Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 15, 2009 3 comments




cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa dan pantang dicabar...hehehhee



TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS!!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments








cuba la teka kalu bijak..
apa yang tak kena pada gambar ini?...


TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jari Mana Pakai Cincin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, October 14, 2009 2 comments

Antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun
perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.

Wallahu a'lam Wassalam.

Beramal dengan Ilmu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Petua Memilih Sahabat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Berkata Hukamak: "Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".

Berkata Ulama?"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya: Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, October 13, 2009 2 comments







kalu bijak..cuba lah teka..
apa yang tak kena pada gambar ini..
boleh jawab..mmg hebat..tabik spring lah nnt...


TUTUP...DAH DIJAWAB..SYABAS!!!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ujian Amali

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, October 12, 2009 0 comments
Print

Memahami Sebuah Tanggungjawab

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, October 11, 2009 0 comments

Anda tentu selalu mendengar istilah TANGGUNGJAWAB, bukan? tanggungjawab


Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”.

Maksud tanggungjawab di atas semestinya sangat mudah untuk difahami oleh setiap orang. Tetapi jika kita diminta untuk melakukannya sesuai dengan definisi tanggungjawab tadi, maka seringkali masih merasa susah, merasa berat, bahkan ada orang yang merasa tidak sanggup jika diberikan kepadanya suatu tanggungjawab.

Kebanyakan orang mengelak bertanggungjawab, kerana jauh lebih mudah untuk “menghindari” tanggungjawab, daripada “menerima” tanggungjawab.

Banyak orang mengelak bertanggungjawab, kerana memang lebih mudah melarikan diri dari tanggungjawabnya, daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegas bahawa, “Ini tanggungjawab saya!” Banyak orang yang sangat senang dengan melempar tanggungjawabnya ke bahu orang lain.

Oleh kerana itulah muncul satu peribahasa,

“lempar batu sembunyi tangan”.

Sebuah peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.

Sebahagian orang, oleh kerana tidak dapat memahami maksud dari sebuah tanggungjawab; seringkali dalam kehidupannya sangat menyukai pembelaan diri dengan kata-kata, “Itu bukan salahku!”

Sudah terlalu banyak orang yang dengan sia-sia, menghabiskan waktunya untuk menghindari tanggungjawab dengan jalan menyalahkan orang lain, daripada mahu menerima tanggungjawab, dan dengan gagah berani menghadapi tantangan apapun di depannya.

Banyak kejadian di negara kita ini, yang disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, malah sering dimenangkan atau diberikan bantuan berlebihan oleh lingkungannya dengan sangat tidak masuk akal.

Sungguh sangat menyedihkan. Di masa kini, kita memiliki banyak orang yang mengelak bertanggung jawab; kerana mereka ini mendapatkan keuntungan dari sikapnya itu.

Dan gilanya, “lepas tanggungjawab” itu sering digalas oleh lingkungan dekatnya, teman-temannya, anak buahnya, atasannya, anak kandungnya, bahkan digalas oleh isteri atau suaminya. Anda boleh lihat, contohnya, amalan rasuah, dan penyelewengan. Sebahagian besar orang-orang di lingkungan dekatnya pasti terbeban, kerana mereka semua pasti dapat merasakan hasil-hasil dari amalan rasuah, dan penyelewengan itu.

Apakah dunia kita ini sudah dekat dengan hari kiamat?

Cubalah kita fahami, kalimat mulia berkaitan dengan tanggungjawab, di bawah ini:

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. (Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”. (Abraham Lincoln)


Semoga kita semua boleh memahami makna tanggungjawab yang sebenarnya dalam kehidupan ini.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rahsia Memotong Kuku, Kebaikan Dan Keburukan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Wallahu'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lembutkan Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud: Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha,ayat 1-6 yang bermaksud: Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.

Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa, Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anakku, hatiku sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Senaman Kehamilan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 8, 2009 0 comments





klik gambar kalu tidak boleh baca



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

8 Anugerah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Persediaan Untuk Hamil

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

# Sihat — Suami isteri yang merancang perlu mempunyai badan sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Keperluan ini lebih tinggi pada wanita kerana anda akan menjadi ‘rumah’ kepada bayi selama sembilan bulan. Anda bertanggungjawab membekalkan khasiat makanan kepada bayi. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan.

# Ambil makanan tambahan — Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Asid folik penting kerana ia boleh mengurangkan risiko ketidaknormalan atau kecacatan pada bayi. Pengambilan asid folik selepas disahkan hamil dianggap agak terlewat kerana ketika ini, bayi sudah pun terbentuk dalam rahim anda.

Selain itu, wanita disaran mengambil pil zat besi yang boleh menambah darah. Lebih baik jika anda berbincang dengan doktor mengenai pengambilan makanan tambahan sebelum dan ketika hamil.

# Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat — Ramai wanita tidak menganggapnya sebagai bukan perkara penting walaupun tahu senaman boleh meningkatkan kesihatan. Kegemukan juga boleh menyebabkan wanita sukar mengandung dan ramai yang dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan terlebih dulu.

Kegemukan boleh menyebabkan perubahan hormon dan fungsi ovari (organ yang mengeluarkan telur) terjejas; akibatnya wanita lebih sukar untuk hamil dan berisiko mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak cukup bulan.

Sepanjang kehamilan, wanita gemuk berisiko untuk mengalami keguguran, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kelak. Namun apa yang lebih kerap terjadi ialah bayi dilahirkan tidak cukup bulan sama ada secara normal atau pembedahan.

# Jalani pemeriksaan kesihatan — Ramai wanita hanya menyedari mereka mengalami masalah fibroid atau barah pangkal rahim ketika mengandung. Ini akan menimbulkan banyak konflik kerana rawatan kanser, khususnya berbahaya untuk kandungan. Lebih baik jika masalah kesihatan tidak kiralah kencing manis, tekanan darah tinggi atau rendah, sakit jantung atau penyakit lain dikesan sebelum hamil.

# Ujian imbasan bunyi — Untuk payudara (bagi wanita berumur 40 tahun ke bawah) atau ujian sinar-x dada.

# Lumuran pap — Bagi mengesan kanser pangkal rahim. Jika disyaki ada sel kanser, anda perlu menangguhkan rancangan untuk mendapat anak.

# Ujian darah — Ini adalah untuk mengesan talassemia iaitu penyakit keturunan. Jika wanita menunjukkan beliau adalah pembawa gen talassemia (juga dipanggil talassemia minor), suami juga perlu menjalani ujian darah. Seandainya hanya isteri saja menjadi pembawa gen talassemia, ia tidak membimbangkan kerana anak hanya akan menjadi pembawa juga.

Bagaimanapun, jika suami turut mengalami talassemia, anak bakal dilahirkan mempunyai kemungkinan 25 peratus mendapat penyakit talassemia major. Dalam keadaan ini, bayi dalam kandungan akan diperiksa ketika masuk bulan kedua.

# Suntikan rubela — Wanita yang belum mendapat suntikan vaksin rubela dinasihatkan untuk berbuat demikian sekurang-kurangnya empat bulan sebelum berkahwin, terutama memang merancang mendapat anak secepat mungkin. Jika tidak, ambillah langkah pencegahan supaya anda tidak mengandung sekurang-kurangnya tiga bulan selepas suntikan vaksin rubela.

Jangkitan virus rubela ketika mengandung boleh menyebabkan keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi meninggal ketika dilahirkan atau bayi anda mengalami kecacatan. Risiko ini lebih tinggi jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan dan kerosakan akibat aktiviti virus akan bertambah dengan perkembangan janin.

# Ujian darah untuk hepatitis B — Virus hepatitis B menjangkit melalui darah dan cecair badan. Ini bermakna virus juga boleh diwariskan kepada anak dalam kandungan melalui kelahiran (normal atau pembedahan). Bayi mewarisi virus hepatitis B biasanya akan mengalami jangkitan kronik dan mempunyai peluang 25 peratus mendapat kanser hati pada usia muda.

# Faktor rhesus (kumpulan darah, juga dipanggil faktor Rh) — Kalau anda perhatikan, apabila ujian darah dilakukan, doktor akan mencatat sama ada darah anda (sama ada kumpulan A, B, AB atau O) dengan Rh positif atau Rh negatif. Jika tidak dicatat apa-apa, bermakna darah anda adalah Rh positif.

Rhesus adalah satu kumpulan antigen (bahan dianggap asing oleh badan) yang mungkin atau tidak hadir pada permukaan sel darah merah. Ia menjadi asas bagi sistem kumpulan darah. Kebanyakan orang tidak mengira jenis darah mereka mempunyai rhesus positif. Individu yang tidak mempunyai faktor ini dipanggil rhesus negatif atau Rh negatif.

Menurut Dr Ho, Rh negatif dianggap sebagai keadaan tidak normal dan ia jarang berlaku. Ketidakserasian antara darah Rh positif dan Rh negatif boleh menyebabkan penyakit berkaitan darah pada bayi. Bagi wanita yang mempunyai Rh negatif, suami akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika suami juga mempunyai Rh negatif, bermakna anda boleh menarik nafas lega kerana darah anda ‘serasi’ dengan darah suami.

Pada keadaan biasa faktor ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kecuali ketika anda mengandung. Apa dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan daripada bahan baka ayah dan ibu, maka badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing. Ini menyebabkan wanita boleh mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Jika anda mengalami pendarahan sebelum atau selepas melahirkan anak, doktor akan memberikan suntikan RhoGAM untuk mengelakkan komplikasi. Ini bermakna doktor akan memberikan suntikan setiap kali anda mengalami pendarahan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi.

# Ujian untuk penyakit kelamin — Ia penting untuk mengelakkan penyakit kelamin ini daripada menjangkiti bayi yang bakal lahir.

Bagi pasangan berumur 35 tahun ke atas dan pertama kali mahu mendapatkan cahaya mata perlu sedar bahawa peluang untuk hamil lebih rendah berbanding wanita muda serta berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi. Kesuburan berkurang dengan peningkatan umur disebabkan beberapa perkara iaitu jumlah telur berkualiti berkurang, penurunan tahap kesihatan (pada lelaki dan wanita), jumlah sperma berkurang dan hubungan seks tidak sekerap pasangan muda.

Adakah kehamilan selepas umur 35 tahun itu selamat? Ya, tetapi ada risiko komplikasi. Malah peluang untuk melahirkan anak cacat seperti Sindrom Down juga meningkat dengan pertambahan umur. Dianggarkan insiden bayi Sindrom Down di kalangan ibu muda (berumur 20-an) ialah satu kes bagi 1,400 kelahiran yang bertambah kepada satu kes bagi 100 kelahiran apabila umur ibu memasuki 40 tahun.

Malah risiko keguguran juga agak tinggi iaitu daripada 12 hingga 15 peratus di kalangan ibu muda kepada 25 peratus jika ibu berumur 40 tahun. Biasanya masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis bermula apabila seseorang memasuki pertengahan 30-an atau awal 40-an. Jika anda ada masalah ini, pastikan penyakit anda terkawal sebelum mengandung.

Selain itu melahirkan anak secara pembedahan juga biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil kali pertama selepas berumur 35 tahun, namun tidak kira berapa pun usia anda, secara umumnya wanita disaran mengambil beberapa jenis vaksin sebagai pelindung iaitu:

# Vaksin untuk demam campak, terutama bagi individu yang tidak pernah mengalami jangkitan ini ketika kecil.

# Vaksin hepatitis B

# Vaksin untuk kanser pangkal rahim dan kutil kemaluan

Menurut Dr Ho, persediaan untuk hamil tidak terletak pada wanita saja bahkan lelaki juga perlu bersedia sekurang-kurangnya tiga bulan dan antara yang harus dilakukan ialah mengurangkan atau berhenti merokok dan pengambilan alkohol kerana ia boleh menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma.

“Lelaki juga dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang bagi membolehkan badan menghasilkan sperma yang sihat. Jangan letakkan semua persediaan kepada wanita saja kerana kerjasama berdua diperlukan untuk mendapat anak. Bagi lelaki mempunyai pasangan lain sebelum ini, pergilah jalani ujian penyakit kelamin.

“Meskipun berasa sihat tetapi ujian ini adalah satu kepastian suami tidak menyebarkan penyakit kepada isteri dan anak yang bakal dilahirkan. Kerjasama anda untuk menimang cahaya mata secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan menjadikan kedatangan orang baru sebagai anugerah sangat berharga,” katanya

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ujian Amali

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, October 7, 2009 0 comments
Print

Pertandingan Memasak Inter Unit PISMP

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments
Print

Taklimat Ujian Amali

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Amalkan Membelai Pasangan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.

Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga. Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan. Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan.

Masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan. Intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal. Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan.

Seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah. Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.

Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat. Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.

Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu. Buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan. Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain. Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan.

Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia. Hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.

Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini. Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Persiapan Ujian Amali

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

15 Tanda Kematian Mulia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, October 6, 2009 0 comments

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cemburu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Rahsia Syaitan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

Syaitan Mencari makan malam dan penginapan.

Setiap petang syaitan akan berkeliaran mencari tempat penginapan atau bermalam dan mendapatkan makan malam mereka di rumah-rumah manusia. Apabila mereka sampai ke sebuah rumah yang penghuninya tidak menyebut mana Allah ketika masuk ke rumahnya ,syaitan akan bersorak gembira, ? Kita sudah dapat tempat bermalam .?


Sekiranya penghuni rumah itu tersebut tidak menyebut nama Allah sewaktu menghadapi makanan ,syaitan berkata lagi, ?Kita sudah dapat tempat tidur dan makan malam.? Sebaliknya , jika penghuni sesebuah rumah itu sentiasa menyebut nama Allah ketika masuk ke rumah dan sebelum makan , syaitan akan bersedih hati, sambil berlalu dia akan meratap, ?Tidak ada bermalam dan makan malam disini.?


Sebenarnya , syaitan tidak tahan dan tidak kuat mendengar nama Allah . Mereka tidak dapat mengganggu orang-orang Islam yang sentiasa menyebut nama-Nya ,seperti ?Bismillah , a?uzubillah, Allahu Akbar, subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan sebagainya .

Syaitan akan lari dan tidak berani mendekati mereka yang selalu mengucapkan kalimah-kalimah tersebut.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter