Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

3 Perkara Yang Wajib Dijauhi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 4, 2011 0 comments


Rasulullah SAW telah bersabda :

” Barang siapa yang bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.

Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti dia telah marah kepada Allah SWT.

Dan Barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya. “

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

4 Perkara Yang Paling Berharga dalam Diri Manusia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :

1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.

Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

3 Benteng Penghalang daripada Syaitan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Ka`ab al-Ahbar berkata :

“Benteng kaum mukminin dari godaan syaitan ada tiga, iaitu masjid, zikir kepada Allah dan membaca al-Quran.”

* Masjid menjadi benteng kerana disitu terdapat para malaikat dan orang-orang yang beribadah.

* Zikrullah (menyebut Asma Allah) juga menjadi benteng pertahanan, terutama dengan membaca Hauqalah:

“La haula wala quwwata illa billahil `aliyil adzim”
“Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung”

* Membaca al-Quran juga benteng, terutama membaca ayat Qursy (surah al-Baqarah ayat 255), sebagaimana yang telah nyata mujarabnya.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sayangnya Allah SWT Kepada HambaNya

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 1, 2011 0 comments


Adakah kita sedar bahawa Pencipta kita, Allah SWT amat mengasihi dan menyayangi kita. Dia yang bersifat dengan al-Rahman ( Maha Pemurah ) dan al-Rahim ( Maha Penyayang) amat mengasihi hambaNya melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anak tunggalnya.

Umar bin al-Khattab r.a meriwayatkan bahwa satu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah saw satu kumpulan tawanan perang. Ternyata terdapat seorang perempuan di kalangan rombongan itu sedang mencari-cari sesuatu ( anaknya ). Setiap kali dia menjumpai bayi di kalangan rombongan tawanan itu maka dia pun terus mengambil dan memeluknya dan menyusuinya.


Maka Rasulullah saw pun berkata kepada kami,“Apakah menurut kamu perempuan ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam julangan api?”. Maka kamipun menjawab, “Tentu saja dia tidak akan sanggup melakukannya, demi Allah. Walaupun dia sanggup, pasti dia tidak ingin melemparkan anaknya.”

Maka Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah jauh lebih menyayangi hamba-hambaNya dibandingkan kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” ( Imam Bukhari dan Muslim)


Tiada seorang ibu pun sanggup melihat anaknya ditimpa sebarang kesulitan. Apatah lagi mencampakkannya ke dalam api yang menyala. Begitulah juga Allah yang menjadikan, memelihara, menjaga, memberi rezeki dan pelbagai nikmat kehidupan kepada kita lebih-lebih lagi menyayangi hambaNya dan tidak menghendaki hambaNya dicampakkan ke dalam neraka.

Oleh sebab itu Allah SWT sangat gembira bila hambanya yang jauh hanyut dalam kesesatan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepadaNya. Kerana taubat asbab seseorang itu akan terselamat dari bakaran api neraka. Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah sangat-sangat bergembira terhadap taubat salah seorang di antara kamu jauh melebihi kegembiraan salah seorang dari kalangan kamu di saat ia mendapat kembali untanya yang telah hilang.” ( Imam Muslim)

Allah sangat-sangat cemburu bila hambaNya melakukan perkara yang dimurkainya. Sabda Baginda saw bersabda :

“Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pun merasa cemburu. Adapun kecemburuan Allah itu akan bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)


Namun kita seringkali alpa dan berulang kali membuatkan Allah SWT ‘cemburu’. Malah kita sering memandang remeh dosa-dosa yang dilakukan tanpa rasa takut akan dimurkai oleh Allah bila mengadapNya di akhirat kelak. Berbeza benar sikap kita dengan sikap para sahabat Nabi saw :

Anas bin Malik r.a berkata : “Sesungguhnya kamu akan melakukan perbuatan-perbuatan yang dalam pandangan mata kamu hal itu lebih ringan daripada helaian rambut. Sementara kami dulu di masa Nabi saw menganggapnya termasuk perkara-perkara yang membinasakan.” ( Imam al-Bukhari)

Kata-kata tokoh sahabat ini memang jelas sekali pada hari ini. Pada hari ini kebanyakan manusia tidak menganggap dosa satu beban dan perkara yang akan membinasakan. Mereka amat mudah melakukannya tanpa memikirkan risiko yang akan menimpanya bila dimasukkan ke lubang kubur dan kehidupan seterusnya.

Hargailah kasih sayang Allah kepada kita. Hargailah nikmat-nikmat percuma yang tidak terkira dariNya. Kejarlah syurga yang disediakan untuk kita dan hindarilah diri dari bakaran api neraka dengan sentiasa bertaubat dan mengelakkan diri dari sebarang dosa. Semoga Allah merahmati kita semua dan memimpin kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ujian Yang Sebenar Ialah Ketika Bersendirian

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kebanyakan manusia dapat meninggalkan dosa dan maksiat bila berada di khalayak ramai. Malah mereka giat menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran. Itu Merupakan akhlak yang terpuji. Namun belum pasti ketika bersendirian dia mampu mengawal hawa nafsunya dari melakukan dosa. Semuanya bergantung kepada kekuatan iman.

Inilah sebenarnya ujian yang sebenar. Dapat meninggalkan dosa di depan orang ramai adalah tidak menghairankan. Sifat malu dan takut maruah diri tercemar telah menghalang dirinya dari melakukan dosa. Namun bila bersendirian dan ketika tiada sesiapa yang memandangnya belum pasti dia mampu mencegah dirinya dari melakukan dosa.

Allah telah melarang kita dari melakukan sebarang dosa baik secara terbuka mahupun ketika bersendirian. Terdapat ancaman akibat melakukan dosa secara bersendirian iaitu sabda Nabi saw :


“Sesungguh aku mengetahui satu kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa banyak kebaikan seperti bukit Tihamah kemudian Allah menjadikannya seperti debu yang berterbangan.” Maka sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, berikanlah ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka dalam keadaan tidak sedar.”

Maka beliau menjawab, “Adapun, mereka itu adalah saudara-saudara kamu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian dengan apa yang diharamkan Allah maka mereka pun terjerumus ke dalamnya.”( Ibn majah, disahihkan oleh al-Albaniy)

Kita pasti berdepan dengan situasi seperti ini. Hanya kekuatan iman sahaja yang dapat seseorang itu mampu mencegah dirinya dari melakukan dosa. Allah sengaja memudahkan seseorang itu berdepan dengan perkara yang diharamkan untuk menguji sejauh mana kemantapan imannya.
Seseorang yang mampu meninggalkan dosa ketika bersendirian, ketahuilah bahawa dia seorang yang hebat dan mempunyai keimanan yang mantap.
Firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya Yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar”. ( Surah al-Mulk, ayat 12)

Namun demikian seseorang yang melakukan dosa secara bersembunyi jauh lebih baik dari seseorang yang menzahirkan pendurhakaan kepada Allah SWT. lebih buruk lagi dia berbangga-bangga dengannya. Mereka ini tidak berpeluang untuk mendapat keampunan Allah. Sabda Nabi saw :

“Semua umatku akan dimaafkan kecuali orang yang melakukan dosa secara terang-terangan. Termasuk perbuatan dosa yang terang-terangan ialah apabila seorang itu pada malam hari melakukan perbuatan (dosa) lalu menemui waktu pagi dalam keadaan dosanya telah ditutupi oleh Rabbnya, namun setelah itu dia mengatakan, ‘Wahai fulan, tadi malam saya melakukan ini dan itu’. Padahal sepanjang malam itu Rabbnya telah menutupi aibnya sehingga dia pun dapat melalui malamnya dengan dosa yang telah ditutupi oleh Rabbnya itu.Tetapi pagi harinya dia menyingkap tabir yang Allah berikan untuk menutupi aibnya itu.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai insan yang lemah kita amat sukar untuk kita menghindari dosa secara total. Itu adalah realiti dan jelaskan oleh Nabi saw dalam sebuah hadis.

"Setiap anak cucu Adam melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang yang melakukan dosa ialah mereka yang bertaubat." ( Ibn Majah)

Untuk menutup kelemahan ini Allah SWT mengajar kita agar bertaubat setiap masa. Firman Allah :

"Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Tuhan kamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Semoga Allah mengurniakan kepada kita iman yang kuat dan mantap serta memimpin kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Sebab Penghapus Dosa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dalil-dalil dari al-Qur`an dan Sunnah telah menunjukkan bahwa hukuman dosa-dosa dapat dihapuskan dengan sepuluh sebab berikut:

1. Taubat Nasuha.

Iaitu taubat yang sebenar-benarnya taubat, maka ia (taubat nasuha) dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah Subhanahu Wata'ala Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mahu bertaubat kepadaNya.

Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).
Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).


2. Beristighfar.

Iaitu memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah akan mengampuni hamba-hambaNya yang meminta ampunan (beristighfar) kepadaNya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Dan Tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. al-Anfal: 33).

Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).

3. Kebaikan-kebaikan menghapuskan dosa-dosa.

Seperti solat, sedekah, puasa, haji, membaca al-Qur`an, berzikir kepada Allah, berdo’a, beristighfar, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silatur rahim, dan lain-lain. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Shalat-shalat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).


4. Doa orang-orang yang beriman.

Maksudnya mereka memohon keampunan untuk orang yang beriman (lainnya) baik ketika hidup maupun setelah mati dan khususnya pada saat ketidak beradaannya (tanpa sepengetahuan orang yang didoakan, pen.) dan begitu juga doanya atas saudara-saudaranya yang telah meninggal dunia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak hadir (tanpa sepengetahuannya, pen.) adalah mustajab, di samping kepalanya terdapat malaikat, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diutus berkata, ‘Amin, dan bagimu sepertinya (seperti orang yang didoakan, pen.).” (HR. Muslim).

5. Perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan/diniatkan untuk si mati .

Seperti sedekah; puasa; haji; membebaskan budak; dan yang lainnya. Para ulama berpendapat, “Amal shalih apa pun (yang dapat mendekatkan diri kepada Allah) yang dia kerjakan dan dia peruntukkan pahalanya untuk seorang muslim baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, maka hal itu bermanfaat baginya.” Dan yang lebih utama adalah mencukupkan dalam hal tersebut pada apa yang dijelaskan/ ditetapkan oleh nash-nash (al-Qur`an dan Sunnah).

6. Syafa’at Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan selainnya.

Maksudnya adalah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan selain beliau akan memberikan syafa’at kepada orang-orang yang berbuat dosa pada hari Kiamat dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana hal tersebut ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih.

7. Ditimpa Musibah

Dengannya lah Allah Subhanahu Wata'ala menghapuskan dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan (yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, pent.) di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ash-Shahihain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam;bersabda, “Tidaklah orang yang beriman ditimpa penyakit yang terus menerus dan tidak pula rasa cemas, rasa sedih, rasa susah dan rasa sakit, sampai-sampai duri yang menusuk kecuali Allah menghapuskan dengannya dari dosa-dosa/ kesalahan-kesalahannya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8. Apa yang didapatkan oleh seorang hamba ketika di dalam kubur.

Iakni berupa fitnah, himpitan liang kubur, kengerian, maka ini semua di antara yang dapat menghapuskan dosa-dosa.

9. Rasa takut, kesusahan serta kengerian terhadap kedahsyatan hari kiamat.

10. Rahmat Allah Subhanahu Wata'ala

Sesungguhnya karena rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, semua hamba mendapatkan maaf dan keampunanNya tanpa sebab, maka Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sy Aqil (Tuan Pengeran) (Engku Bijaya Sura) - anak Tok Ku Paloh)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, December 22, 2010 3 comments

"..kenal tak ni..ni la gambar Syed Aqil ketika sudah bersara..."

"...alhamdulilah...akhirnya dapat jugak admin akan gambar ni...kalu tak kenal..ni la Syed Aqil yang jugak dikenali sebagai Engku Bijaya Sura...beliau mmg hebat dalam hal-hal perundangan...tak salah la beliau dilantik sebagai majistret...beliau adalah anak kpd Tok Ku Paloh...nnt ada masa admin akan letakkan kuburnya...nak maklumat lanjut..dapatkan le bukunya daripadaa admin...hehhehe"


"..ni gambar ketika pertukaran tempat kerje..masa ni beliau menjadi majistret..kalu tak silap admin laa..beliau kat depan sekali..yg pakai tongkat tu.."

"..ni ketika bergambar bersama-sama dgn Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Ahmad (Engku Haji Ambak) al-Idrus

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

"...ni la gambar Syed Ahmad atau lebih dikenali Engku Haji Ambak..ayah kpd Mufti Bekas Terengganu yg ke 12...beliau bin Sy Abdullah (Engku Besar Paduka Raja) bin Sy Zain (Engku Syed Seri Perdana) bin Sy Muhammad (Tok Ku Tuan Besar)...susah benar nak dapat gambar beliau...tak ada yang simpan..ni pun admin dapat dari buku Awang Goneng...jupa tak gambarnya..tu sebelah kanan sekali daaa..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.

Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;

“Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia.”

(Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.


Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; “Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun.” Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda lain, baginda menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya orang beriman itu adalah
bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.” (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, December 21, 2010 0 comments



KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DLM ISLAM

-untuk bacaan para bakal ibu dan bapa.. serta yang sudah bergelar ibu atau bapa.. semoga bermanfaat.

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.


Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 : Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran : Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

- Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. Riwayat Abu Daud

- Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

- Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”. Muttafaqun A’laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

- Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

- Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Doa Ibu Bapa Sumber Kekuatan Batin, Bentuk Keperibadian Anak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.


Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Risiko Dengkur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.
Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.


Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Info
Langkah pencegahan dengkur

# Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
# Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
# Memilih posisi tidur secara mengiring.
# Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
# Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.


sumber : Berita Harian

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jangan Mencaci Sesama Kita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, December 9, 2010 0 comments


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

===========

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jangan Menakut-Nakutkan Sesama Kita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.

Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).

Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.

Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.


(Hadith riwayat Abu Daud)


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lima Perkara Yang Perlu Disegerakan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Lima perkara jangan ditunda-tunda pelaksanaannya:

1. Solat bila tiba waktunya

2. jenazah bila telah siap penguburannya

3. mengahwinkan gadis bila ada lelaki sepadan datang meminangnya

4. melunasi hutang bila sudah mampu membayarnya

5. menyegerakan jamuan untuk tamu yang datang.




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Gold Miner

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, December 5, 2010 0 comments
Print

Penyakit Umat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kasih Sayang Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

(Hadith Shahih)



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Uji Minda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 7 comments






Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Syed Ibrahim, Syed Muhammad dan Syed Ahmad al-Bukhari

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, November 30, 2010 0 comments

"...ni gambar anak cucu Syed Husein al-Bukhari..penemu batu bersurat Terengganu tu...yang sebelah kiri tu namanya Syed Ibrahim bin Syed Usman (Kiyai Kecil) b Syed Husein al-Bukhari...beliau berkahwin dengan Sharifah Lo'Lo' (sepupunya sendiri)...yang duduk lak namanya Syed Muhammad atau digelar Mat Putih (kerana kulit putih)..adik beradik dgn Syed Ibrahim...manakala yg sebelah kanan tu namanya Syed Ahmad bin Syed Zubir bin Syed Mohd Maksum..Bapa sepupu kpd dua orang sebelah kiri dan duduk tu....turut digelar dgn nama Mat Hitam krn kulit kelihatan hitam sedikit..."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter