Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Zakat Fitrah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 3, 2010 0 comments


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah.

Walau bagaimana pun kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal seperti antaranya kata-kata :


1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan katanya , keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [HR Abu Daud]

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sukarnya Untuk Buat Keputusan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Hampir semua orang merasakan dirinya bebas atau sekurang-kurangnya semua orang inginkan kebebasan tetapi apabila tiba masa untuk membuat keputusan kita akan rasa terkongkong dengan bermacam-macam hal. "Nanti orang kata apa pulak", "Nanti orang kata aku ni ketinggalan zamanlah, kolotlah....", "Macamana kalau orang tengok aku dah jadi baik...tentu dia orang akan ketawakan aku sebab dulu aku selalu ejek dia orang" dan bermacam lagi perkara yang kita fikirkan hingga niat kita untuk berubah jadi baik terkubur begitu sahaja.


Di sinilah KEEGOAN mula menunjukkan kuasanya, disinilah kebebasan kita tergugat. Di sinilah kita benar-benar perlu kepada prinsip hidup yang jelas, persandaran kepada Yang Maha Kuasa dan penyerahan pada takdir dan iradahNya.

Inilah mata rantai pertama yang perlu kita leburkan untuk kita terus melangkah menuju redho Allah iaitu rantai keegoan dan keangkuhan yang merupakan berhala pertama yang menjadi sembahan manusia jahil. Kerana keegoan inilah Iblis diusir dari syurga Allah dalam keadaan dosanya tidak terampun hingga dia berikrar untuk menyesatkan seluruh anak Adam supaya dia tidak kesunyian di neraka nanti. Kerana sifat rendah diri dan sedar diri Allah mengampunkan dosa Nabi Adam walaupun dikeluarkan dari syurgaNya namun kasih sayang Allah SWT tetap bersama kita anak cucunya asalkan kita merendahkan diri dan bermunajat kepadaNYa.

Leburkanlah rantai keegoan ini agar kita menikmati nikmat kehidupan sebenarnya.....bukankah kerana keegoan dan keangkuhan ini jiwa kita menjadi keluh kesah...takut dimalukan, takut dipandang hina walau dimuliakan Allah. Bukankah kerendahan menjadikan jiwa kita tinggi...hanya mengharapkan keredhaan Allah hingga jiwa kita menjadi tenang dan pasrah kepada kehendakNya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter