Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jalinan Persahabatan Ukuran Kebahagian Dunia Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 21, 2007 0 comments

HUBUNGAN yang terjalin di antara manusia di dunia ini tidak terlepas daripada prinsip ingin mengambil manfaat daripada orang lain.

Namun, apakah niat mengambil kesempatan daripada kawan itu salah? Rasanya tidak salah jika kedua-duanya sama-sama reda, untung dan tidak merasa dizalimi.

Omong kosong jika ada orang yang mengaku tidak mengharap apa-apa daripada persahabatannya itu, sedangkan Abu Bakar begitu cintakan Rasulullah SAW dengan niat mahu mendapatkan keuntungan iaitu kemuliaan di dunia sebagai kekasih Baginda SAW dan anugerah syurga di akhirat kelak.

Bagaimanakah caranya supaya persahabatan itu kekal dan membawa keuntungan? Ada orang yang hanya mementingkan kebahagiaan untuk dirinya sendiri walaupun terpaksa menginjak kepala orang lain.

Kebahagiaan dan kejayaan sebegini pasti tidak berpanjangan kerana ia akan ditinggalkan oleh mereka yang mendukungnya kerana mereka merasa dirugikan.

Antara ciri persahabatan yang menguntungkan kehidupan di dunia dan akhirat ialah:

# Sentiasa prihatin kepada sahabat dan kurang menyusahkannya. Kisah Abdul Rahman bin Auf RA yang menolak pelawaan sahabatnya patut dijadikan teladan.

Lelaki Ansar yang baru mengenalnya ketika dia menjejakkan kaki di bumi Madinah telah mempelawa beliau untuk menikahi salah seorang isterinya yang akan diceraikan, jika dia mahu dan sejumlah wang untuk sara hidup beliau.

Tetapi dengan rendah hati Abdul Rahman bin Auf menunjukkan ketinggian maruah beliau dengan meminta satu permintaan iaitu: "Tunjukkanlah kepadaku arah mana jalan menuju pasar?" Beliau telah berniaga dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat mengambil keuntungan yang banyak tanpa menyusahkan sahabatnya itu.

# Persahabatan demi iman. Berapa ramai manusia yang boleh memperoleh kekuatan iman daripada seorang insan yang didampinginya? Jika kita memandang wajahnya, hati kita teringat kepada Allah SWT.

Ayat yang mengalir dari lisannya boleh membuka hati kita lantas kita merasai dekatnya akhirat. Pemikirannya adalah suatu idea bernas, perasaannya yang ikhlas berhembus bersama tiupan angin yang menyejukkan jiwa. Bagai menemukan mata air iman ketika kita kekeringan.

Dialah sahabat yang mengajak ke jalan yang benar dan diredai Tuhan. Di sisi kita juga ada orang yang suka menggenggam tangan kita sambil menawarkan kealpaan, haruman bunga nafsu, kemewahan dunia dan perhiasannya.

Hidup kita telah diwarnai oleh ajakan dan pujukannya. Oleh itu, ketuklah pintu hati dan mintalah fatwa darinya yang mana harus kita pilih?

Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika hari itu orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya seraya berkata: Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah atasku, sekiranya aku tidak menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran ketika al-Quran datang kepadaku. Dan adalah syaitan tidak mahu menolong manusia." (Surah Al-Furqan, ayat 27-29)

# Hubungan atas dasar sama-sama untung. Tentunya kita mahukan keuntungan di dunia dan di akhirat. Bolehkah persahabatan itu hanya mengambil kira akhirat saja?

Bagaimanakah akhirat hendak diraih jika di dunia suka menzalimi perniagaan sahabat sendiri, atas nama ukhuwah hutang tidak berbayar? Atas nama ukhuwah sesuka hati mengguna tenaga orang tanpa mengira upah yang patut?

Padahal Rasulullah SAW berpesan mengenai hak orang mukmin yang tidak boleh diganggu gugat. Baginda SAW bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman: Tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat; (antara mereka) lelaki yang mengupah seseorang lalu orang tersebut menyempurnakan kerjanya tetapi lelaki itu tidak memberikan upahnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Betapa senangnya berkenalan tetapi sungguh susah mencari seorang sahabat yang sekali gus anda boleh menjadi seorang yang soleh dan akrab dengannya. Berbahagia berdampingan bersama hingga ke akhirat.

Kita akan sentiasa ingat kebaikan yang pernah ditonjolkan mereka yang berhati ikhlas ketika bersama. Namun perlu diingat juga, aib dan cela itu akan menorehkan luka yang dibawa sampai ke mahkamah Allah SWT.

Saat itu setiap manusia saling meminta pertanggungjawaban saudaranya kerana pernah dizalimi, diambil haknya, ditipu dan dikeji. Kerana segala perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan juga.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Galakkan Pelajar Hayati Al-Qur'an

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, May 1, 2007 0 comments

HIDUP penuh dengan kebendaan menyebabkan manusia kini tidak lagi mengambil peduli dengan persoalan kebenaran yang mutlak.

Jadi bagaimana boleh kita jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan menentukan esok lebih baik daripada hari ini serta memastikan hari-hari mendatang lebih baik daripada hari sebelumnya?

Fenomena itu agak sukar untuk kita mengharap anak-anak menitipkan doa sebagai syafaat bagi kesejahteraan ke atas roh ibu bapa di alam barzakh serta di alam akhirat nanti, kecuali jika kitab al-Quran terus diagungkan, dibaca dan ditelaah sebagai panduan dan amalan hidup.

Manusia akan kembali kepada kebenaran dan kehidupan hari ini akan lebih baik daripada semalam manakala kualiti hidup untuk esok dan hari mendatang akan lebih sempurna jika al-Quran dijadikan santapan, panduan dan amalan kehidupan.

Al-Quran adalah kalam Allah sebagai mukjizat yang menjadi penawar dan ubat bagi orang beriman yang membaca, menghayati serta mengamalkan segala apa yang diturunkan kepadanya.

Justeru, pembelajaran kitab suci difardukan kepada umat Islam sejak kanak-kanak bukan saja sebagai menanam akidah tauhid rububiyyah tetapi juga ubudiyyah supaya menjadi insan kamil daripada acuan al-Quran.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kehendak Wanita Dari Segi Seks

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, March 22, 2007 0 comments

1.Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.

2.Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.

3.Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.

4.Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.

5.Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak
pasangan.

6.Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.

7.Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut
mengasihi serta lemah-lembut.

8.Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.

9.Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu
memahaminya.

10.Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.

11.Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.

12.Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.

13.Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.

14.Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.

15.Gemar melakukan diwaktu pagi.

16.Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.

17.Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya
pula.

18.Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.

19.Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.

20.Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar
tidak tentu hala.

21.Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.

22.Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda
lain.

23.Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.

24.Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya
kesalahannya.

25.Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.

26.Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.

27.Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.

28.Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.

29.Gemar hanya melakukan di atas ranjang.

30.Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.

31.Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.

32.Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.

33.Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.

34.Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.

35.Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.

36.Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.

37.Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.

38.Tidak suka pada lelaki yang memaksa.

39.Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.

40.Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.

41.Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.

42.Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.

43.Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.

44.Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.

45.Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti.

46.Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.

47.Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah utnuk keluarga.

48.Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.

49.Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.

50.Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.

51.Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.

52.Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.

53.Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.

54.Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.

55.Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.

56.Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.

57.Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.

58.Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.

59.Perlukan perhatian dan masa.

60.Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.

61.Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.

62.Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.

63.Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.

64.Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.

65.Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.

66.Gembira diperlakukan dengan kasar.

67.Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.

68.Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.

69.Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.

70.Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.

71.Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.

72.Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya
dibelai.

73.Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselaiskan dahulu.

74.Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.

75.Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.

76.Mesti mahukan inzal bila melakukannya.

77.Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia
baring terlentang.

78.Gemarkan posisi-posisi baru.

79.Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.

80.Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.

81.Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.

82.Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.

83.Lelaki yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.

84.Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.

85.Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.

86.Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.

87.Mahu tahu apa yang lelaki tertarik dengan dirinya.

88.Suka lelaki yang bersopan.

89.Lebih suka jika lelaki tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.

90.Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.

91.Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.

92.Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.

93.Suka lelaki yang bersabar.

94.Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.

95.Suka cara yang berbeza-beza.

96.Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.

97.Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan lelaki yang setia.

98.Benci bila lelaki menolak ajakannya.

99.Gemar jika lelaki memegang tangannya sambil masuk ke kamar.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Sebab Wanita Diseksa Di Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, February 1, 2007 0 comments

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?" Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan kedalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makanusus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakitkulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapatseksaan sejuta macam seksaan
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka. Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakkuFatimah, adapun : � Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahumenutup auratnya. � Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya mmaka para malaikat juga melaknatinya." Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakansolat pada malam hari. � Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpamendapat izin suaminya. � Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatanganhaid dan nifas. � Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain. � Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksuk supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai. � Orang perempuan yangdiikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu bolih bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub. � Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta. � Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepadasuaminya Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amalitu banyak". Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk olih segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya" Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluaar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itusatu rumah dalam neraka" Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakansuaminya itu". Wallahualam... .. Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se ugama, semoga mendapat rahmat darinya

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Adab Melintasi Depan Orang Sedang Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 21, 2007 0 comments

MELINTAS depan orang sedang solat hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatan itu membawa kepada dosa. Antara perkara perlu diberi perhatian:

Jika melintas antara tempat sujud dan tempat berdiri, perbuatan ini adalah haram sama sekali bahkan, termasuk dosa besar. Sama ada orang yang solat itu menggunakan sutrah (penghadang) atau tidak.

Menurut Abu Juhaima, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan seseorang yang sedang solat, berdiri sambil menunggu selama 40 lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang mengerjakan solat itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jarak orang yang melintas itu jauh dari tempat sujud orang sedang solat. Dalam keadaan seperti ini, ada dua keadaan.

Pertama, jika orang yang sedang solat meletakkan sutrah di hadapannya, dia boleh melintas di belakang sutrah itu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila salah seorang antara kamu mengerjakan solat, dia hendaklah membuat sutrah yang tinggi di hadapannya. Jika tidak menemui sesuatu untuk dibuat sutrah, dia hendaklah memacak tongkat. Jika tidak mempunyai tongkat, dia hendaklah membuat garis. Kemudian orang lain boleh melintas di luar garis sutrah itu." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Dalam Kitab Bulughul Maram, Ibn Hajar berkata: "Salah pendapat yang mengklasifikasikan hadis ini sebagai muttarib. Sebenarnya, ia adalah hadis Hasan."

Menurut Talhah, bapanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang antara kamu meletakkan benda seperti pelana unta yang panjang di hadapannya, dia hendaklah mengerjakan solat tanpa mempedulikan orang yang melintas di belakang sutrah itu." (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, dia tidak meletakkan sutrah. Dalam keadaan ini, larangan melintas hanya diantara jarak dia berdiri dan tempat sujudnya saja.

Syeikh Ibn’Uthaimin berkata, "Pendapat yang lebih tepat, jaraknya ialah antara tempat berdiri kedua-dua belah kakinya sehingga ke tempat sujudnya. Ini kerana, seseorang yang mengerjakan solat tidak memerlukan jarak yang begitu luas. Dia juga tidak berhak melarang orang lain melintas di luar jarak ini." (Rujuk al-Syarh al-Munti)

Ibn Abbas berkata, "Suatu ketika aku kembali daripada suatu perjalanan sambil menunggang keldai betina. Waktu itu, aku sudah baligh. Ketika tiba, aku melihat Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat di Mina dan mengadap ke arah dinding (sutrah). Kemudian aku melintas hadapan saf makmum di belakangnya lalu melepaskan keldai betina itu untuk mencari makanan. Kemudian keldai itu melintas di hadapan saf jemaah solat, tetapi baginda tidak menyalahkan aku kerana hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Renungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, January 18, 2007 0 comments
Print

Banner Animasi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Senarai Link

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

SENARAI-SENARAI LINK KE SESUATU TEMPAT :

SURAT KHABAR:
1) Utusan Malaysia - Berita Harian - Harian Metro - Sinar Harian - Kosmo


UPLOAD:
1) Upload Gambar Menjadi Slide Show - Upload Dokumen - Upload Gambar (Image Shack) - Upload Gambar / Video - Upload File - Upload File (7 Hari Sahaja) - Upload File


ONLINE BAYARAN PINJAMAN:
1) Yayasan Terengganu (Pertanyaan Baki) - Yayasan Terengganu (Penyata Bayaran) - Penyata PTPTN -


E-BOOK:
1) Sport Play - Sport Fun - Majalah PC Julai 2009 - Mangga Julai 2009 - Mastika Julai 2009 - Benteng Daripada Sihir - Majalah PC Ogos 2009 - Mastika Ogos 2009 - Mangga Ogos 2009 - Bahagiakah Rumah Tangga Anda - La Tahzan 1 - La Tahzan 2 - La Tahzan 3 - La Tahzan 4 - La Tahzan 5 - La Tahzan 6 - La Tahzan 7 - Al Mathurat - Sirah Nabi - Mastika Januari 2009 - Mastika Februari 2009 - Mastika March 2009 - Mastika April 2009 - Mastika Mei 2009 - Mastika Jun 2009 - APO 15.5.2009 - 100 Trick power Point - Keajaiban Ciptaan Allah - Dosa Besar - Pendidikan Anak Dalam Islam - Kunci Kebahagiaan - Solat Dhuha - Mastika September 2009 - Permata Yang Hilang - Tafsir Tarawih -


SOFTWARE:
1) Error Repair Professional - Frame Photo Editor - Internet Download Manager - Power ISO - Colour Crop - System Mechanic Profesional 8 - Buat Jadual Waktu - E Kamus (Jgn Update) - Update Software - Gom Player - Mendengar Radio - Membuat Video Mudah - Shockwave - Yahoo Messenger 8 - Back Up Driver - Blue Screen Death - Video Converter - VCD Cutter - U Torrent - Win Rar - Malware - Flv Converter Video - Flash Player - Orbit - Multikey Jawi - Spy Bot Search Destroy - TU Utilities 2009 - Resizer - Fire Fox Mozilla - Font Arab dan Jawi - Cartinst - Primo PDF -


NOTA:
1) Sistem Tisu Manusia - Konsep Kecergasan Fizikal - Organisasi Struktur -Definisi Anatomi - Hukum Tajwid - Renang Gaya Lentang - Renang Gaya Kuak Dada - Azab Kubur - Panduan Solat Rasullah - Solat Perjalanan Menuju Allah - Sifat Wuduk Rasullah - Gambar Embrio - Pengurusan Jenazah - Petua Pelajar Cemerlang - Nota Excell - Nota Photoshop - Hadis 40 - Idea Romantik - Nota Fardu Ain - Tafsir Ibnu Kathirall - Resepi KFC - Kisah Nabi - Himpunan Hadis Qudsi - Resepi Kuih Raya Dan Masakan - Himpunan Tazkirah - 100 Tokoh Terpengaruh -


GAMES:
1) Snooker - Eggs - Shuffle - IQ - Volley Ball - Big City Adventure San Francisco - Lucys Expedition - Frame Craf - Cooking Dash - Burger Shop -


PING BLOG:
1) Ping My Blog - Pingler - Pingomatic - Autopinger - Feed Ping -


WIDGET:
1) Widget Box -


UMUM:
1) Elevator Kelakar - Borang Claim Kerajaan -


VIDEO:
1) Bersalin - Bersalin -


PUBLISHING:
1) You Say Too -


ADMIN:
1) PHP FREETZI.COM -





PERHATIAN : TERIMA KASIH KEPADA JIWANG@TORRENT KERANA SUMBER-SUMBER E-BOOK


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rahsia Menambat Hati Lelaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 17, 2007 0 comments

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

MALAM Pertama Malan Penuh Debaran Bagi Pengantin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam pertama.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tips Tingkatkan Keyakinan Diri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayatal-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

p/s: fikir- fikirkan..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tangan Anak Perempuan, Bapa Dan Kereta

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 10, 2007 0 comments

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu… !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta Palsu Hancurkan Nilai Keinsanan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, January 4, 2007 0 comments

KEWUJUDAN manusia adalah keunikan alam anugerah Allah dan komunikasi antara mereka memperlengkapkan kelangsungan sebuah kehidupan, manakala hubungan manusia dan pencipta-Nya pula menempah kejayaan hakiki.

Manusia memiliki fitrah kejadian seni dan agung sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia. Cinta juga menepati satu angka daripada perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang didefinisikan sebagai cetusan rasa daripada orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat adalah lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah suci dan iman yang komited kepada Allah. Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa lahir dari satu hati dan jiwa kepada hati dan jiwa yang lain.

Justeru, tidak wujud cinta biasa, yang ada hanyalah cinta luar biasa kerana sesiapa memahami erti cinta, akan tahu hakikatnya yang luar biasa kerana kita akan mencintai orang lain lebih daripada seseorang itu mencintai dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah."

Dan cinta, apabila luar biasa, tentulah tidak sama dengan cinta yang tidak didasari oleh kecintaan kepada Allah. Cinta luar biasa, semakin kita mencintai, makin kita cinta Allah.

Permasalahan cinta dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini ialah pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu Muslim sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang menguasai jiwa. Cinta berteraskan nafsu dan syahwat adalah cinta palsu yang tidak akan ke mana-mana. Cinta kerana harta, adalah cintakan harta, cinta kerana pangkat adalah cintakan pangkat, cinta kerana keturunan adalah cintakan keturunan, bukannya cinta lahir dari hati yang ikhlas untuk bersama si dia sepanjang hayat.

Cinta harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab. Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang. Justeru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu, tetapi aku takut kamu dibentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada umat pada zaman dulu, lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya seperti mereka sebelum kamu lalu kamu binasa seperti mana mereka binasa."

Memiliki harta tidak dihalang syarak sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji tetapi harta bermanfaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Berangkatlah sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 41)

Cinta pangkat dan kedudukan, jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan. Kadangkala terfikir juga, untuk apa mengejar pangkat dan kedudukan sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia hina dina?

Al Fudhail mengingatkan kita: "Kalaulah dunia ini terdiri daripada emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar (tembikar) yang kekal, sayugia kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa."

Kita harus tahu perasaan yang lahir dalam hati adakah ia mendorong kepada hidup bersama untuk mencapai reda-Nya atau sebaliknya? Jika kita kenal pasti cinta untuk mendapatkan kemanisan iman, maka teruskanlah dengan sebuah perkahwinan, jika sebaliknya, percayalah bahawa cinta itu buta dan akan menggelapkan sebuah kehidupan.

Jodoh hanya datang selepas kita berusaha ke arah itu kerana tidak ada kebenaran untuk mendapatkan mana-mana hak bersama sebagai suami atau isteri tanpa kebenaran sama ada tuan punya badan atau walinya. Jangan menyalahkan jodoh semata-mata kerana ia tidak datang bergolek.

Jodoh boleh diatur kerana ia hanyalah sebuah kejadian yang dirancang dengan izin-Nya, tetapi carilah cinta yang luar biasa.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kisah Pengemis Dengan Isteri Cun

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

Rasulullah SAW bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya".

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA KITA BERADA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN PULA KE BAWAH.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pergaulan Bebas Hampiri Zina

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."


Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku."

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan 'jangan kamu hampiri zina.' Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: "Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.

Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:

# Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

# Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.

# Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

# Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tanda Kemuliaan Manusia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

ANTARA sifat kesempurnaan dan kemuliaan yang menyeluruh dalam Islam ialah ihsan. Ia adalah sifat kesempurnaan Allah yang sangat dituntut supaya dicontohi manusia sejagat.

Sifat ini mendapat kedudukan tinggi dalam Islam.


"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan dan telah mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya." (an-Nisa':125)

Di dalamnya juga terkandung sifat kemuliaan yang asas seperti sifat rahmat, ikhlas, pengorbanan, teliti serta ada pengawasan dalam usaha dan amalan.

Apa itu ihsan? Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Istilah ini lebih mudah difahami sekiranya melalui perbandingan, misalnya antara sifat ihsan dan adil.

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan saksama sama ada pada perkara tersurat atau tersirat.

Tabiat keadilan seperti diketahui adalah tegas, keras dan tepat dengan peraturan yang termaktub tanpa mengira perasaan belas dan simpati, suasana yang mempengaruhi suatu perbuatan atau kesalahan dilakukan.

Keadilan adalah keperluan dalam kehidupan, kerana ia suatu cara penting bagi mengawal ketenteraman dan kesejahteraan.

Tetapi, keadilan semata-mata tidak memadai, sebagai manusia kita tetap memerlukan sifat ihsan.

Sifat ihsan Allah melimpahi dan mengatasi daripada sifat adil. Cuba lihat maksud ayat 58, dari surah al-Kahfi: "Dan Tuhanmulah yang maha pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia hendak mengazab mereka kerana perbuatannya, tentu Dia akan menyegerakan azab baginya, tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya."

Masyarakat yang dapat melaksanakan keadilan dalam lingkungan daya kemampuan manusia adalah masyarakat yang masih belum mencapai tahap kesejahteraan sempurna, kerana mereka menunaikan setakat had yang dituntut.

Justeru, adalah suatu yang bersifat tabii bagi masyarakat yang ingin mencapai taraf kesejahteraan sempurna melaksanakan sifat ihsan, iaitu sifat yang melebihi adil.

Dalam Islam ada tiga sikap yang semuanya diakui tetapi berlainan dari segi nilai akhlaknya, iaitu:

1. Orang teraniaya dan dizalimi. Ia berhak mendapat pembelaan dan keadilan dengan mengenakan balasan setimpal ke atas pihak yang menganiayanya. Ini disifatkan sebagai adil.

2. Orang teraniaya dan berhak mendapat keadilan, malah mampu untuk mengenakan balasan setimpal, namun tidak mahu mengambil tindakan terbabit, sebaliknya dengan kerelaan hati bersedia memaafkannya.

Dengan memaafkan kesalahan terbabit, terlepaslah orang yang sepatutnya menerima hukuman yang adil atas kezalimannya. Tindakan ini termasuk dalam peringkat ihsan.

Sifat ihsan jika diterima dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab dapat membuka jalan kebaikan yang lain seperti melepaskan banyak kesusahan kepada diri dan keluarga yang dimaafkan, memberikan peluang kepada yang salah untuk memperbaiki kesilapan dan menyuburkan sifat tolak ansur.

3. Orang merasakan tidak memadai hanya dengan memberikan kemaafan, sekalipun sudah termasuk dalam golongan sifat ihsan.

Tiga sifat itu disimpulkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka sesiapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim." (as-Syuuraa:40)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Akhlak Bezakan Manusia Dari Haiwan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

AKHLAK adalah suatu fenomena kemanusiaan yang tidak terpisah daripada kehidupan setiap manusia walaupun golongan yang rendah tahap tamadunnya, bahkan masyarakat primitif sekalipun.

Manusia dikenali sebagai makhluk yang hidup bermasyarakat. Dalam kehidupan itu manusia melaluinya dengan peraturan tertentu yang dinamakan akhlak. Cuma yang berbeza dari segi baik atau buruk akhlak dipersembahkan.

Sekiranya ada manusia di dunia ini yang mendakwa tidak mempunyai agama atau menganuti fahaman bebas sepenuhnya, akhlak yang tersemat pada dirinya itulah juga sebagai ganti agama dan itulah agamanya.

Akhlak dalam kehidupan manusia amat jelas, malah didorong rasa ingin mengetahui, aspek itu menjadi suatu bahan pemikiran dan penyelidikan secara khusus dalam pelbagai bidang sejak zaman berzaman.

Semua pengkaji mendapati akhlak menjadi satu daripada aspek yang menjelaskan lagi bukti perbezaan antara manusia dan haiwan.

Daripada kesan dan bukti sejarah perkembangan, kemajuan serta tamadun manusia menunjukkan kekuatan dan keutuhan suatu umat atau bangsa dan tamadunnya bergantung pada dua unsur.

Pertama, kekuatan dan keutuhan kebendaan, manakala yang kedua keutuhan dan kekuatan akhlaknya.

Dua unsur terbabit sama-sama diperlukan, kerana ketiadaan satu daripadanya tidak akan membawa kepada kekuatan suatu umat atau bangsa di dunia.

Kecemerlangan dan kegagalan, ketinggian dan kerendahan, kemajuan dan kemunduran, malah kekuatan serta kelemahan sesuatu bangsa bergantung kepada dua unsur terbabit.

Tetapi sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti, antara dua kekuatan terbabit akan zahir kekuatan sebenar sebagai tenaga berkesan serta penentu kepada kesejahteraan hidup manusia dan tamadunnya atau sebaliknya.

Kekuatan itu ialah akhlak yang disifatkan sebagai kekuatan maknawi, bukannya kekuatan kebendaan (maddi), sedangkan dunia kini lebih banyak memberi fokus kepada unsur kebendaan, dengan mengambil mudah aspek akhlak.

Oleh kerana itu dapatlah dirumus, kejayaan dan kemajuan, ketinggian dan kesejahteraan bangsa adalah kekuatan serta keutuhan akhlaknya.

Walau betapa membangun sesebuah negara itu, megah bersama bangunan pencakar langit dan teknologi moden, tetapi jika bangsanya rendah budi bahasa dan buruk akhlaknya, sudah tentu negara terbabit tidak dijulang serta tidak disebut-sebut.

Lihat saja bangsa yang menjadikan rasuah sebagai amalan, tidak dipandang tinggi masyarakat antarabangsa, walaupun pembangunan di negara terbabit tidak kurang hebat, malah bilangan rakyatnya melebihi daripada sesetengah negara lain.

Ringkasnya akhlak itulah yang akan merendahkan atau meninggikan suatu umat dan bangsa. Akhlak itulah yang akan melemahkan atau memajukan dan dengan faktor itulah akan membuatkan bangsa itu derita, sejahtera, cemerlang atau binasa.

Pantun Melayu lama berbunyi:

Kukuh rumah kerana sendi

Rosak sendi rumah binasa

Kukuh bangsa kerana budi

Rosak budi bangsa binasa.

Contoh kehancuran umat manusia di zaman silam disebabkan keruntuhan akhlak jelas di depan kita, yang boleh diteladani melalui kisah dipaparkan al-Quran serta hasil penemuan dan kajian ahli arkeologi, seperti generasi manusia yang rendah akhlak di zaman Nabi Luth a.s.

Umat terbabit menerima musibah kerana sudah ketandusan dan kekeringan unsur kemuliaan akhlak. Mereka pupus benih kebaikan, dilanda keruntuhan dan kerosakan akhlak yang melampau-lampau, sehingga disifatkan al-Quran sebagai umat yang zalim.

Kehancuran umat terbabit dan kebinasaannya sebagai akibat daripada sebab keruntuhan akhlak, adalah suatu sunnah atau suatu undang-undang yang pasti kepada setiap umat dan bangsa di dunia.

Justeru, akhlak walaupun aspek yang sering dipandang remeh oleh banyak pihak, ia sebenarnya nadi utama dalam mewujudkan keseimbangan riwayat hidup setiap manusia, umat dan tamadunnya.

Nabi s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (Riwayat al-Hakim)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Cara Membahagiakan Orang Tua Kita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

MOGA ALLAH MEMBERI KITA HIDAYAH AGAR KITA DAPAT MELAKSANAKANNYA SEBAIK MUNGKIN. AMIN

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Keunggulan Cinta Rasulullah SAW

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj 'Hubb' atau cinta dan kasih-sayang.

Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu 'Amru ibnu al 'As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as: Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, "Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad - sememangnya Allah lebih Mengetahui - tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis." Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, "Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: "Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasullulah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: "Kecelakaan ke atas kamu." Rasululah SAW bersabda: "Dan ke atasmu juga." Lalu Aisyah mencelah: "Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian." Rasulullah bersabda: "Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar."Aisyah berkata: "Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?" Rasulullah SAW bersabda: "Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan." Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra'uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: "Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat." Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: "Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, "Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku." Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, "Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku."

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter