KEMISKINAN adalah bahaya besar yang mengancam keamanan, kesejahteraan dan kestabilan masyarakat. Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Abu Zar berkata, “Saya hairan melihat sebahagian orang yang tidak memiliki makanan di rumahnya. Bagaimanakah mereka dapat bersabar dan tidak keluar rumah dengan menghunus pedang dan menimbulkan rusuhan?”
Seseorang mungkin boleh bersabar menghadapi kemiskinan jika dia menyedari punca sumber penghasilan dan terlampau ramainya manusia yang memerlukan. Tetapi jika kemiskinan itu timbul akibat kesilapan disengajakan ekoran penindasan segolongan kecil manusia menikmati kemewahan dengan mengorbankan kepentingan golongan majoriti, maka kemiskinan seperti inilah yang membangkitkan emosi dan kemarahan setiap orang. Ia akan menimbulkan fitnah dan kegoncangan yang boleh meruntuhkan nilai kasih sayang serta persaudaraan dalam masyarakat.
Selagi ada dalam masyarakat perbezaan sosial yang ketara sehingga sebahagian orang tinggal dalam pondok dan sebahagian lain tinggal di istana, sebahagian orang tidur beralaskan tanah, manakala sebahagian lain mendirikan bangunan tinggi, selagi itu api kebencian dan kemarahan akan menyala dalam diri masyarakat.
Kemiskinan juga berbahaya terhadap kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan bangsa. Semangat untuk membela maruah bangsa sukar ditemukan di dalam dada seorang miskin yang sedang memerlukan bantuan.
Dia menyedari bahawa negara dan bangsanya sendiri tidak mempedulikan nasibnya. Negaranya tidak memberi makanan dalam keadaan lapar, tidak melindunginya dalam kecemasan dan tidak pernah menghulurkan bantuan untuk menariknya keluar daripada keperitan hidup.
Apabila satu negara bersikap keras terhadap golongan miskin dan tidak pernah mempedulikan keadaan mereka, tidak mustahil mereka enggan mengorbankan darahnya kepada negara.
Islam tidak hanya menentang golongan yang berpendapat kemiskinan dan penyeksaan jasmani adalah sesuatu yang suci dan boleh membawa kepada ketinggian rohani. Islam juga menentang golongan kedua yang memandang kemiskinan dengan penuh kepasrahan dan menganggapnya sebagai nasib yang sudah ditakdirkan Allah.
Pandangan seperti ini menjadi penghalang terhadap usaha ke arah memperbaiki keadaan, menegak keadilan dan mewujudkan jaminan kesejahteraan yang diidamkan.
Risalah Islam wajib disempurnakan dengan memerdekakan orang ramai daripada belenggu kemiskinan, membantu mengukuhkan hak mereka serta meneguhkan sistem jaminan sosial. Hanya dengan cara itulah mereka boleh hidup secara mulia.
Antara prinsip agung yang Islam tanam di dalam hati Muslim ialah terdapatnya jalan keluar bagi setiap kesukaran. Oleh itu, seorang Muslim mesti meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya, kerana Allah tidak mencipta penyakit kecuali Allah ciptakan penawar yang boleh menyembuhkan.
Sakit itu takdir Allah dan kesembuhan juga takdir Allah. Mukmin sejati seharusnya menolak takdir yang buruk dengan melakukan usaha mendapatkan takdir yang baik. Dia mesti menolak takdir lapar dengan takdir mencari makanan atau mencari minuman.
Pada satu masa, Umar al-Faruk pernah membatalkan niatnya memasuki negeri Syam. Beliau memerintahkan tenteranya meninggalkan negeri itu serta-merta kerana khuatir mereka akan terdedah kepada wabak yang sedang berjangkit di dalam negeri itu.
Salah seorang sahabat mencela tindakan beliau itu seraya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau melarikan diri daripada takdir Allah? Beliau menjawab, “Ya, kami melarikan diri daripada takdir Allah yang ingin menuju takdir Allah yang lain.”
Nabi Muhammad SAW pernah ditanya dengan soalan yang serupa apabila Baginda berusaha mengubati satu penyakit, “Wahai Rasulullah SAW adakah anda berusaha menolak takdir Allah?” Baginda SAW menjawab, “Justeru usaha untuk mengubati penyakit itu juga adalah takdir Allah!” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika kemiskinan diibaratkan sebagai satu penyakit maka ketahuilah bahawa Allah sudah menurunkan cara atau sistem yang boleh menyembuhkannya. Jika kita menganggap kemiskinan itu adalah takdir Allah, maka kita mesti memahami bahawa usaha membanteras kemiskinan dan melepaskan manusia daripada cengkamannya juga adalah takdir dan kehendak Allah.
Qana’ah atau berpuas hati dengan pemberian Allah tidak ada hubung kait dengan takdir Allah sebaliknya qana’ah sepatutnya menghindari diri daripada sifat tamak dan haloba.
Tabiat semula jadi manusia menjadikan dirinya sangat tamak dan rakus terhadap dunia. Dia tidak akan rasa puas atau kenyang dengan apa juga yang diperolehnya. Salah satu hadis menggambarkan ketamakan dan kerakusan manusia sebagai berikut: “Jika seorang anak Adam memiliki emas sepenuh dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Mata anak Adam tidak akan dipenuhi kecuali dengan tanah.” (Riwayat Bukhari)
Fungsi iman ialah untuk mengawal dan membatasi ketamakan, kerakusan dan sifat haloba yang menguasai diri manusia. Sebab itu jika seorang manusia sudah dikuasai sifat tamak maka dia akan hidup dalam keresahan yang berterusan.
Dia tidak akan rasa cukup dengan hasil yang sedikit dan tidak pula rasa kenyang dengan pendapatan yang banyak. Api ketamakan dan kerakusan yang sentiasa berkobar di dalam dirinya akan mengalihkan pandangannya kepada harta orang lain.
Fungsi iman ialah mengarahkan jiwa seperti itu kepada nilai kerohanian yang kekal abadi. Hanya orang beriman yang memahami bahawa kekayaan itu bukan terletak pada banyaknya harta tetapi kekayaan itu letaknya di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kaya itu dengan memiliki harta benda yang banyak, tetapi kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” (Hadis riwayat Ahmad ibn Majah)
Makna kedua daripada berpuas hati dengan pemberian Allah (Quna’ah) terkandung dalam kesedaran bahawa pelbagai keutamaan dan kelebihan yang diberikan Allah kepada setiap manusia, sama ada rezeki, bakat atau kepakaran adalah sunnah Allah dalam alam semesta.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.” (Surah an’Nah, ayat 71)
Pengertian Qana’ah ialah kerelaan manusia menerima anugerah Allah yang tidak boleh diubah. Kemampuan seseorang itu ditentukan berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintarannya. Di samping itu, faktor persekitaran dan kepakaran juga menjadi asas kejayaannya.
Oleh itu, segala aktiviti dan usaha yang dilakukannya hendaklah bersesuaian dengan potensi yang ada padanya.
Seseorang itu tidak patut membiarkan dirinya hidup di dalam angan-angan yang mustahil boleh dicapainya

0 comments