menyesal di kemudian hari. jangan pula menoleh ke belakang. teruskan kehidupan walau bagaimana pahit sekalipun.

namun, cuba teliti kedudukan sekarang sebelum mengambil keputusan muktamad.

1. selidiki hati,

kenapa timbul tidak puas hati? tuliskan satu persatu. cuba tulis seikhlas mungkin . senaraikan kesemuanya. selesai?

2. cari puncanya,

setiap sesuatu perkara mesti ada penyebabnya. jangan nilai siapa yang bersalah, cuma tulis sahaja seikhlas mungkin.

3. muhasabah diri sendiri,

apakah sumbangan kita dalam konflik rumah tangga. apa yang kita telah lakukan atau tidak lakukan sehingga timbul perasaan tidak puas hati ; benarkah kita tidak bersalah dalam merasa tidak puas hati, maksudnya, apakah kita tidak puas hati kerana hal yang sepatutnya kita tidak puas hati, atau kita tidak puas hati kerana nafsu tamak atau sebab -sebab negatif lain?

4. mengenang kembali saat -saat manis,

apakah benar setiap saat perkahwinan kita itu, pasangan kita tidak berguna? tidak bertanggung jawab dan sebagainya? cuba renungkan sedalam-dalamnya.

sebenarnya, jodoh dan pertemuan adalah ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa, siapa kita untuk menyesali taqdir. andai hati tidak bahagia dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA, berusahalah agar pilihan kita seterusnya tidak salah.

1. mohon untuk bahagia,

kalau berkuasa, pergilah memohon kepadaNya di hadapan kaabah. jikalau tidak, mohonlah dalam solat dan seusai solat. mohonlah di malam yang hening, mohonlah di sepertiga malam, mohonlah ketika waktu sahur, mohonlah ketika mahu berbuka, mohonlah tatkala hujan lebat. muga doa dimakbulkan.

2. banyakkan zikir,

ingatlah hati hanya akan tenang dengan zikrullah.

3. bersifat qanaah,

banyakkan syukur, otomatik hati akan tenang dan tidak lagi berpuas hati. andai suami tidak bertanggung jawab, syukur atas pahala yang kita dapat kerana menguruskan rumah tangga sendirian, namun, masih mampu tersenyum pada suami dan ikhlas menerimanya. andai isteri kuat melawan, syukur atas pahala sabar yang kita kuatkan untuk mengekalkan hubungan. ingatlah, kita tidak bertanggung jawab atas apa yang orang lakukan, kita hanya dihisab atas amalan dan perbuatan kita, baik secara sedar atau tidak , baik dalam hati atau yang kita luahkan. jadi, banyakkan syukur.

3. hablu minallah dan hablu minannas,

hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, peliharalah. mungkin kita diuji kerana dosa kita dalam kedua hal itu.

apapun pilihan kita, berfikirlah dalam-dalam, istikharahlah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senyum Sokmo- Merawat Masalah Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


kadang kala untuk hidup bahagia kita perlu membuat banyak pengorbanan, perasaan, diri, tenaga, wang ringgit dan masa. kita hanya manusia biasa. punya banyak kelemahan. mewarisi pelbagai jenis penyakit. dididik dengan akhlak tertentu. yang kemudiannya akan membentuk siapa kita. makanan yang kita makan, pembawakan diri kita, cara kita menangani permasalahan hidup semuanya menyatakan siapa diri kita.

hati yang bermasalah perlu dirawat kerana semua kehidupan bermula dengan hati. sabda nabi yang membawa maksud; hatilah yang dipanggil raja, kalau baik hati itu maka baiklah orang itu dan vice versa.


lalu bagaimana mahu merawat masalah hati?

1.Dirikan solat dan banyakkan berdo’a

- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.

Semasa berdo’a turut katakan -

“Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

paling minima 100 X sebelum tidur

-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati

dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran

- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.

Sekurang- kurangnya bacalah”Qulhu-allah” sebanyak 3 kali

5. Berma’af-ma’afan sesamakawan setiap hari

-Semasa meminta maaf perlusebutkan dosa dan kesalahan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,

merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri

7. Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata, katakan dalam hati:

“Ya, Allah cucilah mindaku, cucilah hatiku, esok aku mahu jadi yg terbaik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”.

Menurut kajian psikologi,

apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

- CUBALAH!!.

8. Berpuasa

-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara

kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati

kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan -

jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. berpesan- pesan sesama sendiri , jadi baik.

17. Menjaga pacaindera

(mata, telinga, mulut…dsb),

Jangan dengar orang mengumpat.

pokok pangkalnya, hati yang baik datang dari jiwa yang qanaah.

hidup berilmu, ceria selalu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Marah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah SAW pernah menggambarkan bahawa akan tiba suatu zaman dimana umat manusia akan dibinasakan oleh penyakit-penyakit yang pernah menimpa dan memusnahkan ummat terdahulu; antaranya ialah mewah dan cepat marah.

Sememangnya hari ini kita melihat kebanyakan manusia yang kita kenal atau tidak, memang cepat marah, hinngakan beberapa tahun kebelakangan ini timbulnya isu samseng jalanraya terutamanya dibandar-bandar, buli, pukul kawan, pukul 'guru' dan lain-lain lagi...semua ini menggambarkan memang manusia hari ini cepat marah. Asal silap sikit saja dah mula merah telinga, tersilap cakap sikit macam-macam sumpah seranah yang sampai ke telinga kita.


Persoalan yang boleh sama-sama kita fikirkan...kenapa manusia hari ini cepat marah?

Mungkin ada banyak sebabnya, cuma saya tertarik dengan satu lagi penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW iaitu MEWAH. Mewah dan Cepat Marah ini sememangnya berkaitan.

Ibnu Khaldun pernah menyebutkan bahawa pemuda yang lahir dalam keadaan senang dan mewah akan lebih cenderung untuk memikirkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan masyarakatnya, sebaliknya pemuda yang lahir dalam suasana sukar dan kepayahan akan lebih terdorong untuk memikirkan kepentingan masyarakat dari kepentingan dirinya sendiri. Pendapat tokoh ilmu sosiologi yang sampai hari ini menjadi rujukan universiti-universiti barat ini memang ada benarnya. Pemuda yang lahir dalam kemewahan sudah terbiasa memperolehi apa yang mereka hajati....sehingga mereka takutkan kehilangan apa yang mereka miliki sedangkan pemuda-pemuda yang hidup dalam dunia serba kekurangan...antara ada dan tiada bezanya tidaklah terlalu jauh, jadi ada perkara yang lebih besar bagi mereka selain dari kekayaan dan harta benda.

Keperluan manusia secara umumnya terdiri dari dua keperluan utama iaitu keperluan kebendaan (seperti wang, harta benda dan lain-lain) dan kejiwaan atau kerohanian (seperti ketuhanan, kasih sayang, hormat menghormati, persaudaraan dan lain-lain). Bagi orang melihat besar dan pentingnya kebendaan, maka baginya keperluan kejiwaan adalah remeh dan ringan. Sebaliknya orang yang memandang kecil keperluan kebendaan akan melihat besar dan pentingnya keperluan kejiwaan.

Kita selalu dengar 'apabila seseorang itu menjadi kaya dia akan lupakan saudara mara dan sahabat handainya' tetapi jarang kita dengan ' seseorang itu apabila miskin ia lupakan saudara maranya'. Ini satu kenyataan untuk menyokong pandangan yang cuba saya ketengahkan ini.

Apa pula pandangan anda?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter