Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jalinan Persahabatan Ukuran Kebahagian Dunia Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 21, 2007

HUBUNGAN yang terjalin di antara manusia di dunia ini tidak terlepas daripada prinsip ingin mengambil manfaat daripada orang lain.

Namun, apakah niat mengambil kesempatan daripada kawan itu salah? Rasanya tidak salah jika kedua-duanya sama-sama reda, untung dan tidak merasa dizalimi.

Omong kosong jika ada orang yang mengaku tidak mengharap apa-apa daripada persahabatannya itu, sedangkan Abu Bakar begitu cintakan Rasulullah SAW dengan niat mahu mendapatkan keuntungan iaitu kemuliaan di dunia sebagai kekasih Baginda SAW dan anugerah syurga di akhirat kelak.

Bagaimanakah caranya supaya persahabatan itu kekal dan membawa keuntungan? Ada orang yang hanya mementingkan kebahagiaan untuk dirinya sendiri walaupun terpaksa menginjak kepala orang lain.

Kebahagiaan dan kejayaan sebegini pasti tidak berpanjangan kerana ia akan ditinggalkan oleh mereka yang mendukungnya kerana mereka merasa dirugikan.

Antara ciri persahabatan yang menguntungkan kehidupan di dunia dan akhirat ialah:

# Sentiasa prihatin kepada sahabat dan kurang menyusahkannya. Kisah Abdul Rahman bin Auf RA yang menolak pelawaan sahabatnya patut dijadikan teladan.

Lelaki Ansar yang baru mengenalnya ketika dia menjejakkan kaki di bumi Madinah telah mempelawa beliau untuk menikahi salah seorang isterinya yang akan diceraikan, jika dia mahu dan sejumlah wang untuk sara hidup beliau.

Tetapi dengan rendah hati Abdul Rahman bin Auf menunjukkan ketinggian maruah beliau dengan meminta satu permintaan iaitu: "Tunjukkanlah kepadaku arah mana jalan menuju pasar?" Beliau telah berniaga dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat mengambil keuntungan yang banyak tanpa menyusahkan sahabatnya itu.

# Persahabatan demi iman. Berapa ramai manusia yang boleh memperoleh kekuatan iman daripada seorang insan yang didampinginya? Jika kita memandang wajahnya, hati kita teringat kepada Allah SWT.

Ayat yang mengalir dari lisannya boleh membuka hati kita lantas kita merasai dekatnya akhirat. Pemikirannya adalah suatu idea bernas, perasaannya yang ikhlas berhembus bersama tiupan angin yang menyejukkan jiwa. Bagai menemukan mata air iman ketika kita kekeringan.

Dialah sahabat yang mengajak ke jalan yang benar dan diredai Tuhan. Di sisi kita juga ada orang yang suka menggenggam tangan kita sambil menawarkan kealpaan, haruman bunga nafsu, kemewahan dunia dan perhiasannya.

Hidup kita telah diwarnai oleh ajakan dan pujukannya. Oleh itu, ketuklah pintu hati dan mintalah fatwa darinya yang mana harus kita pilih?

Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika hari itu orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya seraya berkata: Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah atasku, sekiranya aku tidak menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran ketika al-Quran datang kepadaku. Dan adalah syaitan tidak mahu menolong manusia." (Surah Al-Furqan, ayat 27-29)

# Hubungan atas dasar sama-sama untung. Tentunya kita mahukan keuntungan di dunia dan di akhirat. Bolehkah persahabatan itu hanya mengambil kira akhirat saja?

Bagaimanakah akhirat hendak diraih jika di dunia suka menzalimi perniagaan sahabat sendiri, atas nama ukhuwah hutang tidak berbayar? Atas nama ukhuwah sesuka hati mengguna tenaga orang tanpa mengira upah yang patut?

Padahal Rasulullah SAW berpesan mengenai hak orang mukmin yang tidak boleh diganggu gugat. Baginda SAW bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman: Tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat; (antara mereka) lelaki yang mengupah seseorang lalu orang tersebut menyempurnakan kerjanya tetapi lelaki itu tidak memberikan upahnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Betapa senangnya berkenalan tetapi sungguh susah mencari seorang sahabat yang sekali gus anda boleh menjadi seorang yang soleh dan akrab dengannya. Berbahagia berdampingan bersama hingga ke akhirat.

Kita akan sentiasa ingat kebaikan yang pernah ditonjolkan mereka yang berhati ikhlas ketika bersama. Namun perlu diingat juga, aib dan cela itu akan menorehkan luka yang dibawa sampai ke mahkamah Allah SWT.

Saat itu setiap manusia saling meminta pertanggungjawaban saudaranya kerana pernah dizalimi, diambil haknya, ditipu dan dikeji. Kerana segala perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan juga.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter