Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Ada Benarkan???

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, March 1, 2010 0 comments


ADA BENAR KAN???? RENUNG-RENUNGKAN LEEE!!!..HEHHEEE!!!



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Perkara Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 5 comments


Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn. Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.

Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perceraian Bukan Pengakhir Kehidupan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Perceraian adalah satu perkara yang amat merugikan. Ia seperti satu krisis kehidupan yang memberi impak amat besar terhadap orang yang diceraikan. Impak tersebut bukan sahaja terhadap individu terbabit malah anak-anak, adik- beradik dan ahli keluarga yang lain.


Kalau anda wanita yang mempunyai pengalaman atau sedang melalui proses perceraian, jangan menganggap anda berseorangan kerana di luar sana ada ramai yang senasib dengan anda.

Perasaan yang ditanggung? Sudah tentu menyakitkan. Impak perceraian tersebut bukan setakat pada diri anda malah seluruh ahli keluarga juga merasai kepedihannya.

Antara yang dirasakan oleh mangsa cerai ialah kehilangan, dikhianati dan keliru. Semua perkara ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mereka yang terlibat dalam perceraian.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran ialah apa yang akan berlaku selepas ini? Ketahuilah, perceraian bukanlah pengakhir kehidupan.

Ia bukan satu perkara yang mudah. Juga bukanlah satu pilihan yang telah dirancang, namun jangan risau kerana terdapat beberapa langkah yang boleh diambil apabila anda terpaksa berhadapan dengan situasi baru ini.

"Saya sudah tidak sanggup melalui pengalaman sebegini."

Perceraian memang menyakitkan. Tiada satu ubat pun yang boleh menghilangkan dengan segera. Ia adalah satu proses pemulihan yang mengambil masa mungkin sehingga bertahun lamanya.

Jika anda mengalami perceraian, anda pastinya akan berasa sedih dan dinafikan. Hati anda hancur dan sedih hingga mungkin menyebabkan anda tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapapun.

Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri kerana inilah masanya anda perlu membangunkan diri anda kembali. Anda perlu meletakkan kehidupan pada tahap yang paling stabil.

Memang perasaan sedih itu normal dan tidak dinafikan juga tangisan akan memberikan kelegaan sekali gus memulihkan hati secara perlahan.

Tiada masalah jika anda memberikan ruang untuk memikirkan kembali masalah tersebut tetapi bangkitlah untuk satu sinar yang lebih baik.

"Saya masih mencintainya dan amat berharap dia menerima saya kembali."

Kebanyakan isteri yang telah diceraikan mengakui masih menyayangi bekas suami. Ini kerana mereka telah memberikan sepenuh hati dan mengabdikan diri kepada pasangan masing-masing.

Bagi isteri hanya maut yang boleh memisahkan dengan suami, tetapi malangnya hanya isteri yang beranggapan sedemikian. Suami tidak mahu meneruskan perjanjian yang telah dimeterai semasa dia melafazkan akad nikah dahulu.

Anda tidak mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran suami dan sekalipun anda memaksa ia mungkin tidak akan berlaku.

Apabila kembali tenang, mungkin anda boleh cuba fikirkan siapa yang anda mahukan untuk menemani hidup sepanjang hayat.

Sudah tentu suami yang menyayangi diri anda dan menerima anda seadanya.

Apabila anda seikhlas hati menyintai seorang lelaki, pasti anda mengharapkan dia juga berperasaan sama terhadap anda bukan?

Cinta sejati perlu lahir dari hati yang ingin dicintai. Cinta yang ditolak dan diri yang dikhianati memang memeritkan. Tetapi mahukah anda apabila pasangan anda kembali kepada anda tanpa perasaan cinta dan ikhlas? Tidak, bukan!

Sudah tentu anda mahukan suami yang dulunya pernah mengucap cinta pada anda saat melafazkan pernikahan, walau anda inginkan saat itu kembali kini, anda perlu menerima hakikat yang anda tidak boleh memaksa dia mencintai anda seperti dulu.

"Saya rasa seperti tidak wujud di hati suami dan dikhianati."

Walaupun diketepikan oleh suami jangan sekali-kali merasakan dia telah mengubah keyakinan diri anda. Anda tetap individu yang mempunyai harga diri dan disayangi oleh ahli keluarga serta sahabat.

Perceraian itu tidak akan mengubah nilai baik yang ada pada anda. Ingatlah manusia adalah ciptaan Tuhan dengan mempunyai matlamat, mempunyai bakat, pendapat dan boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Memang perceraian membuatkan anda berasa marah. Tetapi anda perlu mengajar diri untuk berhadapan dengan perasaan negatif tersebut.

Tidak dinafikan juga kemarahan itu boleh memberikan anda motivasi dan meningkat diri serta kerjaya ke tahap yang lebih baik.

Tetapi awas, silap langkah, kemarahan boleh membinasakan diri anda kembali.

"Nampaknya apa saja yang saya buat semuanya tidak kena...hidup saya kini tidak sebaik dulu."

Lapan puluh peratus daripada tenaga digunakan untuk 'memproses' perasaan. Sebab itu, seseorang akan berasa letih jika terlalu tertekan dengan masalah. Tahap keyakinan diri juga memang akan terjejas.

Selepas berkahwin, sedikit sebanyak hubungan bersama rakan-rakan biasanya akan berkurangan. Selepas bercerai anda rasa keseorangan dan mahu mengasingkan diri.

Akhirnya sikap tersebut memberi kesan kepada prestasi kerja dan seterusnya kewangan anda.

Lawan perasaan tersebut, beritahu diri dan buat pilihan untuk jalan yang lebih baik.

"Apakah pilihan yang saya boleh ambil selepas diceraikan?"

l Dapatkan khidmat sokongan dan kaunseling. Cari seorang kaunselor bertauliah yang pernah anda dengar menerusi media atau risalah. Kini terdapat juga pusat perlindungan dan penjagaan sementara untuk mangsa cerai.

l Ucap selamat tinggal pada masa lampau, carilah pekerjaan baru dan sumber kewangan jika itulah isu utama perceraian.

Jika tidak tahu caranya, minta tolong pada sesiapa yang tahu untuk membuat resume. Banyak laman web yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan untuk mereka yang memerlukan.

l Tetapkan matlamat jangka pendek pasti akan memberi satu sinar baru. Sebagai contoh, anda boleh mulakan gaya hidup baru dengan cara yang lebih sihat.

Pastikan anda bersenam setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat. Terima hakikat bahawa anda telah bercerai. Cari buku motivasi tentang kehidupan selepas bercerai dan bina semangat baru.

l Berdoa dan beribadat mampu memberi kekuatan dalaman. Malah apabila anda mendekatkan diri kepada Tuhan anda akan lebih mengenali diri anda dan berasa bersyukur dengan apa yang telah Tuhan beri.

Apabila anda tenang, semua perkara dapat diatasi dengan baik.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapa Kebanyakan Penghuni Neraka Terdiri Daripada Kaum Wanita?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Pada prinsipnya kaum lelaki dan wanita sama saja di sisi Allah : di sana tiada sebarang diskriminasi pahala dan dosa dan dilandaskan di atas jenis. Siapa yang lebih bertaqwa dialah yang lebih tinggi di sisi Allah. Oleh itu Hadis ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyarankan bahawa kaum wanita itu lebih rendah darjatnya dari kaum lelaki sebagaimana yang mungkin difaham dari tinjauan sekilas.


Mungkin sebabnya terletak pada faktor jumlah kaum wanita di dunia adalah melebihi jumlah kaum lelaki sebagaimana yang dibuktikan oleh perangkaan penduduk dunia dari dahulu hingga sekarang, oleh itu tidaklah menakjubkan jika bilangan mereka yang menjadi penghuni neraka adalah lebih besar dari kaum lelaki, apatah lagi jika ditinjau bahawa jumlah manusia kafir dan masyarakat di dunia di sepanjang zaman adalah jauh lebih ramai dari manusia mukmin. Hakikat ini telah dikuatkan pula oleh kenyataan Hadis bahawa kaum perempuan adalah lebih ramai dari kaum lelaki.

Mungkin sebabnya yang hakiki terletak pada penyelewengan dan penyalahgunaan pengaruh dan sifat-sifat kewanitaan dan akibatnya menyebabkan kaum lelaki terjerumus di dalam perangkap-perangkap kejahatan, kefasiqan dan jenayah. Ahli jiwa sepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanam di dalam kehidupan lelaki. Al - Qur'an sendiri telah meletakkan kaum wanita pada barisan pertama dalam kumpulan pendorong-pendorong nafsu keinginan manusia firman- Nya :

" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas sawah dan ladang. Itulah kenikmatan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah "

Al - 'Im ran ( 14 )

Dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini di sebabkan kerana tabiat lelaki itu mencari wanita, sedangkan tabiat wanita menunggu dan memancing dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita, kerana itu wanitalah lebih mempersonakan lelaki dari lelaki mempersonakan wanita. Hakikat ini telah di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w :

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita."

Muttafaqa ' Alaih

Ujar Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti " Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikannya dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. "

" Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak, dan faktor pokoknya ialah wanita, kerana itu tugas Islam yang paling besar yang di letakkan pada bahu wanita ialah supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka."

" Sebab yang membawa wanita menjadi penghuni neraka yang terbanyak seperti yang tersebut oleh hadis yang soheh itu ialah adalah berbagai-bagai faktor yang terpentingnya ialah mereka tidak mematuhi dengan penuh taqwa dalam melaksanakan tugas agung (menyembunyikan senjata seksnya ) yang diletakkan di atas bahu mereka. "

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cair Hati Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kebanyakan wanita yang sudah berumahtangga kini lupa menjaga kecantikan diri, sama ada mereka berkerjaya mahupun suri rumah.

Ini mungkin berlaku kerana mereka berasa berada di tahap selamat dan sudah mengecap kejayaan dalam hidup. Mempunyai keluarga bahagia, dikelilingi suami dan anak-anak, dianggap sudah cukup baik dan tidak perlu lagi kelihatan cantik.


Hakikatnya, penjagaan dalaman dan luaran adalah sangat penting untuk wanita berkahwin mahupun bujang. Bagi wanita berkeluarga, sebolehnya curi hati suami tercinta dengan sentiasa berpenampilan menarik termasuk memiliki fizikal cantik, kulit tegang dan bentuk badan seksi.

Cuba jadi yang terbaik supaya suami tidak mudah bosan atau memberi alasan mencari yang lain. Kata orang, 'cinta datang dari hati', tetapi untuk mengekalkan cinta di hati bukanlah sesenang mendapatkan cinta.

Perhubungan suami isteri dan kasih sayang seharusnya menjadi semakin kuat serta mendalam bagi mengecap kebahagiaan rumah tangga serta berkongsi hidup hingga ke hari tua. Mengapa kadangkala cinta menjadi pudar? Mengapa lelaki mencari peluang untuk berpoligami?

Lelaki pada dasarnya memang dikurniakan naluri yang sukakan kecantikan dan keayuan wanita yang dikatakan perhiasan dunia terutama mereka yang punya bentuk tubuh menawan.

Selepas beberapa tahun berkahwin dan dikurniakan anak, kebanyakan wanita mula membiarkan diri menjadi tidak terurus serta selekeh. Wanita yang sudah melahirkan bayi, sedikit sebanyak mengalami perubahan fizikal kerana ketika hamil, berat badan bertambah dan payudara bersedia untuk penyusuan anak.

Dalam tempoh berpantang selama 44 hari itu pula, lazimnya ada tiga proses utama untuk wanita terbabit kembali sihat iaitu membersihkan sistem dalaman badan, memulihkan tenaga serta membentuk dan mencantikkan bentuk badan kembali seperti asal.

Jika dalam tempoh berpantang tidak dijaga dengan betul, kesan sampingan akan muncul seperti perut buncit, berat badan bertambah, lemah badan dan selulit. Bagi menghindarinya, ada yang mengamalkan amalan tradisional memakai bengkung, namun pemakaiannya agak sukar kerana perlukan bantuan orang lain untuk memakainya.

Wanita juga perlu mengamalkan minum air rebusan akar kayu yang amat pahit untuk ditelan. Amalan yang renyah ini juga perlukan disiplin diri yang tinggi bagi mengembalikan bentuk tubuh yang cantik dan sihat.

Kini, wanita Malaysia mempunyai banyak pilihan produk kecantikan bagi mengembali dan mengekalkan kecantikan bentuk tubuh serta kulit.

Kunci kebahagiaan hubungan suami isteri ada pada isteri itu sendiri. Bentuk payudara yang cantik dan menawan misalnya, mampu mencairkan hati suami tercinta.

Tidak perlu melakukan pembedahan untuk membaiki dan mencantikkan payudara, tetapi cukup sekadar menggunakan kemudahan seperti produk kecantikan yang boleh dipercayai misalnya hasil ramuan herba dan tumbuh-tumbuhan.

Pandai mencuri masa dan rajin untuk menjadikan kulit gebu serta mengurangkan lemak dan selulit sudah cukup baik daripada tidak berusaha langsung untuk diri sendiri.

Wanita harus bijak menggunakan anugerah diberi untuk mencuri hati suami.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter