Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Kesan Main Bowling Pakai Cincin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 9, 2009 4 comments




ni la akibatnya..jika main bowling pakai cincin..so..sapa2 yang nak main tu..pasti kan tak pakai cincin..kalu nak tunjuk juga cincin kawin ke..cincin tunang ke..pastikan tak disarung pada jari yang akan digunakan atau masuk pada lubang bola bowling..sukan utk kesihatan bukan utk kesakitan..renung2kan lee

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Majlis Berbuka Puasa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Kenali Personaliti Diri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Personaliti merupakan salah satu keperibadian yang penting bagi para remaja.Misalnya,posisi kaki yang menyerlahkan sikap,gaya percakapan,cara berpakaian dan sebagainya. Oleh itu,kita sebagai remaja perempuan hendaklah mengambil berat tentang soal personaliti diri disamping menjaga penampilan diri. Dibawah diberikan beberapa penerangan tentang posisi kaki yang akan menyerlahkan sikap seseorang remaja perempuan.

GAYA 1
Kamu duduk dalam keadaan kaki dirapatkan dan kedua tangan seolah-olah memeluk lutut.Kemungkinan mereka yang duduk dalam keadaan begitu sedang dalam keadaan yang tidak tenteram. Mungkin juga mereka sedang dilanda kemarahan kerana sesuatu perkara. Oleh sebab itu,hati-hati jika nak menegur,silap haribulan kena sembur! Ketika ini mereka juga lebih mudah naik angin. Cara duduk begini juga membuatkan mereka seolah-olah seorang yang sedang berputus asa.


GAYA 2
Sebelah kaki disilangkan di atas kaki yang sebelah lagi tapi dalam keadaan agak terbuka. Ada yang mengatakan mereka yang duduk dalam keadaan ini menampakkan diri mereka yang sombong.Namun sebenarnya mereka yang duduk dalam posisi ini mempamerkan kepercayaan yang tinggi terhadap diri mereka sendiri. Mereka juga sentiasa ceria dan mudah bergaul dengan sesiapa saja biarpun baru pertama kali berjumpa.Sebab itu mereka mudah mendapat teman baru.




GAYA 3

Berdiri tegak tapi keadaan kaki mengarah keluar.Ia mempamerkan sifat berani dan agresif mereka terutama dalam hal berkaitan dengan tugas. Mereka juga cukup yakin dengan diri dan tidak ada apa yang mampu menggugat keputusan mereka. Selain itu, mereka juga suka mencuba sesuatu yang baru,mungkin didorong oleh naluri ingin tahu yang tinggi.Walaubagaimanapun,keyakinan yang terlalu tinggi sering membuatkan mereka kecundang ! Sebab itulah kata orang tu,yakin biar bertempat ! Jangan 'over confident' !

GAYA 4
Mak oi!Luasnya kangkang!Kalaulah perempuan yang duduk macam tu,memang tak boleh dibuat bini!Tak sopan sungguh ! Tapi selalunya lelaki yang suka duduk dalam posisi ini.Mereka yang duduk dalam keadaan ini, mungkin di dalam keadaan gembira dan ceria.Misalnya dia baru saja mendapat khabar gembira. Bahkan mungkin segala yang dirancang berjalan lancar. Selain itu,dia juga seorang yang bijak mengawal diri dan perasaannya.Sebab itu orang begini sukar untuk dilihat bila mereka didalam keadaan sedih. Pun begitu,kerjaya adalah segala-segalanya dalam kehidupan. Tak hairanlah si dia tu asyik makan hati saja !


GAYA 5
Berdiri tetapi kedua kaki disilangkan.Ish ! Silap haribulan boleh buat seseorang itu tersungkur jika tak dapat imbangkan badan dengan baik. Lainlah kalau bersandar pada dinding atau sesuatu. Pun begitu,gayanya memperlihatkan seseorang itu dalam keadaan kebimbangan dan sesuatu yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. Mereka juga tidak begitu kuat dalam menghadapi cabaran sering kali berputus asa di peringkat awal. Merekajuga tidak bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

GAYA 6
Duduk sambil menyilangkan kaki. Amboi ! Sopannya ! Inilah antara gaya duduk yang paling disyorkan kepada gadis-gadis ! Kedudukan begini memperlihatkan seseorang itu sentiasa bersedia menghadapi segala apa saja dengan hati yang terbuka. Mereka juga mengalu-alukan pendapat orang lain demi kebaikan diri.Tapi hati-hati,mereka ni mudah sangat dilanda'angin satu badan' dan amat anti orang yang dianggap kurang ajar dan perasan bagus sangat ! Selain itu,mereka ni juga gemar mengusik/main mata.Alah,sekadar suka-suka saja.Bagi perempuan,gaya itu membuatkan mereka kelihatan angun bergaya ! Cewah !

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rezeki Melalui Perkahwinan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 Jenis Wanita Malang

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

SATU PERINGATAN!!

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali; 1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cahaya Rasulullah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata:

"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Berdoa

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Kijang dan anaknya

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah S.A.W. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabil disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi S.AW. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril A.S. dan berkata :

"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman:

"Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

TabarakAllah

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Memagar Diri Dari Sihir Dan Ilmu Hitam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan..Insya-allah

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter