Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Bersuci ( Hadas )

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 1, 2006 0 comments

Apa maksud hadas?

Hadas ialah kekokotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya. Orang berhadas tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah tadi.

Berapa jenis hadas? Apa cara menyucikannya?

Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar

Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.

Apakah dalil kewajipan bersuci dari hadas

Kewajipan bersuci dari hadas secara umumnya (merangkumi mengambil wudhuk, mandi wajib dan tayammum) disebut oleh Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib); dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan (debu) tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan (debu) tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur” (al-Maidah; 6).

Perhatikan; di awal ayat Allah menyebut tentang wudhuk, di tengahnya menyebut tentang mandi wajib dan di hujung pula menyebut tentang tayammum.

SEBAB-SEBAB HADAS KECIL

Apa sebab terjadinya hadas kecil?
(Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk)

Hadas kecil terjadi apabila seseorang itu terbatal wudhuknya. Sebab-sebab yang membatalkan wudhuk ialah;

1. Keluar sesuatu dari kemaluan

Keluar sesuatu dari kemaluan sama ada kemaluan hadapan atau belakang, yakni zakar/faraj atau dubur sama ada yang keluar itu air kencing, tahi, kentut, air mazi atau air wadi akan membatalkan wudhuk. Ia telah disepakati oleh sekelian ulamak berdalilkan ayat Allah (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”. (al-Maidah; 6)

Ungkapan “…atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air…” di dalam ayat di atas bermaksud selepas kencing atau berak, yakni apabila seseorang dari kamu selesai dari kencing atau berak, hendaklah ia mengambil wudhuk. Jika tidak ditemui air, hendaklah ia bertayammum. Di dalam hadis, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Tidak diterima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas hinggalah ia mengambil wudhuk (terlebih dahulu)”. Seorang lelaki penduduk Hadramaut bertanya Abu Hurairah (yang menyampaikan hadis ini); “Wahai Abu Hurairah, apa itu hadas?”. Jawab beliau; “Kentut (sama ada yang tidak berbunyi atau yang berbunyi)” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; “Tidak wajib wudhuk kecuali bila terdengar bunyi (yakni bunyi kentut) atau keluar angin (kentut tanpa bunyi)” (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam an-Nawawi, hadis ini soheh).

Bagaimana jika yang keluar dari kemaluan itu adalah batu, darah, ulat dan sebagainya dari perkara yang jarang berlaku?

Menurut jumhur ulamak –termasuk mazhab Syafi’ie, Abu Hanifah dan Ahmad-; semua yang keluar melalui zakar dan dubur akan membatalkan wudhuk sama ada dari benda-benda yang biasa (yakni tahi, kencing dan sebagainya tadi) atau yang luar biasa (batu, darah, ulat dan sebagainya). Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. memerintahkan wanita yang mengalami istihadhah (yakni keluar darah dari kemaluannya di luar masa haid) agar mengambil wudhuk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni dari Fatimah bin Abi Hubais r.a. dengan sanad yang siqah). Hadis ini menunjukkan bahawa keluar darah dari kemaluan membatalkan wudhuk sekalipun ia bukan selalu berlaku. Dikias kepadanya benda-benda lain yang jarang keluar melalui kemaluan. Mazhab Imam Malik berpendapat; “Perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan itu tidak membatalkan wudhuk”.

Jika seseorang tidak dapat mengeluarkan najis melalui saluran asal (yakni zakar atau duburnya), lalu dibuat saluran di bahagian ususnya, adakah najis yang keluar melalui saluran baru itu akan membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Imam Syafi’ie dan juga Imam Malik; “Ia membatalkan wudhuk jika sekiranya lubang atau saluran itu berada di bawah perut dan saluran najis yang asal (iaitu zakar atau dubur) telah tertutup, yakni saluran baru itu telah mengambil tempat saluran asal sebagai tempat keluar najis”.

2. Tidur

Tidur membatalkan wudhuk berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Mata adalah pengikat punggung (dubur). Maka sesiapa tidur, hendaklah ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ali r.a.).

Menurut mazhab Syafi’ie dan juga Abu Hanifah, tidur yang membatalkan wudhuk ialah tidur nyenyak yang tidak tetap kedudukannya. Adapun tidur yang tetap kedudukannya, maka ia tidak membatalkan wudhuk. Yang dikatakan tidur yang tetap kedudukan ialah tidur sambil duduk dalam keadaan punggung rapat ke tanah (tidak beralih ke kanan atau ke kiri). Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang bercerita; “Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tatkala sedang menunggu untuk menunaikan solat Isyak mereka tertidur sambil duduk. Kemudian (apabila masuk waktu Isyak) mereka menunaikan solat tanpa mereka mengambil wudhuk (terlebih dahulu)” (Riwayat Imam Syafi’ie, Abu Daud, Muslim dan at-Tirmizi). Bagi ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan juga Abu Hanifah, bukan semata-mata tidur itu yang membatalkan wudhuk, akan tetapi kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur) ketika tidur itu. Tidur yang tetap kedudukan tidak ada kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur kerana papan punggung rapat ke tanah. Oleh itu, ia tidak membatalkan wudhuk. Adapun tidur yang tidak tetap kedudukannya, kebimbangan itu ada. Oleh itu, ia membatalkan wudhuk.

Ulamak-ulamak mazhab Malik dan Hanbali pula berpendapat; tidur yang nyenyak (yang tidak sedarkan diri) keseluruhannya membatalkan wudhuk sama ada tetap kedudukannya atau tidak. Ini kerana bagi mereka, tidur itu sendiri menjadi faktor yang membatalkan wudhuk. Asalkan wujudnya tidur dan tidur itu nenyak, maka batallah wudhuk sama ada sambil duduk, berbaring atau melentang.

3. Hilang akal

Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, termakan ubat yang memabukkan atau sebagainya. Hal ini telah disepakati oleh sekelian ulamak kerana berdalilkan kepada hadis tentang tidur di atas di mana kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari dua jalan (zakar atau dubur) ketika seseorang itu gila, pitam atau mabuk lebih kuat dari ketika ia tidur. Maka jika tidur boleh menyebabkan batal wudhuk, maka lebih-lebih lagilah hilang akal.

4. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan

Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram membatalkan wudhuk berdalilkan firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”.

Menurut mazhab Syafi’ie, semata-mata berlakunya sentuhan dan tanpa berlapik, akan batallah wudhuk sama ada sentuhan dengan syahwat atau tidak. Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah, bersentuhan tidak membatalkan wudhuk kecuali yang membabitkan alat kemaluan (yakni zakar dan faraj) iaitulah bersetubuh. Adapun semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhuk. Mengikut mazhab Imam Ahmad dan Malik pula; bersentuhan antara lelaki dan perempuan hanya membatalkan wudhuk jika dengan merasai kelazatan atau dengan maksud merasai kelazatan. Adapun bersentuhan semata-mata tidaklah membatalkan wudhuk.

Perbezaan pandangan ulamak di atas berlaku berpunca dari perbezaan mereka dalam mentafsirkan ungkapan “Ø£َÙˆْ لاَÙ…َسْتُÙ…ُ النِّسَاء” (atau kamu bersentuhan dengan perempuan) dalam ayat di atas. Menurut Imam Syafi’ie, ia bermaksud bersentuhan secara mutlaknya. Imam Abu Hanifah pula mentafsir ayat ini dengan pandangan Ibnu Abbas yang berkata; maksud ayat di atas ialah jimak (persetubuhan). Imam Malik dan Ahmad pula mentafsir ayat di atas dengan sentuhan yang disertai syahwat. Pandangan mereka disokong oleh hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Misykat al-Masabih, hadis no. 323). Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan biasa tidaklah membatalkan wudhuk. Jika tidak, sudah tentu Nabi akan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat selepas mencium isteri-isterinya tadi.

Adakah orang yang disentuh turut terbatal?

Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; “Kedua-dua yang menyentuh dan yang disentuh batal wudhuknya”. Menurut Imam Ahmad (dalam satu riwayat darinya); “Orang yang disentuh tidak batal wudhuknya”.

5. Menyentuh zakar atau faraj

Menyentuh zakar atau faraj dengan tangan tanpa berlapik akan membatalkan wudhuk. Ini adalah mazhab Syafi’ie dan Ahmad. Mereka berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa menyentuh zakarnya, janganlah ia menunaikan solat hinggalah ia mengambil wudhuk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Busrah binti Safwan r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh). Yang dimaksudkan dengan zakar ialah batangnya sahaja, tidak termasuk dua kantung telurnya. Sepakat para ulamak menyatakan; tidak batal wudhuk dengan menyentuh dua kantung telur itu sekalipun tanpa berlapik.

Sentuhan yang membatalkan wudhuk ialah sentuhan dengan tangan. Sentuhan dengan anggota yang lain dari tangan tidak membatalkan wudhuk dan ini telah disepakati oleh sekelian ulamak. Menurut mazhab mazhab Syafi’ie, sentuhan tangan yang membatalkan wudhuk itu ialah dengan bahagian tapak tangan atau perut-perut anak jari dan tanpa berlapik. Adapun sentuhan dengan belakang tangan, tidaklah membatalkan wudhuk. Menurut mazhab Imam Ahmad, sentuhan tangan (tanpa berlapik) secara keseluruhannya membatalkan wudhuk sama ada dengan bahagian tapaknya atau belakangnya.

Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; menyentuh zakar atau faraj tidak membatalkan wudhuk secara keseluruhannya. Mereka berdalilkan hadis dari Talq (طلق) bin ‘Ali r.a. yang telah bertanya Nabi s.a.w.; “Seorang lelaki telah menyentuh zakarnya. Adakah wajib atasnya mengambil wudhuk?”. Maka baginda menjawab; “Ia adalah sebahagian dari kamu” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Menurut Ibnu Hibban; hadis ini adalah soheh dan disokong oleh al-Albani. Lihat; al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah Lil-Albani, hlm. 47). (Sebahagian ulamak –antaranya Ibnu Hibban, Ibnu ‘Arabi dan al-Hazimi- berpandangan; hukum dalam hadis ini telah dimansukhkan. Lihat; al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Wahbah Zuhaili).

Menurut pandangan Imam Malik pula; sentuhan yang membatalkan wudhuk ialah sentuhan dengan syahwat. Adapun sentuhan tanpa syahwat, tidaklah membatalkan wudhuk. Mereka memadankan antara dua hadis di atas; hadis pertama merujuk kepada sentuhan dengan syahwat dan hadis kedua pula merujuk kepada sentuhan tanpa syahwat. Pandangan ini disokong oleh Imam Ibnu Taimiyyah. (Lihat; al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah Lil-Albani, hlm. 48).

Adakah menyentuh zakar atau faraj orang lain juga membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; “Batal wudhuk sekalipun yang disentuh itu zakar/faraj anak kecil atau zakar/faraj orang yang telah mati”. Menurut Imam Malik; “Yang membatalkan wudhuk ialah menyentuh zakar/faraj orang dewasa. Adapun menyentuh zakar/faraj kanak-kanak, tidaklah membatalkan wudhuk”.

Orang yang disentuh zakar/farajnya, adakah wudhuknya turut terbatal?

Menurut Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; “Tidak batal wudhuknya”. Menurut Imam Malik; “Wudhuknya turut terbatal”.

Bagaimana pula dengan menyentuh dubur, adakah juga akan membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’ie dan Ahmad; “Menyentuh dubur (iaitu bahagian lingkaran lubangnya) membatalkan wudhuk”. Mereka mengkiaskan dubur kepada zakar/faraj kerana ia juga termasuk dalam erti kemaluan manusia”. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa menyentuh farajnya, hendaklah ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Ummu Habibah r.a.). Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya at-Tahzib, mengikut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; “Perkataan al-Faraj digunakan untuk makna kemaluan hadapan (yakni zakar/faraj) dan juga dubur, sama ada bagi lelaki atau perempuan”. Pada pandangan Imam Malik, menyentuh dubur tidaklah membatalkan wudhuk.

6. Keluar najis dari badan

Keluar darah (sama ada darah bekam, darah hidung atau sebagainya), nanah atau air bisa (iaitu benda-benda yang dianggap najis) dari badan membatalkan wudhuk mengikut pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad sekalipun tidak melaui zakar/faraj atau dubur, dengan syarat yang keluar itu adalah banyak (mengikut Imam Ahmad) atau mengalir (mengikut Imam Abu Hanifah). Dalil mereka ialah sabda Nabi s.a.w.; “Berwudhuk (adalah wajib) bagi setiap darah yang mengalir” (Riwayat Imam Daruqutni dari Tamim ad-Dari r.a.. Menurut Imam Ibnu Hajar; hadis ini dhaif. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9680). Dalam hadis yang lain baginda bersabda; “Sesiapa muntah atau berdarah hidungnya atau meloya (hingga muntah penuh mulut) atau keluar mazi (ketika ia sedang mengerjakan solat), hendaklah ia keluar dari solatnya dan mengambil wudhuk, kemudian hendaklah ia menyambung (yakni meneruskan) solatnya dan janganlah ia bercakap-cakap” (Riwayat Ibnu Majah dari Aisyah r.a.. Menurut Imam Ahmad, hadis ini dhaif. Lihat; Bulughul-Maram, bab Nawaqid al-Wudhu’).

Namun mengikut pandangan mazhab Imam Syafi’ie dan Malik perkara tersebut tidaklah membatalkan wudhuk. Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah berbekam, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk. Baginda hanya membasuh tempat bekamnya sahaja” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni. Menurut Imam Syaukani, hadis ini dhaif (Kitab at-Toharah, bab al-Aghsal al-Mustahabbah). Hadis ini menunjukkan bahawa keluar darah dari badan tidaklah membatalkan wudhuk.

7. Muntah

Muntah membatalkan wudhuk pada pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad jika muntah itu banyak atau hingga memenuhi mulut. Dalil mereka ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa muntah atau berdarah hidungnya atau meloya (hingga keluar muntah penuh mulut) atau keluar mazi (ketika ia sedang mengerjakan solat), hendaklah ia keluar dari solatnya dan mengambil wudhuk, kemudian hendaklah ia menyambung (yakni meneruskan) solatnya dan janganlah ia bercakap-cakap” (Riwayat Ibnu Majah dari Aisyah r.a.. Menurut Imam Ahmad, hadis ini dhaif. Lihat; Bulughul-Maram, bab Nawaqid al-Wudhu’).

Namun menurut pandangan mazhab Imam Syafi’ie dan Malik, ia tidaklah membatalkan wudhuk. Mereka berdalilkan hadis riwayat Imam Daruqutni yang menceritakan; “Nabi s.a.w. telah muntah, namun baginda tidak mengambil wudhuk”. Dalam hadis lain dari Sauban r.a. menceritakan; “Aku bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah wajib mengambil wudhuk kerana muntah?’. Jawab baginda; “Jika wajib tentu aku akan menemuinya di dalam kitab Allah” (Lihat hadis ini dalam; Nailul-Autar, Kitab at-Toharah, Abwab Nawaqidh al-Wudhu’).

8. Ketawa berdekah di dalam solat

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa ketawa denagn berdekah (yakni hingga didengari orang orang berdekatan) ketika sedang solat akan membatalkan solat. Adakah ia juga turut membatalkan wudhuk? Menurut Imam Abu Hanifah; ketawa berdekah di dalam solat akan membatalkan wudhuk. Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang ketawa hingga berdekah, hendaklah ia ulangi solat dan juga wudhuknya” (Riwayat Imam at-Tabrani dari Abu Musa al-Asy’ari. Menurut ulamak hadis; jalan-jalan periwayatan hadis ini sebahagiannya dhaif dan sebahagiannya mursal).

Menurut jumhur ulamak –termasuklah mazhab Syafi’ie, Maliki dan Imam Ahmad-, ketawa berdekah itu tidaklah membatalkan wudhuk kerana perkara yang jika berlakunya di luar solat tidak membatalkan wudhuk, tentunya jika berlaku di dalam solat juga tidak akan membatalkan wudhuk. Adapun hadis di atas, ia tidak dapat dijadikan hujjah kerana mursal.

9. Memakan daging unta

Ia membatalkan wudhuk mengikut mazhab Imam Ahmad dengan berdalilkan hadis dari Jabir bin Abdullah r.a. yang menceritakan; “Seorang lelaki telah bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah saya perlu mengambil wudhuk selepas memakan dahing kambing?’. Jawab Nabi; ‘Jika kamu mahu ambillah wudhuk dan jika tidak mahu tidak payahlah mengambil wudhuk’. Ia bertanya lagi; ‘Adakah perlu saya mengambil wudhuk selepas memakan daging unta’. Jawab Nabi; ‘Ya’. Ia bertanya lagi; ‘Adakah harus saya menunaikan solat di kandang kambing?’. Jawab Nabi; ‘Ya’. Ia bertanya lagi; ‘Haruskan aku menunaikan solat di tempat berbaring unta (di sekitar air/telaga)’. Jawab Nabi; ‘Tidak harus’” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun di sisi mazhab-mazhab yang lain (Imam Malik, Syafi’ie dan Abu Hanifah), ia tidaklah membatalkan wudhuk. Berkenaan hadis tadi, mereka menjawab; maksud wudhuk di dalam hadis tadi ialah membasuh tangan dan mulut untuk tujuan kebersihan. Ini sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Nabi meminum susu. Kemudian baginda meminta air, lalu berkumur dan berkata; ‘Sesungguhnya ia berlemak’”. (Riwayat Imam Muslim).

10. Timbul syak atau keraguan

Menurut mazhab Imam Malik; jika seseorang itu syak atau ragu sama ada ia masih berwudhuk atau tidak, semata-mata timbulnya syak itu, maka batallah wudhuknya. Namun jumhur mazhab berpendapat; semata-mata syak atau ragu tidaklah membatalkan wudhuk sehinggalah diyakini benar-benar bahawa telah berlakunya perkara-perkara yang membatalkan wudhuk tadi, barulah wudhuk dikira batal. Pendapat jumhur ini bertepatan dengan hadis Nabi di mana ‘Ubbad bin Tamim meriwayatkan dari bapa saudaranya yang bertanya Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar darinya punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

11. Memandikan mayat.

Orang yang terlibat secara langsung memandikan mayat, batal wudhuknya menurut mazhab Imam Ahmad. Adapun mazhab-mazhab yang lain, ia tidak membatalkan wudhuk.

SEBAB-SEBAB HADAS BESAR

Apakah sebab terjadinya hadas besar?

Hadas besar terjadi kerana dua sebab;

1. Kerana berjunub

Seorang itu dikatakan berjunub dengan dua sebab;

(a) Kerana bersetubuh dengan pasangan (suami atau isteri) sama ada keluar mani atau tidak ketika persetubuhan itu. Semata-mata berlakunya persetubuhan iaitu masuknya zakar ke dalam faraj, maka dianggaplah seseorang itu berjunub sekalipun tidak keluar mani. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan), maka wajiblah mandi”. Dalam satu riwayat disebutkan; “…sekalipun tidak keluar mani”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.).

(b) Keluar mani dari kemaluan sama ada dengan sengaja (seperti mengeluarkan dengan tangan atau berkhayal) atau tidak sengaja (seperti bermimpi). Orang yang keluar mani dari kemaluannya ia dianggap berjunub dan wajib mandi berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni dari kerana keluar mani)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; “Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; ‘Adakah seorang perempuan wajib mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air (yakni air mani)’’ (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

2. Kerana kedatangan haid dan nifas

Wanita yang kedatangan haid dan nifas adalah berhadas besar dan wajib mandi apabila kering darahnya sebelum ia diharuskan menunaikan solat dan bersetubuh dengan suaminya. Ini berdalilkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 222) dan hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah bin Hubaiysh r.a. menghadapi masalah istihadhah. Lalu Rasululah s.a.w. berkata kepadanya; ‘Bila datang haid, tinggallah solat dan apabila ia berlalu (yakni tempoh haid kamu tamat), maka mandilah dan tunaikanlah solat” (Riwayat Imam al-Bukhari). Walaupun ayat dan hadis hanya menyebut tentang haid, namun dikiaskan kepadanya nifas kerana bifas adalah haid yang berkumpul. Telah ijmak para ulamak bahawa wanita yang nifas adalah umpama wanita yang haid dalam segenap hukum-hakamnya.

TEGAHAN-TEGAHAN SYARAK KE ATAS ORANG BERHADAS

Apakah tegahan-tegahan Syarak ke atas orang berhadas kecil (atau orang yang tidak berwudhuk)?

1. Mengerjakan solat

Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa orang yang tidak berwudhuk, haram mengerjakan solat sama ada solat fardhu, solat jenazah atau solat sunat. Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu jika ia berhadas sehinggalah ia mengambil wudhu’” (Riwayat Imam Bukhari, at-Tirmizi dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a.).

Termasuk dalam pengertian solat ialah sujud tilawah, sujud syukur dan khutbah Jumaat mengikut pandangan jumhur atau majoriti ulamak. Jadi wajib berwudhuk untuk melakukannya mengikut jumhur ulamak. Namun sebahagian ulamak –antaranya Imam Ibnu Hazm- tidak mewajibkan wudhuk untuk melakukan sujud. Menurut Ibnu Hazm; sujud Tilawah tidaklah dapat dianggap sebagai solat kerana yang dikatakan solat itu ialah yang mempunyai rakaat (iaitu satu atau dua rakaat), padahal membaca al-Quran tidaklah mempunyai rakaat. Oleh kerana ia bukan solat, maka harus dilakukan tanpa wudhuk. Malah harus dilakukan oleh orang berjunub dan wanita yang sedang haid dan nifas dan begitu juga, harus mengadap ke arah lain dari qiblat. Hukumnya sama seperti hukum berzikir, tidak ada beza antara keduanya. (al-Muhalla, 1/80).

2. Mengerjakan tawaf

Tidak harus tawaf melainkan dalam keadaan berwudhuk kerana sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya tawaf mengelilingi Baitullah (Kaabah) adalah solat. Maka apabila kamu mengerjakan tawaf, hendaklah mengurangkan bercakap” (Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai). Dalam hadis ini, Rasulullah menyamakan tawaf dengan solat. Oleh demikian, diwajibkan berwudhuk untuk mengerjakan tawaf sebagaimana diwajibkan untuk solat.

3. Menyentuh mushaf al-Quran dan membawanya

Menurut jumhur ulamak, wajib berwudhuk untuk menyentuh mushaf al-Quran atau membawanya kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci” (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Umar r.a.. Menurut Imam al-Haithami; perawi-perawi hadis ini adalah tsiqah. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9986). Sebahagian ulamak tidak mewajibkannya, yakni bagi mereka harus menyentuh mushaf al-Quran tanpa berwudhuk. Antara mereka ialah Ibnu ‘Abbas, ulamak-ulamak mazhab Zaidiyah dan Zahiriyah (termasuk Ibnu Hazm). Menurut mereka, maksud suci dalam hadis di atas ialah suci dari kufur. Jadi, maksud hadis tersebut menurut mereka; “Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang beriman”.

Adapun untuk membaca atau melihat sahaja tanpa menyentuhnya, tidaklah diwajibkan berwudhuk. Hukum ini disepakati oleh sekelian ulamak. Begitu juga, para ulamak mengharuskan kanak-kanak menyentuh al-Quran tanpa wudhuk untuk tujuan belajar kerana ia belum mukallaf. Namun yang afdhal ialah menyuruhnya mengambil wudhuk.

Apakah tegahan-tegahan Syarak ke atas atas orang yang berjunub?

Ditegah ke atas orang berjunub segala tegahan terhadap orang yang berhadas kecil tadi dengan ditambah dua lagi tegahan, iaitu;

1. Membaca al-Quran

Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Tegahan ini disepakati oleh jumhur ulamak termasuk imam-imam mazhab empat iaitu Abu Hanifah, Malik, Syafi’ie dan Ahmad. Mereka berdalilkan hadis dari Saidina ‘Ali r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca al-Quran. Tidak ada sesuatu yang menghalangnya dari membaca al-Quran kecuali kerana jnub” (Riwayat al-Hakim, Ibnu Majah dan Ahmad. Hadis ini telah ditashihkan oleh al-Hakim). Mengikut riwayat at-Tirmizi, hadisnya berbunyi; “Rasulullah s.a.w. membaca kepada kami al-Quran pada setiap keadaan selama baginda tidak berjunub” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Saidina ‘Ali r.a.. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh) Saidina ‘Ali pernah ditanya berkenaan seorang berjunub membaca al-Quran. Ia menjawab; “Tidak harus sekalipun satu huruf”. Adapun melihat kepada al-Quran atau membacanya dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), ia tidaklah ditegah.

Namun larangan membaca al-Quran tersebut dikecualikan bagi yang dibaca dengan niat doa, memuji Allah, membuka majlis, mengajar, memohon perlindungan Allah dan berzikir. Contohnya; membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu, membaca “al-Hamdulillah” untuk bersyukur kepada Allah, membaca zikir ketika menaiki kenderaan dan sebagainya. Terdapat pandangan dari Imam Malik mengharuskan wanita haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhanya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (Riwayat Imam Muslim). Membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir.

2. Berhenti/menetap/beriktikaf di dalam masjid

Diharamkan ke atas orang berjunub untuk berhenti atau duduk di dalam masjid termasuklah beriktikaf berdalilkan firman Allah dalam surah al-Nisa’, ayat 43 (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan, dan begitu juga (jangan hampiri tempat solat, iaitu masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci…”. (an-Nisa’: 43). Begitu juga, berdalilkan sabda Nabi; “Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.. Kata al-Baihaqi; hadis ini soheh. Namun menurut Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya; Telah berkata Imam al-Khattabi; “Hadis ini telah didhaifkan oleh sekumpulan ulamak hadis”).

Diharuskan jika sekadar melalui/melintas (contohnya dari satu pintu ke satu pintu yang lain) sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam ayat di atas; “….kecuali kamu hendak melintas sahaja…”. Menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Malik; keharusan melintas itu adalah secara keseluruhannya sama ada kerana keperluan atau saja-saja. Cuma bagi wanita yang kedatangan haid dan nifas, keharusan melintasi tersebut terikat dengan syarat tidak bimbang akan mencemarkan masjid. Maksudnya, jika ia khuatir semasa melintasi masjid itu darahnya akan menitis keluar, ditegah ia melintasi ruang masjid. Bagi Imam Abu Hanifah; tidak harus melintas kecuali kerana tidak ada jalan lain dan ia hendaklah mengambil wudhuk terlebih dahulu, kemudian baru melintas. Menurut Imam Ahmad; harus melintas jika ada hajat atau keperluan sahaja. Kalau tidak ada sebarang hajat atau keperluan, tidak harus melintas. Selain itu, Imam Ahmad berpendapat; orang yang berjunub harus duduk di dalam masjid jika ia mengambil wudhuk. Ia berdalilkan kepada riwayat A’tho’ bin Yasar (seorang Tabi’in) yang menceritakan; “Aku telah melihat beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w.; mereka duduk di dalam masjid sedangkan mereka berjunub apabila mereka telah mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk menunaikan solat”.( Lihat Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nisa’, ayat 43. Berkata Imam Ibnu Kathir; riwayat ini sanadnya adalah soheh mengikut syarat Imam Muslim). Bagi ulamak-ulamak yang lain, pengharaman tersebut tidak terangkat melainkan dengan mandi wajib. Adapun wudhuk ia tidak memberi kesan kepada pengharaman tersebut.

Pengharaman di atas adalah pandangan jumhur ulamak. Terdapat juga ulamak-ulamak yang tidak bersetuju dengan pandangan jumhur tersebut, antara mereka Imam al-Muzani, Daud az-Zahiri dan Ibnu al-Munzir. Bagi mereka; harus orang yang berjunub untuk menetap di dalam masjid secara mutlaknya, yakni tidak diharamkan. Mereka berdalilkan sabda Nabi s.a.w. yang menegaskan; “Seorang muslim tidaklah najis” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Imam al-Muzani berhujjah; “Orang musyrik diharuskan duduk di dalam masjid, maka orang muslim lebih utama diharuskan”. Hujjah mereka juga; “Asal hukum duduk di dalam masjid ialah harus hinggalah ada dalil yang kuat mengharamkanya. Dalil-dalil pengharaman yang dikemukakan oleh jumhur ulamak tadi semuanya lemah, tidak kuat”. Adapun ayat di atas, ia tidak bermaksud “menghampiri tempat solat, yakni masjid” tetapi “menghampiri solat itu sendiri” sebagaimana di awal ayat. Ungkapan “عابري سبيل” pula bukan bermaksud “orang-orang yang melintasi jalan” sebagaimana tafsiran jumhur di atas, tetapi bermaksud “orang-orang yang bermusafir”. Kesimpulannya, bagi pandangan kedua ini, ayat tersebut bermaksud; “Dan janganlah orang-orang yang berjunub menghampiri solat (yakni mengerjakannya) kecuali bagi orang-orang yang bermusafir (yang berjunub semasa musafirnya dan ia tidak menemui air untuk mandi, maka hendaklah ia mengerjakan solat dengan bertayammum hinggalah ia menemui air)”. (Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nisa’, ayat 43).

Apakah perkara-perkara yang dimakruhkan ke atas orang berjunub?

1. Tidur sebelum membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk

Dimakruhkan ke atas orang berjunub tidur sebelum membasuh kemaluannya dan mengambil wudhuk. Ibnu Umar r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Adakah harus seseorang dari kami tidur dalam keadaan ia berjunub?”. Baginda menjawab; “Ya, jika ia mengambil wudhuk” ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. jika ia hendak tidur semasa ia sedang berjunub, ia akan membasuh kemaluannya dan mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk solat” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

2. Makan atau minum kecuali setelah mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Terdapat hadis menjelaskan; “Adalah Rasulullah s.a.w. semasa ia berjunub jika ia hendak makan atau minum, beliau akan mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk solat” (Riwayat Imam Muslim). Ammar bin Yasir r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberi kelonggaran kepada orang berjunub jika ia hendak makan atau minum atau tidur asalkan ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh).

3. Kembali bersetubuh

Orang yang berjunub makruh untuk kembali bersetubuh (sama ada dengan isteri yang sama atau isteri yang lain) kecuali setelah mengambil wudhuk terlebih dahulu. Diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jika seseorang dari kamu telah mendatangi isterinya (yakni mensetubuhinya) kemudian ia ingin kembali bersetubuh, hendaklah ia mengambil wudhuk di antara keduanya (yakni di antara dua setubuh itu)” (Riwayat Imam Muslim).

Apakah tegahan-tegahan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid dan nifas?

Segala tegahan ke atas orang yang berhadas kecil dan berjunub di atas, juga ditegah wanita yang kedatangan haid dan nifas melakukannya. Selain itu, ditambah dua tegahan lagi iaitu;

1. Puasa

Wanita yang sedang haid dan nifas ditegah berpuasa termasuklah puasa Ramadhan. Jika darah haid atau nifas itu datang ketika ia sedang berpuasa, batallah puasanya. Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Bagi puasa Ramadan, wajib ia menggantinya pada bulan yang lain.

2. Bersetubuh dan beristimta’ dengan suami pada batasan antara pusat hingga lutut

Haram seorang lelaki mensetubuhi isterinya pada farajnya ketika ia sedang haid atau nifas. Pengharaman ini disepakati oleh sekelian ulamak berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. (al-Baqarah; 222) Pengharaman mensetubuhi isteri yang kedatangan haid dan nifas ini berterusan hinggalah selepas mandi wajib. Jika darah haid atau nifas telah kering, namun belum dilakukan mandi wajib, tidak harus suami mensetubuhinya. Kesimpulannya, suami hendaklah menunggu hingga isterinya mandi wajib barulah ia harus mensetubuhinya.

Begitu juga, haram beristimta’ (berseronok) dengannya pada kawasan di antara pusat dengan lutut sekalipun tanpa bersetubuh mengikut pandangan jumhur ulamak termasuklah Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie. Menurut sebahagian ulamak (antaranya Imam Ahmad); yang diharamkan hanyalah mensetubuhi farajnya sahaja. Adapun beristimta’ sahaja (tanpa bersetubuh), tidaklah diharamkan termasuklah di kawasan antara pusat dan lutut, cuma dimakruhkan sahaja di kawasan tersebut. Pandangan kedua ini berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Orang-orang Yahudi apabila isteri mereka kedatangan haid, maka mereka tidak akan makan bersamanya, maka Nabi s.a.w. bersabda kepada orang-orang beriman; “Buatlah apa sahaja (dengan isteri kamu yang haid) kecuali nikah (yakni jimak atau bersetubuh)” (Riwayat Imam Muslim). Adapun beristimta’ dengannya pada bahagian lain dari kawasan antara pusat dan lutut atau sekadar mencium, memeluk, menyentuh atau sebagainya, hukumnya adalah harus dan halal dengan sepakat para ulamak.

3. Dijatuhkan talak ke atasnya

Diharamkan suami menjatuhkan talak ke atas isterinya semasa ia sedang haid atau nifas kerana ia akan memanjangkan iddah. Tegahan ini berdalilkan hadis dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan bahawa dia telah menceraikan isterinya semasa isterinya sedang haid. Lalu bapanya (iaitu Saidina Umar r.a.) mengadu kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah lalu berkata kepada Umar; “Perintahkan Abdullah supaya rujuk kembali isterinya. Kemudian jika ia mahu ceraikan isterinya itu apabila ia telah bersih dari haidnya atau ketika dia hamil” (Riwayat al-Jamaah kecuali Imam al-Bukhari dari Ibnu Umar).

Perhatian;

Semua tegahan Syarak ke atas wanita haid atau nifas tidak terangkat kecuali setelah ia mandi wajib melainkan tiga tegahan sahaja iaitu;
a) Puasa
b) Talak
c) Melintasi masjid.

Ketiga-tiga larangan di atas terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut boleh dilakukan. Adapun tegahan-tegahan yang lain (iaitu solat, memegang al-Quran, membacanya, tawaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya) tidak terangkat melainkan setelah mandi wajib.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

TV Al-Jazeerah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, December 27, 2005 0 comments

PERHATIAN..SEELOKNYA GUNAKAN INTERNET DENGAN KELAJUAN MINIMUM 384 KBPS KE ATAS..BARU DAPAT TONTON DENGAN BAIKNYA





Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Diamond

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, December 19, 2005 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

15 Senjata Menghalang Syaitan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, May 19, 2005 0 comments


1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan berzikir
3. Banyakkan Beristighfar
4. Baca "La ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zhoolimin"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi


8. Melaksanakan Solat Jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. Menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakkan membaca Al-Quran
15. Membaca Surah Yassin setiap pagi

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makanan agar Wanita Mudah Hamil

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, May 18, 2005 0 comments


Makanan yang Menggalakkan Kesuburan Wanita :

1. Taugeh
2. Bayam
3. Dal Kanji
4. Kacang Botol
5. Herba Organik
6. Cendawan
7. Daun Dukung Anak


Makanan untuk Ibu Hamil :

1. Tempe
2. Ikan Bilis
3. Ikan
4. Tofu
5. Jantung Pisang
6. Halia
7. Daging Rusa

Makanan yang Membantu Melancarkan Perjalanan Darah :

1. Pegaga
2. Ulam Raja
3. Anggur
4. Petai
5. Lada Hitam
6. Daun Dukung Anak

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Email Ke Admin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 18, 2005 0 comments
Print

Mencari Lelaki Idaman

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, January 3, 2005 0 comments

Kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga ibarat syurga yang menjadi idaman setiap pasangan. Jangan biarkan impian ini menjadi satu fantasi yang hanya bermain di alam mimpi.

Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mengharapkan kebahagiaan yang kekal abadi. Untuk mengecapi kebahagiaan ini, kita seharusnya meneliti dengan lebih mendalam tentang diri sendiri, pasangan dan perkara yang ingin dinikmati dalam sebuah rumah tangga.

Namun, impian ini hanya akan tinggal di bibir sahaja, sekiranya tidak disertakan dengan ilmu penghayatan, persefahaman atau dalam erti kata lain, 'asal berharta, dia adalah pilihanku'.

Pemikiran ini mendekatkan lagi pasangan dengan satu keadaan yang kurang memuaskan sehingga boleh menimbulkan konflik dalaman rumah tangga.

Malah, ramai yang mengaitkan perkahwinan sebagai jodoh tanpa diundang. Justeru, setiap pasangan seharusnya mempertimbangkan banyak perkara sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Intim minggu ini berkongsi tip memilih calon suami yang benar-benar layak bertakhta di hati kamu.

Kenapa salah pilih?

Salah memilih teman hidup sering berlaku dalam kalangan pasangan hari ini.

Sama ada terlalu cepat untuk memutuskan hubungan atau terlalu mempercayai cinta sejati jejaka pilihan, ia boleh mengundang kesalan di kemudian hari.

Sikap kurang matang dalam membuat pilihan hidup juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibina.

Ini mungkin kerana sebahagian besar pasangan mengenal erti cinta pada usia muda.

Perjanjian sehidup dan semati diputuskan ketika usia masih belum matang dan dalam kebanyakan kes, apa yang berlaku ialah hubungan seks 'berjalan' mendahului cinta.

Luaskan pergaulan

Sudah tentu kita memiliki impian untuk hidup bersama pasangan. Usia muda mengajar kita menikmati segala kehidupan indah di bumi nyata.

Jadi, luaskan pergaulan sosial dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling sebelum memilih pasangan ideal.

Jadikan ia sebagai penjaring atau penapis dalam menentukan siapa yang layak menjadi teman istimewa dalam pergaulan. Ingat, lelaki ideal tiada jaminan untuk menjadi pasangan kamu. Ia perlu dinilai dari segi sikap, perasaan, hati dan tingkah lakunya.

Justeru, luaskan dahulu pergaulan tanpa ada sebarang ikatan sebelum hati terbuka untuk kamu mendapatkan calon pasangan yang benar-benar sesuai.

Bangkit keintiman

Cinta tidak semestinya indah tanpa mencalitkan sedikit keintiman di sudut hatinya. Keintiman dalam proses percintaan bermaksud saling mengenal, mempercayai dan menyesuaikan diri antara dua peribadi dari dua latar belakang yang berbeza.

Sekiranya kedua-dua pasangan menemui titik persamaan yang serasi, nyata dia adalah pasangan ideal dan sesuai menjadi hak milik kamu.

Hormati hak peribadi

Hukum seks bagi wanita adalah the point of no return. Dalam gelora seksual, wanita memiliki tabiat seks yang semula jadi. Ia akan tiba pada suatu titik di saat detik-detik libido sudah berada di kemuncak.

Sekali titik libido memuncak, yang tidak ingin terjadi akan berlaku juga. Oleh itu, hormati hak individu agar setiap hubungan yang dibina dipelihara hingga berakhir ke jinjang pelamin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hindari Sikap Buruk Sangka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Memang kehidupan suami isteri penuh warna-warni. Kadangkala timbul kelucuan kerana perkara remeh-temeh boleh menyebabkan pergaduhan.

Justeru, sebagai suami isteri, mereka perlu bijak mengenali pasangan masing-masing bagi mengelakkan perkara kecil menjadi besar dan menggugat keruntuhan rumah tangga.

Anda boleh mengikuti petua ini, mudah-mudahan ia menjadi azimat untuk anda dalam melayari kehidupan berumah tangga.

- Hindari sifat buruk sangka

Perasaan buruk sangka sepatutnya dihindari jika suami isteri mahukan keharmonian rumah tangga.
Sifat cemburu atau mencari-cari keburukan pasangan perlu dielakkan. Elakkan sikap buruk sangka wujud dalam diri kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan besar kemungkinan akan mengakibatkan perceraian.

- Menahan rasa marah

Suami isteri yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing sering menghadapi tekanan jiwa justeru mudah tersinggung dan marah.

Islam menegaskan umatnya menahan marah dan banyakkan bersabar serta mudah memaafkan kesalahan pasangan.

- Memberi nasihat

Jika suami atau isteri melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan, pihak kedua hendaklah memberikan nasihat dan peringatan.

Ia penting agar pihak yang melakukan kesalahan sedar akan kesilapan atau keterlanjuran yang mungkin tidak disengajakan itu supaya tidak mengancam kestabilan hubungan suami isteri.

- Berbincang untuk kedamaian

Jika berlaku persengketaan serius, carilah penyelesaian dengan cara perdamaian melalui perbincangan dalaman bagi menjamin keutuhan rumah tangga.

Jika tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada mana-mana pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah seperti penolong pendaftar nikah, pegawai kaunseling, pegawai tadbir agama dan sebagainya.

- Menghindari perceraian

Adakala pertengkaran sukar mencapai jalan penyelesaian, si suami usah bertindak terburu-buru menceraikan isteri. Cuba kenangi saat-saat bahagia yang pernah dilalui bersama.

- Bawa berbincang

Setiap pasangan harus berbincang dalam memenuhi keinginan masing-masing. Ini kerana ia mampu mengelak salah faham dan perasaan tidak puas hati di atas tindakan sebelah pihak sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan krisis.

- Meminta nasihat orang lain

Ketika menghadapi situasi tertekan sama ada masalah peribadi, keluarga dan sosial, anda dan pasangan disarankan mendapatkan bantuan nasihat dan pandangan daripada orang yang dikenal pasti mampu membantu dan menyelesaikan masalah dihadapi.

Selaras saranan dianjurkan dalam al-Quran surah An-Nahl:43 bermaksud: “Bertanyalah kepada orang yang pakar sekiranya kamu tidak mengetahui.”

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Seronoknya Membaca

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 2, 2005 0 comments
Print

Tips Untuk Mengenali Suami Curang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.

2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!

3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.

4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama 'kekasih gelap'nya!

7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan 'kekasih gelap'nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:

1. Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.

2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.

3. Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.” Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67). Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda.

4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.

Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, insya Allah!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tatasusila Bersetubuh Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 1, 2005 7 comments

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.

Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.


Bimbingan Islam itu antara lain adalah:


Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.
Dari hadis riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti:


“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliau menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.


b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.


c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih sayang. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.


d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.


e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih sayang seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.


f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.


g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.


Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya.


Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:


“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.


Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?


Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.


Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang boleh membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki boleh tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.


Firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.


(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

Lagi firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.


(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)


“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.


(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)


Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Janganlah kamu perlihatkan pehamu, dan janganlah kamu melihat peha orang hidup dan jangan pula peha orang mati”.


(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)


Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.


Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:


“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.


Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.


Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.


Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.


Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.


Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.


Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati, bukan buta mata yang sesungguhnya.


Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksudkan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sujud Para Malaikat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

AL-IMAM al-Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t. mengkhabarkan kepada malaikat berhubung kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka sujud sebagai tanda hormat, bukan ibadat sebagai mengiktiraf kemuliaan Adam dan sebagai pernyataan bersalah terhadap apa yang mereka katakan sebelumnya.

Di antara keistimewaan Adam ialah kurniaan ilmu yang banyak, sehingga melemahkan malaikat. Allah menambahkan pada ayat-ayat berikut, dengan kemuliaan lain, iaitu arahan kepada sekalian malaikat supaya bersujud kepadanya. Ini menambahkan lagi tanda-tanda kemuliaan dan kelebihan pada makhluk bernama manusia yang berasal daripada Adam a.s.

Ibn Jarir di dalam tafsirnya, at-Thabari berkata, seolah-olah ia merupakan peringatan kepada kaum Yahudi yang mendiami kota Madinah bersama Nabi s.a.w. Kepada mereka diberikan pelbagai nikmat dan peringatan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT, SUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM, MAKA SUJUDLAH MEREKA, KECUALI IBLIS. IA ENGGAN DAN TAKBUR, DAN ADALAH IA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG KAFIR. (Surah al-Baqarah Ayat 34 )

Allah menyebut, 'Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat'. Iaitu, ingatlah wahai Muhammad, kepada kaummu, ketika Kami berkata kepada malaikat. Syeikh Abdur Rahman as-Sa'di berkata dalam tafsirnya, Taisir al-Karim, ayat ini mengandungi banyak pengajaran, di antaranya mengisbatkan kalam Allah. Ibn Jauzi mentafsirkan di dalam kitabnya, Zad al-Masir, bahawa terdapat dua pendapat tentang malaikat :

Penghormatan

Pertama, semua malaikat. Inilah pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya. Kedua, mereka segolongan daripada malaikat, seperti riwayat Ibn Abas, tetapi pendapat yang pertama lagi sahih.

'Sujudlah kamu kepada Adam'. Iaitu sujud sebagai penghormatan dan membesarkannya, bukan sujud untuk beribadat. As-Syaukani di dalam Fath al-Qadir berkata, maksud sujud di sini ialah hina dan merendahkan diri, dan kemuncaknya ialah meletakkan wajah di bumi. Inilah juga pendapat Imam an-Nasafi di dalam tafsirnya yang menaqalkan pendapat jumhur ulama.

Terdapat dua pendapat berhubung sifat sujud para malaikat kepada Adam :Pertama, iaitu seperti sifat sujud di dalam solat. Inilah pendapat yang lebih zahir. Kedua, iaitu merendahkan kepala seumpama rukuk. Al-Imam al-Fakhru ar-Razi di dalam kitab, Tafsir al-Kabir berkata, telah ijmak sekalian orang Islam, bahawa sujud tersebut bukan sujud ibadat, kerana sujud ibadat selain Allah boleh membawa kufur.

Sujud

Al-'Allamah Thahir 'Asyur melalui tafsirnya, at-Tahrir Wa at-Tanwir berkata, sujud merupakan penghormatan pertama yang diterima oleh manusia daripada makhluk alam. Dan disandarkan sujud kepada Adam dengan perkataan 'lam' yang bermaksud 'bagi' menunjukkan bahawa mereka ditaklifkan bersujud dengan zatnya dan ia merupakan asal penunjuk 'lam ta'lil', iaitu apabila dikaitkan dengan maksud sujud.

Kemudian beliau menambah, pada ayat ini juga dapat dikeluarkan permasaalahan yang cukup menarik tentang penghormatan kepada ilmu dan kelayakan ulama untuk menerima penghormatan dan kemuliaan tersebut, kerana ketika Allah mengajar kepada Adam ilmu-ilmu yang tidak dimiliki oleh malaikat, ia menjadikan Adam contoh utama dalam penguasaan penciptaan kajian dan ilmu yang zahir pada manusia selepasnya, dan pasti akan zahir penciptaan baru, begitu juga ilmu sehingga binasanya alam ini.

'Maka sujudlah mereka, kecuali iblis'. maksudnya, lantas mereka iaitu para malaikat semuanya sujud, kecuali iblis. Ulama menyebut, pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat : Pertama, iaitu pengecualian daripada jenis yang sama. Pendapat ini menggolongkan iblis termasuk dalam kumpulan malaikat, seperti pendapat Ibn Mas'ud dalam satu riwayat dan Ibn Abas, kecuali Allah menukar rupanya menjadi syaitan. Kedua, ia bukan jenis malaikat, tetapi jenis jin. Inilah pendapat al-Hasan al-Basri dan az-Zuhri.

Justeru itu, jadilah pengecualian ini sebagai pengecualian yang terputus. Penulis menyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, di dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya :

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhaka kepada perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.

Berhubung nama iblis, terdapat dua pandangan ulama, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Mawardi di dalam kitabnya, an-Nukat Wa al-'Uyun. Pertama, ia merupakan nama a'jam (bukan Arab). Inilah pendapat Abu Ubaidah, iaitu Mu'ammar bin al-Musanna at-Taimi, az-Zajjaj dan Ibn al-Anbari. Kedua, ia diambil daripada perkataan iblas, yang bermaksud putus asa seperti riwayat Abi Soleh.

Ini kerana, 'Ia enggan dan takbur', iaitu melanggar apa yang diarahkan kepadanya. Syeikh Rashid Redha di dalam tafsirnya, al-Manar berkata, iblis tidak mematuhi arahan Tuhan kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia. Sifat takbur dan suka menunjuk-nunjukkan sifat kesombongan ini, merupakan tanda-tanda perasaan tinggi diri. Terdapat huruf 'sin' dan 'ta' pada permulaan kalimah takbur, ia menunjukkan bahawa takbur bukanlah tabiat iblis, tetapi ia mampu dan bersedia melakukannya.

Perasaan

Al-'Allamah Thahir al-'Asyur di dalam tafsirnya berkata, perkataan 'istikbar' yang bermaksud 'amat angkuh' dan 'sombong' kerana 'sin' dan 'ta' menunjukkan melampau, iaitu melampau dirinya dengan perasaan besar dan megah atau memberi makna 'mubalaghah' dengan maksud amat takbur dan amat sombong.

Justeru makna kalimah tersebut ialah ia bersifat dengan sifat takbur terhadap Allah, dengan mengingkari perintah sujud kepada Adam tanpa rasa bersalah, bahkan menguatkan hujah kebatilannya dengan menyatakan kebaikannya kerana ia diciptakan daripada api, sedangkan Adam diciptakan daripada tanah.

Ibn Qayim di dalam kitabnya, Miftah Dar as-Sa'adah menjawab permasaalahan ini secara panjang lebar, dengan membandingkan dua unsur ini, iaitu api dan tanah. Sebenarnya kemuliaan, kebaikan dan kelebihan sesuatu makhluk itu bukan berdasarkan kepada unsur kejadiannya tetapi berdasarkan kepada ketakwaan, keimanan, keilmuan, perhambaan kepada Allah dan makrifah, sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat-aya al-Quran dan hadis. Semoga kita semua terselamat daripada sifat takbur, dan tidak terjebak ke dalam godaan iblis.

'Dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang kafir'. Iaitu kerana keengganan dan sifat takburnya itu ia termasuk di dalam golongan kafir. Ini kerana ia merasa terhina dengan arahan Allah yang menyuruhnya sujud kepada Adam. Said Qutub melalui tafsirnya, Fi Zilal al-Quran berkata, sekarang nyatalah ia merupakan medan peperangan yang kekal, iaitu peperangan antara ciptaan kejahatan pada iblis dan khalifah Allah di muka bumi, yang berlaku pada diri manusia, di mana kemenangan mungkin berpihak kepada yang baik, berdasarkan sejauh mana pegangan manusia terhadap perjanjiannya dengan Tuhan. Sebaliknya ia mungkin berubah, di mana kejahatan kan menguasai apabila manusia menyerahkan dirinya kepada nafsu syahwatnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kita Serupa Tetapi Berbeza

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 28, 2004 0 comments

Allah telah mencipta kita sama. Setiap manusia ada kelebihan dan dalam kelebihan itu pasti ada kekurangan. Tiada manusia yang dijadikan sempurna di dunia ini kecuali Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad RasuluLLAH. Baginda telah ditakdirkan Allah dengan sifat-sifat maksum.

Selain beliau tiada yang terkecuali dari sifat lemah dan sifat-sifat yang tercela. Namun itu tidak bermaksud manusia tidak mempunyai sifat-sifat yang terpuji, sifat-sifat mulia.

Ada manusia Allah memberinya sifat yang suka bertenang, berlapang dada dan ada juga sifat suka memikirkan jalan penyelesai.

Kita ini serupa. Kita dicipta daripada tanah. Kita memiliki akal yang dianugerahkan oleh Allah. Kita hambaNya yang da'if. Ya, ya, kita semua serupa.

Kita serupa tetapi berbeza. kita ada panca indra yang sama tetapi berlainan rupa. Kita memiliki akal tetapi berlainan cara pemikirannya.

Namun itu semua adalah bukti keBesaran Allah, bukti keEsaan Allah. Dia telah memperlihatkan keHebatanNya, cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Allah S.W.T itu memandang kita semua sama, Allah tidak memandang seseorang itu melalui rupa paras tetapi Dia melihat apa yang ada di dalam hati hambaNya.

Kita ini bagaikan oksigen, ada yang digunakan untuk bernafas, ada yang digunakan untuk membakar.

Kita bagaikan air, ada yang sejuk, ada yang panas.

Kita bagaikan air, ada yang jernih, ada yang keruh.

kita bagaikan besi, ada yang ampuh, ada yang rapuh.

Kita bagaikan pedang, ada yang tajam, ada yang tumpul.

Kita bagaikan anak panah, ada yang tepat, ada yang sasar.

cuba kita muhasabah diri kita.

Apakah kita ini oksigen untuk bernafas ataupun untuk membakar?

Apakah kita air yang sejuk ataupun air yang panas?

Apakah kita air yang jernih ataupun air yang keruh?

Apakah kita besi yang ampuh ataupun besi yang reput?

Apakah kita pedang yang tajam ataupun pedang yang tumpul?

Apakah kita anak panah yang tepat ataupun anak panah yang sasar?

Fikir-fikirkanlah

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tips-Cara Menikmati Buah Dada Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, September 4, 2004 0 comments

Daripada kajian sains. Adalah naluri lelaki menyukai perempuan buah dada besar kerana ia menandakan kemampuan untuk mengandung dan menyusukan anak.
Bahagian tubuh seperti buah dada dan punggung adalah kawasan dimana lemak DHA iaitu lemak untuk kecergasan otak disimpan. Sebab itu isteri anda akan membesar badan di kawasan-kawasan buah dada dan punggung. Yang penting, galakan isteri untuk makan ikan dan lebih baik lagi sekiranya minyak ikan. Ibu sihat, otak anak pun sihat.

Sebab itu adalah penting kepada ibu yang membesarkan bayi, sedaya boleh menyusukan anak selama yang boleh. Lemak simpanan dikawasan payu dara dan punggung boleh susut dengan sendiri kerana ia ditukarkan kepada susu ibu dan diberikan kepada anak melalui susu ibu.
Lagi banyak anak disusu lagi susut lemak dalam badan ibu.
Berbalik kepada cara untuk membelai isteri yang bertetek besar, atau membelai buah dada isteri ia perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif.

Biasanya untuk wanita yang baru kenal belaian buah dada akan gairah apabila disentuh. Wanita yang buah dada pada mulanya kecil, akan membesar apabila tetek selalu dibelai, buah dada diramas dan punting tetek dihisap. Gairah dan berahi wanita dalam seks akan memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, kawasan tetek dan punggung adalah kawasan simpanan lemak dan khasiat sebagai persediaan untuk badan wanita untuk mengandung.
Untuk isteri yang sudah selalu tetek dibelai dan diramas, maka ia boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri.

Jangan terus sentuh buah dada isteri terutama puting tetek. Belaian mula dilakukan dengan kawasan sekeliling buah dada isteri. Kawasan bahu, atas buah dada dan pangkal buah dada adalah kawasan mula yang mengairahkan dan biasanya tidak menggelikan. Gosok dan sentuh dengan lembut kawasan itu. Cium bahu dan kawasan atas buah dada
Jari-jari tangan juga perlu memainkan peranan untuk merangsangkan buah dada. Gosok sekeliling pangkal buah dada isteri dalam bentuk bulatan. Jangan sentuh lagi buah dada isteri. Gosok dan tanyakan dimana kawasan yang menyenangkan isteri dan buat tumpuan disitu.
Bayangkan suami dalam keadaan sekarang. Sambil cium bahu dan kawasan atas buah dada isteri, jari-jari tangan menggosok sekeliling buah dada isteri. Gilirkan antara dua buah dada isteri.

Kawasan pangkal bawah buah dada isteri juga, merupakan kawasan yang sensitif dan gairah seks isteri. Belai dan gosok perlahan-lahan dengan tapak tangan. Gilirkan dengan gosok sekeliling dan gilirkan antara dua buah dada isteri.
Apabila isteri sudah gairah dan mahukan lagi belaian yang lebih. Barulah boleh merangsangkan puting tetek besar isteri. Puting dirangsang dan digairah dengan lidah dan hisapan lembut. Hisap puting tetek dengan cara masukkan puting dalam mulut dan letakkan atas lidah. Pastikan pangkal puting tetek diantara dua bibir suami dan tidak kena kepada gigi. Sambil puting buah dada isteri disedut lembut, gunakan lidah untuk basahkan puting tetek.

Gunakan lidah untuk membuat sentuhan lembut dalam bentuk bulatan sekeliling puting tetek. Yang paling berahi adalah apabila puting disedut, lidah dibawah puting megurut bawah puting tetek, umpama bayi menyusu. Gilirkan sama tempoh masa pada setiap buah dada. Namun begitu, adakala ada belah buah dada yang isteri rasa lebih nikmat, maka maklum balas isteri adalah perlu.
Jangan lupa, sebelah puting tetek besar dihisap maka sebelah lagi bolehlah dibelai dan diramas. Jangan biarkan mana-mana belah buah dada kosong tidak disentuh dan digairahkan.

Kepada suami, jika mahu belajar cara yang baik menghisap puting tetek besar isteri, perhatikan bagaimana anak anda lakukan.
Sewaktu melakukan hubungan seks, semasa batang zakar berada dalam faraj isteri, tetek besar isteri perlu dibelai dan diramas lembut. Gilirkan dengan hisapan buah dada dan ramasan lembut. Jangan biarkan mana-mana belah buah dada kosong tidak disentuh.

“Breast fuck” atau memancutkan mani antara dua tetek besar isteri adalah satu cara untuk mempelbagaikan hubungan seks. Ia mengairahkan suami dan memberikan kepuasan terutama waktu-waktu isteri datang bulan atau pantang selepas bersalin. Jangan lupa untuk sapu sekeliling buah dada air mani yang dipancutkan. Air mani lelaki perlu dibiarkan sehingga kering. Petua ini boleh membuat buah dada isteri sentiasa tegang.
Satu lagi posisi seks yang boleh menggairahkan buah dada isteri adalah dengan cara isteri diatas. Posisi “Woman on top” ini membolehkan buah dada dicapai dan diramas. Ia juga membolehkan puting tetek dihisap dan dirangsangkan dengan mulut

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Petua Buah Dada Pejal, Gebu dan Montok

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments

Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.

Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti:

- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093

Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.

Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.

Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.

Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.

GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.

Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis “cruciferous” seperti brakoli, kobis, cauliflower dan “bruseels sprouts”. Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.

Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.

Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.

Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buat dada wanita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Fishdom

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 13, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Mountain Bike

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, January 12, 2004 0 comments

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Hide And Secret

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, January 11, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Valleyball

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 10, 2004 2 comments

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Throw Ice / Kick Snowball

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 9, 2004 0 comments

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Word Search

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, January 8, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Ball Lines

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 7, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Hot Dog Bush

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 6, 2004 0 comments



KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Pertanian

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, January 5, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Red Ball Guling

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, January 3, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Game Boom Bangunan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 2, 2004 0 comments


KLIK TAJUKNYA..BARU SERONOK MAIN GAME NI!!!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, January 1, 2004 0 comments


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Radio IKIM FM

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 1, 2003 0 comments
Print

Mencari G-Spot

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Gelagat Suami Main Kayu Tiga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, August 28, 2003 0 comments

“SARAH, saya nampak suami awak dengan perempuan lain di sebuah hotel, bukan main mesra, awak tak tahu apa-apa ke mengenai perhubungan mereka?” tanya Lina ketika berjumpa sahabatnya di pejabat.

“Aku tak tahu apa-apa. Setakat ini kelakuan suami aku biasa saja, mungkin aku tak perasan,” kata Sarah.

Suami yang melakukan perbuatan curang di belakang isteri memang bijak memainkan peranan. Dalam erti kata lain mereka dapat melakonkan watak yang mantap bagi mengaburi perkara itu daripada si isteri.

Justeru, sebagai isteri, anda harus bijak menghidu sebarang perubahan atau kelakuan suami bagi mengelak mereka ditipu si suami yang melakukan perbuatan curang itu.

Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan isteri untuk mengkaji perangai suami yang mungkin melakukan perbuatan curang walaupun di rumah mereka berlakon sebagai lelaki yang baik:

Suami tiba-tiba menjadi sibuk.

Sebelum ini suami tidak pernah sesibuk itu tetapi sejak akhir-akhir ini ada saja alasan diberikan suami seperti terpaksa bertugas di luar.

Malah, ada ketikanya alasan suami itu tidak boleh diterima. Tetapi apabila isteri cuba mendapatkan penjelasan, suami buat tidak peduli dan tidak sanggup bertentang mata dengan isteri. Dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

Suami tiba-tiba menjadi panas baran.

Menjadi lumrah kepada isteri bertanya sesuatu yang mungkin mencurigakan apabila melihat perubahan sikap suami. Tetapi, pertanyaan itu dibalas dengan jawapan yang kasar.

Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

Suami cuba pertahankan diri.

Tidak ada suami yang mahu mengaku dia berlaku curang terhadap anda. Apabila isteri cuba mendapatkan penjelasan, suami kerap kali mempertahankan diri, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Bahkan suami cuba menyalahkan isteri atau orang lain yang dituduh cuba memfitnah bagi memecah-belahkan rumah tangga mereka.

Suami terlalu berahsia.

Biasanya apabila telefon bimbit berbunyi, suami akan menjawab dengan kadar segera walaupun di hadapan isteri.

Tetapi, tiba-tiba suami tidak berbuat demikian sebaliknya apabila telefon bimbit berbunyi, suami akan menjawab di tempat yang jauh. Percakapan suami seolah-olah membisik agar tidak didengari isteri.

Apabila ditanya siapa yang menelefon, suami sekadar menjawab kawan lelaki.

Suami tampil dengan gaya baru.

Suami yang anda kenali seorang yang ringkas, tiba-tiba bertukar wajah kepada penampilan berbeza. Pakaian, rambut, kasut dan minyak wangi daripada jenama mahal.

Apabila melihat situasi ini, anda harus berwaspada kerana besar kemungkinan suami anda bercinta dengan wanita lain.

Suami tiba-tiba menjadi intim dan mesra.

Apabila kemesraan suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan, anda harus berhati-hati kerana suami mungkin memasang perangkap. Biasanya, dalam situasi ini, suami akan memberikan apa saja yang isteri inginkan malah dia (suami) akan lebih banyak memuji anda dengan kata-kata romantis. Dan, ia nyata berkesan bagi mengaburi isteri.

Suami kerap makan luar.

Apabila diajak makan, suami akan memberi alasan sudah makan bersama rakannya. Jika sekali-sekala mungkin tidak apa tetapi jika kerap alasan yang sama diberikan, anda perlu menyelidik, mungkin ada udang di sebalik batu.

Suami sering menerima SMS daripada wanita.

Ada ketikanya, isteri perlu membuka telefon bimbit suami. Jika terlalu banyak SMS diterima apatah lagi daripada wanita malah dengan kata-kata menggoda, anda perlu bertindak sama ada menghubungi nombor itu untuk mendapatkan kepastian.

Suami selalu kerja luar.

Kadangkala mungkin pelik kerana suami selalu memberi alasan terpaksa bertugas di luar daerah atau luar negara. Jika sekali-sekala mungkin tidak mengapa tetapi apabila setiap bulan alasan itu diberikan, ia patut menjadi keresahan anda.

Suami minat memancing.

Suami yang anda kenali tidak minat memancing tiba-tiba membeli peralatan memancing atau joran. Tentu pelik kerana setiap malam minggu, dia memberitahu anda, dia pergi memancing bersama kawan.

Sebaiknya jika perkara ini berlaku, anda perlu menyiasat kerana banyak kes, suami bukan memancing ikan tetapi memancing wanita lain.

Apapun, lelaki memang bijak berlakon kerana ada banyak kes, suami tidak menunjukkan sebarang perubahan malah anda tidak mengesyaki apa-apa tetapi akhirnya diberitahu atau anda mendapat tahu suami berkahwin lain.

Justeru, sebagai isteri, anda perlu berwaspada tetapi bukan mengongkong suami. Perkara yang paling baik ialah memberi layanan yang baik kepada suami seperti yang anda lakukan apabila bercinta dulu.

Jika ini mampu anda lakukan, insya-Allah suami tidak akan curang atau bermain kayu tiga di belakang anda kerana di rumah, suami sudah menerima layan kelas A.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter