Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Syed Abdul Rahman (Tuan Taqwa)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, February 10, 2011 3 comments

"..ni la Tuan Taqwa atau nama sebenarnya SyedAbdul Rahman bin Syed Husein (Tuan Baru)..salah seorang anaknya menjadi Pensyarah Unisza.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Abdul Rahman (Engku Dalam) bin Engku Seri Pengeran Husein

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni merupakan makam anak kepada Engku Seri Pengeran Husein iaitu Syed Abdul Rahman atau Engku Dalam..makam ini terletak di Makam Lama..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Abu Bakar bin Engku Sulung Kuala Ibai

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni la salah seorang anak Engku Sulung Kuala Ibai..namanya Syed Abu Bakar.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Engku Sulung Kuala Ibai (Syed Muhammad)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni la makam Engku Sulung Kuala Ibai yang terletak di Pengkalan Kelat yang diambil nama pada sebatang pokok kelat yang banyak terdapat di situ..ni merupakan kubur lama yang masih ada kosong dan tempat lagi.."

"..di sekitar makam beliau terdapat juga makam isteri, anak-anak dan cucu-cucu..leh la melawat utk menghampirkan diri kematian dan ingat kepada mati.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Batu Nesan di Makam Tok Makam Lama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, February 9, 2011 1 comments

"..ni la batu nesan di Makam Tok Makam Lama..mmg hidup la batu ni..ni Makam keturunan Syed dari golongan al-Idrus yang mula-mula datang ke Terengganu pada tahun 1830-an Masihi.."

"..kisah Tok Makam Lama ada dalam buku yang akan admin keluarkan nnt utk tatapan kita semua.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Engku Sulung Kuala Ibai (Syed Muhammad)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni gambar Engku Sulung Kuala Ibai atau nama sebenarnya Syed Muhammad bin Syed Abu Bakar (Tok Ku Tuan Embong) bin Tok Ku Paloh al-Idrus...mana gambarnya..hehhe...tuuuu...dari depan yang duduk atas kerusi dari kiri...mukanya antara orang yang ke 3 dan ke 4..yg tengah-tengah tu la...yang pakai cermin mata tu...ketika ni bergambar bersama-sama dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.."

"..makam Engku Sulung Kuala Ibai..nnt esok la admin letak..nak pi kelas daa..budak2 dah tunggu tu..beres.."


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Tok Ku Tuan Ngah (adik beradik dengan Tok Ku Paloh)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, February 8, 2011 0 comments

"..makam Tok Ku Tuan Ngah ini pun terletak di Makam yang berada di belakang Masjid Tok Ku Tuan Besar..makamnya adalah yang paling berhampir dengan tembok.."

"..kawasan makam ini hanya diwakafkan untuk anak-anak Hajjah Aminah sahaja..sebab itulah hanya anak-anak Hjh Aminah dan cucu cicit serta seterusnya yang berada di sini.."

"..anak-anak Tok Ku Tuan Besar yang lain berada di Makam yang lain yang terletak di sekitar Kuala Terengganu.."


nnt admin letak lak gambar makam-makam yang lain..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makam Hajjah Aminah (Bonda Tok Ku Paloh)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni merupakan makam Hajjah Aminah iaitu bonda kpd Tok Ku Paloh serta adik beradik seibu sebapanya termasuklah Syed Zain (Engku Syed Seri Perdana) yang terletak bersebelahan Makam Tok Ku Tuan Besar dan Makam Syed Zain...kat belakang Masjid Tok Ku Tuan Besar, Cabang Tiga.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Engku Seri Pengeran Husein

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni pula merupakan makam Engku Seri Pengeran Husein yang terletak di Perkuburan di belakang Masjid Tok Ku Tuan Besar...

"..beliau merupakan anak kepada Syed Abdullah (Engku Besar Paduka Raja) dan beliau pernah menjawat jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri.."

"..cerita tentang Engku Seri Pengeran Husein ini amatlah terhad.."

ada lagi kisahnya..admin add la kat sini lagi..buat tatapan semua

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perigi Tok Ku Tuan Ngah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"..ni merupakan perigi peninggalan Tok Ku Tuan Ngah yang terletak di Cabang Tiga..diceritakan ketika banjir besar (Bah Merah) yang melanda Terengganu pada tahun 1926 banyak kawasan di tenggelami air..tetapi telaga ni tidak pula ditenggelami air...termasuk la perigi Tok Ku Paloh yang terletak di Paloh...nnt la admin letak gambar perigi Tok Ku Paloh lak..nak tau citer..tunggu la buku yang admin kuarkan nnt..hhehhehehe.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jagalah Mulut Dari Perkataan Yang Sia-Sia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, February 6, 2011 0 comments


Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )



HURAIAN

Kalimat “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “maka hendaklah dia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu dia takut kepada ancaman-ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota ba dannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta ber tanggungjawab.” (Al Isra’ (17) ayat 36)

Dan firman-Nya:

“Apa pun kata yang diucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” (Qaaf (50) ayat 18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah s.a.w. juga pernah memberikan amaran :

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengawal lidahnya.”

Para hukama sering menasihatkan berkata itu umpama ubat, sedikit digunakan mungkin kurang mujarab, sebaliknya berlebihan mungkin boleh member mudharat, oleh itu gunakanlah secara hikmah dengan nasihat orang yang ahli terutamanya pakar perubatan.Pakar perubatan yang dimaksudkan adalah iman.Tepuk dada tanyalah iman, wajar aku berdiam atau memberikan pandangan ? Tepuk dada tanyalah iman …..



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Zain (Engku Syed Seri Perdana)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 3 comments

"..ni la Makam anak Tok Ku Tuan Besar yang bernama Syed Zain atau lebih terkenal dgn gelaran Engku Syed Seri Perdana..beliau pernah menjadi Menteri Besar yang ke 5 ketika zaman pemerintahan Sultan Umar.."

nak tau lagi..nnt la..admin tgk buat buku pasal keturunan Syed al-Idrus di Terengganu..tungguuuu...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Zainal Abidin (Tuan Muda Gayung)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 7 comments

"..ni la tok guru silat yang hebat..sebut saje nama Tuan Muda Gayung..pasti org yang mendengar akan gentar..tak kira la..kawan atau lawan...nama sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin bin Syed Idrus (Tuan Besar)..beliau dari golongan al-Yahya.."

nak tau lagi kisahnya..hubungi la admin..hahhhaha

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tepuk Semangat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 12, 2011 1 comments
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 10 comments





cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kasih Sayang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.


Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Zuriat Sempurna

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments


Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yangberbuah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.


4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaaban. Jika allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir Dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam
(sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

*************************

Cara berjimak yang dituntut :

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t.

2. Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ciri-ciri Lelaki Yang Disukai

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 11, 2011 0 comments


1. Yakin Pada Diri Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.


2. Pandai Buat Lucu Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.



3. Romantik Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan 'rugged' atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.


4. Wang Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.


5. Bijak Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.


.
Lelaki yang soleh, membawa ke syurga.


6. Sensitif. Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata " saya memahami perasaan awak" bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.


7. Suka Kanak-Kanak Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.


8. Bijak Berdandan Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.


Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Itu Cinta

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Apa Itu Cinta?
--------------

tanyalah siapa saja apa itu cinta... sure anda akan dapat jawapan yang berbeza2 dari setiap orang... definisi cinta terlalu luas.. tak kiralah cinta sesama keluarga, adik beradik, pasangan kekasih... atau pada artis pujaan(??) hehehehe....

Cinta adalah satu perasaan yang wujud terhadap seseorang yang menarik minat kita untuk mendekatinya. cinta selalunya lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. kalau buleh, kita nak seisi dunia tahu yang kita telah jatuh cinta....


Ada Apa Dengan Cinta?
---------------------

hehehehe.... bukan citer indonesia tu lah... bukan jugak lagu melly. ramai yang tidak menyedari apa gunanya cinta. cinta memainkan peranan yang sungguh kuat dalam kehidupan kita. kadang2.. nak pi keje pun malas, kan.. tetiba masuk sorang boss baru yang hensem dan ala2 David Becham (ahaks!!) kat office kita... wow!!! hensemnya dia... sure tetiap hari semangat nak ke office tu berkobar2, kan! yalah... kalaulah dapat berselisih bahu dengan dia dan terbau perfume Polo Sport yang dia pakai tu... alahaiii.... tak tidur malam jadinya!!

tak kurang juga... kalau katakan, kita bergaduh dengan kekasih kita.. ala... bukan hal besaq pun sebenaqnya... pasai dia terlupa harijadi kita je...!! hambooii... merajuk.. tak hingat nyer panjang muncung dia tu! kalau nak buat sangkut baju pun buleh! time tu.. rasanya kalaulah mamat tu duduk kat depan muka kita la... nak je benamkan muka dia kat dalam kolah bilik mandi, kan! heheehe... lepas tu... semua orang dalam rumah habis kena taufan kita! ada je yang tak puas hati! ada je yang tak kena... kucing terlanggaq kita pun, habis kena tendang!!

hah.. itulah penangan cinta... jangan ingat cinta tak bawak effect apa2 pada si pencinta.... sekali kena penangan cinta.. harus gunung pun buleh runtuh....

Bagaimana Nak Tahu Kita Dah Jatuh Cinta?
----------------------------------------

"dari jauh dah nampak kelibat sorang mamat yang segak berbaju Melayu teluk belanga. hati kita berdebar-debar... kita nampak pokok yang besaq. nak nyorok kat sana ke? kang dia tak perasan lak! time tu, kita punyelah sibuk belek sana belek sini... takut2 kain senget sebelah ke... rambut kusut ke... eh! lipstik ada tak ni? kang nampak pucat je... tak menawan pulak... nak senyum macam mana ek? nak tegur ke tak ni? kang tegoq kang.. dia kata gatal pulak.. ish... tak tegoq kang.. melepas pulak....."

hehehehee.... peristiwa di atas pernah terjadi pada anda? apa yang anda rasa bila orang yang anda minati berada di depan mata anda... hai... kalaulah jantung tu buleh keluar, dah lama tercabut dari tangkainya, kan! ahaks...

bila kita dah berdebar2 tu... bila kita asik nak tarik perhatian orang tu je... tandanya kita dah crush kat dia. kalau buleh, nak dengar suara dia selalu... nak tengok muka dia sepanjang masa... nak dia beri perhatian pada kita sorang je.. terdengar dia sakit sikit, teruih pi cari ubat untuk dia. padahal kita sindri sakit, tahan dok merengkok je kat umah....

time tu... mulalah ilham mai terkepuk2. sampai membuak2... kalau beli buku tulis budak sekolah, harus penuh satu buku! heheeheh... itu tandanya dah jatuh cintalah tu....

Apa Nak Buat Kalau Jatuh Cinta?
-------------------------------

1/ pastikan yang anda benar2 jatuh cinta padanya atau hanya suka saja2.

2/ check dulu.... dia dah berpunya atau belum... jangan main bantai nak crush je kat dia... sekali... tengok2 anak dah ada 2 orang... heheeh...

3/ jangan tunjukkan sangat perasaan anda. cuba dekati dia perlahan2 dulu. jangan terus serang je sesiapa yang bersamanya.

4/ kalau betul2 dah sukakan dia, apa kata berterus terang. zaman skang ni bukan zaman 60-an kan! lelaki dah buleh terima kalau perempuan yang mulakan dulu!!

5/ just be ur self. elakkan mengubah identiti anda mengikut seleranya. katakan, dia sukakan perempuan yang berpakaian seksi sedangkan anda tidak. takkanlah nak tukar imej pulak, kan! silap2 haribulan, orang ingat anda dah tak betul!!

6/ cuba tarik perhatiannya. kalau segala yang anda buat betul di matanya... bolehlah terus pada step seterusnya!

Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat
---------------------------------------

Oppsss.... jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat....

Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan botak. cam Lex Luthor lah katakan.... ahaks!! then, kita terjumpa ngan orang sebijon cam si Lex ni. so, sure kita dok intai2 dia... tengok apa yang dia buat... ataupun, dia pandai melukis. apa je yang dia lukis, cantik belaka.... kita pula suka lukisan tapi tak pandai melukis pulak.... jadi, kita minat pada dia sebab lukisan....


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Nafkah Batin : Bukan Hanya Keperluan Seks

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments


Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.


Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir
(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud:

"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya
(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter