Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jin Yang Mengembar Anda: Musuh Atau Saudara?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, November 26, 2000 0 comments

Anda mungkin pernah dengan istilah 'QARIN' atau jin yang mengembar setiap manusia yang dilahirkan ke dunia, termasuklah juga Rasulullah SAW. Berikut saya salinkan bahan-bahan dari berbagai sumber untuk anda baca sekiranya berminat. Semoga bermanfaat:


APAKAH QARIN

Soalan: Apakah yang diertikan dengan ''Qarin''. Dan apakah hubungannya dengan setiap insan yang dijadikan oleh Allah SWT Apakah manusia itu boleh beinteraksi dengan ''Qarin''?.

Jawapan: Semua makhluk di dunia ini dicipta oleh Allah SWT termasuklah golongan jin yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia. Jin dijadikan daripada api. Oleh yang demikian, bagi mereka yang bersahabat dengan jin bagi tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram. Dan mintalah pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram. Mintalah pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram. 'Qarin' adalah makhluk yang dijadikan Allah dari golongan Jin. Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan kerana hidup dalam alam yang berlainan. Walau bagaimanapun manusia boleh bersahabat dengannya selagi tidak bercanggah dengan akidah Islam..

Sumber: JAKIM (http://baheis.islam.gov.my)

LAGI MENGENAI QARIN

Perkataan 'Qarin' berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah 'Qarin' bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan 'Qarin' di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.

Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi Allah, 'Qarin' itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.

Selain itu, 'Qarin' juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

Sedutan dari Soal Jawab Dengan Dr.Amran Kasimin


HADIS MENGENAI QARIN

Hadis:
Dari Abdullah bin Mas";ud r.a katanya:";Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:";Para sahabat bertanya:";Anda juga ya Rasulullah?"; Jawab baginda:";Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan."; (Riwayat Muslim)

Huraian:
Setiap manusia yang lahir disertakan ''Qarin'' oleh Allah yang bertugas sebagai 'penggoda' seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat kematiannya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, 'Qarin' adalah dari golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia itu lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumusnya manusia ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan 'Qarin' ini. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang tidak dapat digoda oleh 'Qarin'. Dalam Al-Qur'an. Allah SWT berfirman: ";Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Qur'an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi 'Qarin' (teman yang selalu menyertainya)."; (Az-Zukhruf:36)

Petikan dari : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1281


TUGAS QARIN

Pada suatu hari diadakan satu kursus motivasi yang hanya melibatkan kaum lelaki sahaja dan segala soalan memanglah di tujukan khas buat lelaki. Pakar motivasi terkenal tadi pun memulakan ceritanya dengan panjang lebar. Katalah, suatu hari kita (orang lelaki tau, bukan perempuan) di suruh masuk hutan. Tapi yang peliknya setiap peserta di bekalkan dengan sejenis senapang . Apa-apa yang membahayakan kita di suruh tembak. Tak kiralah ular ke, harimau ke, hantu ke.

Eh, hantu berbahaya ke? Ada pulak hantu berbahaya. Hantu tak berbahaya tapi ditakuti. Kenapa takut dengan hantu ? Padahal sebenarnya hantu cukup takut dengan manusia. Mana ada hantu berani keluar siang-siang, kalau dia..... berani keluarlah siang-siang, time dah gelap tulah dia keluar. Apa punya hantu.

Tengah-tengah masuk hutan datanglah harimau, singa, ular dan semuanya habis kita bunuh. Sebab kalau tak bunuh dia, dia akan bunuh kita, kan? Rasa patut, kan? Rasa tak salah, kan? Tapi, anda pernah dengar tentang 'Qarin'. Eh, apa pulak bendanya 'Qarin' ni? Begini menurut bahasa, 'Qarin' beerti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan 'Qarin' di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang biasa ada di mana-mana. Makhluk halus ini selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat. Kewujudan 'Qarin' ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh dan terpesong. 'Qarin' sentiasa berusaha menjerumus manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdayakan manusia, terutama ketika seorang itu dalam keadaan stress, depress, menghadapi percubaan daripada Allah dan sebagainya

Boleh kita sambung kisah penembak tadi. Baiklah, tengah sedap-sedap bunuh tiba-tiba muncul seorang perempuan. Cantik pulak tu, cantik sangatlah, dahlah cantik, seksi pulak. Tapi dia pegang senapang yang dia dah acukan tepat ke arah anda. Nak tembak tak? Apa? Tak? Eh, kan dia tu berbahaya. Serupa saja bahayanya macam harimau, macam singa, macam ular. Kenapa tak nak bunuh? Sebab dia perempuan? Seksi lagi? Pulak tu anda lelaki? Sebab tu tak nak tembak? Tapi dia tu berbahaya. Senapangnya dah terhala pada anda, jari dia pun dah dekat picu, tingggal petik saja. Anda pun macam tu, kalau anda tak tembak, dia akan tembak anda. Apa yang anda nak buat?

Masa ni la yang ditunggu-tunggu, oleh siapa lagi kalau bukan 'Qarin'. Lalu 'Qarin' itu belagak seumpama penyelesai masalah manusia. Mari kita lihat apakah tugas 'Qarin' ini sebagai penggerak cerita. Anda masuk hutan untuk membunuh semua ancaman yang berbahaya, harimau, ular, singa. Anda di bekalkan dengan senapang, sedap sajalah tembak binatang-binatang buas. Tapi tiba-tiba muncul seorang wanita cantik, yang comel, yang putih melepak, yang seksi. Tapi dia juga bawa senapang dan sedang membedek ke arah anda. Persoalanya, nak tembak atau tak nak tembak?

Dalam Suroh Al-An'am :112 terdapat firman Allah: ";Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu";.

Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi 'Qarin' atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada 'Qarin'. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya kecuali untuk melakukan kebaikan.

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru di lahirkan melainkan dia di sertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan 'Qarin'. 'Qarin' ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur dan sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang-orang yang berkenaan.

Apabila manusia yang sentiasa di temani oleh 'Qarin' itu mati, maka 'Qarin' ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, tetapi biasaya ahli keluargalah, maka makhluk 'Qarin' ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang diberikan oleh Allah kepada makhluk ini yang tidak ada pada manusia.

Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiayai orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka 'Qarin' ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang di seksa dalam kubur.

Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta di bacakan Al-Qur'an di atas kubur atau di bayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin. Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada ganguan berlaku.

Sekiranya manusia yang hidup itu menunaikan permintaan yang di salurkan melalui mimpi, maka dia sebenarnya tunduk menunaikan permintaan iblis dan syaitan. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar di ketahui mempunyai hutang, hutang wang, kewajipan haji, pernah membunuh manusia, tidak kira dengan cara apa, manusia yang hidup boleh melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya
di pikul oleh si mati, atas kesedaran bahawa ia mesti di sempurnakan sebagai hak anak Adam terhadap anak Adam, bukan sekadar mendapat perintah, rayuan daripada 'Qarin' yang datang melalui mimpi, menyerupai si mati. Sesungguhnya roh itu adalah urusan Allah, yang hanya Dia mengetahui hakikatnya.

Berbalik pada kisah penembak tadi. Akhirnya boleh di katakan hampil 100% orang lelaki yang menyertai kursus ini menjawab salah. Mengapa yer? Betul dia wanita. Tugas lelaki melindungi wanita. Tapi wanita ini bukan yang macam di pejabat kita, bukan macam isteri kita yang banyak senyum, banyak tertawa dan baik. Walaupun dia cantik, walaupun dia seksi, tapi dia di hutan. Apa dia buat di hutan sorang-sorang? Dengan senapang pulak. Dan senapang itu dah di halakan tepat pada kita.

Tak ke dia seorang yang amat berbahaya? Mungkin lebih berbahaya daripada harimau, ular, singa dan yang seangkatan dengannya? Yang lucunya ada lelaki berkata. ";Kita bunuh memang kita akan bunuh, tapi sebelum bunuh kita perguna dia dulu. Membazir kalau di biarkan";. Jawapan begini mengundang ketawa. Betullah awak tu lelaki, dia perempuan. Tapi ingat sebelum awak sempat perguna dia mungkin awak dah terbongkang mati. Sebab perempuan yang boleh tinggal sorang-sorang dalam hutan tentulah ganas, tentulah kuat, tentulah bertenaga, tentulah kental, tentulah zalim, dan yang penting sekali tentulah sampai hati dan tentulah ada hati yang bulat untuk membunuh anda mengikut kemahuannya. Sekian

Sumber: Unit Pengurusan Masjid Unimas (www.upmu-unimas.com)

TINDAK-TANDUK QARIN

Ustaz, adakah 'Qarin' ini memang wujud? Dan adakah infomasi ini boleh diambil sebagai sesuatu pengetahuan, dlm pendapat Ustaz? Kerana saya sering sekali dengar akan hal seperti ini dan juga pernah mengalaminya sendiri suatu masa dahulu bila menjalani latihan tentera di Pulau Tekong dahulu..... Terima Kasih.

MSA Ustaz Ghouse Khan Surattee menjawab:

Benar, 'Qarin' itu sebenarnya berpengaruh dengan amalan seseorang itu, jika baik amalannya baiklah dia dan begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada 'Qarin' namanya Habibul Huda kata orang kasf masih hidup lagi di Madinah. Semua 'Qarin' lambat mati. Sebelum manusia mati kadang kala , 'Qarin' sudah kelirukan orang. Banyak berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan berehat ..... tetapi selepas setengah jam kemudian mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja ketuk pintu... ini kerja 'Qarin'.

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi.

Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi. Sampai dirumah perempuan tu..ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang
tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jangan terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah 'Qarin' seseorang yang telah meninggal dunia. 'Qarin' ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. 'Qarin' akan memakai pakaian yang serupa..contoh: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..'Qarin' juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau 'Qarin'..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca..... A'uzubillahiminashaitonirrajim... insyaAllah..selamat deh sejahterehhhhh.....kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik 'Qarin' kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan.... Wallahua'lam

Sedutan dari forum www.bicaramuslim.com

SEKILAS TENTANG JIN DAN QARIN

Assalamualaikum

Rasulullah saw bersabda tentang al-'Qarin', ";Tidak satu pun dari kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah seorang 'Qarin' (peneman) baginya dari bangsa jin."; Para sahabat bertanya, ";Apakah 'Qarin' itu juga diperuntukkan bagimu wahai Rasulullah?"; Beliau menjawab, ";Juga bagi saya, akan tetapi Allah SWT telah menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam, sedangkan ia tidak akan menyuruhku kecuali kepada kebaikan."; (HR Muslim)

Hmm.. jadi pengen ngebahas masalah jin, gak penting banget ya? Ya buat nambah-nambah pengetahuan aja deh, dan jelas aja gw gak tau pasti masalah jin ini, ghaib, dan yang ghaib itu adalah rahasia Allah..

Jadi gw cerita menurut beberapa buku yang gw baca, dari teman yang punya pengalaman, dari rujukan online juga ada..
Menurut hadist di atas, dan al Quran (lupa surat dan ayat berapa aja), tapi ketemu satu:

";Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pemurah (al Quran), kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah menjadi teman (al 'Qarin') yang menyertainya."; (Az Zukhruf: 36)

Menurut hadist dan ayat al Quran di atas, setiap manusia ditemani seorang pendamping dari golongan jin. Jin ini jelas jadi tahu bagaimana tabiat, sifat, perilaku, riwayat manusia yang dia ikuti. Ketika ada seorang manusia meninggal dunia, kemudian ada orang lain yang mengira dia melihat what so called hantu orang yang meninggal tadi.. menurut semua rujukan yang gw baca, itulah 'Qarin' dari manusia yang meninggal tadi. Jadi, apa yang biasa orang sebut syaitan atau hantu, sesungguhnya itulah mahluk gaib dari golongan jin. Mahluk gaib lainnya apa donk? ya malaikat atuh.. :p

Trus kalau ada yang nyebut-nyebut kuntilanak, tuyul, genderuwo dan semacamnya? .. ya sama aja, itu jin, dengan berbagai macam sebutan. Dan jin pun memiliki suku bangsa, mungkin itulah yang membedakan 'penampilan' mereka. Di buku 'Kesaksian Raja Jin', disebutkan jin-jin ini dibedakan menurut keahlian mereka (ini khusus jin pembangkang), dan mereka biasanya dimanfaatkan oleh dukun-dukun, ada yang dimanfaatkan untuk susuk, tenung/santet, pelet dan semacamnya.

Lalu apakah mereka beragama? Iya, sama dengan manusia, agama mereka bermacam-macam, ada yang Islam, Kristen, Hindu, dan lain-lain. Lalu yang beragama Islam itu jin baik? Sama aja kayak manusia, apa semua orang Islam orang baik? Dikatakan, kalau jin itu benar-benar jin shaleh mereka sebisa mungkin tidak akan melakukan hubungan dengan manusia. Mereka menghormati benar batasan-batasan hubungan manusia dengan jin. Kalau syaitan? syaitan itu merupakan sifat, dan syaitan bisa melingkupi golongan jin dan manusia. Jadi kalau jin yang yang jauh dari jalan Allah, dia disebut syaitan, begitu pula manusia.

Oh iya, jin yang terlihat oleh mata manusia itu bukannya bentuk/rupa asli mereka, kerana dikatakan bahawa manusia tidak dapat melihat bentuk asli mereka, manusia biasa tidak cukup mampu untuk melihatnya, kecuali para nabi. Jadi, jin-jin yang terlihat oleh mata manusia, atau kalo di acara-acara TV misalnya disebutkan.. 'di sana ada seorang perempuan berambut panjang, mengenakan pakaian berwarna putih...' , jin tersebut mengambil bentuk manusia dengan spesifikasi tadi, bisa saja dia mengambil bentuk manusia yang pernah diikutinya (kalau jin ini termasuk 'Qarin'), atau rupa orang lain yang dia lihat, semau dia, semampu dia.. dan tentunya dengan izin Allah SWT.

Hubungan dengan dukun2/peramal/tukang sihir? Pernah denger dukun yang bisa tahu identitas/perilaku/keperluan si pasien yang baru saja datang, tanpa si pasien gak perlu ngasih tau informasi tentang dirinya? Itu bisa terjadi dengan bantuan jin, jin yang 'digunakan' dukun tadi menanyai segala hal yang diperlukan kepada 'Qarin' pasien tadi, dan jin suruhan ini tinggal ngasih tau ke tuannya. *gampang kan? :p* Terus, ada dukun yang mengaku bisa meramal, atau nyari barang pasiennya yang hilang, ada yang bisa santet, pelet dan semacamnya, tidak lain dan tidak bukan semua perbuatan itu adalah perbuatan jin. Dikatakan, jin itu bisa mendengar kata hati manusia, jadi jin itu bisa tahu apa yang dipikirkan manusia, dan bisa memanfaatkan kelemahan-kelemahan yang mungkin dia temui untuk menggoda manusia tersebut, menggoyahkan iman, kerana memang itulah kerjaan para jin pembangkang. Jadi, jangan percaya ma dukun ya.. kerana Allah SWT melarang keras umatnya untuk datang ke dukun, apalagi langsung minta bantuan jinnya. *syirik*

Percaya dengan kemasukan/kesurupan jin? Ya harus percaya, kerana memang benar adanya.. Jin masuk ke dalam tubuh manusia ini, bisa dengan alasan jinnya dendam, kerana menurutnya manusia yang dimasukinnya itu telah melakukan kedzaliman terhadap jin tersebut, ada yang kerana ulah tukang sihir, dan ada yang kerana jinnya 'suka' dengan manusianya. Kalau sudah begini, minta bantuan kepada ahli rukyah, yang dengan bantuanNya, insya Allah dapat membantu mengatasi gangguan jin yang merasuk ke dalam diri manusia. Jangan minta bantuan ke dukun/tukang sihir.. dijamin bakal memperparah. Dikatakan, jangan lawan sihir dengan sihir :p

Gemana dengan roh? Mungkin kalian suka liat di pelem2, ritual pemanggilan roh. Trus ada yang datang mengaku sebagai roh seseorang yang sudah meninggal.. sama aja itu jin, bukan roh, kerana setelah seseorang meninggal, rohnya mutlak milik Allah. Gak ada lagi deh tuh roh what so called gentayangan.

Dah deh, segitu aja, sekilas tentang jin. Kalau gw dibilang sok tau masalah ini, ya emang sok tau, kerana emang gw gak tau banyak, tapi yang menurut gw baca dan gw tanya2 langsung kepada yang boleh dibilang sedikit ahli ya begitulah.. jadi apa pun yang kalian sebut hantu.. syaitan.. ghost..jurig.. itu adalah jin. Takut kepada jin?.. takutlah kepada Allah SWT, kerana kalau kita benar2 takut kepada Allah SWT, jin akan takut kepada kita. Dan jangan lupa membaca doa apabila kita hendak melakukan sesuatu atau pergi ke suatu tempat, kerana kalau kita lalai, bisa saja hal ini dimanfaatkan oleh jin untuk mengganggu kita.

Pada sebuah hadist (HR Muslim) dikatakan (gw tulis intinya aja ya), kalau seseorang membaca nama Allah ketika dia memasuki rumah dan hendak makan, maka syaitan akan berkata kepada kaumnya, bahawa mereka tidak akan bisa bermalam dan makan di tempat orang tadi, tetapi jika orang tadi lalai untuk melakukan hal tadi, maka syaitan akan memanfaatkannya. Kalau dia tidak membaca nama Allah ketika masuk rumah, maka rumahnya bisa dijadikan tempat bermalam bagi syaitan2, atau ketika dia tidak membaca doa ketika hendak makan, maka syaitan bisa memanfaatkan untuk makan malam di tempat orang tersebut.

Ada pertanyaan? jangan nanya ke gw, gw gak bisa jawab :p

Wallahua'lam

Rujukan online:
www.syariahonline.com
www.eramuslim.com
www.alislam.or.id

Buku:
1. Kesaksian Raja Jin (Abu Aqila)
+ Di antara buku-buku yang ada di pasaran :p, buku ini yang menurut beberapa sumber, dan menurut gw juga, paling mendekati apa-apa yang ada di al Quran dan hadist. Di buku ini terdapat larangan keras hubungan antara jin dan manusia, sesuai al Quran, jadi hal-hal yang meragukan ditinggalkan. Ada bedah bukunya segala.

+ Oh iya, Raja Jin dimaksud judulnya bukan rajanya para jin, tetapi sebutan yang diberikan kepada guru Abu Aqila, iaitu K H Kasma Suja'i(alm.),kerana ia dikenal ketegasannya dalam mengusir jin yang bersarang di tubuh manusia.

2. Dialog dengan Jin Kafir
+ Kalau ada yang pernah baca Dialog dengan Jin Muslim, buku ini beda banget, dan menurut beberapa buku juga (termasuk buku Dialog dengan Raja Jin), buku Dialog dengan Jin Muslim ini menyesatkan, banyak yang tidak sesuai dengan al Quran, bahkan ada yang bilang kalau jin yang diajak bicara bukan jin muslim. Maaf kalau ada yang tersinggung, gw cuma ngambil rujukan dari buku lain, dan memang menurut gw juga masuk akal, dan di buku Dialog dengan Jin Muslim, sepertinya memudahkan saja hubungan antara jin dan manusia.

+ Buku Dialog dengan jin Kafir, isinya pengalaman ahli Rukyah (Muhammad Ash Shayim), ada tata cara merukyah juga, dengan syarat2 yang menurut gw sangat berat *tentu aja dilihat dari kemampuan gw :p* dan dialog-dialognya cuma kisah-kisah ketika dia mengusir jin, bagaimana dia mengatasi tipu daya jin yang bersarang di dalam tubuh manusia, dan bagaimana dia membakar/mengusir mereka dengan ayat-ayat Al Quran. Wallahua'lam

3. Roh (Ibnu Qoyyim)

4. Menjelajahi Alam Gaib (Dr. Yusuf Al Qardhawi)

Sumber lain: Temen.. :p

Wassalamua'laikum

http://diazaid.blogspot.com/2004/01/sekilas-tentang-jin.html


KEKELIRUAN MENGENAI JIN

Kekeliruan TV Dalam Menvisualisasikan Jin

Tayangan yang melibatkan jin dalam kehidupan manusia di TV semakin marak. Bentuk acaranyapun beragam. Ada yang berupa film, sinetron, drama kolosal, reality show, infotainment dan kartun anak - anak. Mereka berusaha untuk menvisualisasikan sosok jin dan syaitan dengan cara mereka sendiri, berdasarkan pemikiran dan pemahaman yang ada atau berdasarkan cerita rakyat yang tersebar dari mulut ke mulut yang kebenarannya masih harus dipertanyakan. Mereka berusaha mengemasnya dalam bingkai tontonan dan hiburan. Simaklah sebagian materi yang tayangan TV tentang jin atau syaitan yang telah diciptakan oleh Allah sebagai makhluk ghaib ini.

Yang kita maksud dari kekeliruan disini adalah penggambaran jatidiri jin yang tidak sesuai dengan syariat Islam atau menyimpang darinya. Sudut pandang kita adalah syariat Islam, bukan seni acting, teknik ambil gambar, mitos yang berkembang, budaya yang ada atau presepsi masyarakat. Meskipun tayangan-tayangan tersebut disajikan dalam kemasan hiburan dan tontonan di antara kekeliruan TV dalam memaparkan kehidupan jin adalah

1. setiap orang yang mati secara tidak wajar rohnya akan penasaran.
Yang harus ditegaskan di sini adalah bahawa syariat Islam tidak mengenal istilah arwah gentayangan. Karena roh orang yang baik atau jahat ketika dicabut dari jasadnya. Kedua telah kembali ke tempat yang telah disediakan Allah. Ruh orang-orang yang shalih disediakan tempat yang terpisah dari roh orang-orang kafir. Sebagaimana termaktub dalam shahih muslim 4/2202 no 2872 dalam hadist tentang tempat kembalinya roh orang mukmim dan kafir. Disebutkan nama kedua tempat kembalinya sama iaitu akhirul ajal. Tetapi qodhi iyadh menjelaskan bahawa kedua kata itu berbeda arti. Ruh mukmin akan kembali ke al-malaul a";la atau illiyyin (tempat yang paling atas) atau roh kafir tidak kembali ke sijjin (tempat yang paling bawah). Pernyataan beliau didukung oleh hadist yang diriwayatkan oleh baihaqi dari abu said al-khudri yang jelas menyebut sijjin sebagai tempat kembali roh kafir. Jadi tidak ada roh gentayangan dalam kajian Islam. Kalau begitu yang menampakkan diri dan menyerupai sosok orang yang telah meninggal dunia? Penampakan itu ada kerana halusinasi orang yang melihat atau memang benar-benar penampakan yang dilakukan oleh jin. Adapun halusinasi tidak masuk dalam pembahasan kita kali ini, yang kita bahas adalah penampakan jin. Memang jin mampu merubah dirinya dalam bentuk yang dikehendaki oleh Allah sesuai dengan izin-Nya, hanya saja bangsa jin tidak bisa menyerupai sosok Rasulullah Muhammad SAW, "syaitan tidak akan bisa menyerupaiku, begitulah Rasulullah Muhammad SAW menegaskannya dalam hadist riwayat imam bukhari dan imam muslim.

Jadi kalau ada penampakan seperti sosok orang yang telahj meninggal, itu bukan roh orang yang penasaran atau gentayangan. Tapi itu ulah syaitan untuk menyesatkan manusia. Dan kelihatannya misi mereka berhasil, kerana banyak masyarakat yang termakan oleh persepsi yang salah tersebut. Buktinyua tayangan tentang arwah penasaran diyakinin sebagai roh manusia masih banyak diyakinin dan tayangan seputar itu masih banyak digemari. Kalau penampakan itu persis dengan orang yang telah meninggal, tindakan dan tutur katanya sama. Biasanya pelakunya adalah jin 'Qarin'. Jin 'Qarin' adalah jin pendamping yang mendampingi seseorang semenjak dilahirkan, sehingga ia tahu betul akan kebiasaan dan kekhasan dari manusia yang didampingin. Rasulullah Muhammad SAW bersabda, "tidaklah seorang pun diantara kalian kecuali disertakan untuknya 'Qarin' dari jin dan 'Qarin' dari malaikat,"; (HR Muslim dan Ahmad dari Ibnu Mas";ud)

2. roh penasaran bisa menampakkan diri.
Ruh adalah suatu yang ringan dan lembut yang bergerak dan mengalir dalam tubuh, sebagaimana air mengalir dalam tumbuhan atau api dalam sekam. Islam tidak mengenal reinkarnasi. Setiap jasad yang ada rohnya masing-masing akan bertanggungjawab atas perbuatannya selama di dunia Rasulullah Muhammad SAW bersabda, "sesuingguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutflah, kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah selama itu juga. Kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan rohnya."; (HR Bukhari dan Muslim)

Ruh yang ditiupkan oleh malaikat ke dalam jasad adalah salah satu dari permasalahan ghaib yang hakikatnya hanya diketahui oleh Allah. Maka dari itu ketika Rasulullah Muhammad SAW ditanya tentang roh, Allah memberinya jawaban "dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah roh itu termasuk urusan Tuhan-ku dan tidaklah kalian diberikan pengetahuan melainkan sedikit. (QS. Al-Isra: 85)

Tidak ada satu ayat pun atau hadist yang menjelaskan bahawa roh yang telah keluar dari jasadnya, bisa berubah wujud menjadi sosok jasad yang ditinggalkannya, apalagi merasuki jasad orang lain. Yang bisa berubah wujud atau menyerupai sesuatu atau sosok seseorang adalah jin.

3. jin yang menampakkan diri tidak bisa disakiti.
Sering kita lihat dalam tayangan telivisi yang memberitakan suasana ketakutan yang dialamin oleh seseorang yang didatangi syaitan saat menampakan diri. Dalam ketakutannya, orang tersebut berusaha melakukan perlawanan, menembak penampakan itu dengan senjata api, membabatnya dengan senjata tajam atau melemparinya dengan benda-benda yang ada didekatnya. Akan tetapi usaha tersebut sia-sia belaka, penampakan itu malah tertawea keras dan dengan sombongnya melecehkan perlawanan orang tersebut. Tak satupun senjata yang bisa melukainya. Semuanya hanya tembus begitu saja seperti melempari ruang hampa. Sehingga pemirsa berkeyakinan bahawa syaitan itu hebat dan sakti kerana tidak bisa disakiti.

Informasi itu jelas bertentangan dengan syariat islamn yang telah menceritakan bahawa syaitan yang berubah wujud dan menampakan diri ternyata bisa disakiti bahkan dibunuh. Simaklah kejadian yang berasal dari Abu Sa";id al-Khudri bahawa ada seorang sahabat rasulullah muihammad yang membunuh seekor ular itu mematuknya dan sahabat itu mati seketika. Ketika peristiwa itu diceritakan kepada Rasulullah Muhammad SAW, beliau bersabda, "sesungguhnya di madinah ini ada jin yang telah masuk Islam. Oleh sebab itu, jika kalian melihat salah satu dari mereka, maka usirlah sampai batas waktu tiga hari. Jika stelah itu ia masih terlihat, maka bunuhlah kerana ia adalah syaitan."; (HR Muslim)

Aisyah berkata, "ketika Rasulullah Muhammad SAW shalat, datanglah syaitan kepadanya. Lali Rasulullah Muhammad SAW menangkapnya, membantingnya dan mencekiknya. Rasulullah Muhammad SAW bersabda, "sampai aku rasakan lidahnya yang dingin di tanganku."; (HR. Nasai). Dari dua riwayat di atas jelaslah bagi kita bahawa syaitan yang menampakkan diri akan berlaku baginya hukum penampakan, bisa disakiti atau kita bunuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh seorang sahabat Rasulullah Muhammad SAW.

4. jin mengetahui hal yang ghaib.
Termasuk yang sering diekpos TV seputar kehidupan jin adalah, kehebatannya dalam mengetahui hal-hal ghaib. Bahkan terkesan berlebihan dan dibesar-besarkanb sehingga ketika ada masalah yang berkaitan dengan keghaiban, cara penyelesaiannya tidak jauh dari praktik perdukunan seperti nasib seseorang yang akan datang, jodohnya atau kesuksesan yang akan diraih. Karena mereka menyakini bahawa dukunlah yang punya akses dengan jin, sehingga diyakini bisa menyelesaikan masalah ghaib yang mereka hadapi tayangan seperti inibisa menjauhkan pemirsanya untuk menmggantung nasib kepada Allah. Secara umum jin ini seperti manusia dalam masalah keghaiban, mereka tidak mengetahui hal-hal ghaib yang sifatnya mutlak atau hakiki. Jin telah mengakui hal itu dalam Al Qur'an, "dan sesungguhnya kami tidak mengetahui apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka";. (QS, al-jin: 10)
Bahkan Allah telah menunjukkan kepada kita akan kebodohan jin terhadap hal yang ghaib, termasuk kematian seseorang, "maka tatkala kami telah menetapkan kematian sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkurt, jin baru mengetahuinya kalau sekiranya mengetahui hal yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan";. (QS. saba";: 14).

Para jin itu baru mengetahui kematian nabi Sulaiman, setelah rayap memakan tonngkatnya kemudian dia jatuh tersungkur. Inilah bukti kongkrit atas tidak tahunya jin mengenai hal ghaib, tidak seperti yang digambarkan dalam tayangan TV, seakan jin bisa mengetahui isi hati dan nasib manusia. Itulah persepsi yang salah dan harus diluruskan.

5. jin takut terhadap benda-benda yang dikeramatkan.
Itulah persepsi yang berhasil dibangun oleh TV atau media massa lain, merekalah yang sering menampilkan beragam jimat yang digunakan pemiliknya untuk mengusir jin. Merekalah yang memberitahu masyarakat luas bahawa dukun bersama jimat yang dimilikinya bisa menghalayu syaitan. Itulah cerita mistis dan menyuesatkan yang dihembuskan syaitan melalui media. Disadari atau tidak, tayangan seperti itu mengajak p[emirsanya untuk pergi ke dukun atau paranormal. Padahal Rasulullah Muhammad SAW telah menegaskan, "barangsiapa yang memakai (menggantungkan) jimat maka ia telah syirik";. (HR Ahmad dan dishahihkan al Albani)

Yang menciptakan syaitan adalah Allah. Dan Allah yang paling paham tentang apa saja yang disukai syaitan atau yang ditakutinya. Tidak ada satupun ayat dan hadist Rasulullah Muhammad SAW yang menjelaskan bahawa syaitan takut pada jimat, isim, wifiq, rajah dan benda-benda pusaka dan yang sejenisnya. Yang diberitakan oleh syariat Islam adalah syaitan takut terhadap bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an atau doa-doa Rasulullah Muhammad SAW, "sesungguhnya syaitan akan pergi dan kabur dari rumah yang didalamnya dibacakan surat al-baqarah";. (HR Muslim). Atau hadist lain "apabila kamu hendak tidur di pembaringan, bacalah ayat kursi sampai tuntas, kerana Allah senantiasa menjagamuy dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi."; (HR Bukhari dari Abu Hurairah). Itulah cara mengusir syaitan dan membentengi diri dari gangguan syaitan yang sesuai syariat Islam, bukan jimat atau semburan ludah dukun.

6. jin bisa dilihat manusia dalam bentuk aslinya.
Ada beberapa stasiun TV yang menyajikan tayangan reality show dan banyak digemari pemirsanya. Sebelum uji nyali dengan menghadirkan seseorang untuk mendeteksi "kekuatan ghaib"; yang ada dilokasi tersebut, dihadirkannya seorang dukun yang diberi label praktisi supranatural atau ahli supranatural. Setelah melakukan penerawangan, dia menyebutkan kekuatan ghaib yang ada di lokasi, disertai dengan menyebut bentuk dan tampangnya. Bahka dia berani menklaim bahawa dirinya bisa menggiring atau mendatangkan makhluk ghaib dari luar lokasi.

Kebolehan yang didemontrasikan para dukun itu telah menyesatkan banyak pemirsa. Karena bertentangan dengan informasi yang ada dalam Al Qur'an. Allah berfirman "sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian dari suatu tempat yang kalian tidak bisa melihat"; (QS al A";raf: 27). Ayat tersebut dengan jelas memberitahukan kepada kita bahawa jin dalam bentuk aslinya tidak bisa dilihat oleh mata atau ditangkap kamera, kecuali kalau jin itu menampakkan diri. Maka dari itu Ibnu Hajar berkata "sesungguhnya syaitan bisa menampakan diri dan melakukan penyerupaan yang bisa kita lihat wujudnya. Sedangkan dalam firman Allah pada surat al-A";raf ayat 27 berlaku apabila jin dalam wujud asli penciptaannya."; (Fathul Bari: 9/55). Sehingga imam Syafii menyatakan, "barangsiapa dirinya bisa melihat jin (dalam bentuk aslinya) maka kami tolak kesaksiannya (kerana dia pembohong. Pen), kecuali kalau dia seorang nabi."; (fathul bari: 4/489). Kalau kita tidak bisa melihatnya, bagaimana mungkin bisa menangkap atau memasukkanya ke dalam botol?.

7. jin takut terhadap sinar matahari.
Beberapa tayangan TV yang melibatkan jin dalam alur cerita mereka, sering digambarkan bahawa jin atau syaitan itu takut pada sinar matahari. Digambarkan ada sosok jin yang mendatangi seseorang dan menampakan diri. Dengan berbagai cara dia menakut-nakuti orang tersebut dengan menampakan mukanya yang rusak, badanya yang buntung dan bentuknya yang mengerikan lainnya. Dan ketika ada ayam yang berkokok pertanda fajar menyingsing dan matahari akan terbit, maka si syaitan pun kwetakutan dan segera meninggalkan orang tersebut. Mungkin itu termasuk akulturasi dari agama yang menjadikan matahari sebagai sesembahan dan mereka percaya bahawa sinarnya sitakuti syaitan? Sebagaimana kepercayaan ratu bilqis istri nabi sulaiman dan kaumnya sebelum masuk Islam yang diabadiokan Al Qur'an di surat an Naml ayat 24.

Tapi benarkah syaitan takut terhadap sinar matahari? Dalam hadistnya Rasulullah Muhammad SAW bersabda "sesungguhnya matahari terbit antara 2 tanduk syaitan dan tenggelam antara 2 tanduk syaitan."; (HR Bukhari dan Muslim) bagaimana kita bisa mengambil kesimpulan bahawa syaitanm itu takut matahari, padahal matahari terbit dan tenggelam antara 2 tanduk?

Manusia itu senantiasa belajar dari apa yang dilihat dan didengar dan yang dirasakan. Maka janganlah menganggap enteng terhadap tayangan TV yang ada, kerana sedikit banyak tindakan dan pola pikir kita akan terwarni dengan informasi-informasi yang berseliweran di sekitar kita. Orang yang suka melihat tayangan mistik dan perdukunan, maka cara dia menyelesaikan masalah yang dihadapi tidak jauh dari praktik dukun. Sampai tersebar pameo dalam masyarakat terutama kalangan remaja "cinta ditolak dukun bertindak";. Betul-betul slogan yang menyesatkan.

SUMBER: http://dunialain.multiply.com/notes?&=&view:notes=full&page_start=25

-
JIN BERIMAMKAN MANUSIA

PENGALAMAN KAWAN AKU PUNYA KAWAN SEMASA DUDUK ASRAMA ZAMAN SEKOLAH MENENGAH DAHULUKALA.

AL KISAH NYA LEBIH KURANG INI MACAM LAH~

SI FULAN NI MEMANG BOLEH DIKATAKAN ";KAKI"; IBADAH...

SELALU JUGE TURUN KE SURAU PABILA TERJAGA TENGAH MALAM UNTUK BERIBADAH.KENA LAH PULAK TU NAK DEKAT PEPERIKSAAN SPM.MAKIN ";GALAK"; LAH DIA MELAKUKAN IBADAH.

ADALAH SATU HARI TU,DIANTARA SEPERTIGA MALAM....SI FULAN NI TURUN KE SURAU SEORANG DIRI UNTUK MELAKUKAN ";AKTIVITI"; BIASANYA.SETELAH SELESAI BERWUDUQ,BELIAU PUN MEMULAKAN SOLATNYA.SI FULAN NI BERSOLAT ISYA' DAHULU KERNA SI FULAN NI MASIH BELUM MENGERJAKAN SOLAT ISYA'.

SEWAKTU DI RAKAAT PERTAMA SETELAH SELESAI SURAH AL~FATIHAH,SI FULAN TERASA BAHUNYA DI-SAPA.AUTOMATIK SI FULAN MEMBACA SURAH DENGAN KUAT(KIRA MENGIMAMKAN MAKMUMLAH).SEWAKTU MENGAMINKAN SURAH AL~FATIHAH~SI FULAN TERDENGAR SEPERTI BEGITU RAMAI MAKMUM YANG MENGAMINKANNYA.HINGGALAH SI FULAN SELESAI SOLAT.SI FULAN PUSING KE BELAKANG SEJENAK. ~ TIADA SIAPA KECUALI DIA~.

SI FULAN PUN MENERUSKAN ";AKTIVITI"; LAINNYA.DENGAN TENANG TANPA DEBAR(BUKAN SEMUA ORANG BOLEH ADAP SITUASI BEGINI~TANYA DIRI~!)

SELESAI SEMUANYA SI FULAN MENCERITAKAN PENGALAMANNYA ITU KEPADA KAWAN ";YG TERPILIH"; UNTUK SI FULAN MENCERITAKANNYA.SAMBIL SI FULAN MASIH TERINGAT DAN SEGAR DI INGATANNYA SEWAKTU SI FULAN DISAPA DI BAHU.TERASA BEGITU BESAR TELAPAK TANGAN ";MAKMUM"; ITU HINGGAKAN JARI JEMARINYA MENCECAH KE SIKU SI FULAN.

~DIPENDEKKAN CERITERA NYA-SI FULAN TELAH MENGIMAM KAN JIN.

Sumber: Forum www.mesra,net
-

SIAPAKAH SYAITAN, IBLIS, 'QARIN'

Siapakah Syetan, Iblis dan 'Qarin' Itu?

Saya akan memulai pengantar tulisan ini dengan mengucapkan salam terindah yang pernah ada, salam penhormatan Islam, salam penghormatan dari Allah SWT, salam yang sangat baik dan diberkahi:

Assalamu";alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SYAITAN

kerancuan definisi syaitan yang seakan - akan sebagai jenis makhluk hidup yang diciptakan Allah SWT. Sebenarnya disebabkan cerita orang - orang terdahulu yang kadang - kadang menyosokkan syaitan sebagai makhluk berwajah menyeramkan dan tubuhnya hitam, matanya melotot dan suka menghisap darah manusia.

Akibatnya ummat Islam yang "malas"; menkaji (IQRO) dan merenungkan (ITIKAF) Al Qur'an memiliki anggapan seperti orang - orang terdahulu, bahkan di daerah sunda masih ada orang-orang yang takut terhadap syaitan (bhs sunda: ririwa atau jurig) ada orang yang beranggapan bahawa ia pernah melihat kuntilanak (jin marga kuntiltana); rambutnya panjang terurai, bajunya putih, baunya harum, wajahnya cantik dan jalannya tidak menyentuh tanah. Orang itu pun lari ketakutan sambil berteriak syaitan atau hantu

Syaitan menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau roh yang sangat jahat/buruk, al-hayatul khabitsah atau suatu kehidupan yang sangat buruk dan mutamarridun madsadun atau pendurhaka yang merusak";. Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerusakan dan kehancuran. Jadi syaitan adalah profesi atau sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syaitan dalam Al Qur'an:

"Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia"; (QS. An-Naas: 5-6)

" dan demikian kami jadikan bagi tiap - tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan - perkataan yang indah - indah untuk menipu manusia. Jikalau tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,";
(QS Al-An";am: 112)

dia antara sifat syaitan itu adalah sifat congkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersiofat congkak dan cinta kejahatan disebut syaitan. Manmusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah memindahkan pengaruh internal dari sebagian kepada sebagian yang lain, menipu dan mendorongnya untuk berbuat congkak, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla.

Syaitan jenis manusia, sepak terjangnya dapat dilihat secara nyata dan jelas oleh mata telanjang kita, begitu pula bentuk permusuhan mereka terhadap nabi dan orang yang beriman itu. Sementara seyetan jenis jin bercampurbaur denjgan manusia untuk menjerumuskan dan menyesatkanya dengan cara - cara yang tidak diketahui manusia. Sebagaimana firman Allah di Al Qur'an:

"dan kami tetapkan bagi mereka teman - teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada dihadapan dan dibelakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi";
(QS Fusshilat: 25)

" dan orang-orang kafir berkata, "ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina";
(QS Fusshilat: 29)

QARIN

"barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Allah yang maha pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah menjadi teman (al 'Qarin') yang menyertainya";
(QS az-Zukhruf: 36)

rasulullah muhammad saw bersabda tentang al 'Qarin', "tidak satupun dari kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah seorang 'Qarin' (peneman) baginya dari bangsa jin."; Para sahabat bertanya. "apakah 'Qarin' itu juga diperuntukkan bagimu wahai Rasulullah Muhammad SAW?"; beliau menjawab, "juga bagi saya, akan tetapi Allah SWT telah menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam, sedangkan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan.";
(HR muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda, "tidaklah ada seorang diantara kalian kecuali disertakan untuknya 'Qarin' dari jin dan 'Qarin' dari malaikat.";
(HR Muslim dan Ibnu Mas";ud)

sangat jelas bahawa 'Qarin' itu merupakan salah satu suku bangsa jin yang disebut 'Qarin' yang ditugaskan Allah untuk selalu mengikuti manusia dalam setiap aktivitasnya. Kemungkinan jin 'Qarin' masuk Islam oleh pengaruh manusia dijelaskan Dr. Al Asyqar berkata: bisa jadi seorang muslim mampu mempengaruhi jin pendampingnya kemudia dia masuk Islam";.

Tetapi Syeikh Wahid Abdus Salam Bali berkata: apa yang dikatakan oleh Dr. Al Asyqar perlu ditinjau, kerana pernyataannya tersebut mengisyaratkan bahawa setiap muslim bisa menpengaruhi jin pendampingnya hingga masuk Islam, bahkan secara tegas beliau menyatakan hal ini. Padahal yang benar tidaklah demikian, kerana pemberitahuan di dalam hadist tersebut lahiriahnya menunjukkan bahawa hal tersebut khusus bagi Nabi Muhammad SAW. Siapa yang menyatakan berlaku bagi umum maka ia harus mengemukakan dalil. Sepanjang yang saya ketahui tidak ada dalil yang mendukung pendapat itu.

Sahabat Umar bin Khattab yang dikenal kuat aqidahnya dan baik komitmen agamanya, ditakuti syaitan (golongan jin) tetapi beliau tidak mampu mengislamkan jin pendampingnya. Selain itu seandainya seorang muslim selain Nabi Muhammad SAW mampu mengislamkan jin pendampingnya niscaya tidak ada lagi diadakannya ujian dan cobaan.

Seringkali kita mendengar kasus-kasus kesurupan dan menonton sinetron atau reality show bertema jin, dimana "makhluk ghaib"; yang merasuki tubuh manusia atau berada ditempat/rumah setelah dimediumisasi mengakui sebagai roh Rasulullah Muhammad SAW, roh personil walisanga, roh bung karno, roh raja-raja terdahulu dan roh dari keluarga. Si "makhluk ghaib"; itu menyakinkan dengan mampu menyebutkan tempat suatu kejadian, peristiwa-peristiwa tertentu, silsilah/nasap keluarga dan sebagainya, hal ini membuat orang-orang disekitarnya menyakini bahawa yang merasuk memang roh yang gentayangan.

Kalaupun ada kesamaan antara pengakuan si "makhluk ghaib"; dengan sejarah hidup seseorang yang telah meninggal, bukanlah merupakan bukti bahawa itu roh orang tertentu yang bergentayangan. Itu adalah ulah jin 'Qarin' orang tersebut saat masih hidup. Si jin 'Qarin' ini berumur panjang dari orang itu yang memiliki data-data lengkap mengenai kehidupan orang itu. Tentunya dengan mudah menjabarkan sejarah hidup orang itu.

IBLIS

Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa - yublisu - iblisan yang berarti putus asa, frustasi atau berdukacita. Iblis menurut Al Qur'an adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as. Hal tersebut sebagaimana firman Allah:

"dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat,";sujudlah kamu kepada adam,";maka kecuali iblisd. Dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai perintah tuhannya...";
(QS. Al Khafi: 50)

"Allah berfirman:";apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam as) diwaktu aku menyuruhmu?"; iblis menjawab:";aku lebik baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.";
(QS al A";raf: 12)

sangat jelaslah iblis itu bukan makhluk baru ciptaan Allah SWT atau tafsiran beberapa ulama terdahulu iblis itu merupakan malaikat yang membangkang Allah Azza Wa Jalla. Kedua ayat Al Qur'an diatas secara implisit dan tegas menyebutkan iblis berasal dari golongan jin yang tercipta dari api. Sedangkan makhluk Allah yang tercipta dari api hanya bangsa jin bukan manusia yang tercipta dari tanah atau bangsa malaikat yang tercipta dari cahaya.

Selain itu ada beberapa dalil yang membuktikan bahawa sebelumnya iblis bukan dari golongan malaikat melainkan golongan jin:
1. iblis memiliki keturunan, sementara malaikat tidak memiliki keturunan.
2. malaikat terjaga dari segala dosa, sementara iblis tidak terjaga dari dosa
3. iblis tercipta dari api, sedangklan malaikat tercipta dari cahaya.
4. dalam Al Qur'an ditegaskan bahawa syaitan adalah jin.
5. banyak riwayat dari rasulullah muhammad sae dan para sahabat yang sampai kepada kita yang menegaskan bahawa iblis adalah jin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rintihan Roh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, October 17, 2000 0 comments

Diriwayatkan: "Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya." Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku." Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
"Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris."
( An-Naba': 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: "Jika datang Hari Raya, hari Asyura", hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: "Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: "la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama."
(Yaa Siin: 79)

Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan bahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak ke sana ke mari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan ke sana ke mari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas'ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas'ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: "Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi."

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama' ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang ke qanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan di waktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku."
(Yaa Siin: 79)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Asap Kemenyan Makanan Jin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Jin Tidak Islam. Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin?

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang Melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berdua Lebih Baik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, October 7, 2000 2 comments

LAZIMNYA bila sepasang suami isteri bergaduh, salah faham timbul dan kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat dan berkata pada diri mereka bahawa perhubungan ini tidak akan berhasil. Antara luahan yang kerap keluar dari mulut sama ada isteri mahupun suami ialah, ‘kita tidak lagi serasi bersama’.

Tetapi satu artikel dari majalah berbahasa Inggeris tulisan Judith dan Jim menyatakan perkara yang berbeza. Mereka melihat daripada perspektif bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud dan hanya menunggu masa untuk dibajai.
Bila berhadapan dengan ketidaktentuan rapatkan diri dengan pasangan dan harunginya bersama-sama.

Bila berhadapan dengan ketidaktentuan rapatkan diri dengan pasangan dan harunginya bersama-sama.

Yang pasti salah seorang daripada anda perlu mempunyai komitmen, keberanian dan kesediaan untuk mengubah perangai keras kepala anda supaya menjadi seorang yang lebih fleksibel dan terbuka.

Salah satu teknik yang dipraktikkan oleh Judith dan Jim ialah dengan teori Conscious Creativity.

Ia merangkumi sembilan proses untuk memulihkan hubungan yang berkonflik dan melupakan untuk ‘lari saja’ daripada masalah.

Apa yang penting, ingat matlamat utama anda untuk membina semula dan mencari jalan untuk bersatu kembali. Pastikan anda berdua membuat satu resolusi yang boleh memuaskan hati kedua belah pihak.

Justeru, perbincangan terbuka adalah amat penting dan pastikan setiap daripada anda mendengar dan menghormati permintaan serta pandangan yang masing-masing kemukakan.

Kenal pasti isu

Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

Rasai perasaan anda

Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

Mengambil berat

Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua

Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

Jangan sabotaj diri sendiri

Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

Ubah cara berfikir

Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.

Pikul tanggung jawab

Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.

Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda

Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

Jadilah lebih peka

Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan

Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin ‘memenangi ‘pertandingan’ tersebut.

Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Beberapa Tips Untuk Hamil

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.


2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-


Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada" waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.


3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-


Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.


4. Posisi Hubungan Seksual:-


Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.


Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.


Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.


5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-


Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.


6. Buat Para Suami:-


Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.


7. Relaks:-


Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.


8. Jaga Kesihatan Anda:-


Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.


Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.


Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.


Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.


Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.


Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami tentang berita gembira ini!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panduan Memahami Pasangan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, October 6, 2000 0 comments

ANDA mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta dilimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.

Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:

*** Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan.

Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.

*** Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.

*** Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka ’syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.

*** Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

*** Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.

*** Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.

*** Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

*** Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

*** Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

*** Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan ‘kawalan’ kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

*** Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.

*** Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.

*** Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.

*** Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.

*** Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kecil Boleh Jadi Besar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

Jika anda tahu, ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.

Oleh itu perhatikan apa diperkatakan ini supaya ia boleh dijadikan pedoman. Ingat, walaupun ia mungkin nampak kecil dan remeh tetapi jika tidak dibendung ia akan membesar dan merosakkan banyak perkara.

* Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”

* Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.

* Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.

* Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.

* Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.

* Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.

* Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.

* Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.

* Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.

* Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.

* Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.

* Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.

* Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.

* Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.

* Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.

* Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.

* Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.

* Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.

* Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.

* Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.

* Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.

* Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.

* Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Teguhkan Diri kerana Hidup Semakin Sukar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, October 5, 2000 3 comments

Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya.Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Ujian dan Tekanan Sunnah Kehidupan
Hari-hari yang dilalui diharapkan semakin mudah, tetapi rupa-rupanya ia tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya kita semakin susah. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang menguji dan menambah tekanan.

Sebelum ini kita mungkin tertekan dengan study dan exam. Rupa-rupanya alam kerjaya tanpa study dan exam jauh lebih berat dan lebih mencabar.

Sebelum ini kita mungkin tertekan kerana hidup seorang diri tanpa pasangan hidup. Rupa-rupanya alam rumahtangga menyelesaikan sebahagian masalah tetapi mengundang masalah lain yang lebih besar.

Semasa bergaji kecil, kita berasa tertekan lalu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Dapat pendapatan besar, lain pula bentuk tekanannya.
Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan di dunia adalah ujian dan tekanan. Inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)

Al-Hasan menafsirkan kesulitan dan kesukaran itu: “Kerana manusia akan menghadapi musibah di dunia dan kesulitan di akhirat.”

Hadapi dan Tinggikan Martabatmu di Sisi Allah
Kita berada di alamNya. Kepatuhan kepada Allah bererti kita mesti menerima peraturanNya.

“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan ‘siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya’ sebagai ‘siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya’.
Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia.

“dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)

Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah.

Kehidupan generasi awal membuktikan hakikat ini. Mereka diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan.

Saidina Osman r.a. diuji dengan kematian satu demi satu isterinya (kedua-duanya adalah anak Rasulullah s.a.w.). Rasulullah s.a.w. memujuknya ketika beliau berada di kemuncak kesedihan pulang dari majlis pengkebumian: “Jika aku mempunyai yang ketiga (anak perempuan lain yang masih belum berkahwin) akan ku kahwini denganmu.” Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi anak perempuan lain dan Saidina Osman r.a. tabah menerima hakikat itu.

Saidina Omar r.a. diuji dengan kemarau dan wabak penyakit yang menimpa negara Islam selama bertahun-tahun. Kulit Saidina Omar r.a. yang asalnya berwarna putih kemerah-merahan bertukar gelap disebabkan kekurangan makan dan minum. Umat Islam ketika itu menangisi keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh Khalifah mereka tetapi Saidina Omar r.a. terus bertekad untuk menjadi manusia yang paling sedikit makan dan minum di kalangan umat Islam sepanjang krisis ini berlaku.

Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisiNya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan.

Begitulah Kita
Hadapilah ujian hari ini dengan tabah. Bersedialah untuk ujian seterusnya yang lebih besar. Jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan baki kehidupan. Moga Allah menempatkan kita di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Menghilangkan "Love Bite"

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.


1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.


2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.


3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.


4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapa Kita Bertangguh?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, October 4, 2000 0 comments


Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut untuk berubah.

8) Kita takut gagal

9) Matlamat tidak jelas

10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

13) Melayan sikap malas

14) Amalan tabiat kerja last minutes

15) Kurang dorongan

16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

18) Tiada semangat yang jitu dan mantap

19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.



sumber : I LUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lelaki Boroi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.

Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Usah Derhaka Kepada Mertua

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, October 3, 2000 0 comments

Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.


Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.



sumber : jie's mutiara hati

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jika SUAMI Tak Kuat Iman

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Wanita dan anak mampu melalaikan si suami jika suami tak kuat iman sehinggakan samada disedari atau tidak, terdapat sahaja kes di mana isteri dan anak menjadi musuh suami. Pengesahan ini diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Wahai orang beriman, sesungguhnya antara isteri kamu dan anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. (Surah at-Taghabun, ayat 14).

Menurut Ibn Abbas, ayat di atas turun berikutan kisah di kalangan orang Islam yang menyatakan dirinya memeluk Islam dari kota Makkah. Mereka hendak bertemu Rasulullah SAW untuk mendalami ilmu. Namun, isteri dan anak mereka tidak membenarkannya. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah SAW, mereka melihat orang ramai mendalami ilmu agama.

Sayyid Qutb (1327-1386 H) menjelaskan, isteri dan anak kadang-kadang menjadi sebab yang melalaikan seseorang daripada mengingati Allah dan mencuaikan tanggungjawab keimanan. Seseorang itu mungkin mampu menanggung kesusahan, tetapi tidak sanggup melihat anak dan isterinya menanggung kesusahan. Inilah yang menyebabkan dia menjadi bakhil dan pengecut supaya anak dan isterinya aman dan tenang supaya mereka hidup senang dan cukup mempunyai harta benda. Dengan demikian mereka menjadi musuhnya kerana menjadi penghalang daripada kebaikan dan demi merealisasikan matlamat kewujudan insaniah yang tinggi.


Mereka adalah penghalang untuk suami melakukan kebaikan agama dan mengembangkannya kepada manusia. Malah, lebih teruk lagi, mereka adalah orang yang sentiasa mengajak keluarganya kepada perkara yang bertentangan dengan roh Islamiah. Bagi suami yang tidak mampu menahan diri daripada cubaan ini akan bersama hanyut dalam dunia keasyikan yang melalaikan.

Lalainya suami terhadap isteri kerana mereka adalah objek menarik yang diciptakan oleh Allah yang mampu untuk melalaikan suami terhadap perintah Allah sekiranya tidak diurus sebaik mungkin. Allah menggambarkan tabiat manusia yang amat cinta dan mengagumi benda yang indah dan menarik. Sesuatu yang paling menarik perhatian lelaki ialah wanita. Ia dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang tangkas lagi terlatih dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)" (Surah Ali Imran, ayat 14).

Menerusi ayat di atas, al-Qurtubi menyatakan, wanita adalah fitnah dan ujian paling berbahaya bagi lelaki berbanding ujian lain. Wanita yang menjadi fitnah. Ujian kepada lelaki ialah wanita yang tidak mematuhi batas syarak yang ditetapkan Allah ke atas mereka. Sebaliknya, wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Golongan lelaki juga hendaklah mengetahui bahawa Allah mengurniakan harta dan anak untuk menguji hamba-Nya. Oleh itu, adalah yang terbaik bagi suami, memberikan ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak mereka. Dengan ilmu itu mereka sekeluarga akan memahami suruhan dan tegahan Allah.

Pemahaman ini penting supaya ada rasa tanggungjawab bersama untuk membela agama Allah. Kegagalan memberikan ilmu dan mengamalkannya, boleh menyebabkan mereka sekeluarga terjerumus ke dalam perkara dilarang, sekali gus boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai orang beriman, Allah mengingatkan bahawa mereka perlu menjaga kaum keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Ingatan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

"Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Akhlak Landasan Utama Kualiti Hidup

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, October 2, 2000 0 comments

DALAM menghadapi kerenah generasi muda yang terjebak dengan salah laku sosial dan budaya, pemikiran dan watak, kadang-kadang kita menjadi hilang punca dan akhirnya kerenah ini menjadi wabak yang sukar dibendung. Amalan salah guna dadah, kehidupan orang muda yang lepas bebas, skandal seks dan jenayah remaja amat menakutkan, gejala mat rempit semakin menular adalah natijah daripada suatu proses pembudayaan dan perubahan menjadikan Barat sebagai sumbernya.

Barat tidak ditentang kerana ia Barat, tetapi dari Barat berlaku suatu proses pemBaratan yang memiliki agenda tersirat untuk memerangkap generasi muda Islam dan juga generasi umat manusia. Fahaman sekular berkembang dan sikap liberal diambil tidak menjadikan agama dan nilai sebagai landasan, sebaliknya nilai merangsang fahaman kebendaan dan nafsu menjadi lebih nyata dan dominan.

Banyak aspek positif di Barat yang boleh diambil atas maksud berbanding terutama dalam bidang sains dan teknologi. Tetapi kecenderungan sebahagian besar generasi muda kita ialah meniru aspek budaya popular yang banyak membawa kesan negatif terhadap tingkah laku dan perangai mereka. Gaya hidup Barat yang lepas bebas menjadi rujukan mereka. Akhirnya ukuran maju dan moden bagi mereka ialah menjadi Barat sepenuhnya.

Perubahan dan kemajuan adalah sesuatu pasti berlaku. Tetapi, apakah perubahan dan kemajuan membawa manusia kepada kualiti hidup yang tinggi. Kualiti hidup tidak saja diukur daripada kuasa beli yang ada atau memiliki ijazah dari universiti dalam negara atau luar negara. Sebaliknya, kualiti hidup menyangkut tentang kekuatan akhlak dan peribadi yang menampilkan nilai kemanusiaan tinggi. Nilai kemanusiaan tinggi dengan tunjangan ilmu khususnya sains dan teknologi boleh menjadikan kehidupan lebih sejahtera dan bermakna.

Asas kepadanya ialah kembali kepada keluarga. Keluarga adalah asas terhadap pembinaan anak. Bila fokus terhadap keluarga menjadi minimum atau kurang, kadar keciciran anak-anak semakin meningkat. Anak pada peringkat pembesaran, pembentukan dan pendewasaan memerlukan ibu dan bapa sebagai contoh terawal. Rasulullah SAW menyebutkan dalam hadisnya mengenai kepentingan ibu bapa dalam membentuk anak sejak lahir lagi.

Dalam tradisi Islam, saat kritikal dalam proses memberi tapak nilai, contoh, kasih sayang , perhatian dan komunikasi akrab ialah dari dalam perut ibu sehingga ke akal baligh. Tempoh kritikal memerlukan proses pemupukan, belaian dan contoh teladan. Anak memiliki naluri ingin tahu tinggi. Dalam masa sama bakat ada pada anak perlu digilap secara fitrah. Anak memerlukan teladan dan contoh dapat menyediakan dirinya untuk menjadi remaja dan akhirnya dewasa berguna dan menyumbang.

Sekiranya asas ini tidak dilandaskan dengan bijaksana dan sabar ke dalam diri anak, maka bakal wujud jiwa kosong dan akhirnya anak tercicir dalam arus pembangunan diri. Keciciran ini boleh menyebabkan anak hilang arah dalam memilih rakan sebaya sesuai dan akhirnya tewas di tengah-tengah cabaran masyarakat amat rumit.

Peluang pendidikan luas di Malaysia sepatutnya menjadikan ibu bapa lebih berilmu dan memiliki keupayaan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti di rumah. Walaupun isu pekerjaan sering menjadi alasan bagi ibu bapa, namun pengurusan masa yang berkualiti sepatutnya membolehkan hubungan anak dan ibu bapa menjadi lebih akrab. Anak harus dilihat sebagai aset lebih bernilai daripada yang lain. Aspek kebendaan memang penting bagi keluarga tetapi, meletakkan aspek kebendaan sebagai yang utama hingga menyebabkan anak terabai adalah suatu kesilapan besar.

Bayangkan sekiranya anak terabai terjebak dengan amalan salah guna dadah, apakah ia mampu ditebus dengan wang ringgit yang banyak. Ternyata pembabitan anak-anak dalam kes salah guna dadah amat kecil kemungkinannya untuk kembali sebagai generasi normal. Aset yang asalnya memiliki potensi tinggi menjadi korban akibat kealpaan dan salah keutamaan berlaku di dalam keluarga.

Aspek lain lebih penting ialah pengaruh ibu yang menjadikan sumber utama dalam pembentukan kasih sayang dan perhatian yang benar-benar bermakna. Rasulullah SAW apabila ditanya sahabatnya mengenai asas kepatuhan selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul menyebutkan ketaatan kepada ibu sebanyak tiga kali dan menyebutkan ketaatan kepada bapa sekali saja. Ia tidaklah bermakna peranan bapa tidak penting.

Rujukan hadis ini memberikan fokus terhadap kualiti keibuan yang amat tinggi kesannya terhadap anak. Ibu yang mengandung dan melahirkan anak dengan susah payah. Pada ibu terdapat kualiti kasih sayang yang tulen, rasa belaian yang tinggi dan menjadi rujukan utama kepada anak-anak yang sedang membesar. Sekiranya kualiti ini disuburkan di kalangan anak, keluarga dan rumah tangga, anak akan mempunyai suasana yang merangsang pembesaran positif.

Malangnya, ramai di kalangan anak-anak tidak mempunyai kesempatan seperti ini. Roh keibuan dalam erti kata mendidik dan membelai tidak berlaku dan akhirnya peranan membesar dan meremajakan anak-anak terletak di tangan ‘bibi’ yang belum tentu memiliki kualiti keibuan yang sama. Dalam masa sama bapa juga harus memainkan peranan pelengkap bagaimana pembesaran dan pendewasaan anak-anak dibentuk dengan perimbangan watak keibuan dan kebapaan yang menawarkan sumber teladan, jalan berhubung untuk anak-anak menyatakan keluhan dan mendapat jawapan tentang sesuatu perkara yang berbangkit secara jujur, sabar dan bijaksana.

Yakinlah bahawa keluarga yang bahagia dan mampu menghasilkan anak-anak yang cerdik dan ceria adalah keluarga yang mempunyai keakraban hubungan yang tinggi. Seluruh kasih sayang ibu bapa tertumpah untuk mendidik anak. Ibu bapa menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Pada ibu bapa terdapat sumber inspirasi dan motivasi tinggi hingga menyebabkan anak-anak kembali kepada keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah. Atas nama kasih sayang dan belaian, masalah anak-anak dapat diatasi dengan bijaksana. Inilah kualiti anak-anak yang diperlukan supaya remaja dan dewasanya menyumbang terhadap negara dan umat.



Sumber : megasutra

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Text Bergerak Di Tool Bar 1

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Peluk Isteri Boleh Panjang Umur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, October 1, 2000 0 comments


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.



sumber : I LUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bersuara Atau Diam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.

PENERANGAN HADIS:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)


Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.



sumber : megasutra

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Membuat Text Bergerak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 29, 2000 0 comments
Print

Mempercepatkan Blog Disenaraikan Di Ranking Google

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Membuat Text Bergerak Di Tool Bar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter