Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Rahsia Tudung Seorang Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, February 18, 2008 0 comments


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.


Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

zaisuria.com | pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rancang Keluarga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, February 10, 2008 0 comments

Wanita mempunyai banyak pilihan untuk merancang keluarga dan apa yang paling penting ialah kerjasama di antara suami dan isteri.

Penggunaan pil hormon adalah kaedah paling popular selain suntikan hormon dan susuk hormon, kaedah ADR atau pemasangan alat dalam rahim untuk merancang jangka panjang.

Bagi lelaki, terdapat kaedah merancang yang kurang berkesan seperti kaedah kalendar iaitu merancang bersetubuh waktu telur tidak keluar atau waktu ’selamat’, serta penggunaan kondom setiap kali hendak bersetubuh.

Suami boleh cuba kaedah al-Azal, atau mengeluarkan ereksi sebelum pancutan air mani berlaku.

Bagaimanapun, ini memerlukan daya kawalan yang tinggi, tidak boleh berlaku keciciran air mani, kerana isteri boleh hamil walaupun tercicir dengan jumlah sedikit dalam faraj.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Petua Mendapat Pasangan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 18, 2008 0 comments
Print

Jodoh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 13, 2008 0 comments
Print

Rahsia Punggung

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 11, 2008 0 comments


Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke manahala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.


3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.


5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Radio THR Gegar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, November 30, 2007 0 comments
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, November 18, 2007 2 comments




cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tertib Bergurau Senda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 2, 2007 0 comments

Di dalam Kitab Ubad karangan Al-Fadhil Ahmad bin Sulaiman.Kamal
Basha telah mencatatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya
untuk bersenda gurau ketika mahu bersenggama mahupun
selepasnya. Berikut dicatatkan beberapa pengajaran tentang senda
gurau.

Apabila seorang lelaki hampir kepada isterinya hendaklah dia
menyukakan isterinya dengan bersenda gurau kerana pahalanya
besar dan banyak faedahnya. Menurut Jabir r.a. Rasulullah s.a.w. itu
bersenda bergurau terlebih dahulu sebelum jima’. Menurut ahli tabib
jika jima’ tanpa bersenda gurau maka anak yang bakal dilahirkan itu
perangainya jahat dan buta hatinya. Seperti sabda Nabi s.a.w. yang
bererti bahwa tanda gelap hati lelaki ialah bahawa dia jima’ tanpa
bersenda gurau dan inilah kelakuan seperti orang tuli.

Digugurkan (dosa mukmin dan isterinya dengan sebab dia bersenda
gurau sebelum jima dan akan dikurniakan rezeki yang halal.
Rasulullah s..a.w. sendiri menghisap lidah isterinya ketika berjima’
dan inilah kelakuan sempuma insan yang dapat menyukakan
perempuan dan sunnah. Jimaklah dengan perlahan-lahan hingga
terhasil maksudnya serta maksud isterinya. Rasulullah juga
berpesan agar kita jangan berhenti jima’ hingga inzal isteri.

Menurut Imam Ghazali di dalam lhya Ulumiddin, jika seorang suami
itu telah inzal dahulu maka janganlah dia berhenti hingga isterinya
pula inzal kerana jika tidak dilakukan sedemikian maka kemungkinan
isteri akan keras hati dan tiada mengasihi. Semasa suami itu
berhenti kerana telah inzal sedangkan isterinya belum’ inzal, si isteri
sedang asyik kemudian merasa malu untuk menyatakan
kehendaknya agar diteruskan dayungan, sebagaimana sabda
Rasulullah yang ertinya dilebihkan oleh Allah Ta’ala atas perempuan
itu daripada lelaki sembilan puluh sembilan bahagian daripada
kesedapan tetapi dianugerahkan oleh Allah Taala bagi perempuan itu
perasaan malu.

Apabila seseorang itu jima’ maka janganlah dipandang kepada faraj
isterinya kerana dia akan merasa malu, jangan berkata-kata terlalu
banyak ketika jima’ dan tetapkanlah kedudukan diri serta isteri.

Rasulullah s.a.w. menutup kepalanya ketika jima’ dan menahan
suaranya dan menutup tubuhnya dan tubuh isterinya.

Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita tidak melebihkan diri
sendiri ketika jima’ tanpa memperdulikan isteri kerana itu ibarat sifat
kaldai, dan hendaklah ada sesuatu antara suami dan isteri itu, dan
apabila baginda ditanya oleb sisahabat apakah yang dimaksudkan itu
maka baginda menjawab babawa itulab ciuman dan senda gurau.
Menurut Jaafar bin Qais, jika kita mahu dikasihi oleh isteri maka
hendaklah bersenda gurau, dengannya sebelum jima’.

Demikian secara terperinci tertib bersenda gurau di dalam Islam
yang digali dari perbuatan Rasulullah s.a.w. sendiri untuk panduan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Memilih Masa Yang Baik Untuk Melakukan Seks

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 22, 2007 0 comments

Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’ sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan praktis oleh suami isteri:

1.Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’ ialah pada malam Jumaat,
malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’
pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.
2.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin, anak yang bakal lahir
akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap
segala pemberian Allah swt.
3.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa, anak itu akan mendapat
nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang
musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya
dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
4.Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah
yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang
alim.
5.Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri
syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki
keselamatan agama dan dunia.

6.Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari
jima’ itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari
Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam
Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).

Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya
diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai
pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu.
Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Akikah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 17, 2007 0 comments


Daripada : Saiful (saiful_9750@yahoo.com.my)


assalammualikum.

saya nak tanya tentang aqikah......
soalan pertama
sepatutnya aqikah untuk anak lelaki kambing 2 ekor......Bagimana saya buat 1 ekor apa hukumnya.......
soalan kedua
Jika saya buat aqikah untuk diri saya benarkah daging tu saya tak boleh makan?

Jawapan:

Hukum : - sunat muakkad. Bagi lelaki 2 ekor kambing dan seekor bagi perempuan. Lembu / kerbau / unta boleh dibahagi kpd 7 bahagian. Hukumnya adalah harus (dari dilahirkan hingga ia baligh) dan afdal ( hari ke 7 selepas dilahirkan).

Kalu kita tak mampu dua ekor sekaligus...buat lah satu persatu...ikut kemampuan kewangan masing-masing...bila dah ada wang yg cukup...buat la bakinya.

Memang benar daging aqiqah tidak boleh dimakan orang yang melakukan aqiqah itu saja. Bagaimanapun ahli keluarga yang lain boleh memakannya, tetapi jika sekadar merasa ketika memasak daging aqiqah dibolehkan. Seperti mana dam, orang yang melakukan dam saja tidak boleh memakannya.

Jika anak berumur kurang dua tahun, sebaiknya diutamakan aqiqah daripada korban. Jika bagi orang dewasa, dia boleh melakukan korban walaupun tidak melakukan aqiqah.

Aqiqah ialah ibadah sunat yang dilakukan ibu bapa untuk anak-anak, jika tidak dilakukan atas apa alasan pun tuan tubuh tidak perlu melakukannya. Sebaliknya bila kita dewasa yang sunnah dilakukan ialah korban dan bukan aqiqah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cari Jalan Bukan Cari Alasan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nak buat cari jalan, tak nak buat cari alasan. Seribu satu alasan bisa diberi jika kita memang tak berminat untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi jika kita nekad untuk melakukannya. Ini bukan teori baru, dan bukan pujangga lapuk. Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu dan sudah berada dalam diri kita, namun kita sering ‘tidak sedar’ dengan apa yang kita sedang lakukan. Untuk menentukan diri kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau mencari alasan, kita lebih tahu. Kita boleh menipu manusia lain, tapi kita tahu hakikatnya. Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita.

Kesungguhan Menemukan Jalan

Jalan yang kita lalui mungkin agak samar-samar dan tidak jelas ke mana hala tujunya. Kekadang tujuannya jelas tetapi lorongnya kabur. Namun, kesungguhan kita dalam mencari jalan terbaik untuk ditelusuri bakal mengundang hidayah dan petunjuk daripada Allah. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-’Ankabuut Ayat 69:



Selalunya bukan tidak ada jalan, tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan, cepat berputus asa dan lebih memilih untuk tidak meneruskan kesungguhan dan keazaman.

“Dah tak ada jalan dah”,

itu ungkapan buat orang-orang yang tidak yakin akan kehebatan Allah dalam menyinari jalan-jalan yang bakal kita lalui. Orang yang hidupnya penuh alasan. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan kita telah menidakkan segala bentuk petunjuk daripada menerangi laluan, lantas yang berlaku adalah MEMANG TIADA JALAN LAGI bagi orang-orang ini. Mungkin kita termasuk dalam kalangan orang-orang ini.

“Pasti ada jalan terbaik”,

itu suara orang-orang optimis yang sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah dalam mencari jalan dan memecah kebuntuan. Dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa bisa dicapai oleh orang-orang sebegini. Tatkala manusia ramai mengatakan tidak ada jalan, dia akhirnya MENEMUI JALAN yang tidak disangka-sangka.

Tidak dapat tidak, hidup sentiasa menuntut kita membuat keputusan. Keputusan kita menentukan jalan mana yang akan dilalui. Jika kita memilih menjadi seorang Mukmin, maka jalan-Nya harus selari dengan tuntutan terhadap seorang Mukmin. Sekalipun kita buntu membuat pilihan terbaik, jangan pernah berputus asa untuk menonjolkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi. Itulah yang harus kita semua tadabbur daripada ayat Surah Al-’Ankabuut Ayat 69 di atas.


Boleh sahaja Rasulullah memberikan alasan bahawa kemungkaran terlalu meluas dan tidak sesuai untuk sebarkan dakwah tatkala baginda diutus menjadi rasul, atau mungkin baginda bisa memberikan alasan bahawa baginda seorang yang ummi, tidak pandai menulis dan membaca. Tetapi bukan itu yang keluar daripada diri baginda, bahkan jalan yang dilalui oleh baginda jauh lebih hebat cabarannya berbanding apa yang sedang kita rasakan ’susah’. Ya, memang susah rasanya nak berdakwah di tengah-tengah masyarakat Islam yang rosak, apakah lebih susah daripada berdakwah ketika tidak ada seorang pun Islam? Memang susah rasanya berdakwah tatkala kesempitan wang, apakah lebih susah daripada berdakwah tatkala dipulaukan seluruh masyarakat, diseksa dan dihalau?

Kesungguhan Baginda begitu terserlah sehingga tidak ada satu lorong pun yang tidak dilalui untuk menyebarkan dakwah, sehingga seluruh badannya luka-luka dilempar batu di Thaif, sehingga lebam-lebam kaki baginda dalam beribadah. Dan kita bagaimana? Sudahkah kita buntu mencari jalan tatkala masih banyak lorong-lorong yang belum kita terobosi? Adakah kita hanya keletihan kerana tidur berdengkur sepanjang hari? Sudahkah kita mendapat luka begitu hebat kerana menjalankan tugas dakwah? Persoalan-persoalan ini bisa menjelaskan status kita sebagai pencari jalan atau pencari alasan.

Jika kekayaan dijadikan alasan, Nabi Sulaiman memiliki kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Jika kesakitan menjadi alasan, Nabi Ayyub teruji dengan wabak yang sugguh hebat dan menyakitkan. Jika kekuasaan menjadi penghalang, Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang meliputi binatang dan jin. Jika orang tak mahu mendengar, Nabi Nuh berdakwah sehingga orang menutup telinga dengan jari dan menutup muka dengan baju. Nabi Ibrahim berdakwah sehingga dilemparkan ke dalam api yang marak. Nabi isa berdakwah sehingga disalib. Hassan Al-Banna berdakwah sehinnga dibunuh. Kita, tidak dapat berdakwah kerana terlalu aman? Adakah lagi yang bisa kita jadikan alasan?

Kalau nak buat, carilah 1001 jalan. Kalau taknak buat, silakan carilah 1001 alasan. Ingat, setiap apa yang kita buat akan dipersoalkan.

Wallahua’lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Check Your Browser

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Blog Speed Test

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
























Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)









Powered by iWEBTOOL






Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pelawat Terkini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 16, 2007 0 comments
Print

Waktu Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Komen Terkini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sembang Bersama Admin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Majlis Khatam Al-Quran SK Taman Kota Kulai 2

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, July 10, 2007 0 comments
Print

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, June 21, 2007 0 comments

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan?

Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jalinan Persahabatan Ukuran Kebahagian Dunia Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 21, 2007 0 comments

HUBUNGAN yang terjalin di antara manusia di dunia ini tidak terlepas daripada prinsip ingin mengambil manfaat daripada orang lain.

Namun, apakah niat mengambil kesempatan daripada kawan itu salah? Rasanya tidak salah jika kedua-duanya sama-sama reda, untung dan tidak merasa dizalimi.

Omong kosong jika ada orang yang mengaku tidak mengharap apa-apa daripada persahabatannya itu, sedangkan Abu Bakar begitu cintakan Rasulullah SAW dengan niat mahu mendapatkan keuntungan iaitu kemuliaan di dunia sebagai kekasih Baginda SAW dan anugerah syurga di akhirat kelak.

Bagaimanakah caranya supaya persahabatan itu kekal dan membawa keuntungan? Ada orang yang hanya mementingkan kebahagiaan untuk dirinya sendiri walaupun terpaksa menginjak kepala orang lain.

Kebahagiaan dan kejayaan sebegini pasti tidak berpanjangan kerana ia akan ditinggalkan oleh mereka yang mendukungnya kerana mereka merasa dirugikan.

Antara ciri persahabatan yang menguntungkan kehidupan di dunia dan akhirat ialah:

# Sentiasa prihatin kepada sahabat dan kurang menyusahkannya. Kisah Abdul Rahman bin Auf RA yang menolak pelawaan sahabatnya patut dijadikan teladan.

Lelaki Ansar yang baru mengenalnya ketika dia menjejakkan kaki di bumi Madinah telah mempelawa beliau untuk menikahi salah seorang isterinya yang akan diceraikan, jika dia mahu dan sejumlah wang untuk sara hidup beliau.

Tetapi dengan rendah hati Abdul Rahman bin Auf menunjukkan ketinggian maruah beliau dengan meminta satu permintaan iaitu: "Tunjukkanlah kepadaku arah mana jalan menuju pasar?" Beliau telah berniaga dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat mengambil keuntungan yang banyak tanpa menyusahkan sahabatnya itu.

# Persahabatan demi iman. Berapa ramai manusia yang boleh memperoleh kekuatan iman daripada seorang insan yang didampinginya? Jika kita memandang wajahnya, hati kita teringat kepada Allah SWT.

Ayat yang mengalir dari lisannya boleh membuka hati kita lantas kita merasai dekatnya akhirat. Pemikirannya adalah suatu idea bernas, perasaannya yang ikhlas berhembus bersama tiupan angin yang menyejukkan jiwa. Bagai menemukan mata air iman ketika kita kekeringan.

Dialah sahabat yang mengajak ke jalan yang benar dan diredai Tuhan. Di sisi kita juga ada orang yang suka menggenggam tangan kita sambil menawarkan kealpaan, haruman bunga nafsu, kemewahan dunia dan perhiasannya.

Hidup kita telah diwarnai oleh ajakan dan pujukannya. Oleh itu, ketuklah pintu hati dan mintalah fatwa darinya yang mana harus kita pilih?

Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika hari itu orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya seraya berkata: Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah atasku, sekiranya aku tidak menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran ketika al-Quran datang kepadaku. Dan adalah syaitan tidak mahu menolong manusia." (Surah Al-Furqan, ayat 27-29)

# Hubungan atas dasar sama-sama untung. Tentunya kita mahukan keuntungan di dunia dan di akhirat. Bolehkah persahabatan itu hanya mengambil kira akhirat saja?

Bagaimanakah akhirat hendak diraih jika di dunia suka menzalimi perniagaan sahabat sendiri, atas nama ukhuwah hutang tidak berbayar? Atas nama ukhuwah sesuka hati mengguna tenaga orang tanpa mengira upah yang patut?

Padahal Rasulullah SAW berpesan mengenai hak orang mukmin yang tidak boleh diganggu gugat. Baginda SAW bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman: Tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat; (antara mereka) lelaki yang mengupah seseorang lalu orang tersebut menyempurnakan kerjanya tetapi lelaki itu tidak memberikan upahnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Betapa senangnya berkenalan tetapi sungguh susah mencari seorang sahabat yang sekali gus anda boleh menjadi seorang yang soleh dan akrab dengannya. Berbahagia berdampingan bersama hingga ke akhirat.

Kita akan sentiasa ingat kebaikan yang pernah ditonjolkan mereka yang berhati ikhlas ketika bersama. Namun perlu diingat juga, aib dan cela itu akan menorehkan luka yang dibawa sampai ke mahkamah Allah SWT.

Saat itu setiap manusia saling meminta pertanggungjawaban saudaranya kerana pernah dizalimi, diambil haknya, ditipu dan dikeji. Kerana segala perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan juga.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter