Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Mengapa Kecewa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, November 4, 2009 0 comments


Frust, kecewa dan putus asa sering melanda kebanyakan masyarakat hari ini.Ada isteri yang kecewa dengan suaminya, suami kecewa dengan isteri, ibu bapa kecewa dengan anak-anak. Tak kurang juga yang kecewa melihat orang lain beroleh kejayaan, sedangkan diri sendiri masih kekurangan.Kecewa sering dikaitkan dengan stress dan dalam keadaan stress manusia boleh bertindak di luar dugaan.

Islam agama motivasi, agama memajukan diri dan mempertingkatkan prestasi hidup dalam segala bidang.Oleh itu, tidak timbul rasa kecewa atau putus asa, sekiranya tidak berjaya setelah penat berusaha. Ini kerana bagi orang-orang beriman, mereka tahu sebagai hamba, mereka tidak berhak terhadap sesuatu melainkan yang telah Allah S.W.T tentukan.

Setiap orang memang dikehendaki berusaha, tetapi sama ada berjaya atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang Allah rahsiakan. Perkara yang seseorang itu rasa baik tidak semestinya baik di sisi Allah. Sebaliknya yang tidak baik pd kita, tidak semestinya tidak baik pada Allah. Manusia cuma nampak pd yang baik.

Pada hal dalam perhitungan Allah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi disukai Allah. Misalnye dalam kehidupan berumahtangga seperti dijelaskan dalam Firman Allah S.W.T yang maksudnya : Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (A n Nisaa:19).

Sebagai contoh lagi: A keluar rumah berusaha untuk mencari rezeki,manakala B tidak keluar rumah. Walaupun A tidak berhasil, sebab Qada Tuhan dia memang tidak ada rezeki hari tu. B tidak boleh berkata: untung aku tidak keluar, tidak berusaha, sedangkan A yang berusaha pun tidak mendapat hasil. Mungkin A berusaha mencari rezeki dan dengan Qada Tuhan tidak berhasil, tetapi Allah redha dan berkati usaha itu A diberi ganjaran pahala.

Menyerah diri tidak bermakna berserah bulat-bulat seperti kata-kata: Memang sudah ditakdirkan hidup saya miskin. Tetapi setakat mana usaha yang telah dilakukan. Jika belum berusaha tidak boleh berkata, ia adalah takdir.Ketenangan jiwa diperolehi oleh orang-orang yang pasrah menerima sesuatu itu sebagai ketentuan Allah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al Anfaal:2)

Manusia mudah berputus asa kerana melihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Mereka lupa di sebalik kelemahan mereka itu ada kekuatannya dan disebalik kekuatan mereka itu ada kelemahannya. Kecemerlangan seseorang tidak seharusnya dilihat dari segi kejayaan akademik atau kekayaan sahaja, tetapi cemerlang manusia sepatutnya dilihat dari berbagai sudut umpamanya hari ini ramai orang kecewa apabila anak mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana jarang orang melihat kecemerlangan dalam bentuk anak soleh dan berakhlak mulia.

Janganlah beranggapan apabila Allah memberi Rahmat dengan rezeki melimpah ruah sebagai satu nikmat semata-mata, sebaliknya anggaplah ia juga satu ujian kerana ujian Allah tidak semestinya dalam bentuk kesusahan. Ramai orang yang diuji dengan kesusahan menghampirkan diri kepada Allah, tetapi tidak ramai orang yang diberi nikmat semakin mendekati Allah. Kehidupan kita ada dua dimensi masa-tidak semestinya di dunia susah di akhirat pun susah. Tidak semestinya di dunia senang di akhirat juga senang. Bergantung kepada pengisian dan amalan semasa hidup.

Allah S.W.T berfirman: Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia dihari kiamat termasuk orang-orang yang diseret ke dalam neraka? (Al Qashash:60-61)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Benarkah Tidur Menentukan Kecerdasan?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, meskipun cuma 1 jam tiap hari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal. Sekarang, orang tidur pakai bantal yang empuk-empuk.

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, karena tubuh mereka bisa beristirehat secara sepenuhnya saat tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas bantal empuk, tubuh mereka tidak boleh istirehat dengan total, kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi tidur yang benar adalah tubuh miring ke kanan dengan kaki bagian atas di tekuk, dan tangan kiri sebagai bantal. Tidur dengan posisi ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, karena posisi kepala lebih rendah dari jantung.


Posisi tidur yang membuat otak lemah dan lembab adalah : terlentang, tiarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga lambat.

Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang menyengat dan silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimal dalam melakukan defragmentasi data-data sebelum tidur, hal ini akan melambatkan kepada daya ingat pada jangka waktu yang lama.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bunga Yang Cantik Jarang Yang Wangi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, November 3, 2009 0 comments


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Biodata Iblis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Nama
Iblis Laknatullah

Tarikh kelahiran
Bermula dari keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi
Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Status diri
Fasik kelas pertama
Rakan kongsi
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan

Agama
Kufur.
Sumber pendapatan
Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Tempat tinggal di dunia
Hati-hati mereka yang lalai
Jenis perkhidmatan
Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Tempat tinggal di akhirat
Neraka jahannam
Tempoh perkhidmatan
Sehingga hari kiamat

Kawasan
Setiao tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingatiAllah
Matlamat Perjalanan
Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam

Arah perjalanan
Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Isteri di dunia
Setiap wanita yang tidak menutup aurat. mentaati Allah. Rasul dan suaminya
Ganjaran
Dosa dan kemurkaan Allah

Kaum kerabat
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan
Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun. menghasud. pedengki dan pendendam

Modal pusingan
Angan-angan kosong
Makanan kegemaran
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Tempat pertemuan
Pasar-pasar
Yang ditakuti
Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Musuh ketat
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Motto kerja
Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap
Wanita cantik. model, pelacur, pragawati dan sebagainya

Kesukaannya
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Cita-cita
Supaya semua makhluk dimuka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji
Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Kelemahannya
Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis
Bila orang sujud kepada Allah s.w.t

Lambang
Sebarang tatu

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Jenis Marah Yang Baik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.

Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

1. Kemarahan sebagai pelindung

Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.

Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.

2. Kemarahan sebagai petanda

Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal

Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.

Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara

Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.

Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran

Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.

Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.

Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Azimat Seorang Lelaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ke Mana Roh Pergi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, November 2, 2009 0 comments


Abu Bakar R.A telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A " roh itu menuju ke 7 tempat:

1. roh para nabi dan utusan menuju ke syurga adnin

2. roh para ulama menuju ke syurga firdaus

3. roh mereka yg berbahagia menuju ke syurga illiyyin

4. roh para syuhada berterbangan spt burung di syurga mengikut kehendak mereka

5. roh para mukmin yg berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. roh anak2 org yg beriman akan berada di gunung dr minyak misik

7. roh org2 kafir akan berada dlm neraka sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat"


telah bersabda Rasullullah SAW: 3 kelompok manusia yg akan dijabat tgnnya oleh para malaikat pd hari mereka keluar dr kuburnya :

1. org2 yg mati syahid

2. org2 yg mengerjakan solat malam dlm bulan Ramadhan

3. org berpuasa di hari Arafah

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jamuan Akhir KSPK PJ

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Rahsia Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh
mungkar&nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat... "

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, November 1, 2009 4 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kemanisan Berumahtangga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, October 31, 2009 2 comments


Selamat PenganTin Baru pada yang telah berkahwin dan yang telah berkahwin moga berbahagia dan yang belum semoga bertemu jodoh... ...
Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya.
Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah- lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.

Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Air Mata Nabi Adam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Shopping Bersama Keluarga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments







shopping dulu bersama keluarga...


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pertandingan Lawn Bowl Peringkat IPGM KDRI 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments





pertandingan lawn bowl yg menggamit memori...kenangan yg pasti tak dilupakan...




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Latihan Cakera Padat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 29, 2009 0 comments
Print

Panorama KSPK PJ

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments





mcm2 ragam daa...wan dgn gaya telefonnya yg tersendiri..geng2 rumah sewa melepak bersahaja..tu lah KSPK PJ..pasti akan menggamit memori nnt...


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 13 comments



cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehe


TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

DIAM Ibadah Percuma, Pahala Berganda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan
Senyum selalu kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Santai Bersama Keluarga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments





lepak2 dulu ditepi wakaf..makan petang bersama keluarga...


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, October 28, 2009 2 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

TUTUP..
DAH DIJAWAB..
SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Anak Perempuan Pendinding IbuBapa Daripada Api Neraka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


DALAM Islam tiada satu keadaan di mana ibu bapa boleh membuang anaknya. Tetapi inilah yang sering berlaku terutama apabila ibu itu melakukan sesuatu kesalahan yang memalu atau menjatuhkan maruah serta nama baik keluarga.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengambil perhatian dan tanggungjawab terhadap anak perempuan dan cucu yang bakal lahir itu.


Jangan kerana malu ibu bapa sanggup untuk tidak mengaku perempuan itu anak mereka. Dengan melakukan ini, ibu bapa bukan saja menjejaskan masa depan anak mereka, malah cucu dalam kandungan. Ingatlah, Islam mengajar kita bahawa anak itu juga adalah ujian dan jika kita diuji dengan keadaan ini, bersabar dan redalah.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: �??Barang siapa mendapat susah lantaran anak-anak perempuan, tetapi dia berlaku baik terhadap mereka, pada hari kiamat mereka akan menjadi pendinding baginya daripada api neraka.�?� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sukar untuk membayangkan anak perempuan yang terlanjur itu dapat menyelamatkan ibu bapa daripada api neraka. Namun jika dengan pengalaman itu, dia insaf dan bertaubat dan Allah menerima taubatnya, malah menggerakkan hatinya untuk menjadi seorang wanita salih, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Sebaliknya, bayangkan jika ibu bapa �??membuang�?? anaknya. Akibat kebuntuan, anak itu membunuh bayinya. Tidakkah ibu bapa juga akan menerima tempias daripada dosa yang dilakukannya itu?
Satu lagi penyelesaian yang biasa dibuat ialah menunggu kelahiran bayi dan menyerahkan kepada orang lain. Ini satu lagi penyelesaian yang tidak patut dilakukan. Dengan memberi bayi itu kepada orang lain, kita memutuskan hubungan silaturahim dengan keluarga asalnya. Islam melarang perbuatan ini.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda bermaksud, �??Tidak ada perbuatan yang lebih cepat pahalanya daripada mempereratkan tali persaudaraan dan tiada dosa yang lebih pantas disegerakan oleh Allah seksaannya di dunia, di samping seksaan yang disimpan di akhirat melebihi daripada berbuat aniaya dan memutuskan tali persaudaraan.�?�

Langkah memberi bayi tidak sah taraf kepada orang lain perlu dihentikan kerana ia meninggalkan kesan lain, seperti menafikan hak bayi itu sebagai seorang individu yang perlu tahu siapa asal-usulnya, siapa keluarga asalnya dan haknya terhadap harta sekiranya ibunya meninggal dunia. Tindakan itu mungkin menyelesaikan masalah ibu atau keluarganya, tetapi akan mengundang banyak masalah lain dari segi agamanya yang akan dipertanggungjawabkan kepada kita pada akhirat kelak.

Tanggungjawab yang diberikan kepada keluarga perempuan dalam isu anak tidak sah taraf menunjukkan bahawa tugas membesarkan anak perempuan bukan mudah. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga perlu benar-benar memastikan agar ahli keluarganya yang perempuan diberi didikan agama dan moral secukupnya.

Pepatah Melayu yang menyebut �??lebih senang menjaga kerbau sekandang daripada anak perempuan seorang�?? amat releven dalam konteks ini.
Berikut adalah beberapa penyelesaian yang mungkin boleh diambil untuk menangani isu ini, demi kebajikan wanita dan anaknya.

Pertama, si ibu jika mahu meneruskan kandungannya (dalam Islam, ia tiada pilihan, sebenarnya) dan jika mahu anak itu membesar seperti bayi lain (dia juga tiada pilihan lain, sebenarnya), perlu tahu bahawa kelahiran anak itu perlu didaftarkan.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Jabatan Pendaftaran Negara tidak akan menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan anak itu.

Ibu ini (dan keluarga mereka) juga harus sedar bahawa mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memutuskan silaturahim dengan anak itu.

Kedua, jika wanita itu berkahwin dengan pasangannya sekalipun, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Di antaranya ialah anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki itu, perkara berkaitan dengan aurat, air sembahyang, perwalian dan pusaka.

Ketiga, masyarakat perlu disedarkan agar mempunyai sikap yang betul terhadap ibu dan anak tidak sah taraf. Kita walaupun perlu membenci perzinaan, Islam mengajar kita menjadi pemaaf supaya suasana yang harmoni dapat wujud dalam masyarakat. Kita tiada hak untuk menghina anak tidak sah taraf kerana kelahirannya adalah sesuci bayi lain.

Keempat, tanggungjawab nafkah dan penjagaan anak itu pula terletak di bahu wanita dan keluarganya. Oleh itu, ibu bapa, ahli keluarga dan wanita itu sendiri perlu tahu mengenai hal ini.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenapa Kita Diuji?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'


-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ' min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapa Doa Tidak Makbul

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah s.w.t. Setiap do'a yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan do'a orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik.

Ramai manusia mengeluh bahawa doa'nya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan di dalam hatinya : "Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan?" Jarang orang yang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebab itu banyak terletak pada diri si pemohon itu sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengkabulan do'a dari Ilahi haruslah do'a itu disertai denagn hati yang khusyuk, bukan berdo'a hanya di mulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk mengadap Ilahi. Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk do'a yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan do'a seorang hamba yang hatinya lalai."

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. supaya setiap orang yang berdo'a harus yakin bahawa do'anya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap Ilahi.

Salah seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab do'a seseorang tidak diperkenankan Tuhan. Tatkala berkunjung ke Basrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk : "Kenapakah nasib kami masih belum berubah, pada hal kami selalu berdo'a, sedangkan Allah menjanjikan dalam al-Qur'an akan memperkenankan do'a setiap orang yang bermohon? Ibrahim Bin Adham memberikan jawapan bahawa sebab-sebabnya ada 10 macam, iaitu:

Yang pertama :

Kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya. Hak Allah s.w.t. yang paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya dengan jalan menyembahnya dengan sebenar-benar erti ibadah. Bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan do'a seseorang hamba kalau Tuhan mengatakan supaya dia berjalan ke kanan tapi masih ditempuhnya jalan ke kiri.

Kedua :

Kamu tidak mengamalkan isi al-Qur'an. Kamu senantiasa membaca al-Qur'an tapi tidak kamu amalkan isi-isinya. Kitab Suci al-Qur'an senantiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam lagu tetapi isinya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar.

Ketiga :

Kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah s.a.w. tapi kamu tinggalkan sunnahnya. Rasulullah s.a.w. menunjukkan jalan yang lurus tapi tidak sedikit manusia yang memilih jalan yang bengkok. Kadang-kadang ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah s.a.w., masih lagi mengikuti perkara-perkara khurafat yang bukan dari al-Qur'an atau as-Sunnah yang sahih.

Keempat :

Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yang selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lembah kehinaan dengan jalan mempengaruhi nafsu manusia yang jelek. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya manusialah yang menguasai nafsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.

Kelima :

Kamu menerjunkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdo'a supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya. Iaitu kebanyakkan manusia ingin memasuki pintu kebahagiaan tapi sebaliknya dia sendiri seolah-olah mengunci pintu itu. Dia tidak mahu mengerjakan kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.

Keenam :

Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu kamu berdo'a untuk masuk Syurga tapi kamu sendiri tidak beramal untuknya.

Ketujuh :

Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Kamu mengatakan bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya. Kamu mengakui dan insaf bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja sedangkan hidup yang abadi ialah di akhirat kelak, namun demikian kamu tidak mengerjakan amal soleh yang akan menjadi anak kunci membuka pintu kehidupan yang abadi itu.

Kelapan :

Kamu melihat cacat orang lain, cacat sendiri tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan mengurus aib saudara-sudaramu, tapi kamu tidak melihat aib kamu sendiri . Orang yang demikian selalu menuding jari kepada orang lain tapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya sendiri.

Kesembilan :

Kamu mengecap nikmat tetapi tidak bersyukur. Kamu makan nikmat Ilahi tapi kamu tidak bersyukur atas kurnia itu. Sejak kecil manusia menikmati nikmat Ilahi dan beratus-ratus kurniaan yang lainnya tapi tidak berterima kasih, malah kadang-kadang membangkang menunjukkan sikap bongkak dan lupa daratan.

Kesepuluh :

Kamu menguburkan jenazah tapi tidak menginsafkan diri. Kamu turut menguburkan orang yang mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari peristiwa itu. Iaitu kalau ada orang yang meninggal dunia kamu selalu tidak ketinggalan turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang sekali jarang kamu mengambil pelajaran dari kejadian itu, bahawa apabila hari ini kita turut menghantar orang ke kubur, mungkin esok lusa kita sendiri akan dihantar orang.

Demikianlah sepuluh sebab mengapa do'a seseorang itu tidak diperkenankan Allah menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham. Ini seharusnya mengetuk pintu hati setiap mukmin untuk membuat penilaian dan mengenal diri sendiri. Moga-moga Allah menjadikan kita orang-orang mukmin yang melaksanakan kewajipan-kewajipan kita dengan ikhlas dan yakin.

Semoga sama-sama kita fikirkannya... ... ... ...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

6 Perkara Tercela Akibat Banyak Makan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, October 26, 2009 0 comments


Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"

Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."


Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

30 Petunjuk Menunjukkan Cinta Sudah Bersemi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1.Cara si dia memakai pewangi badan kegemaran.

2.Cara si dia membelai kamu terutamanya semasa kamu sedang merajuk dengan si dia.

3.Cara si dia merenung kamu dengan pandangan mata yang bersinar dan mempesonakan.

4.Cara si dia melayan kamu dengan penuh romantis.

5.Ketika si dia menyuakan makanan kepada kamu

6.Bila si dia sukar untuk memberikan pandangan terhadap masalah yang sedang kamu alami.

7.Apabila si dia memperkenalkan kamu sebagai kekasih pada kawan-kawannya.

8.Bagaimana cara si dia membuat persediaan sebelum bertemu dengan kamu.

9.Si dia tahu cara membuatkan kamu tersipu malu.

10.Si dia tahu bagaimana untuk membuatkan kamu lega walaupun perkataan yang diucapkan seringkali mengelirukan.

11.Ketika kamu sejuk, si dia akan mendakap kamu dan memberikan baju sejuk pada kamu.

12.Cara si dia memandang kamu ketika kamu sedang marah.

13.Senyuman yang dilemparkan ketika kamu sedang berdua-duaan dengannya.

14.Ketika si dia memberikan sokongan dan semangat kepada kamu dalam aktiviti yang kamu sertai.

15.Bila si dia bertanya dengan nada lembut apabila kamu tidak menjawab panggilannya.

16.Cara si dia meredakan kemarahan kamu.

17.Ketika si dia memohon maaf di atas kesilapan yang di lakukan terhadap kamu.

18.Cara si dia mengucapkan ' Aku Cinta Padamu'.

19.Ketika si dia menghargai diri kamu di hadapan teman-temannya.

20.Cara si dia menggenggam jejari kamu.

21.Bila si dia mengatakan yang kamulah gadis impiannya selama ini.

22.Bila si dia memujuk kamu ketika kamu menangis.

23.Ketika si dia memaafkan kamu.

24.Apabila si dia mengalirkan airmata 'kelakian' apabila dia takut akan berpisah.

25.Apabila si dia memuji kamu pandai mengambil hatinya.

26.Ketika si dia mengucapkan yang dia merindui kamu.

27.Apabila si dia mengingati setiap tarikh 'keramat' kamu berdua.

28.Apabila si dia menghadiahkan sejambak bunga ataupun sebuah teddy bear ketika ingin memohon maaf pada kamu.

29.ketika si dia menulis madah dan kata pujangga pada kamu mengatakan isi hatinya pada kamu.

30.Di saat si dia dia menyanyikan lagu yang istimewa untuk kamu.

KADANGKALA CINTA ITU BUTA SEHINGGAKAN KITA MUDAH JATUH CINTA DAN TAK MUDAH MELUPAKAN..

WALAUPUN CINTA ITU PALSU BELAKA...

CINTA ABADI HANYA PADA ALLAH YANG ESA..

JGN DIBIAR DIRI HANYUT PADA CINTA DUSTA..

BIARKAN CINTA BERPUTIK PABILA MASA YANG PALING PASTI UTKNYA..

PERKAHWINAN CINTA YANG TIDAK AKAN MEMBIARKAN KITA RUGI APE2...

TERSERAHLAH... "

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 8 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee


TUTUP..DAH DIJAWAB..TAHNIAH DAN SYABAS!!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bersahabat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam memberikan garispanduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :
1) Bersahabat kerana Zat(diri) orang tersebut.

2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).

3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)

4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

DEKATI

Orang yang berakal.
Orang baik perangainya.
Orang yang beragama.
Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
Orang yang Zuhud terhadap dunia.

JAUHI

Orang yang banyak berdusta.
Orang yang Kurang akal.
Orang yang kedekut.
Orang yang penakut.
Orang yang fasik.

Hak-hak Sahabat

1) Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.

2) Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas.

3) Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu).

4) Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertakluk kepada taraf seseorang).

5) Tidak menceritakan keaiban & kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.

6) Memaafkan kesalahan sahabat.

7) Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.

8) Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.

9) Tidak menyusah atau memberati sahabat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syarat Tentang Mandi Haid

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bilakah waktu sebenar mandi haid? Cuba perhatikan 6 tips dibawah :-1. Apabila darah haid terhenti pada waktu Zohor, bolehlah menangguhkan mandi sehingga waktu Asar. Apabila masuk waktu Asar segeralah mandi dan wajiblah sembahyang Asar dan selepas itu mengqada sembahyang Zohor.

2. Apabila darah haid berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu hampir masuk Maghrib. Kalaulah jarak waktu darah kering dengan waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat saudari mengangkat takbiratul-ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar. Oleh itu, saudari wajib mandi dengan segera dan selepas sembahyang Maghrib wajiblah diqada sembahyang Zohor dan Asar.

3. Apabila darah haid kering pada waktu maghrib, bolehlah ditangguhkan mandi sehingga ke waktu Isyak.Apabila masuk waktu Isyak, segeralah mandi dan sembahyang Isyak kemudian mengqadakan sembahyang Maghrib.

4. Apabila darah haid kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu. Kalaulah waktu kering itu sudah hampir ke waktu Subuh sekira-kira sempat dilakukan takbirratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak. Maka, wajiblah mandi dan kemudian qada sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu Subuh.

5. Apabila darah haid kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera. Wajib disegerakan mandi untuk membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya. Tapi, kalau terlewat mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah diqadakan sembahyang Subuh itu.

6. Apabila kering darah selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Bagaimanapun, disunatkan mandi segera bagi membolehkan saudari sentiasa dalam keadaan suci.
Perlu ingat, jika saudari lewat mandi, maka makruhlah segala pekerjaan saudari.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter